Thursday 30 October 2008

30 Oct 08

Salam semua


Pagi ini wa pegi hantar Dol ke Heathrow jam 7:20 AM. Tak berapa jem. Segala urusan check-in lancar. Ekses bagage 7kg .... lepas Alhamdulillah. Pada jam 9:40 AM dijadualkan Dol mengangkat kaki meninggalkan bumi Permaisuri. Wa, wife wa, SIL wa dan MIL wa hantar Dol. BIL wa keje.


Lepas tu kami menghala ke Staine, meninjau apa yang ada untuk dibelanjakan, awwwww. Maka dapatlah wife wa sepasang kasut Clark (biaya sendiri) dan seutas beg tangan Clark juge, (hadiah, dari wa, awwwww, kena tulis ni sebab julung julung kali). Wa ada nampak dua benda yang wa nak, kemeja DKNY dan Levi's (semuanya diskaunt almost 50%). Namun hasrat tersebut terpaksa wa pendam sebab budget dah terlebih untuk minggu ini. Mana tak nya tuan tuan dan puan puan, petrol saja dah dekat GBP100. Kesian nasib wa. Sebab itulah tuan tuan dan puan puan, wa cuma ada beberapa helai je pakaian. Yang wa beli pon, di car boot je. Tak pe tak pe tak pe, I'm all right. Don't worry about me, ok.


Petang kami ke Slough sebab bawa anak anak wa beli kasut sekolah pula. Madeehah pon ikut, lenguh tangan wa mendukung beliau.


Dol mendarat di Doha, Qatar jam 5 petang waktu London. Dia YM wa jam 6 PM. Waktu itu, dia masih belum lagi jumpa SN. Wa try call SN dari London, tapi ... wa tewas. Tak dapat dihubungi.


Lalu wa call Wan. Jam 6 pagi. SIL wa jawab. Hi hi hi sorry kejut pepagi.

Akhirnya, berikut sedikit gambo Dol sebelum kembali ke Malaya


Daaaaaaaaa





Pagi Rabu. Semalam salju turun dengan agak lebatnya



Depan rumah wa

Ma Tok, wife wa, Aiman Madeehah dan Anas


London Eye




Anas ikut Dol, jadi dia dapat naik London Eye sekali lagi




Sg Thames




Sebelum berangkat ke Heathrow. Semua tak mandi lagi kecuali Dol dan Madeehah






Depan halaman rumah SIL wa, di Egham








Terminal 3, Heathrow. Ramai jumpa umat muka sawo matang, tapi semua buat tak tau je.
















Wednesday 29 October 2008

Dol berangkat ke London

Pagi ini Dol dan Anas telah berangkat ke London dari stesen bas Digibeth. Kete wa tak ada, jadi wa minta tolong Ustaz Yunus hantar mereka. Jam 8 pagi kami bertolok dan sampai di stesen 8:30 pagi



Balik rumah wa dah rasa Dol tak ada. Kalau dulu semua benda wa ingat Dol akan tolong wa buat. Nak tinggal rumah pon tak kisah sebab Dol ada. Lepas ni susah sikit la nak jalan-jalan.



Pandang laman belakang rumah, wa ingat Dol punya keje. Potong rumput, angkat kayu hadang pagar, bersih laman, sampah, main bola dengan anak anak wa, Dol gak yang bawa anak anak wa kalau mereka nak ke taman. Lepas ni tentu mereka akan teringat kat Dol.



Kalau wa ada banyak keje, Dol akan bawa kete ke sana kemari. Beli ayam dan segala macam bahan untuk bisnis dsb. Semua kenangan.



Kete wa siap jam 12:00. Lepas dzohor, wa ambil kete wa dengan Ustaz Yunus. GBP300 untuk brake dan segala yang berkenaan dengan brake. Nampak keje mat salleh tu neat dan cantik. Wa lihat taya kete wa dah nak merekah. Maka wa ke kedai taya, ganti 2 biji. Harga asal GBP37 sebiji, tapi wa kata kat owner tu, wa nak jual kete ni, hi hi hi, dia bagi diskaun, jadi GBP29 sebiji. Awwww thanks and best regards



Tadi wa telepon Dol. Dia dah ada kat London dan nak pegi ke rumah BIL wa. Dia sempat naik London Eye. Sedang kami baru nak bertolak London. Jam menunjukkan pukul 17:35. Daaaaa

Tuesday 28 October 2008

Salji pertama

Hari ini wa cuti. Wa nak bawa kete wa ke workshop untuk betulkan brake kete tu. Semalam wa dah buat temujanji 9:30 pagi

Wa sampai workshop tu 5 minit lagi nak 9:30 pagi. Kira Melayu lambat tak berlakulah pada diri wa. Tokei tu kata 1 jam setengah siap. Tapi lepas di periksa, dia kata kemungkinan kena buat kalibrasi. Apa ke bende tu wa tak tau. Jadi menurutnya, mungkin akan memakan masa 3-4 jam.

Wa pon jalan jalan kejap di sekitar daerah tersebut. Hingga wa sampai ke kedai second hand yang Tok Bak selalu singgah tu. Wa jumpa owner dia, Habib namanya. Wa kenalkan diri wa, tapi dia tak ingat, lalu wa kata kat dia

Wa : My father used to come here before
Habib : ESA ! ! !

Owh, ingat sungguh lah dia kat Tok Bak. Dia tanya bila Tok Bak nak datang sini lagi. Wa kata Insya Allah Januri 2009. Bersungguh dia suruh bawa Tok Bak lawat dia.

Lepas berjalan jalan, wa balik semula ke workshop tu. Namun setelah 6 jam setengah, keta tak siap siap lagi. Wa dah nak naik angin dah ni. Bila wa tanya, dia kata dia mohon maaf sebab kete wa tak boleh siap hari ini sebab master apa tah tak sampai lagi dan semua tempat di Birmingham ni tak ada benda tu. Kena order dari Nottingham. Pelik wa, Notingham lebih beso dari Birmingham ker?

Nak buat macam mana. Wa kena balik la. Nasib baik Azli tak keje hari ni. Wa call dia minta tolong ambil di Coop Supermarket. Sementara wa jalan dari workshop itu. Wa ingat dekat, ghupenyo jauh cik Kiah. 750m atau dekat 1 kilometer wa jalan kaki. Kalau setakat jalan kaki dalam suasana sejuk, wa tak berkira sangat. Bukannya berpeluh, namun yang wa sangat tak sangka itew adalah wa terpaksa berjalan dalam salji, yang turun dengan sangat lebatnya.

Beku jari tangan wa, wa rasa. Hingga sakit wa kata kat lu. Wa dapat bayangkan bagaimana wife balik petang ni berjalan kaki dalam snow, sebab wa tak boleh ambik dia. Sampai di CoOp Supermarket, nampak je kete Merc Azli, terus wa masuk dan letak tangan wa di heater. Lega.

Sebelum wa balik, wa singgah di rumah beliau untuk sholat Asar dan Maghrib. Jam 5 petang wa ke surau Guild ambil makanan, Alhamdulillah habis hari ini. Lepas tu ambil Nita, isteri Azli dan mereka hantar wa ke rumah wa. Esok wa tak boleh hantar Dol ke stesen bas sebab tak ada kete, jadi Dol dan Anas akan naik bas ke stesen bas untuk ke London.

Monday 27 October 2008

Winter menerjah

wa dah dihujani hujan ais tengahari tadi. Banyak gak yang turun. Kat sini dah start sejuk sesangat. Tanpa wa sedari, wa terpaksa memakai baju tebal nan berlapis. Maka bermulalah kembali zaman wa kena angkot beban berat atas badan. JAKET berat hingga terkadang lenguh bahu wa you know.

ANGKOT ... teringat daku akan kenderaan awam di Bandung. Siapa yang pernah sampai ke Indonesia akan tahu bagaimana rupa beliau. Kalau nak dapat gambarannya, bayangkan van venette tu, belakangnya disusun kerusi memanjang paralel antara satu sama lain. Tempat duduk depan boleh disumbat 3 orang. Banyak pengalaman wa naik angkot ni. Namun ketika kunjungan wa setelah bergelar lepasan mahasiswa, wa tak naik angkot lagi. Wa main teksi je you.

Kembali ke alam nyata, di rumah wa hari ini, wa terima katil baru yang wa beli beberapa minggu yang lalu. Sebelum ini kami tido atas tilam seadanya je you. Dol dan Anas tido atas tilam aerobed yang pakai tiop tu. Adeh wa rasa pasti sakit belakang kalau tido lelama. Wa nak bawa balik tilam ini sebab tilam wa di Malaya pon wa dah jual. Kesian khanz kat wa lu all. Nak datang UK punya hal, semua benda wa jual. Untuk makluman tuan tuan dan puan puan, tilam baru wa tu tergolong dalam golongan bernama Mirrorform Sealy, dikhabarkan ia boleh mengurangkan sakit belakang wa ni.

Kalau lu all nak tau, bisnis makanan wa makin baik. Namun waktu wa semakin singkat. Terkejo sana terkejo sini. Apa lagi di saat musim sejuk ini, yang mana siangnya pendek. Banyangkan tuan tuan dan puan puan, dzohor 11:52 AM, Asar 2:17 PM, Maghrib 4:48 PM. Dan Isyak 6:18 PM. Nampak gayanya 4 waktu wa sholat di tempat keje. Nasib baik mat salleh kat tempat wa keje tu tak kisah wa kejap keluar sholat, kejap lagi keluar lagi sholat, hingga 4 kali you.

Tempat sholat wa ni digabung untuk semua agama. Depa panggil prayer room. Sepanjang wa bersholat di situ, hanya sekali wa terserempak dengan seorang nasrani nak bertafakur, tapi bila dia lihat wa dia tak jadi. Kat sini juga lah wa kenal ramai Umat Islam yang keje di tempat keje wa. Tak sangka sebelum itu wa ingat mereka bukan Islam. Jadi bila dah ramai Islam, tak la rasa sunyi sangat khanz lu all.

Alamak ai, kejap je rasa jaman berlalu, tak lama lagi Dol nak balik Malaya. Boring nya wa. Tapi wa rela sebab dia dah buat Istiqarah. Cibil, lu nak no hp Dol tak? Eh tak sangka pula Dol akan join sepupu wa di Doha dalam satu penerbangan ke Kay Ell. Selamat kembali SN. Tak sempat wa nak lawat lu di CTSA. Kejap betol masa berlalu.

Sunday 26 October 2008

26 Oct 2008

Hari ini telah bertukarlah jarum jam kepada lambat 1 jam menandakan berakhirnya musim panas pada tahun ini dan menerjah masuk musim sejuk tak lama lagi

Eiii wa dah sejuk sangat dah ni. Siang hari phon terkadang wa dah terpaksa buka heater. Tu dalam rumah tu tuan tuan dan puan puan. Kalau kat luar, kena pakai baju 3-4 lapis gamoknya. Belum capur anginnya lagi.

Tetiba wa tersedo bahawa wa sekarang ini berada di bumi engrish. Owh patutla sejuk khanz.

Minggu depan bermulalah cuti sekolah bagi anak anak wa. Seminggu je. Dan minggu depan gak Dol nak balik Malaya ... hu hu hu tinggal la wa seorang lelaki gagah di dalam rumah wa ni untuk menjaga isi rumah. Ya Allah selamatkanlah kami dan keluarga kami serta harta benda kami dari kejahatan manusia dna jin dan dari tipu daya syaitan dan iblis

Untuk makluman, kami akan hantar Dol ke Heathrow, seterusnya me lay park di rumah BIL wa yang beso itew di Egham. Dan dengo cetanya, BIL wa nak poie Chessington Park, kita lihat nanti ye tuan tuan dan puan puan

Bulan depan juga putaran hidop kami akan berulang lagi. Insuran kete, MOT, lesen tv, eiiiii banyak nak pakai duit ni wa kata kat lu. Untung kat orang Malaya ye, lesen tv cipurt, eh lu all ada lesen tv ke? Awwww ! ! !


Daaaaa


.

Saturday 25 October 2008

UK Driving License

Lama wa menyepi. Bukan apa yeop, wa stress ! ! !


Sebab apa stress yeop? Sebab wa nak ambik lesen UK


Sebab apa nak ambik lesen UK yeop? Sebab lesen antarabangsa wa dah nak luput tarikh


Sebab apa luput tarikh yeop? Sebab lesen tu berlaku 1 tahun saja


Sebab apa sah 1 tahun saja yeop? Heh heh heh wa pedulik haper ! ! !




WA DAH LULUS YEEEEEHAAAAAAA ! ! !



Inilah CD yang wa beli dengan BIL wa beberapa bulan nan lalu. Pssstttt ! ! ! CD ni wa bagi pinjam pada teman teman wa di Biirmingham untu di copy. Bagus CD ni yeop. Lengkap gitew.

Dan ini pula sijil kelulusan wa yang wa perolehi pagi tadi. Hilang stress wa setelah examiner tu kata, YOU PASS !

Untuk dapat lesen ini, panjang cetanya. Pertama ambil lesen provisional, bayo GBP50. Lepas tu ambil lesen teori bayo GBP35. Lepas tu belajo dengan driving school. Wa belajo 5 jam setiap sabtu. Sabtu pertama, 2 jam GBP30, sabtu kedua 3 jam GBP56. Lepas tu wa terus ambik praktikal. Booking online bayo GBP67. Dan pada hari test wa guna kete instruktor wa dan wa bayo dia GBP70 untuk 3 jam.

Fuh lega wa kata kat lu. ALHAMDULILLAH, segalanya dari Allah swt.

Sunday 19 October 2008

Raya ke 19

Semalam ada 4 rumah, hari ini ada 5 open house. Semalam kami dapat pegi 3 rumah, satu rumah di Coventry kami tak dapat pegi sebab wa penat, hari ini wa tewas lagi. Rumah kelima wa tak dapat pegi kerana letih

Semalam wa ingat dapat lay park kat rumah sebab tak pegi Coventry, namun sangkaan wa meleset. Wife wa ajak ke IKEA Wednesbury. Beli satu lagi shelves untuk garrage. Dan wa dapat satu meja kerja untuk wa letak laptop, printer dan kelengkapan wa yang lain. Hui best wa kata kat lu. Tapi wa hutang ngan wife wa. Bulan bulan bayo, awwww ! ! !

Lu all nak tau, rege minyak kat Birmingham ni dah turun ke bawah GBP1. Tepatnya GBP0.99 per litre. Ada banyak tempat yang dah jual pada harga ini, antaranya ASDA, Tesco Express Bournville, dan mana lagi wa lupa, maaf zahir batin kat wa

Ada kawan wa nak datang Birmingham. Insya Allah wa akan gunakan kepakaran wa selama ini untuk bagi dia datang Birmingham ini asa smooth as they can. Macam masa wa datang sini hampir setahun nan lalu. Dulu wa datang sini red carpet wa kata kat lu. Semua dah disediakan oleh keluarga BIL wa dibantu sebagian warga Birmingham. Tapi lu all, depa tu tergolong walet tebal. No hal punya. Semua perbelanjaan didahulukan. Heh heh heh, tengkiew ! ! ! Hanya Allah membalasnya

Dol dah buat keputusan nak balik Malaya pada 30 Oktober. Alamak ai sedih la wa. Satu sebab dia nak balik. Hilanglah pembantu wa dan seorang keluarga wa di sini. Kedua dia mimpi Wan dan Tok Bak setiap kali sholat Istikharah yang dia lakukan sejak malam raya. Wa sangat berharap segalanya selamat.

Wan pula kata dia mungkin tak dapat nak datang Birmingham Dec nanti atas sebab kesihatan. GULP ! ! ! Lepas MIL wa balik, mungkin wa kena hantar Madeehah kat rumah Cikgu Jue. Cikgu ni kecik je, lembut je orangnya. Wa harap Madeehah akan mewarisi serba sedikit sifat lembut dia ni nanti.

Lu all ... kat sini depa ni berlumba lumba tuka kunci kereta. Ada dua klub dah terbentuk. Mercedes dan volvo. Pergh, lu all dah nak balik ke lu all? Tiap kali wa pegi rumah terbuka, wa lihat sama ada merc atau volvo. Adus, mengancam beta sungguh la depa ni. Untung depa ni sebab keluarga depa kecik. Bagi keluarga wa yang agak beso ni, tak ada banyak pilihan. Untung ada Sharan. tapi ... brake kete wa dah tak makan you, awwww ! ! !


Jumpa lagi

Sunday 12 October 2008

Open house lagi

Masih tak boring kami beropen house. Hi hi hi di kala inilah wa rasa bestnya buat open house hari pertama. Sebab hari hari mendatang pi makan je. Tak yah nak pikir nak masak apa. Tension tuuu wa kata kat lu nak menunggu kehadiran open house di rumah kita

Cuaca di luar sangat baik. Gaya nya macm musim panas. Car boot sale pon boleh tahan gak. Tapi wa tak pegi. Satu sebab nak gi open house. Kedua bangun lambat, kalau nak pegi di saat ada rumah terbuka ini, maknanya kena pegi awal pagi, jam 7 ker. Anak anak wa tak bangun lagi. Kalau nak tinggalkan mereka boleh tapi kena balik rumah semula ambil mereka ke rumah terbuka. Aiiii sulit tu

Selain rumah abang Syed, yang agak jauh dari rumah seterusnya, rumah yang lain Ustaz Mad, Ustaz Zainur dan Abang Fendi dekat je, malah sebelah menyebelah. Jimat betol masa wa, tak payah cari parking banyak kali.

Sebenarnya tuan tuan dan puan puan sekalian, bukan makan yang diperhitungkan, tapi faktor menyukakan hati tuan rumah yang dititikberatkan. Cuba lu all bayangkan, kalau lu all buat majlis, tak ada orang datang. Apa lu all rasa? Haaa sebab itu hadir ke jemputan adalah suatu yang sangat penting dilakukan sahabat terhadap sahabatnya yang lain.

Bila dah jumpa di setiap rumah berlainan, kita banyak kali salam orang yang sama. Gi rumah orang lain, jumpa lagi salam lagi. Suatu ketika puluhan tahu nan lalu, bapa sedara wa kata kat wa, tak payah salam lah Dy. Hi hi hi kes jumpa di banyak rumah la ni.

Saturday 11 October 2008

Kenalan baru

Paling jauh kami ke rumah terbuka adalah di Wolverhampton, lebih kurang 19 batu dari Birmingham. Diberitakan, bahawa hanya terdapat 2 keluarga Melayu di sini. Sorang darinya kawin dengan orang Inggeris. Maka tak jadi Melayu tulen la.

Sebelum mereka mengenali kami, terasa teramatlah mereka sunyi. Satu ketika di musim summer, keluarga ini terserempak keluarga Melayu Birmingham di Car Boot Sale. Perkenalan singkat tersebut telah mendekatkan mereka kepada Melayu Birmingham. Maka kami segerombolan pada hari ini, lepas maghrib, menyerbu ke rumah beliau

Awwww rumah beliau, beso wa kata kat lu. Sewa dia GBP 695 je. Biasala kalau sewa rumah orang putih, cantik dan bersih. Mengapa murah? Ini dikeranakan ia terletak jauh dari bandar utama. Haaaa lu all kalau nak rumah murah duduk jejauh sikit. Isteri beliau jadi lecturer di Uni Wolverhampton.

Rumah ini adalah rumah ke empat dalam senarai open house kami pada hari ini.

Malam sudah semakin cepat menutup tirai. Daun di pepohonan telah banyak yang gugur menutupi rumput di tanah. Tanggal 26 Oktober ini memperlihatkan sekali lagi pertukaran jarum jam seluruh negeri permaisuri ini. Ia akan dicepatkan sejam. Sekejap sahaja waktu berlalu. Tak sempat nak menikmati sesatu musim, dah bertuko ke musim yang lain. Wa rasa best gak musim banyak ni tak boring gitew, tapi ramai yang tak sependapat ngan wa.

Friday 10 October 2008

Tok Lil ... Allahyarham


Telah kembali ke Rahmatullah pada malam Jumaat 9 Oktober 2008











Tok Lil adalah adik Tok Wan, ibu Wan. Sangat rapat dengan Wan ketika hayatnya. Raya tahun ini Allahyarham beri Wan RM50 duit raya buat belu gula gula katanya, tak pernah dalam sejarah. Wan kata patutnya Wan yang bagi, namun dia jawab tak apa lah. Beliau antara yang pertama dan paling suka menyambut kepulangan Wan dan Tok Bak dari Birmingham pada May 08 lalu.



Allahyarham Tok Lil banyak membantu kami dalam segala hal. Kata kata yang keluar dari mulutnya sentiasa perkara yang baik baik sahaja. Setiap kali berjumpa tak lepas dari doanya. Semoga segala budi baiknya dibalas Allah swt dengan menempatkan Rohnya bersama para sahabat Rasulullah saw. Sebaiknya dikebumikan sebelum Sholat Jumaat, lepas azab kubur hingga hari kiamat. Tapi wa tak pasti fakta ini, kena tanya Ustaz.








Tok Lil pergi dalam tidur. Beberapa hari seebelum itu, dia mengadu kembung perut. Tiap malam isterinya akan sapu minyak dan ia reda. Malam pemergiannya, Tok Chum tak dapat tidur setelah sholat tahajud jam 4 pagi.







Urusan jenazah diuruskan anak anaknya. Semua keluarga menyembahyangkan jenazahnya termasuk jemaah mesjid depan rumah Tok Chom. Tok Lil disemadikan di sebelah kubur cucunya Allahyarhamah Nisa, anak Dato' Yahya Abdul Jalil di tanah perkuburan Bukit Kiara.






Memang pemergian orang yang baik akan sangat dirasakan. Jika kita imbau kembali, sewaktu kita lahir, kita menangis sedang orang disekeliling kita suka dan gembira. Sewaktu kita pergi, orang disekeliling kita pula yang menangis melepaskan kita. Kita hanya pinjaman Allah swt.


Al Fatihah.


















Hj Abdul Jalil Hj Md Said















Disenangi semua















Dengan Tok Bak di rumah terbuka Dato' Yahya Abdul Jalil di Janda Baik beberapa tahun lalu















Bersama isterinya Tok Chum, menjadi contoh anak cucu cicit saudara mara






Keluarga mula tiba










Adik bungsu Tok Lil, Tok Chu


Jenazah diusung untuk dimandikan



Di mesjid Kg Tunku








Tok Chum


Anak perempuan bungsu Datin Dr N


Anak lelaki sulung, DYAJ


Anak bungsu lelaki, Malek



Wan

Cho




Tok Lil, Dy tak dapat jumpa Tok Lil, tapi semua nasihat Tok Lil pada Dy, Insya Allah Dy akan ingat.




Sedia untuk disholatkan


Mohd Iqbal Al Hafidz


Perjalanan ke alam kubur








Bukit Kiara


3 dari 9 anak Tok Lil


Ami Seh




Sebelah kubur Nisa


Setelah manusia meninggal, hanya 3 perkara yang terus bersamanya, harta yang dibelanjakan di jalan Allah swt, ilmu yang bermanfaat dan anak anak yang sholeh dan sholehah yang sentiasa mendoakannya




Tumbuhan di perkuburan Bukit Kiara

Gambar adalah ihsan Tok Bak


http://www.flickr.com/photos/hjesamdyunos/page31/

Thursday 9 October 2008

Astana Megah


Wa dapat gambo ni dari Tok Bak. Astana Megah Bangi. Beso gak rumah ni ek. Rasanya akhir tahun ni siaplah tu. Ada sesiapa nak beli?


Dari varandah bilik tido utama. Depan rumah ni pesen lain



Ruang tamu ni selesa kalau nak buat marhaban, aqiqah, takbir raya, kenduri, tadarus awww ! ! !



Wa rasa ni dari belakang sebelah kiri



Dan ini pula dari belakang sebelah kanan




Wa kira ini pula dari depan. Kira kira lagi, dua kete boleh muat ni.





Komposisi warna gambo ni elok.



Sekian





Monday 6 October 2008

Raya 7

Gambo ni wa ambik dari fliker Tok Bak. http://www.flickr.com/photos/hjesamdyunos/
Pergh ! ! ! Abstrak gitew



Dah tujuh hari wa beraya. Kejap je. Masa puasa tu tak lak rasa kejap macam ni.




Hari ni adalah hari keje. Ia juga hari pertama wa anto nasi tomato ke surau unibesti. So far so good. Anto 10 jerrr ! ! ! Laku semua cik Kiah. Ingat suatu ketika dahulu, Wan akan masuk dapo seawal 5 pagi sediakan nasi nasi tertentu ikut hari. La ni wife wa la kena sediakan. Wa lihat dia bukan main bersemangat lagi. Heh heh heh, wa pon semangat gak, apa tak nya baby, lepas gak duit dapo kami. Dulu duit ni la kami buat pegi car boot sale tiap minggu. Masa tu tak bersemangat nak beli barangan lain. Car boot jer la khanz. Ermmm masa wa sedang menaip ni, semerbak bau sambal tumis nasi lemak wife wa tu.




Eh lu all, semakin summer nak habis barangan car boot makin bagus bagus dan murah. Cuma, dah beberapa minggu ni tak leh pegi lah, selain cuaca tak mengijinkan, poket pon wa rasa setebal kain kulit bawang, nipis dan jarang gitew




Bicara tentang kain daun bawang ini, wa teringat akan aunty SOM. Amboi, kemain lagi, nak pakai baju kain daun bawang katanya. Tak kose wa you know. Pakai jubah je la aunty SOM ! ! ! Awwww lagi ! ! ! .
Kat sini kami ada tanam daun kesom. MIL wa bawa dari Malaya hari tu. Wan pon ada gak bawa dulu. Tapi tanam tak idop. Tak kena tahan kat airport you. Ada la amalan mereka tu. Sesungguhnya, kisah daun keSOM ini tak ada kena mengena dengan sesiapa.



Cho dah boleh jalan sikit sikit (Gambo ihsan Tok Bak)




Dulu masa wa di Malaya, kami selalu beraya di rumah Tok Bak ni di Endau. Tok Bak dan Wan selalu datang sini. Drivernya Enn la. Ni semua sepupu wa dan anak anak mereka. Dah beso mereka ni ye. Viva Holand ! ! ! Oren gitew dinding rumah tersebut. (Gambo ehsan Tok Bak)

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ