Friday 16 November 2007

Hari keberangkatan wa





















Ramainya yang menghantar kami di Airport. Ye lah nak pergi pon 3 tahun lebih. Nak balik pulak kos mahal. maklumlah keluarga besar. Terharu rasanya bila saudara mara rakan taulan dan jiran tetangga memberi dokongan. Bukan hanya di sini sahaja, malah sejak hari diketahui kami akan berangkat ke perantauan. Majlis perpisahan lah, doa selamatlah, segala macam bekalan, dan sebagainya.

Wa silap hitung, wa ingat satu orang 30 kg, tapi tiket kami tu hanya 20 kg sahaja. Maka terpaksalah kami tinggalkan 3 beg yang sarat dengan makanan, termasuk juga makanan yang dibawa oleh semua. Sedih rasanya tak dapat bawa pemberian orang, tapi apa kan daya, kami insan biasa

Sebenarnya, kami boleh bawa 140 kg barangan. Kami terpaksa bayar lebih kurang RM8000 jika ingin bawa semua kelebihan berat barangan tersebut. Rasanya terlalu rugi buang duit begitu sahaja. Setelah berunding, kami diberi kelonggaran untuk menambah 35 kg lagi percuma, Alhamdulillah ! Itupon 3 beg lagi terpaksa dipunggah dan di pos.

























Ini adalah gambar maid wa masa di Malaysia. Dia tak mahu ikut wa ke UK. Jauh katanya. Jadi berangkatlah wa ke UK tanpa pembantu rumah. Alhamdulillah ibubapa wa sanggup datang ke UK untuk menjaga anak anak wa jika wa bekerja. memang best kalau dapar kerja di sini. Namun hingga saat ini wa masih belum dapat tawaran pekerjaan. Tugas wa kini adalah driver untuk anak anak wa ke sekolah dan isteri wa ke Universiti.

Wednesday 14 November 2007

The Beginning






Alhamdulillah !



At last, I got the visa today, Wednesday, Nov 14, 2007. UK here we come. M glad to join Malaysian Society in Birmingham. Thanks to all of you in UK especially A, SN, CG, WF, K A & family, my in laws and my brother, for all the efforts you have put in, during these nearly 3 months. From house hunting, house equipment, requirement for UK Visa application, school registration, airport arrangement, doa, hope, and tawakal. It's a wonderful experience. It's like giving birth, we sacrifice, we think that is the last we would tolerate, but all the suffering gone after we saw the baby. hi hi hi (mind my English, I'm learning)



















As for my family in Malaysia, cousins, friends, all the effort and thought were highly appreciated



Nov 16, 2007, is our travel time. We bring 9 begs and 7 hand luggage with the total weight 240kgs. But at the MAS counter we found out that the ticket we bought only allowed 20kgs per person. What a mess. We have to left back 75kg and it will cost us nearly RM8000.00 just for excess baggage. After nego the staff allow us to bring up to 210kgs for free. Alhamdulillah.



We arrived at Schipol Airport at 5:40 AM. We met 3 Malaysians family going to UK also but different parts. What a wonderful moment.



There is a place for any religious to pray. It's a very nice big hall and most of the space is for Muslim to pray with a lot of Sejadah, Quran and Books. Below is in front of the place.





We transit at Schipol at about 6 hours. It's really a long time for us. I spend 10 minutes doing chair massage and it cost me EURO16.50.

We arrived at Birmingham International Airport at about 6:05 AM. We are the last passenger to leave aircraft. It's esierfor us to do that as we don't want to take other people time waiting for us

There is 2 Indians female officers at the immigration. They ask for everything from us. But luckily, there is an English Officer, I think he is their boss. The officer just ask us whether we are a Malaysian Gov Sponsor. We said YES. Than he didn't ask any other Q.

Our baggage also not checked.

Monday 12 November 2007

Putrajaya

HUMBLE suka Putrajaya. Ia bandar lebih terancang, memberikan peluang pereka senibina melampiaskan hasil ciptaan mereka berdasarkan kreativiti mereka, jalan rayanya lebar, kurang masalah trafik, relatif masih aman. Dan jangan lupa, "speed limit" dalam Putrajaya adalah 60-70 kmsj bergantung kawasan. Kadang kadang jeles juga, jalan 4 lorong, kereta tak banyak, speed limit 60 kmsj. pandu pula kereta mewah, tension tension ! ! !



12 Nov 2007. Depan Maybank dan Istana Perundangan. Ada padang rumput hijau. Kadang kadang ada kanak kanak berlari lari di atasnya. Kawasan ini juga menjadi spot "photo Shoot" bagi pasangan cina yang baru kahwin. Lu all pon boleh sekali sekala cuba posing ala filem Hindustan kat sini, best oooo, ahaks ! ! !

Dalam banggunan ini ada dewan yang agak besar. Boleh memuatkan 1000 undangan majlis perkahwinan. Sewa pon rasanya relatif murah. Senang nak buat majlis kahwin, parking lotnya besar, suraunya pon selesa. HUMBLE tau sebab adik ipar HUMBLE buat majlisnya di sini.





Di kawasan yang sama ini, ada arca besar di tengah tengahnya, selain itu ada taman yang dipenuhi pohon hijau dan aliran air buatan manusia. Bolehlah nak buat terapi pendengaran



Palace of Justice.







6 tahun lalu sewaktu HUMBLE lalu di kawasan ini, ianya gersang, panas, terik, menyengat. Kini ia dah ada pohon hijau yang tinggi. boleh main sembunyi sembunyi.



Di hadapan itu adalah istana Permaisuri Aishah. HUMBLE suka reka bentuk istana itu. Ada satu kejadian berlaku ke atas HUMBLE 6 tahun lalu. HUMBLE suka sangat dengan istana ini, ingatkan rumah orang, lalu HUMBLE cuba menyusur ke halamannya. Tanpa disedari ada pengawal keluar bawa senapang. Takut HUMBLE ! !


12 Oct 2007: wow lawanya pemandangan di sini. HUMBLE berada di atas jambatan wawasan. Banyak sungguh bilangan jambatan di Putrajaya. Ia melintasi sungai buatan manusia. Tak sempat HUMBLE nak fikir untuk apa banyak sangat jambatan beraneka bentuk tesebut ye. Bagaimana pula rupanya pemandangan ini 5 tahun akan datang.

Thursday 8 November 2007

Unexpected




This is my wife's car. It's a Peugeot 1.6, 307 SW, 7 seater year 2004. I like this car. But we have already sold the car, due to our plan to stay in UK for the next 4-5 years. We bought it at RM131,000.00 and SOLD it at RM69,000.00 last Oct 07.

People said, don't buy continental cars due to it's tremendous depreciation, but we look it in a different way. Car is not an asset ! We use it to ease our daily task. So it's an expenses.

The buyer will take the car next week. I also promise the buyer to help him change the timing belt and water pump.


Today, 8th Nov 07, it's a Deepavali holiday. We thought, it's a good time to do it. So we make an appointment with the foreman, we have been told that the car will be ready at 5pm. So went to IOI Mall Puchong to buy something.



I found something I think I'll need it. Sunglases. It's Emporio Armani 9050/s. 30% discount and it's RM150 cheaper than in the UK.











At 4:00 PM the workshop called, and told me that the car not ready yet due to wrong version of timing belt. They can't change to a new one coz their supplier closed business today. What to do. I have to wait until tomorrow. Means that I have to find a car to submit appeal stuff to The British High Comm tomorrow. It was unexpected


I took the car the next day, at 2:30 pm. We change timing belt and water pump at RM925 and the labour charge RM155. Yesterday the workshop owner said the charge was RM1150. It's RM70 discount. I like this workshop at Bandar Kinrara. It's a bit expensive, but the work is reliable and sometime we can learn some basic thing about the car from the foreman. So that we can do it ourself if the problem turn up and we are far away from the workshop. UNEXPECTED


Today, Tuesday, 13 Nov 2007, is my last day with my peugeot. I'm quite sad as my eye looking at it when it pass away, away, away and gone ....







Bye bye my peugeot. I like you very much. You never make me sad. You always reliable. I can bring all my big family together. I'll miss your stability especially in cornering, the comfort of your seat, the room that we can adjust according to our needs. What can I say ... THANK YOU

Saturday 3 November 2007

The Dentist





Inilah peralatan asas di klinik gigi. Cangkuk lanun tu untuk cari lubang gigi. hi hi hi seriau den. Cermin tu untuk lihat keadaan gigi, lubang besar ke, gigi patah ke keluarkan sisa makanan ke, aik kesian doktor gigi kena buat keje tu semua. Tapi dia tak lihat itu semua. DUIT DUIT ! ! yang macam kaki pepatung tu mereka guna untuk ambil kapas, dan alat pergigian lain



Yang ini pula mesinnya. part ni lah yang rasa ngilu sangat gigi. Tapi doktor gigi tu selamba je. Kenapa kita tak boleh jadi macam mereka? Selamba je dengar bunyi mesin tu.





Ini adalah peralatan surgery. Di khabarkan seluruh set pembedahan ini menelan belanja RM16,000.00. awwwww ! Patutlah CHARGE dia kaw kaw punya. Pernah satu ketika HUMBLE dengar seorang pesakit tu minta diskaun, doktor tu kata kat dia, ingat ni pasar malam ke ! ! ! merah merah ! ! ! Poie kelinik goh men yo lah.






Dentist atau doktor gigi, hi hi hi. Masa kecil, HUMBLE sanggup cari alasan sakit untuk ponteng sekolah bila jururawat datang sekolah. Jika tak boleh ponteng, pasti HUMBLE akan lari tak ingat dunia saat nama HUMBLE keudara

Akibatnya, gigi HUMBLE masa kecil sangat parah. Hitam rata hampir setinggi gusi. Akhirnya ada satu orang Jururawat, iras muka dia macam anak mat salleh. Dia baik dan pandai pujuk hingga kita tak takut.

Dia yang cabut gigi HUMBLE. Hanya dia yang HUMBLE percaya. Hatta doktor gigi pon HUMBLE tak percaya.

Bila dia berpindah ke daerah lain, amat sukar bagi HUMBLE memulihkan kembali semangat berani tersebut. Hingga gigi HUMBLE berlapis. Susah tau jika gigi berlapis. Sukar membersihkan sisa makanan di celah gigi, gusi bengkak, selalu berdarah, mulut berbau, komunikasi terganggu, keyakinan diri menurun.

Setelah HUMBLE dewasa dan nak masuk alam pekerjaan baru HUMBLE sedar hakikat ini. Sifat malu mengatasi rasa takut. Tapi biaya meluruskan gigi bukan sedikit. Nasib baik buat di Universiti, kos murah.

Setiap kali kawat gigi ditegangkan, kita rasa sangat sakit, hingga tak lalu makan. HUMBLE tau setiap kali ia diketatkan, tentu HUMBLE seakan berpuasa tak makan satu hari. Tapi ia boleh dilakukan. Mungkin bagi kita sangat sukar memikirkan bagaimana caranya, tapi bagi doktor gigi yang merawatnya, ala biasa je niiiii.

Rupanya, penjagaan gigi ini mesti dimulakan sejak dari usia 6 bulan lagi, iaitu sejak gigi pertama tumbuh dalam mulut anak kecil iaitu dengan memperkenalkan mereka dengan berus gigi dan doktor gigi.

Tak sakit jika kita menjaga gigi dari awal. Dan ianya juga tidak mahal. Yang mahal bila kita kena merawatnya. Rawatan gigi memang mahal, tak tipu punya HUMBLE cakap lu

Lebih 1400 tahun yang lalu, Rasulullah saw telah pon memberatkan penjagaan gigi dengan menyuruh kita bersugi setiap kali sholat 5 waktu. Jadi ia memang sangat penting dalam kehidupan kita.

Baru kini kita tahu bahawa gusi berdarah ada hubungan dengan penyakit peradangan pada katup JANTUNG (subacute endocarditis). Kalau tak silap HUMBLE terdapat juga kajian dari Universiti Oxford sekitar September 2006, mengkaitkan hubungan penyakit gusi dengan kanser pankreas.

Seorang yang dikatakan buta huruf yang hidup lebih 1400 tahun yang lalu telah memberitahu kita suatu yang baru kita temui dalam tahun 2006. Dari mana ilmu tersebut diperolehinya? Adakah dia mengada adakan cerita? Tentu tidak, tentu Allah yang mengajarnya. Tentu semua yang datang darinya adalah benar belaka. Kebenaran yang manakah yang kita dustakan?

Friday 2 November 2007

I'm new

Aku baru dalam blog ini. Aku taklah malu. Tapi aku tak tau bagaimana memulakannya

Aku tahu apa itu blog. Aku terkesan dengan blog Allahyarham Mr D dan keluarganya. Dari situ aku kenal rakan rakannya.

Ada baiknya juga aku punya diari @ blog aku sendiri. Mungkin satu hari nanti anak anak dan cucu cucu aku boleh mengetahui apa yang aku jalani saat ini. Baguskan idea ini.

Hari ini 2 Nov 07. Aku rasa sangat letih. Isteri aku call kata visa dah siap. Dia ambil aku di pejabat, lalu kami terus ke Wisma MCA Jalan Ampang KL. Kami sampai jam 5 petang. Setelah sholat Asar aku jumpa isteri aku di tingkat 19.

Visa dah siap, tapi hanya isteri aku sahaja yang lepas. Aku dan 5 anak aku tak dapat visa. Alasan penolakannya kerana masalah kewangan.

Kawan aku pon menghadapi masalah yang sama 3 minggu lepas. Dia mohon rayuan, dan dapat. Tadi aku telefon, mereka baru sampai di Birmingham. Alhamdulillah, dah hampir sebulan dia dan anak anaknya berpisah dengan isterinya. Mungkin raya tahun ini paling sunyi buat isterinya yang beraya sendiri di Birmingham.

Penatlah. Rumah dah kosong, kereta dah jual. Barang dah pack. Keperluan dapur beli sedikit sedikit. Dah dekat sebulan kami hantar permohonan. Setiap hari menunggu jawapan. Baru hari ini tahu visa tak dapat. Dah anti klimaks dah ni.

Nasib baik aku masih bekerja. Jika aku dah berhenti kerja, gaji pon tak ada lagi. Anak aku dah pon berhenti sekolah. nak masuk sekolah semula mereka dah malu.







Bahagian depan rumah


Dapur basah




Dapur kering




Bilik tidur utama, jadi bilik aku lah ni



Inilah rumah aku kat sana. Sewa dah bayar sejak October lagi. Tapi kami masih di Malaysia. Isk isk ... dekat RM5000 sebulan tu. Kalau kat Malaysia banyak benda aku boleh buat.

Aku nak sangat jadi HUMBLE. Mulai sekarang aku nak tukar nick aku kepada HUMBLE lah. mana tau selalu sebut akan jadi kenyataan.

Oh ye anak anak dan cucu cucu, masa muda Atok HUMBLE suka tukar kereta. Hi hi hi berangan jadi atok pulak. HUMBLE cerita mengenai kereta HUMBLE pula. Kat memana di Malaysia sekarang ni, kerta menjadi satu keperluan. Lainlah kalau di Mainheim atau belahan dunia sebelah barat tu. Pengangkutan awamnya efektif. Lagi pon sejuk, tak berpeluh. Cuba bayangkan kalau di Malaysia HUMBLE pergi kerja kayuh basikal. Pergh ... tak sanggup nak cerita


Maka tak salah lah kalau HUMBLE suka kereta. Pertama Honda Civic (1998). Best kereta ni. Tapi lepas HUMBLE tukar ke Mercedes, (1999) rasa Mercedes ni mantap. Lepas tu HUMBLE tukar lagi ke Mercedes lampu bulat (2002). Akhirnya HUMBLE guna Volvo S40 2.4i (2005). HUMBLE sangat confiden dengan kereta ini, hinggalah HUMBLE terlibat kemalangan. Bukannya HUMBLE tak biasa kemalangan, Honda tu 3 kali masuk kedai ketok. Cuma kali ini agak teruk.








TOTAL LOST !!!. Alhamdulillah HUMBLE ok. Senak sikit kat tulang rusuk kanan. Kejadian ini berlaku pada 16 Mei 07. Sejak hari itu hingga sekarang HUMBLE tak ada kereta. Pergi balik kerja isteri HUMBLE yang hantar dan jemput. Kebetulan pulak tu.

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ