Sunday 26 July 2009

Awang

24 Julai lalu, sepupu wa datang rumah wa. Nama dia Sheikh A T, nick name, Awang. Terrer. Dia dalam rangka berbisnis, jumpa clients di benua eropah. Memula dah tak jadi nak datang rumah wa sebab tak ada bas dari Gatwick ke Birmingham. Flight dia dari Norway tiba di Gatwick jam 12:20 malam

Ayo mana boleh jadi, dah dekat dengan rumah wa, tak singgah, ini merupakan satu keterujaan yang hampir merudum. Lalu wa buat keputusan mendadak. Wa call opis wa, kata wa cuti ini hari. Wife wa pon terpaksa balik keje awal. Lalu meluncurlah wa dan wife wa ke Egham. Anak anak wa tinggal dengan Wan dan Tok Bak.

Misi ke Egham diselitkan dengan penghantaran barangan car boot Umi Aqil. Dari jauh telah ku khabarkan bahawa kami akan singgah rumah Anne Oshin untuk makan malam gitew. Lepas sholat maghrib, meluncur lagi ke Gatwick.

Inilah pertama kali wa sampai Gatwick. Heathrow sudah, Birmingham Airport sudah, Strensted pon sudah, maka Gatwick menjadikan siri lawatan wa ke lapangan terbang di UK yang ke empat. Lepas ni wa tak tau lah ke mana lagi airport yang akan wa kunjungi.

Flight tergendala. Akhirnya dekat jam 12:30 malam baru kami keluar dari airport. Berhenti kejap di Mc Donald. Kena kopi sket. Untuk makluman, setelah jam 12 malam, Mc D hanya serve di drive through counter.

Sampai Birmingham dekat jam 2 pagi. Wa kata kat Wan kami sampai jam 11 malam. Jadi Wan dah siapkan makan malam. Jadi kiranya kami bersahur lah pagi itu. Lepas sholat subuh, baru tido

Esok paginya, pagi pagi lagi mereka dah keluar rumah menuju car boot sale. Wa sambung tido, penat baby, wa ceta kat lu. Lepas balik dari majlis penganugerahan sijil tamat sekolah Malaya Birmingham, kami ke Stoke on Trent pula. Di khabarkan ada diskaun 50%. Tapi wa telek telek, tak sehebat boxing day. Namun bagi mereka yang bukan senang nak datang semula ke Stoke, terpaksalah beli juga. Walaupon begitu, ia jauh lebih murah lah kalau nak banding beli di Malaya

Tak puas hati dengan car boot sale hari Sabtu, maka kita ada lagi ar boot sale hari Ahad. Depa (depa lagi) wa tido wa kata kat lu. Wa rasa sangat berbaloi perbelanjaan mereka kali ini.

Yang jadi wa teruja sangat nak bawa mereka ke car boot sale ini adalah kerana wa kira mereka sengsara gak lah belanja di Benua Eropah. Amsterdam wa rasa, ok lagi, tapi Norway, mak datok, mahal baby wa kata kat lu. Secawan kopi pon 5 Euro.




Ini adalah spot fofuler tetamu wa lah. Lagi pon, wa tak ada spot menarik yang lain. Tak khanz nak bergambo dalam bilik air pulak khanz. (hi hi hi, yang tersirat, nak kata, bilik air wa changgih, awww ! ! ! )


Hari ini, Ahad 26 Julai, mereka ke London, ada satu lagi appointment. Banyak sungguh appointment beliau. Wa dengo pon letih, apa lagi depa yang melaluinya. Tapi, pepatah mengatakan alah bisa kekal biasa.



Begitulah kunjungan singkat mereka ke rumah wa. Wife wa hantar mereka ke stasion kereta (api), sebab wa kena tunggu rombongan penghantaran barangan ke Malaya tiba
Zasss ! ! !



Saturday 25 July 2009

Aiman n Anas

Beberapa hari yang lepas, Aiman telah mendapat tahu keputusan peperiksaan SAT nya. Dia perolehi 2 level 4 dan satu lavel 5. Level 4 untuk English dan Math manakala level 5 untuk Sains. Sedari dulu lagi dia memang minat sains. Masa dia pandai merangkak, dia akan lihat semut berjalan. Cita cita dia nak jadi Pilot atau Dentist. Kalau nak jadi Pilot Abang kena terrer Math. Lepas ni dia akan menyambung persekolahan peringkat menengah di Bournville Secondary School, dekat dengan tempat keje wa.

Diberitakan sekolah ini dikhususkan untuk business study. Tentu menekan pelajaran math.

Anas pula sangat suka bersukan. Apa sahaja sukan yag ada di sekolah tentu dia akan menyertainya, termasuk kriket. Khamis dan Jumaat lepas dia ikuti sekolah bolasepak di Aston Villa Football Academy. Bayar £20 untuk 2 hari.

Begitulah cerita Aiman dan Anas kali ini

ZZZZZZZZZZZZZZZZZ ! ! !









Stadium Aston Villa

Thursday 23 July 2009

SAWAL dah sampai Malaya kot

Hari Ahad lalu, Sawal datang rumah wa dari Southampton. Perjalanan memakan masa lebih kurang 2 jam. Laju tu wa kira.

Rupanya anak dia, Syafiq kata kat dia, sebelum dia balik Malaya for good, Syafiq nak jumpa kawan dia di Birmingham, Amir, anak keempat wa.

Lihatlah kengkawan, kanak kanak pon pandai berkawan. Ia adalah fitrah manusia dan seluruh makhluk ciptaan Allah swt. Fitrah manusia dan makhluk Allah swt, adalah persaudaraan. Ia ikhlas. Namun manusia itu sendiri yang menambah ramuan agar ia menjadi bertentangan dengan fitrah makhluk ciptaan Allah swt

Wa kenal Sawal ni melalui alam maya. Sebelum wa datang UK lagi. Sungguh wa sangat menghargai persaudaraan ini. Terima kasih Sawal, Anom n Co kerana sudi menerima wa n Co seadanya. Insya Allah kita akan jumpa lagi di Malaya atau di belahan dunia yang lain.




Bertolak dari Soton jam 11:30 pagi, 1:30 tgh dah sampai rumah wa



Gulai Johor tu wa ingat Wan yang masak sebab rasanya memang terangkat. Ghupenya, wife wa yang masak. Tahniah lah anak murid Wan pon dah terrer gitew


Terkadang wa tak faham butir habuk kata kata Madeehah yang berabuk rabuk ini.


Owh, inilah puteri Sawal dan Anom. Sihat walafiat. Baru 2 bulan



Anom depan susunan buku anak anak wa yang banyak itu. Rajin wa beli awwww. Cuma wa rasa hanya Madeehah yang rajin nak baca. Hingga wa pon penat nak bacakan kat dia. Sebab dia suka tambah ceta pada ceta yang wa baca. Udah lah dia rajin tambah ceta, dia mesti pastikan wa dengar tambahan ceta beliau itew




Last time gambo ka sini gak. Wa hajat nak keluo, tapi kat luo tu sejuk. I tak tahan sejuk you know





Sebelum dia balik, sempat wa snap kete dia. Erm ... patutlah singkat je waktu driving dari Soton, kete dia pon dasat. Berdezuppp ! ! !






Selamat Jalan Sawal n CO. Insya Allah jumpa lagi. Sedih pulak rasanya. Tak lama lagi cibil dan kawannya di Lancester lah kot pulak datang, mungkin drive SLK500 awwww, lagi berdezuppp ! ! ! Hati hati memandu. Jangan bawa lelaju. Thak bhaek







Saturday 11 July 2009

BBQ Summer Private

Beberapa purnama nan lalu, kami geng Selly Oak, (wa sebenarnya Harborne, tak masuk pon Selly Oak) telah bersetuju untuk buat majlis BBQ summer ni. Oleh kerana dikatakan bahawa rumah wa punyai laman belakang nan luas, maka wa telah dipilih untuk menjadi host.

Jadi khanz you, wa phon sarankan lah nak buat birthday party untuk anak wa sekali. Namun cadangan wa tak diterima gitew. Maka jadilah majlis BBQ Selly Oak ketika itu bubar, dan digantikan dengan majlis hari jadi anak wa sahaja.

Kami masih lagi terngiang ngiang akan BBQ summer Selly Oak ini. Puasa pon dah nak dekat. Sedangkan Summer makin ke penghujung. Raya nanti tentu sibuk dengan open house pulak. Maka wa sarankan, kita buatlah BBQ ini. Seorang £10.

Kejap jadi kejap tak jadi. Jadi tak jadi jadi tak jadi, hingga Khamis lalu, kami sepakat kata tak jadi sebab ramalan cuaca hujan. Wa khanz lu dah beli kelengkapan. Tak khanz bior gitu jek khanz lu. Maka Jumaat petang saat ambil anak anak wa di sekolah, wa kata esok siapa nak mai, mai lah, siapa tak nak mai, tak akan di chop pembangkang, awwwww ! ! ! No more £10, just pot luck

Orang kuat yang menjadikan acara tersebut adalah Abg Wahab. Thanks Abg Wahab dan isterinya Kak Ana. Teman sepemergian wa ke Holland Mac lalu. Lagi pon abg ipo wa datang dari Egham hari ni.

Thak sangka pulak ramai yang datang. Acara secara pot luck. Maka makin ramai yang hadir, bermakna makin banyaklah makanan gitew. Jadi cukup tak cukup tu tak jadi hal.



Balik sekolah Malaya wa baru nak beli arang. BBQ set pulak sampai lambat sebab Abg Wahab lambat sampai. Memula hujan, agak lebat. Tapi lepas tu terang nyaman. Tak panas, tak juga dingin. Molek sekali cuacanya. Yang menghidupkan api Tok Bak. Pakarnya Azli turut sama membantu gitew



Gagah tangan tu. Timbul urat tu.


Nasib baik api hidup. Tak guna starter phon. Guna kayu buruk pago rumah wa dan kertas


Maka batch pertama dibakar lah. Wife wa dah bakar dah dalam oven, sebab takut hujan dan tak boleh nak bakar di luar. Jadi atas ni cuma perhangat je, kasi garing, krup krup



Ayam bersama salad rumput. Hi hi hi jangan percaya, ni camera trick





Lamb




Chicken






Girls






Boys








Kids






Smile






Father's love and caring




One more




Mother's ehem




Owch again father and the kids




Men




Which one boy?




Owh Semalam birthday Tok Bak, esoknya pula birthday Abg Wahab. Maka hari ini Kak Ana surpricekan Abg Wahab, hi hi hi thanks Kak Ana, Tok Bak dapat tumpang sekaki




Photographer. Sony ! ! ! Ada hasil pukul gambo SONY Thak lu?



Dalam mana mana majlis seperti ini, peluang berbincang adalah sangat luas terbentang. Kalau tak ada acara seperti ini, susah kita nak bertemu muka. Alhamdulillah, silaturahmi dapat dipereratkan lagi. Terima kasih semua yang hadir, termasuk gerombolan kedua yang datang agak lewat terdiri dari Adeeb, Pok Nik, Muz, Rashidi dan Nidzam dengan keluarga masing masing. Tak dapat hadir, Rahim, Azhar dan Azhar, Shahir dan Gucy. Kepada keluarga lain, yang berada di belahan lain Birmingham ini, wa tak mampu lah nak jadi host semua kali ini, ramai you.


















Friday 10 July 2009

Happy Birthday Tok Bak

Pada hari ini, Tok Bak menyambut hari ulang tahunnya dan kali ini dia menyambutnya di Birmingham, UK you, glamer gitew ! ! ! Haip, jangan dengki, thak bhaek. Wa jadi suka pulak menggunakan perkataan glamer ini. Wa rasa ia gara gara tulisan wa sebelum sebelum ini.

Ucapan diterima sejak semalam lagi dari Cho. Seperti biasa. Orang pertama mengucapkannya. Dan terakhir diterima dari Qin. Lambat yoep kali ni. Kami sempat nyanyi beramai ramai,, hingga riuk rendah dapur rumah wa yang besar itew. Namun, tiada cawan atau piring yang jatuh saat nyanyian berkumandang sebab resonan tak cukup kuat. Anyway it's a fantastic moment in my life. Cuma wa tak bagi apa apa hadiah kat Tok bak. Tapi wa ada sarankan kat Dol untuk ganti D80 Tok Bak tu dengan D90 ker atau D300 ker awwww ! ! !



Ta raaaa ! ! ! Maka inilah kek Tok Bak disediakan oleh Wan, Mama, dan ehem Madeehah. Madeehah bukan main lagi tekankan bahawa dia juga terlibat sama tu wa kata kat lu. Ada juga pulut kuning (Dicken tak jawab lagi soalan wa tentang pulut kuning ni), rendang, dan memacam lagi lah you.


Pagi sebelum mereka semua pergi ke sekolah. Wa keje petang


Haa inilah salah seorang chef kek Tok Bak tu. Lihatlah rambut dia. Ni belum mandi lagi, kalau dah mandi, lagi lah bersinar

Kek ni terlembik sedikit, namun tetap tak kalah dengan kek beli di kedai. Terrer gak mereka buat khanz lu all


Dzaaaaa (sengau jangan lufa, kalau thak jangan sesekali cuba menyebut Dzaaaa, wa tak rela)



Tuesday 7 July 2009

Cho dibedah di Gleneagle

Cho dikunjungi Linda


Pada hari ini jam 9 pagi waktu Malaya, Cho dioperasi lagi oleh Dato' Dr D. Kali ini adalah untuk menggantikan tulang di pangkal peha. I think it's a total hip replacement. Wan dan Tok Bak kat sini susah hati Allah sahaja yang tahu. Berhari hari Wan berpuasa, hari ini Wan Tok Bak dan wife wa puasa.

Pagi tadi waktu Birmingham, wa terima call dari Dol mengatakan Cho dah selamat dibedah. Alhamdulillah semuanya selamat. Hari ini wa tak keje, maka wa ada di rumah




Inilah tulang yang dipotong dan diganti dengan tulang palsu, maybe titanium, sebab titanium dikatakan sesuai berintegrasi dengan tulang manusia.


Oleh sebab itu, maka titanium dikatakan layak dipasang ke kaki manusia. Jika ia tak sesuai, maka ia menjadi tidak layak dipasang ke tubuh manusia.


Jika kita kata ia tak layak, bukan bermakna selamanya ia akan kekal tidak layak. Apabila kajian lebih mendalam dilakukan dan segala kekurangan diatasi hingga ia sesuai diguna maka status tidak layak akan bertukar kepada layak


Kejadian telah berlaku. Maka menyesal sudah tidak berguna lagi. Menyesal dikaitkan dengan suatu yang kita lakukan namun atas sebab sebab tertentu, ia gagal atau ia menimbulkan kesusahan kepada kita. Biasanya menyesal ini dikaitkan dengan suatu yang tidak boleh kita ulang kembali kejadiannya untuk memilih suatu yang lain. Ia mustahil untuk kita balik kepada masa silam. Jadi ia tak boleh diubah kepada suatu yang lain dari apa yang telah termaktub terdahulu


Jadi tidak layak dan menyesal adalah suatu yang sangat jauh maknanya. Terkadang bila kita terlalu bersemangat bercerita, kita akan menokok tambah. Maka terkadang juga terdapat kejadian, kita menukar suatu yang disebut oleh orang lain, dengan suatu yang lebih sedap didengar.


Bila kita menukar ayat tak layak dengan menyesal, tentu sahaja ia akan menjadi huru hara. Jadi seperti kejadian monyet menyampaikan berita kepada monyet yang lain dalam cerita Madagascar II. Lain yang dimaksud lain pula yang diterjemah. Walaupon terkadang ia mendatangkan kesan yang lebih baik, perbuatan itu secara dasarnya adalah satu kesalahan. Maka dengan itu, mengumpat, fitnah adalah sangat dilarang dalam Islam.


Pepatah mengatakan menyesal tiada guna, ia membuang masa, membantutkan kemajuan, mengeruhkan keadaan, menjadikan tidak ceria dan sebagainya.


Jadi apa yang berguna? Tentu lah yang berguna adalah tidak menyesal. Walaupon hasil yang kita perolehi tidak menguntungkan, dalam banyak kejadian, ia boleh dimanipulasi dengan kekuatan minda. Keanyakan orang yang berjaya, memiliki kemampuan menukar suatu yang negatif kepada yang positif. Malah hasilnya terkadang berkali ganda lebih baik dari apa yang kita harapkan sebelumnya


P/S ada sedara Wan kata macam macam, siapa sedara tu? Wa rasa sedara jauh la kot. (dekat tapi jauh). Setau wa, Arwah mak Wan tak suka bicara belakang. Dia gemar berdepan. Kemana lagi kuah kalau tak tumpah ke nasi. Wa rasa wa warisi sifat ini juga dari Wan dan Tok Wan.

Saturday 4 July 2009

Surah Yunus (10:90-92)

Maka tersebutlah kisah pada hari ini, wa seperti minggu minggu yang lalu, telah menghadiri majlis ilmu yang dihidupkan untuk masyarakat Melaysia Islam di Birmingham ini. Kebetulan pada hari ini, waktu untuk majlis ilmu lelaki dan wanita adalah bersamaan, tapi rumah berlainan.

Pada hari ini tuan tuan dan puan puan, wa telah diperdengarkan tentang surah Yunus ayat 90-92. Bermula jam 6:30 petang dan berakhir dengan makan makan jam 9:30 malam.

Balik ke rumah maka wa phon buatlah kajian tentang kisah Nabi Musa as dan Firaun ini di dalam internet.

Antaranya di sini

Dzaaaa
Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ