Saturday 22 August 2009

1 Ramadhan

Selamat menyambut Ramadhan kepada semua umat Islam. Ini merupakan Ramadhan kedua bagi wa dan keluarga di UK. Lepas Isyak, kami buat Terawih dibawa oleh Erry. Sahur pagi tu makan banyak maklumlah diberitakan waktu puasa dalam hujung summer ini panjang gitew.

Di kesempatan ini, wa sekeluarga memohon maaf andai kami ada salah dan silap samada disedar mahupon tidak disedar, di depan mahupon di belakang. Moga Ramadhan kali ini diberkahi dan mendapat redha Allah swt

Anak anak wa semuanya puasa hari pertama ini, kecuali Maisarah yang tak larat. Sebelum balik ke Birmingham, kami singgah sekali lagi ke Bicester Village, beli kasut sekolah anak anak wa. Dah nak naik sekolah kata khanz. Komain lagi, kasut sekolah Clark gitew.

Bukan begitu tuan tuan dan puan puan, dulu wa pernah ceta, masa memula wa sampai sini, wa cari kedai budget. Maka wa bolilah kasut sekolah anak anak wa di Latif, kira macam Mydin di Malaya lah. Murah gitew, thak sampai pon £10. Namun 2 minggu je hayatnya. Maka lebih baiklah boli je Clark (pastikan di musim juala murah). Dulu harganya £15 je. Tahan setahun. Tapi itu dulu. Hari ini tak ada lagi kasut harga £15 tu. Dah naik £20. itupon setelah diskaun 50%

Sempat gak lah menceduk beberapa barangan lain. Untungnya nasib baik wang wa dah habis bayo hutang. Maka wife wa la belanja hi hi hi awwww ! ! !

Tuesday 18 August 2009

Kelantan FC

Ada rombongan Kelantan FC dari Malaya. menginap di Etap Hotel Birmingham Airport. Alhamdulillah dapat buat bisnis dengan mereka. Masakkan mereka selama 3 hari seramai 80 orang. Terima kasih S, dia yang memberi laluan kontrak ini.

Penat sangat. Apa lagi bagi tukang masak, wife wa dan Wan. Untungnya lumayan juga.

Depa buat perlawanan persahabatan di Manchester dan Birmingham. Memang tak menang, tapi pendedahan itu sangat baik untuk mereka. Belanja sakan demo ye. Hari terakhir Jumaat, 21 Ogos tu, lepas hantar sarapan dan lunch untuk mereka, wa ke Egham. Ambil anak anak wa yang dah seminggu menginap di rumah Abg Ipo wa.

Wa lupa bawa sudu untuk makanan yang wa hantar pagi tadi, lalu wa kejo mereka yang sedang beli belah di Bicester Village. Erm ... tengah sale up to 80% you. Tapi bak kata teman wa, jika salenya 90% pon tak mampu dia nak beli nya. Hi hi hi kalau dulu wa akan kata, jangan kata tak mampu, sebab bila kita kata tak mampu maka jalan mendapatkannya akan tertutup rapat. Katakan bagaimana untuk aku mendapatkannya, maka Allah akan buka jalan seluas luasnya. Awwww mampukah wa berkata begitu lagi di saat ini?

Ehem, minggu ini juga merupakan minggu pertama wa mula membayo balik investment. Argh perit tu tuan tuan dan puan puan. Sebab gaji wa jadi semakin sempit setelah tolak segala macam. Tapi wa berazam menghabiskannya secepat mungkin. Insya Allah. Keadaan ini menjadikan wa merasa keadaan dah terdesak. Maka wa mesti buat sesuatu.

Saturday 15 August 2009

Malaysia Carnival

Maka pada hari ini, berangkatlah kami 3 kereta dari Birmingham menuju ke Hertfordshire. Acara kali ini adalah Merdeka Carnival. Salah satu acara yang dibuat untuk menyambut Hari Kemerdekaan Malaya.




Inilah antara barisan pejuang

Patutnya bertolak jam 7:30 pagi, tapi biasalah jika bersama kanak kanak, terpaksa ditunda ke jam 7:50 pagi. Wa kongsi partner dengan kawan wa. Dia tinggal di Solihall. Janji nak pergi bersama sama. Bertolaklah kami ke rumah beliau.

Sampai di rumah beliau, baru wife wa teringat, dapur gas tak bawa. Apa lagi sedara sedari, wife wa terpaksa balik ambik, sementara wa dan teman wa tu jalan dulu. Tempat di tuju adalah Tun Abdul Razak Research Centre Brickendonbury, Herts lebih kurang 2 jam 15 minit perjalanan dari Birmingham.

Udah le lambat bertolak, kami juga ikut jalan dalam, makin lambatlah gamoknya. Tapi bagus gak, at least, waktu wa dan waktu wife wa sampai agak bersamaan

Sampai sana, orang dah penuh. Sejam wa lewat. Adik ipo wa call kata, orang lain dah kayo jual makanan, wa baru sampai, awwww ! ! ! No hal. Tanpa banyak bicara, kita buka gerai kita.

Menunya, Nasi Kerabu, Ayam Percik, Nasi Dagang ikan tongkol, dan ayam, Laksa Johor, karipap dan minuman. Tak menang tangan wa kata kat lu. Semua jualan habis, kecuali laksa Johor. Gerai tutup jam 5:30 petang.

Nak kata penat memang penat. Adalah sikit untung. Tapi yang lebih menarik adalah dapat berada di sana. Bukan hanya dapat berada di sana, namun dapat menjual dan dapat juga uwang. Bukan jalan dan keluar uwang semata

Terima kasih pada teman teman wa yang beri pinjam tong nasi, Rashidi, Azlihan, dan Jurie. Juga tak lupa kepada Rizalman yang memberi wa kertas bungkus yang wa gunakan untuk membungkus karipap. Rizalman dah pon pulang ke tanah air setelah tamat belajar di sini

Memula wa ingat nak terus balik Birmingham, namun wa letih, lalu wa nginap di Egham. Sambil hantar Aiman dan Anas sleep over balas, di rumah BIL wa.






Negaraku
Tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup
Bersatu dan Maju
Rahmat Bahgia
Tuhan Kurniakan
Raja kita
Selamat bertahta


Ramai pengunjung wa kata kat lu. Mereka datang dengan pelbagai tujuan. Nostalgia. Kerakyatan. Mahupon nak makan. They really spend



Tengah masak sedap sedap, tiba tiba, gas habis. Teman wa bawa tong gas tambahan, namun malangnya kepala tong gas tu tak sama dengan kepala tong gas wa. Maka gunalah dapur gas camping, api kecik. Lambat masak. Namun lu all nak tau, akhirnya wa guna dapur BBQ tempat masak ayam percik, kejap je masak karipap tu. Angkat habis angkat habis





Persembahan budaya, ada Melayu, Cina mahupon India.





Pada waktu kemuncaknya, jam 1 tengahari, ramai sangat pengunjung.





Inilah bangguna Tun Abdul Razak tersebut. Cantik kawasan ini








Tarian naga ini turut dibawa oleh mat salleh. Terrer gak mereka ni




Beca pon ada you, wa kata kat lu. Don't play play



Saat menyaksikan pertunjukan kebudayaan Malaya. Tentu lu all tahu tarian kanak kanak dari Johor yang femes itu. Turut dibawa ke sini. Untung budak budak tu dapat jalan jalan waktu cuti sekolah ni



Dua sekawan ini, bersantai dalam imaginasi mereka



Relax baby



Tok Bak dengan kraf tangan ukiran di buahan tempatan dari Sarawak




Ramai gak masyarakat Malaya di Inggeris ini






Bila penat, tido lah kita. Best sebenarnya tido beratapkan langit biru. Apa lagi bila mata tersangatlah mengantuknya lepas pekena makanan Malaya. Udaranya phon nyaman


Inilah gerai wa. Kecik je.



Aiman menari dengan Aunty F dalam irama muzik Michael Jackson



Aiman, Syasha dan Anas



Ni salah seorang sedara wife wa. PR menetap di Newcastle. Ramai sungguh sedara wa di UK ini




Wa lufa mengafa Madeehah bad mood saat ini



Wan



Eh Dicken ada kat sinila. Terima kasih karena sudi membantu, awwww ! ! ! Sebelahnya partner wa



Tok Bak


Mereka ada banyak acara sukaneka. Wa pon ikut salah satu sukan itew. Dan wa menang, awww terrer wa.
































Tuesday 11 August 2009

Hari lahir Madeehah dan Anas

Hari ini adalah hari lahir Madeehah. Dia berkongsi bulan dengan Anas. Hari lahir Anas pada 14 Ogos. Topui 15 Ogos kot. Wa tak ingat. Hari ini juga merupakan hari ke-3 anak sedara wa duduk di rumah wa dalam rangka sleep over selama 6 hari mereka. Memang meriahlah rumah wa di kala ini.

Kek tu Madeehah buat sendiri dibantu oleh Wan dan mamanya. Pagi pagi lagi dia dah bangun. Wa tak pasti dia faham ke tidak akan makna hari lahir ini. Namun kini jika wa tanya dia, berapa usia dia, dia akan menjawab I'm three years old.

Anas dapat hadiah dari Mummy n Daddy. Mama dan Papa tak bagi dia apa apa sebab Mama dan Papa nak kena simpan duit, hi hi hi nak bayo hutang gitew



Kek Coklat



Bila semua dah ada di meja makan, maka kami pon mulakanlah ... makan


Decoration pon Madeehah yang buat. Tentu lu tak percaya. Percayalah lu, kerana bukan susah nak bagi arahan bagaimana nak deco kek ini khanz



Bulan ini memang ramai orang bertandang ke rumah wa. Dan bunga ini merupakan bunga kedua kami terima. Ia pemberian kawan wife wa, satu Unibesti. Actually dia bagi bunga ini untuk Wan. Owh ye, Ustaz Mat pon bagi wa pokok bunga. Dalam pot. Anak anak wa jaga bunga tu. Tiap hari siram air. Harap harap lama lah tahan pokok bunga tu




Sunday 2 August 2009

Kunjungan Ustaz Mat n Family

Sebagaimana wa khabarkan sebelum ini, bahawa Ustaz mat akan pulang ke Malaya setelah tamat PhD nya di sini. Wa sangat bertuah sebab beliau dan keluarga telah berkesempatan untuk singgah ke rumah wa untuk makan malam.

Bila orang hormat kita, maka kita akan lagi hormat pada mereka khanz. Begitulah wa rasa. Maka ingin wa beritahukan di sini bahawa wa sangat hormat pada Ustaz Mat lebih dari hormat kat wa, awwww ! ! !

Namun, tak seperti biasanya, wa akan ambil photo kenangan di satu sudut rumah wa, kali ini wa tak teringat nak pukul gambo bersama mereka sekeluarga.

Dzaaaa ! ! !

3-in-1

Sorry Dr Azli, kunjungan lu terpaksa disingkatkan. Kerana kami ada jemputan 3-in-1

1. Majlis perpisahan dengan pelajar PhD yang tamat belajar di Birmingham
2. Majlis Aqiqah Famili Hizam
3. 2nd BBQ (indoor) summer for 2009

Acara diadakah di salah satu dewan di Unibesti Birmingham. Seperti biasa, inilah masanya bukan sahaja kaum bapa atau ibu berkumpul sesama mereka, ia juga acara kanak kanak berkumpul sesama mereka. Apa lagi dalam cuti sekolah ini. Tentu mereka sangat boring berada di rumah sepanjang hari



Lihatlah kanak kanak itew. Seronok sungguh mereka menjadi kanak kanak. Tak payah pikior duit kat dalam bank. Tak payah pikir resepi apa nak makan.

Yang diperhatikan itu bukanlah PSP mahupon Nintendo DS. Ia hanyalah sebuah handphone. Handphone you, suatu yang wa tak pernah mimpi akan memilikinya sewaktu kanak kanak. Bukan hanya tak mampu miliki, tapi di kala itu, telepon gagang pon tersangatlah langkanya




Inilah Amir. Dah pandailah sikit bergaya


Anak dan papa. Dah tua papa dia ni




Owh, ada gak papa muda dengan kanak kanak kecil





Bila ada kanak kanak, maka ini adalah perkara biasa. Nasib baik wa tak bagi sound available. Kalau tak, tentu lu all akan dapat mendengar suasana meriahnya






Dan lagi








Dan lagi








Madeehah senyum untuk bergambo sahaja. Sebelum ini berkerut dahinya sebab wa tak bagi dia main bouncy castle








Beginilah suasana cukur jambul.










Mungkin inilah juga majlis cukur jambur terakhir buat Ustaz Mad di Birmingham ini, kerana beliau akan pulang ke Malaya 12 Aug ini











Ramai yang diraikan. Antaranya Ustaz Mad, Baha, Rizalman, Ridhwan, Abg Md Noor dan Dzulhilmi












Dan akhirnya bergambo beramai ramai













Tok Bak














Yang tido pon tido lah, tak kisah lah apa nak jadi.















Yang nak makan makanlah. Pon tak kisahlah apa nak jadi















Wan pon ikut sama.


















Akhirnya Madeehah dibenarkan main bouncy castle. Wa arahkan Aiman menjaganya.

















Setelah 20 Tahun

Hari ini kami dikunjungi seorang lagi teman sekolah wife wa. Dr Azlisham, kini ketua jabatan Neurologi Plymouth, dah 20 tahun berada di Great Britain. Selama itu jugalah beliau tak berjumpa wife wa, rakan sesama pengawas di Sekolah Men Sains Raub Pahang. Kepada teman teman beliau yang ingin melihat wajah beliau sekarang, beliau duduk kanan sekali dengan memakai baju bewarna hijau.

Perwatakan beliau tak berubah. Sama saja, chewah macam lah wa dah lama kenal beliau. Untuk makluman sedara sedari sekalian, inilah pertama kali wa berjumpa dengannya. Yang wa boleh kata, he is HUMBLE, ... like me, awwwww ! ! !





Wa sangat berminat dengan kete beliau. Cuma minat wa belum ke mana mana lagi sebab wa belum mampu untuk memilikinya gitew. To all of you, this SUV is superb. Very the practical I tell you.


Jumpa lagi Azli and family. Thanks for comming.
Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ