Tuesday 2 February 2010

Allah

Nak komen wa tak reti. Idea ada tapi susunan kata kata tak tercapai. Maka izinkan wa bawa ulasan Sdr Zulkifli Nordin di bawah ini. Jadi nak sebut nama Allah tu sebutlah. Siapa pon boleh menyebutnya. Hatta kafir harbi pon patut mengaku bahawa Allah adalah tuhan mereka, dan mereka itu memang sebenarnya adalah HAMBA ALLAH swt.

Cuma Allah sendiri telah memberikan tafsiran mengenai apakah kalimah Allah itu selayaknya.


Menjadi Ular Lidah Bercabang: Ulasan Zulkifli Noordin

“Dan mereka (Kristian dan Yahudi) berkata Tuhan Yang Maha Pemurah Mempunyai anak. Sesungguhnya mereka sudah mendatangkan sesuatu yang sangat mungkar. Hampir-hampir langit pecah kerana ucapan itu dan bumi terbelah, dan gunung ganang runtuh kerana mereka mendakwa Allah Yang Maha Pemurah mempunyai anak. Dan tidak layak bagi Allah Tuhan Yang Maha Pemurah mempunyai anak”. (Surah Maryam:88-92)Begitulah serius amaran Allah SWT kepada manusia yang mendakwa Allah mempunyai anak.

Kita tidak lupa peristiwa tsunami yang berlaku pada Krismas 25 Disember 2004, apabila bumi di dasar lautan terbelah dan ombak menggunung sehingga ratusan ribu nyawa terkorban pada hari mereka merayakan perayaan memperingati kelahiran Jesus yang didakwa anak Allah SWT.Bagi mereka, ini isu istilah tetapi bagi kita ia isu akidah. Bagi mereka ini persoalan bahasa, bagi kita ia isu agama. Bagi mereka perbezaan terminologi, bagi kita ia perkara tauhid.

Apakah kita tidak menyedari bahawa apabila pihak Kristian mahu menggunakan nama Allah SWT, mereka menyebutnya dalam bentuk Allah itu triniti: Tuhan Bapak, Tuhan Anak dan Roh Suci! Ini adalah fahaman syirik lagi kufur dari sudut akidah Islam. Semua 25 Rasul dan 124,000 nabi dihantar kepada manusia hanya dengan satu mesej yang jelas – sembahlah Allah SWT yang satu.

Mereka mendakwa kononnya mereka sudah menggunakan nama Allah SWT sebagai ganti nama God sejak ratusan tahun. Maka mereka berhak menggunakannya sekarang. Ketika Nabi Muhammad diutus sebagai Rasul, nama Allah SWT sudah pun digunakan. Nabi bukan pencipta nama Allah SWT, sebaliknya ia sudah wujud sejak azali lagi.Maka Nabi Muhammad SAW menyeru manusia supaya marilah menyembah Allah SWT. Maka Yahudi menyatakan memang kami bertuhankan Allah tetapi Ia punya anak bernama ‘Uzair. Kristian pula berkata, memang kami mempertuhankan Allah, tetapi Allah punya anak ‘Isa al Masih (Jesus)’. Musyrikin Makkah juga berkata memang tuhan mereka Allah, tetapi punya sekutu Latta dan Uzza.

Maka mereka bertanya kepada Nabi, siapa Allah yang engkau seru kami menyembahnya. Nabi tidak menjawab berdasarkan akal, tetapi Allah SWT menjawabnya dengan berfirman yang bermaksud: “Katakanlah Allah itu satu.”

Kita tidak pernah mendengar dalam sirah Nabawi bahawa Nabi membenarkan Allah dipersekutu dan disyirikkan. Seperti ditegaskan Saidina Ja’afar ibni Abi Tolib Attayar ketika berdepan dengan Maharaja Najasyi, Raja Habsyah yang beragama Kristian dalam peristiwa hijrah pertama.

Walaupun sahabat Nabi datang untuk meminta perlindungan dan bantuan Maharaja Najasyi, tetapi apabila berdepan dengan persoalan akidah, bila ditanya oleh Maharaja Najasyi: “Apakah kamu tidak mempercayai al-Masih (Jesus) itu anak Allah, Saidina Ja’afar tegas membaca Surah Maryam, dan menyatakan bahawa: “Isa al Masih adalah Nabi utusan Allah SWT, bukan anak-Nya!

Tugas dan tanggungjawab kita umat Islam apabila mendengar bahawa ada segelintir manusia sudah menyalahguna nama Allah SWT dalam bentuk syirik dan kufur bukan dengan mendorong, menyokong atau meredai mereka terus mensyirik dan mengkufurkan Allah SWT, tetapi perbetulkan kembali akidah mereka dengan dakwah, seperti yang dibuat Rasulullah SAW dan kalangan sahabat Baginda.

Itulah risalah semua Rasul dan Nabi, iaitu menyeru manusia kepada menyembah Allah SWT Yang Satu!Ada kalangan mereka mendakwa nama Allah SWT bukan milik eksklusif umat Islam, tetapi milik semua manusia kerana Allah SWT itu robbul ‘alamin – Tuhan seluruh alam. Maka semua orang berhak menggunakan nama Allah SWT.Saya menegaskan bahawa tiada siapa boleh menuntut hak dan pemilikan nama Allah SWT kerana nama itu ada pemiliknya, iaitu Allah SWT sendiri.

Seperti yang disebut dalam Surah Al-Ikhlas yang bermaksud: “Katakan bahawa Allah SWT itu satu, kepada-Nyalah bergantung segala sesuatu, Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan, Dia tidak setaraf dengan sesiapa pun”.

Maknanya Allah sudah pun menjelaskan apa maksud nama itu dan itu hak-Nya sebagai pemilik nama itu. Siapa kita untuk menyatakan tidak, apatah lagi mengubah makna nama itu kepada selain daripada Allah SWT Yang Satu!

Pengakuan oleh kafir bahawa Allah SWT Maha Pencipta, Maha Peruntuh, Maha Penumbuh, Yang Menghidupkan, Yang Membinasakan, Yang mematikan dan lain-lain disebut sebagai pengakuan Allah dalam bentuk rububiyah, iaitu Allah dalam bentuk sifat. Tetapi dalam bentuk uluhiyyah, dalam bentuk iktikad, kafir ini masih menyembah berhala, patung dan lain-lain. Itulah maksud ayat berkenaan, bukan bermaksud mereka boleh menggunakan nama Allah sebagai Tuhan mereka.

Arab Kristian pun guna Allah. Golongan penyokong Kristian ini mendakwa orang Arab Kristian pun menggunakan nama Allah SWT sebagai nama Tuhan. Saya menegaskan bahawa dalam bahasa Arab, memang mereka hanya tahu perkataan Tuhan itu adalah Allah, tiada ganti lain bagi perkataan God melainkan Allah kerana memang sejak Nabi Adam hinggalah ke zaman Nabi Muhammad, masyarakat Arab hanya tahu nama Allah sebagai Tuhan.

Malah kaum Yahudi dan Kristian memang asal agama mereka pun mempertuhankan Allah yang Satu. Itu yang mereka faham. Malah ada di kalangan Arab Kristian yang koptik (ortodoks) sehingga kini tidak mengakui ‘Isa anak Allah, bagi mereka Isa adalah Nabi. Cuma mereka berbeza dengan Islam kerana menolak kenabian Rasulullah SAW.

Tidak semestinya orang Arab Kristian menggunakannya, Kristian di Malaysia juga boleh menggunakannya. Dari segi prinsip ‘uruf al balad, pemahaman perkataan itu adalah berbeza mengikut masyarakat yang menggunakannya. Begitulah nama Allah SWT, bagi masyarakat Arab ia dari segi istilah bahasa membawa makna Tuhan, tetapi bagi kita di Malaysia ia membawa makna Tuhan yang khusus, Tuhan yang Satu yang kita sembah.

Agenda halusApakah pernah kita bertanya satu soalan yang sangat asas, tanyalah kepada Kristian di sini yang beriya-iya mahu mengguna nama Allah sebagai nama Tuhan mereka, apakah sebenarnya Tuhan kamu. Bukankah kepercayaan kamu adalah kepada Jesus, Tuhan yang menjelmakan dirinya dalam bentuk anaknya dengan tiupan roh suci. Mengapa nama Tuhan kamu Jesus dalam bahasa Inggeris dan lain-lain, tetapi untuk bahasa Melayu, tulisan versi Melayu, di hadapan orang Melayu, nama Tuhan kamu tiba-tiba bertukar menjadi Allah! Tidakkah ini suatu yang pelik?

Sedangkan Reverend Albert Mohler, seorang paderi kanan Kristian di Amerika menolak cadangan Paderi Tiny Muskin dari Belanda yang mencadangkan supaya nama Allah diguna sebagai ganti nama Tuhan. Cadangan Tiny Muskin menerima bantahan besar-besaran oleh masyarakat Euro-Amerika. Tetapi mengapa di Malaysia, penganut Kristian berkeras mahu menggunakan nama Allah sebagai ganti nama Tuhan? Sudah tentu ada udang di balik batu, ada agenda halus yang sedang disusun. Mereka berjaya melakukannya di Indonesia, mereka sedang cuba melakukannya di Malaysia.

Apakah nanti suatu hari mereka akan menuntut, atas nama hak asasi kemanusiaan, supaya Surah Al Ikhlas tidak lagi dibaca kerana mengguris perasaan kaum Kristian yang mempercayai tuhan ada anak, sedangkan surah itu menegaskan Tuhan itu Satu!

Fitnah yang melanda

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Bersegeralah kamu pada melakukan amalan salih kerana akan satu masa nanti kamu akan didatangi suatu fitnah keimanan, fitnah yang datang seperti kepingan malam, kamu tidak akan nampak kedatangannya”.

Apakah fitnah itu ya Rasulullah, tanya sahabat. “Kamu Islam waktu pagi, kamu kafir waktu petang, kamu Islam waktu petang, kamu kafir waktu pagi!”Inilah fitnah yang sedang melanda umat Islam hari ini. Di dalam masjid, kerana dia berjanggut dan berserban, kerana selalu bertakbir kuat, maka dia menjadi imam. Lalu dibacanya surah Al Ikhlas yang bermaksud: “Katakanlah Allah itu Satu, kepada-Nya bergantung segala sesuatu, Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan, Dia tidak setaraf dengan sesiapa pun”.

Namun orang yang sama, sebaik saja keluar dari masjid, berdiri di pentas politik, dia petah berpidato: “Saudara-saudara, adalah hak rakan Kristian kita untuk menggunakan nama Allah, sebagai Tuhan Bapak, Tuhan yang punya Anak, dan Tuhan yang bersekutu dengan Roh Suci. Kita sepatutnya menyokong dan mendukung tuntutan rakan Kristian kita ini, kita wajib memperjuangkan hak perlembagaan mereka! Takbir..takbir..takbir!!”

Di dalam masjid Allah itu Satu, di atas pentas politik Allah itu punya anak punya sekutu. Mengapa ada di kalangan kita sanggup menjadi ular lidah bercabang dua?

Kalangan sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, bagaimana mungkin boleh jadi fitnah keimanan sebegitu dahsyat kepada umat Islam?”. Jawab Rasulullah, ‘hubbud dunnya, wakarohyatul maut!”. Mereka terlalu sayangkan dunia, mereka takut mati!

Inilah yang terjadi kepada umat Islam hari ini. Mereka terlalu sayangkan jawatan, cintakan kedudukan, gilakan habuan, mereka mengejar ayat-kerusi, bukan Ayatul Kursi (Al Baqarah: 255), tetapi kerusi empuk Yang Berhormat, kerusi empuk Ahli Parlimen, kerusi empuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), kerusi empuk kekuasaan, kemakmuran, kekayaan dan kedudukan. Mereka takut sangat kedudukan, jawatan dan habuan itu mati, mereka takut kalah di peti undi. Mereka menjadi penyembah demokrasi, mereka nyahkan keagungan Ilahi.

Semoga Allah SWT memberikan kita petunjuk dan hidayah-Nya, dan memelihara keimanan kita, dan memberikan kita kekuatan dan istiqamah untuk berjuang mempertahankan risalah tauhid yang suci ini. Insya-Allah. – Berita Minggu

Zulkifli Noordin,
Ahli Parlimen Kulim Bandar Bahru.

Monday 1 February 2010

Rangkuman

Sejak 7 Januari lalu, wa beku. Bukan tak ado bendo yang wa nak penuhkan catatan wa yang berharga ini, tapi mungkin terlalu banyak bendo yang wa nak tulis hingga wa tak sempat nak tulis. Bila dah terlepas urutan kejadian wa jadi keliru nak tulis mano dulu.

Wahai wa yang ado sedikit semangat di pagi buto ini, mengapo lah tibo tibo wa raso nak menulis pulak ni. Sungguh wa tak faham dengan perangai wa sekarang ini. Wahai wa, tahukah wa bahawa badan wa dah nak sangat sangat poie tido, tapi mengapo lah mato wa seraso baru yo bangun tido

Mano lah wa nak mulo ni. Ah tulis yo lah apo yang ado depan mato. Dopan mato wa ni adalah laptop wa. Wa boli laptop wa ni tahun 2005. Ia bukan yang pertama, ia yang kedua. Seperti sebelum sebelum ini, saat wa bukan tergolong orang sengkek, maka laptop wa ini merupakan antara yang tercanggih ketika itu. Harganya waktu itu kira boleh boli Mac Book Pro di kala ini. Eh wa telek telek, maka wa dapati ia lobih mahal dari Mac Book Pro. Sungguh wa thak sangka.

Namun hari ini, wa sedo bahawa bukan perlu sangat boli yang tercanggih. Tujuan laptop adalah untuk wa boleh buat kerja wa. Kerja wa bukannya pro sangat. Tapi kenapo lah wa nak yang pro khanz. Satu lagi fakta yang wa belajar sebagai manusia. Tamak selalu rugi.

Eh bukan manusia sebarang manusia. Manusia yang dah hampir 40 tahun gitew. Maka mengenang nombor 40 ini, agak tersentak wa. Dah tua dah wa ni. Namun begitu di saat ini wa masih sangat sangat memerlukan kedua ibu bapa wa, awww. Manja ghupenya wa ini. Memang masa wa di Malaya dulu, wa akan melihat wajah kedua ibubapa wa setiap hari. Kalau tak lihat, wa pasti tak keruan. Sekarang ni apa nak buek, duduk jauh.

Ado orang kata, life begin at 40. Memacam tafsiran mereka. Ikut suka mereka lah. Dalam banyak banyak perbincangan yang wa turuti, isu yang hangat adalah kawin lagi satu. Nehi nehi nehi bukan wa nak kawin lagi satu, tapi wa agak terperanjat, sungguh sungguh terperanjat mendapat berita bahawa kawan baik wa, bercerai, isterinya yang juga kawan baik wa, kawin dengan kawan mereka yang juga kawan baik wa pada umur menjangkau 40 tahun. Hi hi hi, terlintas dalam hati wa, mengapa tak kawin dengan Dato' ado lah gak bedanya. Jahat wa ni khanz.

Mengagau wa mencari no telepon kawan wa tu. Ye lah khanz, dalam otak wa yang jernih ini, terbayang raut wajah kawan wa yang ditinggalkan itu, mungkin dia sedih. Bukan hanya sebab bercerai, namun sebab mengenangkan hati dan perasaan anak anak mereka. Sejurus wa dapat bercakap dengan kawan wa tu, lega lah juga hati wa bila mendapat tahu kawan wa itu redha dengan ketentuan Allah swt. Dia happy, wa pon happy lah juga. Kepada kawan wa yang kahwin tu, harap mereka juga bergembira dengan pilihan hidup mereka. Apa apa pon, jika kita nak ikut hati yang tak cukup ini, sampai bila, kemana sahaja kita pasti tak akan puas. Maka settle downlah, sukalah dengan apa yang ada di depan mata.

Jika nak ikut kepuasan, mahu gak wa tuko laptop wa ini dengan Mac Book Pro sekarang juga. Tapi nak buat apa khanz. Udah lah mahal, wa pon bukannya mampu pon. Syukur dengan apa yang ada. Lebih tenang dan relaks, tak gitu keneh

Ha sekarang ini juga wa sedang dengo lagu zaman 90-an. Wa ni khanz, lu all, memang dah lama sungguh tak dengo lagu secara aktif. Kalau muzik instrumental tu biasalah. Wa kira sejak 2004 kot. Wa kira lu all pon berkongsi pengalaman sama, ada kalanya saat suatu ketika dahulu, masa bercinta ke, masa SPM ke, lu all ada dengo sesuatu lagu, maka bila lu all dengo balik lagu lagu tersebut, maka satu persatu kenangan ketika itu akan muncul semula dalam ingatan.

Sebenonya, banyak kenangan yang wa tak mahu ingat telah dapat wa benam dengan tidak mendengar lagu lagu lama tersebut. Terkadang bila kenangan itu datang semula, maka ketidak puasan hati akan turut sama menyertainya. Bagi wa, inilah yang tak bagusnya. Kita akan berundur semula kebelakang. Hey brader, hidup mesti kedepan bro. Kalau ingat jaman lalu, lu tak nampak pula apa yang telah disediakan untuk lu di depan sana.

Sejak wa makan gaji ini, wa dapat rasakan bahawa minda wa tak lagi laju ke depan, tersekat. Tak ada ambition. Namun terkadang ada baiknya, tak ada stress untuk mengejar dan sentiasa mengejar suatu yang lebih baik, lebih banyak, lebih segalanya lah khanz. Kini telah wa sematkan dalam sanubari wa, seandainya wa pulang semula ke Malaya, wa sedaya upaya akan sediakan perkhidmatan yang lebih kepada kebajikan. Berita baik lah kepada client wa. Namun ia jadi berita buruk kepada teman sejawat wa. Sebab wa akan tekan harga mereka. Sorry la bro, wa kembalinya semula wa ke jawatan wa yang asal, bukan laie nak mengejo wang berjuto, tapi wa nak memberi. Insya Allah, moga impian wa akan tercapai

Jadi apa yang menyebabkan wa terdengar semula lagu lagu lama ini? Sebenarnya wa dengar lagu ini dari radio online di PSP. Ye tuan tuan dan puan puan, dari PSP (PSP3003).

Begini ceritanya, minggu lepas wa buat majlis hari lahir, Amir dan Maisarah. Ramailah tetamu mereka. Bukan sahaja ramai tetamu, malah banyak juga hadiah yang mereka terima. Antaranya Amir mendapat PSP dari uncle Nabil. Dia pasti terkejut badak. Dia juga pasti tak sangka bahawa wish list dia yang memang tak akan tercapai jika didendangkan ke telinga papanya, tiba tiba menjadi kenyataan. Bukannya dia yang terkejut, wa phon terkejut gajah. Jadi itulah penyebabnya wa dengar lagu lama ini. Sebab wa nak cuba apa yang PSP boleh buat selain dari main game.

Amir dan Maisarah ini, budak budak lagi. Yang namanya budak budak, pasti selalu lupa. Apa lagi kalau yang bercakap dengan mereka itu mama dia. Dua minggu nan lalu, waktu mereka ikut mama mereka ke Costco, depa ni duduk di kerusi barisan ketiga, menghadap belakang. Kalau setakat bising dan nangis tu perkara biasa. Kali ini mereka melompat dan tak pakai tali pinggang keledar

Lu all, wa beritahukan kepada lu all, 4 buah kereta peronda polis dengan siren bising tersebut, telah menghimpit kereta yang dipandu wife wa menyuruhnya berhenti ke tepi gara gara mereka melihat 2 anak wa ini tak pakai tali pinggang keledar. Setelah dia panggil wife wa ke dalam van polis, dia bagi warning, kalau tak, denda £200 dan tolak 6 point pada lesen memandu

Lepas tu, polis tu tanya wife wa, do you want me to talk to your child? Wife wa kata yes please.

Polis tu pergi ke belakang kereta wa, dia berkata

I'm not going to scold you, but .....

HUWAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA ! ! ! maka menangislah anak anak wa kat belakang tu. Wa kira pengalaman seperti ini pasti akan menjadikan mereka ingat sampai mereka ada cucu. Pada ketika itu, bagaimana pulaklah agaknya, cara penyempaian mereka kepada cucu mereka.

Dzaaaa ! ! !




Nota bena
Sepupu wa nikah minggu lalu. Antara hantaran dia kepada pengantin lelaki adalah mainan remote control speed boat. Ermm lu all boleh lah cuba hantar remote helicopter pulak ke. Suatu yang baru ini
Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ