Wednesday 19 March 2008

School Spring term 2008

Hari ini adalah hari terakhir persekolahan anak anak wa sebelum cuti Easter. Maka hari ini merupakan hari "Head Teacher's Award for Spring Term"

Wa dapat surat dari HT minggu lalu mengatakan bahawa 3 dari 4 anak wa dapat award ni. Mereka adalah Aiman, Anas dan Amir. Wa tak bagitau berita ini kepada mereka, yang mereka tau akan ada penganugerahan ini hari ini. Kepada siapa, mereka tak punya idea

Wa balik keje mencuci jam 8:30 pagi. Dengan tak mandi lagi, wa hantar mereka ke sekolah ditemani wife wa. Lepas hantar wa balik mandi dan sarapan pagi. Award Amir jam 9 Pagi, jadi wa tak pegi. Penat beb, benar segala kata wa ini

Amir dapat "Academic Achievement Award". Guru besarnya membaca tulisan yang disediakan oleh guru kelasnya ...

Reason: Amir joined us before Christmas. He came all the way here from Malaysia. From the day he has arrived he has been like a little ray of sunshine in 1H making us all smile with his fantastic sense of humour. Although this award is for his achievement in Learning English. He is putting everything he has learnt into practice and is growing in confindence more and more each day. Thankyou Amir for being such an asset to year one you are a pleasure to teach !

Amir Amir, mat tiba tiba ...

Award Aiman dan Anas jam 2:15 petang. Jadi lepas award ni, wa hantar wife wa dan jualan ke university. Hari Rabu memang agak slow jualan kerana biasanya student ada aktiviti luar dan jarang datang surau. Namun wa bawa banyak nasi hari ni. Hasilnya, banyak gak lah nasi yang tak habis dijual.

Jam 2 petang, wa ambil wife wa, dan kami terus ke sekolah Aiman. Dalam hall sekolah telah ramai ibubapa mengambil tempat di kerusi. Tepat 2:15 petang (mereka ni memang tepat waktu, tak macam kita umat Melayu yang kebanyakannya tak suka lah nak tepat waktu ni, hi hi hi termasuk lah juga Menteri Perdana kita sekarang ni, awwww, kerana nila setitik rosak susu sebelanga). Eh melencong pulak.

Tepat jam 2:15 petang, murid darjah 4, 5 dan 6 masuk dewan. Dan nama murid yang terpilih dipanggil satu persatu berdasarkan kepada award yang mereka terima. Memang dasat mereka ni. Ada yang menang peraduan antara sekolah dan menerima banyak hadiah, ada juga yang sedang menunggu proses mencetak novel mereka sendiri. Bayangkan tuan tuan dan puan puan semua, mereka ni tak pernah pandang sambil lewa hasil kerja budak sekolah rendah. Mereka dilayan seperti orang dewasa.

Tentu tak sama dengan keadaan kita di Malaya khanz. Ala buat lupa pulak, Adi Putra satu kes, ramai lagilah kalau wa tak silap. Hingga Adi Putra boleh sindir, dia ni enjin Ferarri, tapi masuk kat dalam kereta Perodua. Nak kata banyak tak boleh juga, yelah khanz, mana boleh orang awan mendahului Menteri ilmu pengetahuan, malulah dia. Tapi wa rasa ini macam kalu, tentu P Ramlee kata bodoh sombong. Kah kah kah, wa teringat zaman perkuliahan wa di Bandung. Wa ni bukanlah pandai sangat, satu ketika tu, dosen wa kata (Malaya kata pensyarah), kamu .... mau goblok ngga apa apa sich, tapi ... jangan terlalu goblok dong ! ! !. Ha ha ha hingga sekarang wa ketawa beb bila ingat saat tersebut. Hi hi hi dah cakap banyak kali pon tak paham paham jugak, letih lah mereka

Anas dipanggil. Dia selamber je ke depan. Cikgu dia pon selamber rock gak. Cikgu lelaki, setiap kali wa tanya prestasi Anas kat cikgu dia ni, dia kata. Excellent ! ! ! Tak tau lah mike, betul ke idok cikgu dia ni.

Anyway, Anas dapat award kerana usaha yang dilakukannya

Begini bunyi komen cikgu kelas Anas yang dibaca oleh guru besonya

Reason: From a starting point of having very little English, Anas has shown great effort and determination to succeed in all areas

Ha pendek dan mantap. Itulah cikgu Anas. Baik cikgu dia ni. Lelaki dan tinggi lampai.

Dari tempat duduk wa, wa perhatikan Aiman serious je. Sebelah kanan dan kirinya budak perempuan anak mat salleh. Mereka ni tak abis abis suka sakat Aiman. Aiman selamber derk je tak layan. Wa rasa Aiman ni mat telus, lurus je. Wife wa tanya dia, kenapa cikgu kelas dia kata Aiman sangat senyap dalam kelas. Dia jawab, cikgu kata jangan bising, jadi dia senyap lah, tak bising. Wah kah kah. Ha kalau lu all bagi satu arahan pada Aiman, jangan haraplah dia akan langgar arahan tersebut. Melencong sikit pon tak boleh. Hi hi hi susah gak beb, cuba bayangkan kalau wa kata, bila bawa kete pandang depan sahaja. Ponat den mikir ! ! !

Reason : Aiman has a quiet and determined approach to his work in class and can always be relied upon to do his best. He really want to do well, and is mature enough to realise that a large part of succeeding comes from his own effort. Well done Aiman

Wa nak tambah, sejak kecil Aiman memang seorang anak yang memiliki daya ingatan yang sangat kuat. Sekali baca je dia dah ingat. Nama yang pelik pelik pon dia ingat. Tak bolehlah nak sambil lewa je ngan Aiman ni. Hari ni lu kata A esok lusa lu nak kata B, no way man. Dia hafal Ayat Kursi sekali je. Cuma bila dia dalam tekanan, mengaji sambil kena marah, dia tewas. Cakap lah 159.78 kali pon dia tak ingat. Wa rasa cara belajar di sini memang sesuai untuk Aiman. Kat sini mana ada salah, semua betul, hingga kanak kanak rasa confiden dengan apa yang mereka rasa benar menurut ilmu yang mereka ada.

Cuma, ada negatifnya keadaan seperti ini. Wa sering melihat anak-anak di sini meninggikan suara pada ibu bapa mereka dalam berbicara terutama jika apa yang diutarakan ibubapa mereka tak sesuai dengan kehendak si anak. Dan ada juga anak anak yang bertindak sedemikian datangnya dari keluarga orang Islam. Bahaya ni.

Semalam, wife wa dapat satu panggilan dari Amsterdam. Nama dia F. Dah 20 tahun dia merantau. Dia kata dia dapat blog wa ni dari kawan dia. Dia kata blog wa ni kelako. Hi hi hi kelakonya. Wa juga tak faham kenapa dia tak boleh nak komen kat blog wa ni. Cuma mungkin siapa yang nak komen tu mesti ada akaun google kot. Wa dah check akaun blog wa ni. Dan wa dah cuba longgarkan syarat yang mengikat kreativiti pengunjungnya. Hopefully mereka yang memiliki masalah yang sama boleh mendapat idea bagaimana mengatasinya. Anyway F, salam perkenalan. Wa memang nak ke Amsterdam, cuma .. awwww ! ! ! nantilah, bila wa banyak sikit duit pound.

Kawan wife wa pon ada di Amsterdam. Kerja di salah sebuah hospital di sana. Atau mungkin sedang buat sabatikal kot, wa pon tak berapa tau bicara sesama wanita ni. Setau wa, dia ke UK hampir setiap minggu. Tiket kapal terbang murah agaknya.

Ni lah salah satu sebab wa nak datang UK. Keluasan Eropah ni terdiri dari 21 negara. Keluasannya hampir sama dengan Indonesia. Jadi kalau di sini boleh pegi 21 negara bang, kalau di Indonesia, satu negara jek.

Dulu masa kecik, wa buat main je kata wa sarapan di London, Lunch di Pisa, dan dinner di Berlin. Memang tak terpikior pon nak buat macam tu. Tapi sebenarnya memang boleh kalau di sini.

Esok nak keje pagi. Dah 9 tahun wa jadi boss, kini wa jadi kuli. Terpaksa ikut kata bos. Maka terpaksalah wa tido awal. 3 hari wa keje mencuci ni, 3 system pencucian wa try. Semuanya untuk mencari satu system paling effective untuk menjalankan tugas mencuci yang lebih berkesan. Heh heh heh, wa rasa wa dah nak dapat tune tersebut. Teroklah kalau wa jadi bos mencuci nanti. Sebabnya, selok belok pencucian wa akan cari. Terok baby, kalau bos boleh buat, tak kan pekerja ada alasan nak kata tak boleh pulak. Eh idok le wa nak buat bisnis cleaner ni. Penat wa cakap lu.

Tapi kalau lu nak tau, wa ada kenal seorang bekas pekerja cuci mencuci ni. Dia memula keje dengan syarikat tu, lepas tu semua selok belok dia tau. Akhirnya, dia masuk tender dan dia dapat projek mencuci. Kayo lah lepas tu. Tapi mengapa kebanyakan pencuci kekal pencuci? Wa sangat yakin bahawa mereka tak mahu terus begitu. BAGAIMANA caranya nak keluar dari kemelut tersebut? Senang saja cakap, tapi perit melakukannya

Pertama,
Kerja bukan kerana nak duit. Awww payah payah. Memang payah pon sebab tu tak ramai berjaya

Kedua
Kalau pertama dah payah, tak payahlah lagi wa teruskan. Kerana jika yang pertama dah payah nak ubah, besar kemungkinan memang lu tak boleh berubah.

Adoi letih lah den. Maklumlah, orang kata, tangan lembut, tak pernah buat kejo berat. TIBA TIBA terpaksa buat, tegang urat belikat. Pakai yo lah kain pelikat, poie tido cepat

daaaaaa ! ! !

2 comments:

Anonymous said...

congrats utk anak2 u...superb!

Anonymous said...

Tahniah untuk anak-anak dan papa mama dia. Komen yang memberangsangkan untuk mereka oleh guru.

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ