Sunday 28 June 2009

Shipping for June 09

Salam sejahtera teman sekalian, awwww ! ! !

Untuk pengetahuan semua yang hantar barang dari UK ke Malaysia melalui wa, hari ini tepatnya jam 1:30 tengahari, 28 Jun 09, telah berlangsungnya pemungahan barangan tersebut ke dalam lori untuk dibawa ke kontena dan Insya Allah akan menaiki kapal dalam waktu terdekat ini

Dijangka ia akan sampai ke rumah masing masing berdasarkan alamat yang telah dibekalkan kepada wa, dalam masa 6-8 minggu. Sabo ye semua. Wa tau lu all pasti tak sabo sabo. Bagi yang tak boleh sabo tu, wa nasihatkan, sabo juga !




Sebahagian dari barangan tersebut yang memenuhkan ruang rumah wa, lepas ni lapang sikit rumah wa.


Ini pula lorinya. Bukan kete , ye tuan tuan dan puan puan, nun yang dibelakang tu. Depan tu kete wa

Dan yang belakang tu kete lama wa, Sharan biru. Sementara yang didepan ini adalah teman wa, Azam yang bertindak sebagai juru IT di serikat shipping tersebut. Total kotaks wa hantar hari ini, 8 kotak. Terlebih beso ghupenya kotas tersebut, jadi wa kena tambah £10 setelah dapat diskaun dari owner kompeni tu. Thanks N. Wa ukur saiz kotaks tu tak betul. Next time, kena ukur betul betul. Kalau tak malu I you know. Reputasi I akan merudum gitew.



Thursday 25 June 2009

Michael Jackson ...

... is dead today in LA, Thursday, June 25, 2009, at 2:26 p.m, at 50

LONDON Sale

Selasa nan lalu, wife wa telah pergi ke Brighton selatan Inggeris untuk menghadiri konferen. Alhamdulillah hari ini dia dah pulang dengan selamatnya. Allah sahaja tau risaunya wa, awwww.

Dalam perjalanan pulang, wife wa menaiki keretapi. Singgah sebentar di kota London. Bertemu pula dengan ibu sepupu sedara wa (mak sedara kepada sepupu wa, macam mana tu?) yang datang ke kota London bersama keluarga untuk memeriahkan pesta jualan murah tahun 2009.

Mereka bertemu di Bonn Street dekat dengan Oxford Street. Tempat beli belah yang terkenal bagi golongn berada. Yang tak berada pon suka gak pegi sini, menjamu mata gitew. Lihat, pandang, belek, try, berderau darah lihat harga, lalu letak kembali, dengan alasan tak ada saiz, atau warna tak begitu hijau pokok pisang, atau apa sahaja lah alasan untuk cover tak boleh nak beli. Kena lakukan dengan bergaya sekali serta penuh konfiden hingga salesgirl kat toko tersebut berasa seolah oleh memang barang tersebut kurang sampai tahap kualiti yang kita mahu, gitew.

Bagi mereka yang memang berada, macam keluarga ibu sedara sepupu wa tu yang setiap tahun mai London, Paris, Milano, Vietnam, Kemboja, dsb, seluruh pelosok dunia lah nak kata, duit keluo macam air paip. Kalau penginapan untuk 5 hari pon dah £1500, kira memang jauh sangat lah dengan taraf wa. Takut I you know.

Dulu masa wa di Malaya mereka sekeluarga selalu datang mendokong bisnis wa. Sejak wa datang sini, memang lama tak jumpa. Anyway, Aunty, next time, mai la Birmingham.

Daaaaaa

Friday 12 June 2009

Pengalaman tuko barang di UK

Wa ada satu cerita mengenai belibelah di UK. Namun sebelum wa meneruskannya, wa ingin buat satu kenyataan agar ia tidak mengelirukan. Begini pengakuan wa. Lihat dalam gambo dibawah ini, ingin wa nyatakan bahawa model dalam gambo di bawah ini sebenar benarnya bukanlah wa




Hampir setahun nan lalu, lebih kurang 26 Jun 2008, wa telah membeli satu katil angin. Tujuannya adalah untuk wa bawa ke camping site di timur England. Aerobed namanya. Bagus katil ini, dan kalau lu lihat juga, ada warranty selama 2 tahun. Wa beli di Argos, salah satu kedai online. Kita beli dan bayar di internet, dan ambil barang di gudang

Nak dijadikan cerita, pada Nov 2008 lalu, wa kira ada kebocoran pada salah satu bahagian katil angin tersebut. Sedih wa. Mahal tu wa beli, awwww £68 you. Wa pujuk hati wa, duit boleh cari. Nasib baik tak berhutang, kalau berhutang nak beli mende ni, lagi wa keciwa

Awal Jun 2009, wa kemas wallet wa (tebal wallet wa wa ceta kat lu). Cuma bukan duit yang banyak, kertas, bisnis kad, kad bank (no credit card ye), dan kad kad membership itu ini dsb. Termasuklah salah satunya, resit Argos you wa kata kat lu.

Wa tenung, wa lihat, wa kira, wa masih ada waktu. Lalu Hari ini, lepas sholat Jumaat wa bawa katil angin wa yang dah rosak itew, dan minta tuko dengan yang baru

Lu all nak tau, wa diberi ganti katil angin baru wa kata kat lu. Tak tanya apa apa pon. Awwww gembira nya hati wa (tapi muka depan cashier tu buat buat berkerut, konon tak puas hati lah sebab katil angin lama wa tu tak perform, pada hal, Allah sahaja yang tau perasaan wa ketika itu) Yeehaaaaaa ! ! !

Inilah bedanya di sini dengan di sana (Malaya). 2 bulan sebelum wa datang sini, wa ada beli wireless mouse. baru pakai 5 hari dah tak boleh guna, mahal gak wa beli RM65. Ingat sikit ke! Tak de la geram sebab mamat kat kedai itu kata (Ciner) kalau rosak bawa datang balik untuk ditukar dengan yang baru.

Wa bawa lah balik ke kedai itu. Dia kata, ini tak boleh diganti di sini, kena hantar ke centre. 2 minggu datang balik. Kepala hotak hang! Sampai wa berangkat ke UK malah hingga sekarang ni pon wa masih tak dapat penggantiannya. Beda khanz.

Owh, bagaimana pula dengan gelagat para pemandu F1 di dalam Kay Ell tu, kaki menyelit, what I means. Argh, geramnya I you know. Malaya oh Malaya. Tok sah ceta lagi lah ye. Nanti wa tak mo balik plak. (pada hal memang kena balik phon)

Dulu wa tak makan sangat buah buahan ini. Di sini, wa dah terbiasa makan. Crystal tu hand made you, Mark & Spenser lagi. Regenya £1. Toko tempat wa beli, car boot sale

Monday 8 June 2009

Newcastle and Birmingham

Setelah 4 hari di Edinburgh, wa kena la kembali ke kampung wa, Birmingham khanz. Kalau waktu pergi wa lalu Manchester dan Glasgow, perjalanan pulang, kita ikutlah jalan lain pula. Atas nasihat ramai teman wa, maka kami mengambil laluan New Castle.

Perjalanan dari Edinburgh ke Newcastle melalui jalan yang agak hampir dengan pantai. Lalu pemandangan apakah yang akan kita lihat? Awwww macam dalam bilik derajah pula khanz. A'ah apa lagi cik Kiah, pemandangan laut la khanz.

Hui chanteknya wa kata kat lu. Dulu masa salah sorang bos PNB datang dan cadangkan kat wa akan perjalanan ini, wa cuma melopong je, ghupenya memang betol lah pak. Berbaloi lalu sini. Namun apa khan daya, ianya hanya terakam dalam otak wa sahaja. Tak terakam dalam D90.


Ini sebahagian perjalanannya.





Wan ngan Tok bak memang dah letih. Jauh you perjalanannya, dari Asia ke Eropah ke Britain lalu ke Scotlandia mau tak penat. Wa lagilah penat, sebab wa drebar.


Setelah hampir 2 jam, kami sampai ke Newcastle. Sepupu SIL wa, yang duduk di Egham tu lah, menetap di New Castle ni. Mereka PR di sini. Nama dia Dr A. Hubby dia Dr F. Sorry lah ye, kebetulan kenalan wa ni banyak Dr gitew. Lalu kami pon singgahlah ke rumah beliau, sambil makan tengahari.



Inilah suasana di suatu sudut di Newcastle. OK gak la, walau tak sehebat Birmingham awwww ! ! ! , namun ia suatu kota yang hening dan bersih. Makanan halal pon banyak gak la wa kira



Ini dapur rumah dia. Macam dapur rumah wa, cuma dia beso lagi.





Ini pula belakang rumah dia. Wife wa dan Wan bergambo dengan mereka lah ni.





Dan ini pula ruang tv beso mereka. Bersih je rumah mereka, Dr lah kata khan. (Eh wa rungsing, mengapa rumah wa pon bersih, wa tergolong golongan chop Dr gak la kiranya, pembersih gitew, awwww ! ! ! )

Teman wa nak singgah factory outlet (York) dalam perjalanan balik tu, tapi menurut segala pengalaman yang penuh di dada wa selama wa berada di ENGLAND ini, wa mengusulkan kepada beliau, bahawa kita mesti terus pulang memandangkan penerbangan mereka ke Malaya pada keesokannya, dan mereka kena naik bas ke Stransted malam nanti.


Ternyata telahan wa tepat, kita mesti bagi ruang waktu yang agak selesa untuk kemungkinan kemungkinan tak terduga. Sorry bro, memang nak datang lagi bukan senang, tapi kita juga tak boleh dapat semua dalam waktu yang singkat


Maka dengan itu, wa sangatlah cadangkan kepada jiran wa tersebut untuk menyambung pelajaran di sini. Jadi nak jalan tu santai sikit khanz. Tak terburu buru gitew.


Kami sampai rumah jam 6:30 petang. Makan mandi dan berkemas (kotak kotak yang tak sempat dikemas tersebut, telah dikemas oleh Tok Bak), lebih kurang jam 12 malam wa hantar mereka ke perhentian bas. Bas jalan jam 1 pagi dan sampai airport jam 3:48 pagi (dah terang benderang dek panahan mentari)


Begitulah hikayat kunjungan mereka ke benua Eropah kali ini. Segala terlebih terkurang layanan kami, kami harap dihalalkan. Insya Allah kotak kotak tersebut akan dihantar balik ke Malaya pada akhir Jun ini ye.



Dzaaaaaa ! ! !

Sunday 7 June 2009

St Andrews n Stirling Castle

Setelah kami berkeliaran dalam parking lot di Omni Park, (3 jam lebih dekat 4 jam ooooo wa kata kat lu, termasuk mencari ahli rombongan yang hilang dalam mencari ahli rombongan yang lain), maka kami meluncur laju penuh berhemah ke St Andrews. Lalu kawasan kampung, bukan satu kampung, tapi berkampung kampung.






Akhirnya sampailah ke kampung St Andrews.


St Andrews (Scottish Gaelic: Cill Rìmhinn) is a town and former royal burgh on the east coast of Fife, Scotland. According to the recent population estimate (2006), the town has a population of 16,596, making this the fifth largest settlement in Fife. It is named after Saint Andrew the Apostle. It is home to Scotland's oldest university, the University of St Andrews.
From mediaeval times until the Reformation, St Andrews was the ecclesiastical capital of Scotland: its bishop being the primus of the Scottish church. Today, its historic cathedrallies in ruins.

The town of St Andrews is known worldwide as the "home of golf". This is in part because the Royal and Ancient Golf Club, founded in 1754, exercises legislative authority over the game worldwide (except in the United States and Mexico), and also because the famouslinks (acquired by the town in 1894) is the most frequent venue for The Open Championship, the oldest of golf's four major championships. Visitors travel to St Andrews in great numbers for several courses ranked amongst the finest in the world, as well as for the sandy beaches.

The Martyrs Memorial, erected to the honour of Patrick Hamilton, George Wishart, and other martyrs of the Reformation epoch, stands at the west end of the Scores on a cliff overlooking the sea.

Kalau nak tau lebih lanjut, rajin rajin lah buka iPhone lu all tu dan bacalah di WikiPedia no. Awwww boli jangan tak boli




St Andrews ini memang cantik. Tepi laut.


Maka kami mencari tempat 'me lay park' di tepian pantai. Seterusnya, kami phon membukalah bekalan makanan kami yang terdiri dari nasi lemat sebagai main coursenya








Lepas itu, ke pantainya yang indah. tapi sojuk udahlah suhu memang sejuk, angin lagi, aior nyo pon sojuk. Anak anak wa nak main aior, tapi wa kata kek mereka, jangan main air, nanti kete wa kotor, ahak





Camar di sini pon cantik






Inilah ahli rombongan kami. Tak ramai 14 orang yo.





Wa cameramen. Jadi wa tiada dalam gambo. Hero sentiasa mendahulukan rakyat





Anak anak wa memang suka tepi laut











Ini adalah sebahagian dari bandar St Andrews. Tourist ramai






Sandy beach mengancam.





Tepi padang golf ada memorial. Bagus gak dijadikan lokasi penggambaran para model kami. Kalau lah rumah wa depan ini, pergh pasti wa sangat suka duduk di sini petang petang menunggu senja, seperti dulu dulu di kala wa muda belia, wa selalu duduk di tepi pantai Mersing. Bawa walkman (bagak saiznya, waktu tu kira hebat sangat la tu), dengo lagu break dance wa kata kat lu.










Famili wa. Belakang tu padang golf yang terkenal seluruh dunia. Di sinilah tempat pertama dalam dunia di mana golf pertama kali dipermainkan menggunakan peraturan yang di guna pakai hingga hari ini






Perfect shot. Ada laut, dan burung camar ditambah angin yang menerbangkan rambut iqal wa





Banyak lagi shot menarik. Nanti bila lu mai sini lu pukul gambo sendiri la ye lu.





Maisarah n mama dia





Muhammad Amir memang kreatif. Dia guling guling turun bukit ini. Hingga dia juga guling guling dalam bunker di padang golf nun di sana di saat pertandingan golf sedang berlangsung. Hingga kena hambat dengan mamat yang jaga padang golf tersebut






Rumah kediaman atas bukit tepi laut






Ini adalah banggunan ahli kelab golf
























Tok Bak


Ini adalah helang di ruang udara Stirling. Ghupenya St Andrews idok le jauh dari Stirling tu. Dalam perjalanan pulang wa singgah jap ke castlenya





Di tepi castle ini ada kedai cenderahati. Lumayan gak harga cenderahati yang dijual di sini. Agak murah. Wa cuma beli ais cream je.




Pemandangan dari atas castle.





Kat belakang tu lah istananya



Hari macam nak hujan tapi tak hujan. Kira wa ske lah cuaca macam ini. Tak sejuk sangat dan idok pula panas






Wan Tok Bak, Maisarah dan Madeehah





Ada tanah kubur sebelah kiri rumah ini




Inilah anak anak wa. Tak ramai 5 orang je




Aiman

Saturday 6 June 2009

Car boot di Edinburgh

Memang car boot tak lepas dari wa la agaknya. Maka ke Edinburgh pon wa ke car boot. Dalam 4 hari di Edinburgh 2 kali wa ke car boot. Pertama pada pagi sabtu yang hening, (keluar dari caravan site jam 6 pagi, semangat tuh) wa pegi dekat sebelah ASDA. Hari Ahad pagi kami ke Omni Park. Car boot di sini jauh lebih besar. Dalam parking lot tingkat-4. Barang di sini best wa kata kat lu. Tak ada trader. Itu yang lagi best.



Harga pulak, murah giler. Alamak ai, wa ingat masa pegi bawak barang makanan banyak, masa balik, kete kosong la. Namun telaan wa korup. Waktu balik lebih penuh kete wa.



Layanz

Loch Katherine

Hari pertama di Edinburgh, wa kerahkan anggota rombongan bangun awal. Maka jam 6:30 pagi kami dah bergerak keluar dari Seton Sand. Destinasi pertama kami adalah car boot, awwwww ! ! ! Kecik je car boot dia ni, sebelah ASDA

Ada gak jumpa beberapa rakyat Malaya di situ antaranya Azam dan Shah. Dari mereka wa tau banyak perkara menarik mengenai tempat tempat menarik di Scotlandia ini.

Lepas tu kami terus ke Loch Lomond. Persiapan tak ada. Jadi wa surf iPhone wa dan dapat poskodnya. Lalu kami bergegas ke sana



Wa dah sesat tak jumpa Loch Lomond. Ikut Tomtom. Dia bagi wa jalan ke denai untuk orang naik basikal. Tasek dia sangat cantik. Wa tak tau mana letak gambo tu. Karana dah sesat dan wa pulak tak tahan nak buang air, maka berhentilah kami di sini. Ada bando kecil terdapat juga pusat poteri Scotland


Maka kami pon berhenti makan la di sini.






Ermmm best ooo. Udahlah, makanannya enak, suasana dan cuacanya pon nyaman. Kalau di Malaya maka sudah barang tentu wa thak akan makan sebegini. Panas you. Makcik makcik yang bermake up tebal pon boleh cair make up mereka kalau lelama dalam panas khanz makcik makcik








Tok Bak tak lepas peluang ambil gambo punya

Tanya punya tanya, maka orang tempatan bagi kami laluan ke Loch Katherine. Tak lah jauh sangat, tapi jalan berliku liku gak la. Ghupenye tuan tuan dan puan puan, ada gak hotel lima bintang sekitar tasek tu.










Balik dari Loch wa bergegas ke bandara Edinburgh. Hasrat di hati adalah meninjau kota. Namun hujan rintik rintik. Wa tak boleh jalan la khanz.




Lalu wa buat keputusan melawat Mosque Kitchen yang famous tersebut. Terletak belakang Mesjid Edinburgh

Tempat makan kali ini, wa rasa popular di kalangan orang Malaya yang datang ke Edinburgh, Mosque Kitchen, belakang mesjid beso Edinburgh. Dikhabarkan, segala jualan akan dimasukkan ke dalam tabung masjid.





Inilah jalan masuknya.







































Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ