Thursday 26 June 2008

Hakikat kemenangan

Pagi ni wa seperti biasa ditugaskan di bahagian depan tempat lalu lalang orang, pintu laluan utama.

Pagi pagi lagi wa dah nampak supervisor wa, Byron (Black). Lemah je dia. Seperti biasa, wa tego dia, Morning Byron, how are you today

Dia jawab, I'm bad. Wa terkejut baby. Why ? ? ? Dia lalu menjawab, you are leaving. Awww terharu wa. Rupanya dia dah tau. Semalam wa bagitau supervisor Melayu wa, yang wa nak berhenti. Wa ingat Byron tak tau lagi.

Lalu dia kata kat wa, jika wa mahu, dia boleh bagi wa jadi supervisor dan terus mendaki ke posisi yang lebih tinggi lagi. Alamak ai baby. Wa memang minat tu. Tapi baby, wa penat lah baby. Lu all pasti dah tau jam keje wa. Kalau lu all tak tau lagi, sah lu tak baca catatan wa sebelum ini. Hampeh sungguhlah. Kenapa lu all tak baca catatan ulung wa tu ?

Lu all, sebenarnya, wa boleh berjinak jinak dengan industri CUCI ini. Macam pilem CUCI lak khanz. Memang boleh tuan tuan dan puan puan. Wa pernah ceta suatu ketika dulu, tentang seorang pencuci tandas. Akhirnya dia jadi tokey cuci tandas. Dapat banyak tender. Tapi masa tu dia keje berdua dengan wife dia.

Pada coretan kali ini, ingin wa ketengahkan, bahawa KITA TAK SEMESTINYA MENANG UNTUK MENANG

Kadang kala, kita kelihatan kalah, tapi kita menag dalam erti kata yang lebih luas lagi.

Daaaaa

Sunday 22 June 2008

Episode Baru

Wa balik dari London 22 Jun dekat jam 9 malam. Hajat di hati nak balik seawal 5 petang. Tapi wa tertido lena. Maka lambat la bertolak cik Kiah



Duit dah zero, nak tuang minyak pon terpaksa korek sana korek sini. Akhirnya dapatlah sampai Birmingham. Kat hotak wa, ligat pikir camna nak dapat wang ni.



Sekarang ni, bila wa drive, lepas 30 minit je terus wa ngantuk tahap gaban. BIL wa kata, wa dah tua. Wa lihat, memang banyak uban dah keluar kat kepala wa. Orang tak kisah kan kalau MACHO ada uban?



Lalu wife wa kata, selawat banyak banyak. Subhanallah hil Azim, Subhanallahi wabihamdih. Wa buat sampai Birmingham. Alhamdulillah, wa ngantuk you. Wife wa kata, ngantuk pesen wa ni sebab stress. Mungkin selawat tu merupakan salah satu anugerah Allah swt untuk menghilangkan stress wa bawa kete. (Wa jawab "sama sama", konon lu all ucap terima kasih kat wa la sebab kongsi petua ni kat lu all)

Maka bermula lah episode mertua wa duduk dengan wa, 6 bulan. Wa tak harap la Ma macam Mak wa, makanan sentiasa terhidang, baju kotor pantang lihat, terus dia basuh, dan lipat serta kemas semua bilik anak anak wa pagi pagi hingga semuanya kemas dan teratur sahaja. Dia sanggup jaga Madeehah masa wa pegi keje pon dah suatu yang sangat berharga bagi wa.



Baru je habis angkat barang dari kereta, wa dapat call dari teman wa, minta tolong ambil barang dia kat Croydon, near London esoknya. Dia bagi upah GBP100. Alhamdulillah, nilah rezeki yang tak disangka sangka you.



Wa pikir macam mana lah ye, esok keje pagi jam 6 hingga 8, lepas tu nak hantar anak dan wife wa. Lalu sekali lagi, kepantasan wa diuji, wa phon, call teman kata kat dia, minta tolong bagi tau supervisor wa OFF ! ! ! (tanpa gaji). Dapatlah wa tido lama sikit sebelum berangkan sekali lagi ke London esoknya.



Alhamdulillah sekali lagi wa tak ngantuk. Wa memang berdoa kepada Allah swt agar wa diberi kesegaran dan ketenangan.



Wa sampai balik Birmingham 4:30 petang. Wa nak masuk keje jam 5 petang ni. Anak wa, wie wa dah minta tolong Kak Asmah ambilkan. Dia terus hantar ke rumah. Hi hi hi terima kasih Kak, mak wa memang puji Kak Asmah dan Juri ni berbakul bakul. Tapi wa tak bagi tau Kak Asmah la. Nanti tambah kembang lah dia, kesian khanz lu all



Masa wa sampai rumah Abg S, yang minta wa ambil barang dia, dia tambah lagi GBP20 you, jadilah GBP120. Alhamdulillah. Wa rasa syukur sangat. Inilah berkat sholat Istikharah yang wa buat semalam. Bagi orang miskin macam wa ni, kalau dapat GBP1 phon gembira giler. Ha baru tau nilai duit.



Dengan tahap kepenatan yang agak tinggi tersebut, wa gagahkan gak pegi keje. Alhamdulillah, keadaan terkawal

Esoknya lagi, masa wa pegi keje cleaner, hari Selasa, wa dapat tau, wa ditego sebab ambik cuti ikut suka, awwww, lalu wa ambil keputusan untuk berhenti saja jadi cleaner. Penat you, kalau tak berhenti, wa keje dari 6 pagi - 8 pagi, 10 pagi hingga 3 petang dan 5 petang hingga 8/10 malam, Isnin hingga Jumaat.

Wassalam

London : Garson Strawberry Picking

Keesokannya lagi, kami dah habis duit. Jalan tetap jalan, cari la tempat free dan murah. Jadi wife wa kata kat BIL wa, kami mahu yang FREEEEEEEEE ! ! ! ! !

Maka BIL wa bawa ke car boot sale. Kira murahlah. Tapi masuk kena GBP1.00 jika masuk setelah jam 11 pagi. Wa kena GBP2, dua dewasa



Setelah itu, kami pegi lunch di tempat free juga. Taman ni dekat dengan destinasi seterusnya


Best gak kalau nak jiwang kat sini. Mat salleh duduk kat tengan padang, kami duduk di bawah pokok saja lah. Sorry, wa dah jemu kena panas matahari. Wa nak sejuk sejuk je. BIL wa, Madeehah dan the funny Amir


Puas gak mereka bermain di padang nan luas itew



Tempat ni nama dia (lupa... lu all lihat kat bawah)




Garson, tempat pemetikan buah buahan.Petik sendiri, nak maka free, nak bawa balik, bayo. Depa buat tempat ni dengan begitu menarik sekali hingga sangat ramai pengunjung you





Pergh, wa cakap lu, sibuk sungguh Madeehah pada hari tersebut






Ladang strawberry







Wa kutip strawberry, Madeehah kutip tanah strawberry







Kat Malaya ada dusun derian

Saturday 21 June 2008

Legoland, Windsor

Besoknya, wa pegi Logoland. Haa mahal ya lu all nak masuk sini, tak tipu. Tempat ni dekat dengan Windsor Castle. Tempat Bush jumpa QE hari tu.



Nasib baiklah gambo awal awal, masih sego lagi. Kalau nak gambo masa balik, wa rasa tak adalah gambo ni. Penat beb, beso tempat ni.

Actually, dari sini kita boleh lihat Windsor Castle tu. Kat dalam sini ada banyak tema. Yang ini The Viking, antara tempat hit la. Kalau lu all nak bawa anak anak lu all, pastikan anak anak lu all tu cukup tinggi, kalau tak nyesal nanti tuan tuan dan puan puan. Madeehah memang tak dapat join lah. Dan yang jadi mangsa kena jaga dia, wa lah, awwww kesian kat wa. Tapi wa ni bukan suka sangat berpoya poya kat tempat macam ni.



Maka wife wa jadi mangsa melayan anak anak wa. Sebab kanak kanak tak boleh jalan sendiri. Air sungai buatan ni memang currlass giler. Banyak dan berombak. Deruan sungai real wa cakap lu. Bukan macam kat Sunway Lagoon tu. Jadi tak yah lah susah susah bayangkan aliran air yang macam tu.




Amir terer gitew, turun dulu, macam bagus je.



Antara yang boleh Madeehah dan wa buat adalah menunggu menunggu dan menunggu. Nasib baik dia tak meragam. Tapi dia ni memang kamcing ngan wa. Kat belakang tu Knight Castle. Dalam nya ada roller coaster. Wah kah kah kesian anak anak wa, ganas gak roller coaster tu. Tapi menurut Aiman, tak lah sehorror dalam castle di Gold Coast Australia. Yang tu wa kata kat lu, wa naik ngan Aiman, wa ingat biasa punya, tapi luar biasa lu, siap dia turun menjuman 90 derajat jalan ke belakang you. Bayangkanlah keterkejutan Aiman waktu itu



Yang ni besa je. Tapi thrill gak la buat Amir dan Maisarah. Hi hi hi wa rasa sangat thrill buat wife wa, awwwww, thrill ye?



Firasat wa mengatakan bahawa kat sini memang sesuai untuk kanak kanak dan ibu bapa yang teman mereka je. Kalau couple baru kawin tu tak yah mai la. Gi tempat lain okay baby




Suasana dalam Tanah Lego



Wa naik jeep ni. Mende macam ni wa boleh lah naik. Nak ceta kat lu all, sebelum ni wa naik cawan berpusing, maka wa tewas, pening kepala la you



Menda ni diperbuat dari bahan blok Lego




Maka Madeehah sangat sabo meunggu di luar pago



Ha ada kelas memandu. Semua sign trafik ada kat sini.




Amir ingat ni main lango lango. Apa raa Amir buat lawak. Ini kelas memandu la Amir. Bukan kelas lango melanggo




Boating class pon ada you. Boat tu kita kemudi sendiri dan digerakkan dengan kuasa bateri. Yang ni pon wa terpaksa naik sebab kena ada dewasa. Tapi wa suka la naik menda ni


Oleh kerana Aiman tak boleh naik sendiri, maka wa kena naik dua kali. Pertama bawa Madeehah dan Amir, kedua, bawa Aiman dam Madeehah. Percaya tak you, Amir ada skill bawa boat wa cakap lu




Sambil menunggu mereka naik helikopter, wa lihat kanak kanak ni main air



Haaa inilah helikopternya tuan tuan dan puan puan. Hi hi hi mengancam gitew



Ada gak mini world yang dibuat menggunakan blok blok lego. Kenderaan yang lu all nampak tu, semuanya bergerak atas jalan masing masing termasuk kapal di air



House of Parlimet
























Ni kat sebelah theatre 4 D. Menda ni kat tema discover. Ia dibuat oleh ingineer lego dan telah ditest berjaya. Ia diperbuat dari sistem yang digunakan pada permainan Lego

Friday 20 June 2008

Heathrow Airport

Lepas marching di sekolah anak anak wa, wa hantar wife wa ke unibesti. Jam satu wa ambil dia balik, dan terus ambil anak anak wa di sekolah sebelum wa sholat Jumaat

Patutnya lepas Sholat Jumaat, wa terus pegi Egham. Tapi wa rasa letih, maka wa rehat kejap. Akhirnya jam 3:30 petang baru kami bertolak ke Egham, near London. Kawan wa dah kata, bertolak awal, sebab biasanya jem hari Jumaat ni. Tapi wa tak caya. Nah, ambik lu, jem beb. 6:30 petang baru sampai rumah BIL wa.

Makan cecepat dan sholat Asar, lalu kami pergi ke Heathrow Airport, hantar adik ipo wa balik Malaya. Selamat jalan lu all. Dah sampai pon mereka. Alhamdulillah




Bagi yang tak pernah sampai Heathrow Airport ni, wa turunkan gambarannya. Bagi yang pernah sampai zaman dahulu kala, ketahuilah sedara sedara sekalian, Heathrow airport dah banyak berubah, cantek you. Cuma banggunan lamanya masih ada lagi, jadi bekas bekas peluh lu all tu wa rasa masih ada lagi lah.


Wa masih ingat lagi tangga yang wa naik hantar Aiman dan mama dia tahun 2001 dulu. Masa tu wa kena balik lain flight sebab flight penuh sangat. 8 jam wa delay ngan Tok Bak di Heathrow.


Ni kali kedua Ma Tok sampai Heathrow. Pertama kali dah lama dulu, 10 hari lepas waktu sampai dari Malaya dengan adik ipo wa. Awwwww ! ! !
Layanz lah nostalgia lu all tu ye. Wa chow dulu

World Day

Pada hari ini, Jumaat 20 Jun 08, sekolah anak anak wa buat perarakan dunia. Mereka telah didedahkan kepada negara negara dalam dunia selama seminggu. Setiap kelas akan mempelajari tentang satu negara dan mewakili negara tersebut pada hari perarakan ini. Dalam masa seminggu tersebut, mereka belajar mengenai negara yang mereka wakili, dari budaya, bahasa, gaya hidup, resipi dan sebagainya.


Anas mewakili negara Holland. Holland dah terkeluar dari finalis Euro 2008.

Wa selalu ingat Holland warna jingga. Namun, jingga tak ada dalam warna bendera Holland

Amir belajar mengenai negara India, jadi pada hari ini dia kena memakai baju bewarna salah satu dari warna yang ada pada bendera India.







Aiman pula mwakili negara Malaya









Ada anak mat salleh ini pakai baju bendera Malaya lagi you. Dia pernah sampai ke Malaysia, dan dia sangat suka berada di Malaya.





Maisarah pula mewakili negara Italy. Setiap hari dia akan tanya wa apa makna ayat dalam bahasa Italy. Awwww wa tarak tau you.

Thursday 19 June 2008

Madeehah jatuh

Hari selasa lalu, Madeehah jatuh tangga dari tingkat atas. Kesian dia. Mama dia sholat Asar, dia nak ikut abang dan kakak dia pegi taman belakang rumah. Lalu dia tergelincir. Masa tu wa keje. Lebam mata dia. Hari ni dah beransur pulih dan dia tak mengadu sakit lagi

Masa ambil anak anak wa balik sekolah, wa bawa Madeehah sebab tak ada siapa nak jaga dia di rumah. Mat salleh ni tau je lah khanz, nampak pipi Madeehah lebam tu sibuk la depa berspekulasi. Dan yang paling biasanya mereka ini akan ingat penderaan kanak kanak. Ei ... kalau depa report wa tentu kena bawa ke sepital, berjam jam lah wa di sana. Kira Umat Malaya ni kuat lah khanz lu all, sikit je ni, tak lama tu baiklah.




Madeehah dengan sedikit lebam di tepi mata sebelah kanan


Dengan Amir


Keje hari ni di Royal Otrhopaedic Hosp (ROH), sangat ringan. Wa sepatutnya balik jam 10 malam, tapi pesakit terakhir yang memerlukan khidmat kami jam 6:50 petang. Maka 7:30 malam wa pon balik.


Wife dan anak anak wa pegi rumah kawan Aiman, Jalal. Wa tak bawa kunci, jadi terpaksa pergi rumah Jalal dan ambil kunci. Sampai depan rumah dia, wa lihat semua ada kat dalam rumah. Tapi ada 4 orang anak mat salleh duduk depan rumah Jalal. Sebab dah biasa ramah di Hospital tu, maka wa pon panggil lah budak sorang tu, 11 tahun umurnya, dengan nama Rooney, sebab dia pakai jersey nama Rooney.


Budak tu datang kat wa, dia tanya, What do you called me? Wa kata, Rooney. Dia marah you. Jadi wa minta maaf lah kat dia. Lepas tu, Aiman dan Jalal keluar, rupanya ada ceta lu all, wa cakap lu. Budak tu kata Aiman ejek dia Rooney dan panggil dia dengan gelaran yang agak perkauman.


Wa tanya Aiman, memang dia kata dia panggil budak tu dengan nama Rooney, tapi tidak dengan nama perkauman tersebut. Lalu wa panggil budak tu wa kata kat dia, wa dah marah Aiman dan harap dia maafkan Aiman, dia kata I will. Pelik kan ... depa ni seolah senang senang saja nak tuduh orang ikut suka dia.


Pernah kejadian kat rumah kawan wa, dia duduk di flat. Orang bawah rumah dia tu orang tua. Dia hilang disc macam disc ASTRO tu. Selang beberapa jam, anak orang tu datang rumah kawan wa, beritahu, mak dia kata, kawan wa curi disc dia. Ske dia je tuduh tuduh sebarang. Kalau setakat tuduh tu tak apa gak la, ni nak suruh orang lain percaya bahawa apa yang dia tuduh itu benar dan terus ambil tindakan. Masalahnya tuan tuan dan puan puan, kawan wa tu tv pon tak ada, jadi apa curlass nak curi disc free tu?


Maka tak heran lah wa kata kat lu, amrik serang kurdi atas dasar tuduh je, sebab mereka percaya bahawa semua yang mereka kata itu benar tanpa bukti.
daaa wa penat lah

Monday 16 June 2008

Happy Father's day



Semalam wa dapat kad ini, dari Maisarah. Hanya dia sorang yang ucapkan selamat hari ayah kat wa. Hi hi hi wa pon lupa ucap selamat hari ayah kat Tok Bak.


Bak, Happy Father's Day. Thanks for everything. Especially for being with us in Birmingham. Ia sangat sangat berharga bagi kami semua





Stratford Upon Avon

Kengkawan semua, semalam wa n co, pegi tempat kelahiran Shakespere, tentu saja setelah ke Studley car boot sale, wojik gitew. Eh tak lah, wa bawa inlaws wa lihat tempat tu. Maklumlah khanz, datang dari Malaya, kena bawa ke sini gitew. Malaya tak ada, kalau ada pon konsepnya lain, tag line Malaya punya, MESTI MAU UNTUNG TERLAMPAU LEBIH PUNNYA! ! !


Stratford Upon Avon lebih kurang 1 jam dari Birmingham, atau 25 minit dari Studley. Lawa tempat ni, yang lebih wa salute adalah usaha kerajaan tempatan menghabiskan duit rakyat membangunkan tempat ini dan menjadikannya salah satu tempat yang terpaksa diakui semua sebagai salah satu tempat yang mesti dilawati di sekitar Birmingham. Terrer marketing depa ni. Sure kalau kat Malaya, tak jadi macam ni, sebabnya you know, Malaya dah makin teruk jadi antara negara rasuah terhebat dalam dunia. Dari 4.0 ke 2.7 you. Hebat hebat ! ! !



Ada banyak park kat sini, kita pilih je mana nak me lay park. Ada yang kena bayo, ada yang FREE. Wa kat tempat FREE je. Lalu kami bentang tiko, hangkut semua makanan, termasuk periuk nasi panasonic beso (mahal you, bawa dari Malaya, kat sini tak ada periuk nasi sebeso tu, depa ni tak makan nasi banyak macam kita makan nasi). Lalu kami makan, sambil diperhatikan oleh omputih yang kagum melihat kami makan guna tangan, awwwww ! ! ! Pelik depa lihat kita makan guna tangan.




Ermm sampai menjilat jari Aiman tu


Aiman dan baju Man U nya, dua hari tak salin you. Lepas ni wa harap badan dia akan kurus macam Christiano Ronaldo la.

Gambo ni difokuskan kat belakang tu, balik pokok. Sejoli sedang berjoli. Depa ni tak malu, sebab banyak lagi kejadian sedemikian atas padang rumput ni.


Bersihnya sungai ni, hi hi hi macam sungai Klang 69 tahun dulu agaknya


Tepi sekali tu Adeena the princes. Sejuk masa ni.





Maisarah depan tugu, apa wa tak sempat baca. Sebab wa ingat nak hantar makanan dalam kete lepas tu datang sini balik, namun sesampai je wa ke kereta, rombongan wa pon turut sampai ke kereta, maka kami terus je balik, awwww terlepas peluang wa baca keterangannya






You, nama you siapa? Kenalkan diri you lah you. Kat mana ni you?

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ