Wednesday, 11 June 2008

Theatre Porter

Maknanya, orang yang mengangkat beban berat, contoh angkat beg tetamu hotel, angkat parcel kat pejabat courrier, dan dalam kes wa ni special sikit (anything about me is always special ok baby), mengangkat beban benda hidup, yang punya hati dan perasaan, .. pesakit. Jadi, kena peka pada pesakit tersebut. Yelah khanz cik Kiah, orang tu nak masuk bilik bedah, atau baru recover dari pembedahan. Tentu mereka takut, letih, penat, dan sebagainya

Keje wa ni, senang je. Tunggu je kat dalam bilik porter tu, boleh memuatkan 10 orang porter. Kalau ada panggilan intercom dari ward atau bilik recovery, kami ikut giliran keje. Keje dalam lingkungan hospital, boleh gak merasa keje jadi doktor, awwwww ! ! ! Namun khanz you, uniform kami berbeda dengan uniform doktor tu, jadi tak leh merasa jadi doktor lah you

Kalau pesakit ramai, kejap je waktu berlalu, kengkadang berpeluh you. Tapi kalau pesakit tak ada, melangok je wa kat dalam bilik tu. Kalau kawan Melayu wa tak keje, terpaksa wa pasang cuping telinga beso beso sebab nak tangkap apa yang mereka perbualkan. Tak syork lah kalau depa tanya wa, wa nak kena suruh depa ulang 5.90 kali. Mana ROCK baby ! ! !

Dua hari ni, wa buat hampir semua keje. Wa nak dapat skill baik punya. Anto pesakit, letak darah dalam peti ais, cek paras oksigen dalam tabung oksigen, anto baju operasi ke tempat cuci, dan banyak lagi lah. Dan yang paling mencabar adalah komunikasi, wa cakap lain depa maksud lain, depa cakap lain, wa kona jawab kok lain. Mencabar sungguh.

Namun baby, it's ok. beberapa hari lagi, fasihlah bahasa Inggeris wa, awwwww ! ! ! Wife wa suruh bawa buku Inggeris untuk baca, dan bawa dictionary you, awww sanggupkah wa ni? Haa kat dalam bilik tu penuh dengan akhbar omputih. Akhbar sini bukan macam akhbar di Malaya you. Beritanya setengah, iklan setengah lagi. Iklannya pulak, semua jenis iklan. Dari buku sampai kuku, dari kete sampai chenta, dari ...... ala mat mat yang besa tinggal di obersi ni tau lah khanz.

Haaaa mengeluh panjang, penat you. Serious ! ! ! Bukan penat keje, tapi penat drive ke tempat keje. Drive bukan sebarang drive, drive berhemah skala tinggi standard Britain. Kalau kete buat hal, tambah pula penat mental. Awww kena tuko kete lah jawabnya.

Semalam dapat satu pekeliling, gaji kami dinaikkan GBP1.00 sejam mulai 1 Julai 08. Alhamdulillah.

Semalam ibu mertuaku, dan adik ipo serta isteri beliau selamat mendarat di Heathrow jam 4 petang waktu London. Ma dapat visa 6 bulan, dan semua barangan yang dia bawa tak kena check, nasib baik sungguh. Termasuklah juga botok botok yang Mak wa kirim dari Malaya. Aiman pasti suka ni sebab dah lama tak makan botok botok Wan.

Dan dengan rasminya bisnis makan wa di surau dihentikan sempena cuti summer dan dan akan disambung semula September nanti setelah student menyambung pengajian mereka nanti

Daaaaaa ! ! !

Monday, 9 June 2008

Porter

Hari pertama wa keje sebagai porter di Royal Orthopaedic Hospital. OK keje ni, dapat jumpa patient, dan team baik baik belaka.

Sunday, 8 June 2008

Warwick Castle

Hai semua ! ! ! Apa kabo ? ? ? Wa tak sihat. Demam dan selsema, pening kepala. Wife bagi wa minum air Fatihah yang Mak tinggalkan sebelum dia balik Malaya dulu. Alhamdulillah, Allah sembuhkan penyakit wa. Dah banyak kali air Fatihah ni menggantikan ubat untuk kami sekeluarga. Maka pagi ini wa sekeluarga pegi Warick Castle. Namun sebelum itu tuan tuan dan puan puan, wa singgah dulu di Studley, ha pandai sungguh lu all, car boot sale, gitew. Beso pulak hari ni. Jalan setengah je, wa terpaksa berangkat ke Warrick Castle sebab dah janji dengan kawan wa, A n Co.


Jam 10:30 pagi kami sampai ke Castle. Kami guna kad Merlin, maka masuk FREE. Parking pon free, kalau tak ada merlin pass, bayo parking GBP3 - GBP5 tergantung tempat. Wa nasihatkan lu park lah kat GBP5 tu, dekat sikit dari main enterence. Menara kat belakang tu, adalah menara tertinggi di istana penjajah ini. Kalau lu all nak tau lebih lanjut lawat http://www.warwick-castle.co.uk/



Istana ini sangat beso. Macam macam benda ada. Termasuk lah Peacock ni. Banyak sungguh di sekitar istana tersebut. Kalau kita tak kacau mereka, mereka akan datang dekat dengan kita


Belakang Madeehah tu adalah helang Amerika yang femous itu. Namun, helang ini diberitakan, tak pernah sampai ke Amerika sepanjang hidupnya.



Trebuchet adalah salah satu senjata yang digunakan oleh penceroboh untuk menceroboh istana ini. Ia menggunakan konsep ala bandul. Bahan yang dilemparkan menggunakan trebuchet ini terdiri dari batu batan termasuk bangkai binatang yang sudah mati terutama babi. Tujuan pembalingan bangkai itu dikhabarkan untuk penyebaran penyakit. Lu all lihat nun jauh di hujung sana, itulah trebuchet



Pertunjukan burung burung heang ini sangat menarik. Ia terbang sangat rendah hingga hampir dengan kepala penonton, lebih rendah dari dalam gambo ni





Dalam banyak banyak tempat yang ada kat dalam istana ini, Ghost Alive kena bayo. Mereka kata, it's very scary. Semua anak wa sangat teruja nak lihat event ini. Ala mereka ni, lihat ceta hantu kat tv pon tutup mata. Namun, wa nak lihat benarkah mereka kata mereka tak takut. 10 minit je. Masa beratur ni, Maisarah dah nak nangis bila kena sergah. Bagi wa, tak takut pon. Tapi class gak





Queen Elizabeth II. Patong ...





Lihatlah penjajah ni. Tapi wa rasa tak macam istana pon. Namun lu all jangan gitew, ni tahun berapa brader. 1600 tu




Menara kat belakang tu adalah menara tertinggi di istana ini. Nak naik guna tangga pusing dan sempit. Nasib baik wa dah pernah beberapa kali curi naik tangga menara mesjid di Endau dan Mersing. Maka wa tak takut lah, tapi bagi anak anak wa yang merupakan pengalaman kali pertama, takut you. Rasa lemas, gelap dan berpusing




Helang ini sedang buat pertunjukkan kat bawah tu. Dia lepak kejap kat atas ni.





Pemandangan dari puncak menara kedua tinggi. Aiman ada kat bawah tu, tak larat panjat tangga, selain semput, takut pon ye juga tu


Fuhh lawa you, sayang tak ada DSLR.


Lunch di atas rumput, bawah pokok, menyertai orang ramai yang sama sama me lay park dengan makanan masing masing. Daaaaaaa







Friday, 6 June 2008

Wan dan Tok Bak sampai Malaya

Hari ini wa dapat email dari Tok Bak. Sebelum ni modem Tok Bak kena petir, jadi internet kiok. Maka wa dapat supply gambo





Ini adalah Saudara M Danish H A. Wa kira beliaulah orang yang paling sibuk menyambut kepulangan Wan dan Tok Bak. Mesti dia penat mengatur segala perancangan penyambutan tersebut. Lihatlah muka beliau, penat sungguh kelihatannya




Taraa Wan dah sampai KLIA.




Ini adalah kali pertama Wan jumpa M Danial H A. Baby ketak gitew


Adik wa sedang meminpin Tak Engku, atok wa, abah Wan. Masa kat Birmingham, Wan selalu terkenangkan Tok Engku. Tok Engku tak sihat, tapi beliau sentiasa tersenyum






Wednesday, 4 June 2008

Sdr Zamanhuri Abdul Rashid

Salam lu all, wa baru tau wa ada sedara nama Zamanhuri, awww glamer gitew. Misi apa ni sedara hi hi hi !

Maka pada hari ini wa pon pegilah ke induction di Royal Orthopaedic Hospital. Ok lah dan yang paling wa bangga adalah, wa paham you apa yang para instruktor tu kata, what an amazing achievement ! ! ! Setelah berada di UK ni hampir 7 bulan, wa dah agak besa ngan gaya bahasa Brummie. Wa belajo intonasi dari anak anak wa you, wa kata kat lu. (Amir pon dah sebut "wa'ar")

Di Induction tu, wa jumpa hampir semua orang putih. Asian yang ada semuanya Filipino kecuali seorang orang Malaya, wa lah tu. Bila bercakap dengan mereka, tahap percaya diri wa naik 110%. Lu all nak tau, mereka ni lagi selamber rock cakap English lintang pukang, dengan grammer yang, wow amazing lencong habis gitew, walaupon ada antara mereka dah lebih setahun bekerja di situ

Wa juga sempat pegi jumpa boss wa, porter beso lah rasanya. Dia welcome wa baik punya. Memang budaya kerja kat sini as a team, maka semua disama tarafkan, baik lu porter, cleaner, nurse, doktor, menejer, majestrit, awww eh lu all, mana ada mejestrit kat dalam hospital. Mengarutlah lu ni. Nampak sangat lu ni tak elert ! ! !

Wa lihat dalam situ agak sibuk. Selain porter, semua pakai baju OT. Eh bukan ober taim lah, operation theatre. Sama sama, my pleasure, don't worry (wa anggap lu all berterima kasih pada wa yang bagi lu all info tentang OT, kedua tangan memegang satu sama lain di depan, dan kepala ditundukkan barang 5-10 derajat)

Boss wa tanya, so can you start tomorrow? Wa kata, may I start on Monday please, thank you. Diplomasi wa diterima you. Maka wa start keje Monday. Waktu keje, ikut suka wa, sebab wa PT (part time) je. Wa ambil 5 jam, 5 ptg hingga 10 malam (3 hari) dan 5 ptg hingga 8 malam (2 hari).

Wah kah kah, semangat sungguh wa mengira gaji wa, hingga tersalah. Susah beno wa nak kira gaji wa, at first wa kira, GBP800 sebulan. Terlalu tinggi imiginasi wa tu. Eh salah lah mate, bukan 51 jam, 21 jam je. Jauh sungguh ketagihan wa terhadap gaji sekarang ni

Bahaya sungguh fenomena menunggu gaji ni. Ia boleh menukar 180 derajat cara kita berfikir. Ini merungsingkan benak wa. Sampai bila beb wa nak train diri wa terhadap fenomena makan gaji ni? Satu latihan yang sangat baik bagi diri wa adalah mengawal sifat boros wa selama ini. Sengsara beb, tapi ada sinar kelegaan saat ini kerana tak ada hutang di UK. Alhamdulillah

Adik wa dari Kay Ell sms kata ada orang nak beli rumah wa pada harga RM240k. Jual je lah, kurang lagi beban hutang wa. Walau ada sedikit kekesalan sebab jual pada cha ya nun alif. Abis tu mim lam alif ya waw tekan harga kat wa sampai tak masuk akal baby. Harap jualan kali ini membawa hasil positif la, Amin ! ! !

PS : (ni ikut stail cibil lah ni, pakai ps segala, awww). Kalu lu all perasan blog wa ni tak ada gambo dah. Sebab Tok Bak tak supply gambo kat wa. Tunggu lah wa beli D60 dengan angan angan guna lensa 18-200mm nikkor. Soalan mengenai bila tu, kalau ikut stail adik wa, dia akan jawab "bila habis bila". Wah kah kah, ai seronok sungguhlah dia mak dan bak dah balik, sungguh tak aci ! ! !)

Tuesday, 3 June 2008

Jun 2008

Kejap je dah tengah tahun. Wa ingat lagi masa wa kecik kecik dulu, waktu sehari tu lama je rasa. Macam macam benda wa boleh buat. Sekarang ni, waktu cepat sungguh berjalan. Apa lagi jika dikejo hutang.

Perjalanan ke Cardiff batal. Insya Allah lain ketika lah wa ke sana. Sebenonya, banyak yang wa nak ceta, tapi, dek kerana tak menaip, maka wa lupa kejadian yang sepatutnya wa catat untuk kenangan diri wa. Peringatan, kenangan diri wa, hi hi hi kalau lu tak suka gaya bahasa wa, maka adalah sangat relevan untuk lu tau, bahawa, wa pedulik haper.

Nak mula dari mana pon wa kejong. Beku. Kaku. Lately, wa memang tak ada idea. Kalau fenomena tak ada idea ini melanda orang yang tengah buat PhD, haru beb dibuatnya. Nasib baik wa tak ambil PhD.

Adik wa, Dol dah start keje ikut jejak wa, cleaner di Preston. Sementara dia dapat keje lebih baik, lepas grad nanti, bagus gak dia keje cleaner ni. Sebab dah boleh mula mohon NI number, ambil provisional driving licence, dan banyak lagi lah.

Wa pulak, esok start induction di Royal Ortopaedic Hospital sebagai theatre porter. Gaji lebih sikit dari cleaner, jam keje pon lebih, maka simpanan pon terpaksa lebih gak lah, idealnya gitu lah khanz

Tengah nak terlena di selang seli hiruk pikuk ketinggian pic suara anak anak wa, wa dapat panggilan telipon. Hi hi hi telipon gitew, ingat wa kat Kak No, senior wa masa study dulu. Orang negori, bahasa dia, kelas gitew, negori lah katakan. TELIPON you, kah kah kah. Masa wa sakit di hospital sedekad lalu, dia dan suaminya lah yang ambil berat kat wa. Maklum lah wa study obersi. OBERSI ? ? ? Indonesia jerr.

Patah balik ke pangkal jalan, nasib baik gak wa dengo deringan telipon tu. Ghupenye, kawan wa call dari Kay Ell. Dia buat bisnis used car baby. Wink wink ! ! ! Terpaksa wa pasang balik jaringan kontena wa lah you. Nak anto kete ke Malaya gitew, jadi wa kena jadi kaki dia di UK ni. Kalau macam ni, Dol pon boleh gak tumpang sekaki, buat sambilan. Anyway, wa nak tunggu term and condition dia dulu.

Sebelum terlupa juga, Insya Allah 17-20 Julai, wa terlibat dalam salah satu dari 7 stall makanan di UK Islamic Festival, Lincoln. Dengo ceta, previous year, pesertanya hampir 5000 orang. Bagusnya, mereka ni tak boleh keluar, kena beli makanan dari kami sahaja, awwwww, monopoli tuan tuan dan puan puan. Ni pengalaman pertama wa, tapi pengalaman tahun ketiga bagi kawan wa yang offer joint dengan dia pada kali ini. Wish us luck ye lu all.

Nampaknya, wa tak dapat pegilah ke Farnbrough, 19/20 Julai 08 tu. Untuk makluman pihak tuan, ia adalah pameran kapal terbang, macam LIMA di Langkawi Malaya. Wa dah beli tiketnya. Maka wa kena jual balik lah. Cibil nak beli tak? Sorang GBP22. Wa ada 2 tiket tu. Kanak kanak FREE. Ha tulah, kalau cibil ada kanak kanak, boleh bawa kanak kanak tersebut, awwww ! ! ! OR should I offer the ticket to F lelaki dan F perempuan? Jalan jalan ke tanah beso Inggeris kita, ek ek ek ek ek ek

Banyak beno yang wa nak buat, tapi belum ada satupon yang menjadi lagi. Masih try and error. Wei lambat sungguh otak wa berjalan ni. Memang tengah kejong sakan ni.

zzzzzzzzzzzzzzaaaassssssssssssssssssssss ! ! !
Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ