Saturday 23 April 2016

Welcome Back

As Salam. Lapan tahun lalu, wa merantau keluar negara. Feeling blank. Rasa macam duduk dalam gua. Subuh habis 8:30 pagi, Maghrib jam 4 petang. Tak ada kerja. Nak belanja minta duit isteri.

Allah Maha Kaya. Wa jadi suka duduk UK. Sampai tak nak balik. Masa mula mula dulu wa teringin nak pakai Viano. Viano lama. 8 seater. Sebab anak ramai. Alhamdulillah wa dapat beli Viano berusia 2 tahun. Selesa. Wa pon tak sangka, ada rezeki wa nak pakai Viano.

Ada satu motto kawan wa masa sekolah. Sekarang ni dia CEO salah satu Perbadanan Negeri yang terkaya di Malaysia. Wa ingat dan terkasima masa wa baca motto dia dalam buku batch kenang kenangan. Kata dia dalam bahasa Inggeris, wa terjemahkan je kat sini

" kita boleh minta apa saja dalam dunia ini. Dapat atau tidak bukan masalah. Tapi kalau kita tak minta kita tak akan dapat "

Jadi 8 tahun dulu, masa wa tengah duduk termenung, duit tak ada, wa minta Viano. Alhamdulillah wa dapat. Apa sahaja ucapan kita adalah doa. Jadi berkata kata dan berucaplah dengan kata kata dan ucapan yang baik baik. Allah sentiasa mendengar, dan malaikat mengaminkan

Hidup bagai roda. Kejap kita di atas, kejap kita di bawah. Bila wa buat keputusan balik Malaysia, wa terasa, hidup wa kini sedang berada di bawah. Wa mesti berusaha untuk naik ke atas. Ia sakit, ia pedih, ia payah, ia perih. Saat ini orang tak mahu tau tentang kita. Wa paham.

Jadi wa nak minta sesuatu kepada Allah Yang Maha Esa. Bagaimana kalau kali ini permintaan wa adalah kereta berjenama HMS. Wa pernah buka perniagaan dengan nama ESAE Ltd di UK. Tapi ia dormain. Jadi kali ini wa mohon juga agar ESAE Ent, Malaysia menjadikan wa jutawan. Amin




Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ