Monday, 6 October 2008

Raya 7

Gambo ni wa ambik dari fliker Tok Bak. http://www.flickr.com/photos/hjesamdyunos/
Pergh ! ! ! Abstrak gitew



Dah tujuh hari wa beraya. Kejap je. Masa puasa tu tak lak rasa kejap macam ni.




Hari ni adalah hari keje. Ia juga hari pertama wa anto nasi tomato ke surau unibesti. So far so good. Anto 10 jerrr ! ! ! Laku semua cik Kiah. Ingat suatu ketika dahulu, Wan akan masuk dapo seawal 5 pagi sediakan nasi nasi tertentu ikut hari. La ni wife wa la kena sediakan. Wa lihat dia bukan main bersemangat lagi. Heh heh heh, wa pon semangat gak, apa tak nya baby, lepas gak duit dapo kami. Dulu duit ni la kami buat pegi car boot sale tiap minggu. Masa tu tak bersemangat nak beli barangan lain. Car boot jer la khanz. Ermmm masa wa sedang menaip ni, semerbak bau sambal tumis nasi lemak wife wa tu.




Eh lu all, semakin summer nak habis barangan car boot makin bagus bagus dan murah. Cuma, dah beberapa minggu ni tak leh pegi lah, selain cuaca tak mengijinkan, poket pon wa rasa setebal kain kulit bawang, nipis dan jarang gitew




Bicara tentang kain daun bawang ini, wa teringat akan aunty SOM. Amboi, kemain lagi, nak pakai baju kain daun bawang katanya. Tak kose wa you know. Pakai jubah je la aunty SOM ! ! ! Awwww lagi ! ! ! .
Kat sini kami ada tanam daun kesom. MIL wa bawa dari Malaya hari tu. Wan pon ada gak bawa dulu. Tapi tanam tak idop. Tak kena tahan kat airport you. Ada la amalan mereka tu. Sesungguhnya, kisah daun keSOM ini tak ada kena mengena dengan sesiapa.



Cho dah boleh jalan sikit sikit (Gambo ihsan Tok Bak)




Dulu masa wa di Malaya, kami selalu beraya di rumah Tok Bak ni di Endau. Tok Bak dan Wan selalu datang sini. Drivernya Enn la. Ni semua sepupu wa dan anak anak mereka. Dah beso mereka ni ye. Viva Holand ! ! ! Oren gitew dinding rumah tersebut. (Gambo ehsan Tok Bak)

Sunday, 5 October 2008

Happy Birthday Wan

Selamat Hari Lahir Wan







Photo Wan ini diambil hampir setahun lalu, sewaktu sambutan hari raya masyarakat Melayu di Birmingham.
Hari ini 6 Oktober, adalah hari lahir Wan. DOL call Malaya tepat jam 12 tengah malam waktu Malaya. Semua orang dapat ucapkan Wan Selamat Ulang Tahun, moga Wan panjang umur untuk beribadat ke Hadirat Allah swt, moga dimurahkan rezeki dan moga sihat sejahtera tubuh badan.

Setahun yang lalu, Ulang tahun Wan kami sambut di Malaya. Tahun ini kami sembut di Bumi Permaisuri. Hanya ucapan pengganti diri, untung ada teknologi tinggi.

Maka hari ini wa tunjukkan rumah baru wa kepada Wan dan semua yang ingin melihatnya.

Ini adalah bilik DOL yang dikongsi bersama Aiman, Anas dan Amir. Awwww sabo la dengan bau bau mereka ye DOL. Barang tak kemas lagi sebab tak ambil almari tuan rumah lagi. Memula rencananya nak ambil hari ini, tapi tak sempat sebab rumah terbuka banyak sangat (4 buah)


Ini pula laman belakang rumah wa. Ia lebih lebar namun kurang panjang berbanding yang sebelumnya. Ada anak tangga, dan kawasan untuk meletakkan meja dan kerusi di kala musim summer


Bilik air wa ada dua. Satu di bawah, satu di atas. Keduanya ada shower. Yang ini yang bawah




Ini pula shower atas. Cermin lengkung wa kata kat lu. Kekok gak masa memula nak guna



Living room, menghadap back garden






TV belum ganti flat screen lagi. Ha ha ha ada hati tu nak beli. Tapi kalau wa diberi peluang beli, wa minat Sony KDL40W4000






Hallway








Dapur. Kelihatan wife wa sedang sediakan laksa Johor tadi, sebab kawan wa yang baru sampai dari Malaya nak datang. Mereka baru seminggu di sini






Awwww beso dpo wa ni. Esok mulalah aktiviti jualan nasi lemak di surau unibesti Birmingham. Lu beli la nasi lemak wa tu ye









Haa inilah washing machine wa tu, best wa kata kat lu, 9 kg, banyak boleh sumbat. Jimat air, jimat letrik dan jimat masa











Ini pula adalah garrage yang telah wa tuko jadi stor. Wa ingat nak beli lagi la cabinet kayu tu. Di sini wa tempatkan freezer dan dryer yang wa beli hampir setahun lalu. Kat sini dryer ni memang penuh kebaktian. Actually, masa di Malaya pon wa guna dryer gak, sejak wa tak ada maid dulu. Memang sangat membantu, percayalah kata kata manis wa ini











Dalam dapo wa tu ada ruang kecil yang dapat memuatkan meja ini. Meja ini wa beli di kedai second hand Pakistan. Dulu Tok Bak selalu pegi kedai Pakistan ni. Tempat ini jadi tempat kami sarapan pagi




Haa begitulah serba sedikit penerangan tentang rumah baru wa ini di hari ulang tahun Wan

HINDF

Perubuhan haram ni memang buat wa naik darah. Tak sedo diri ke? Apa dia ingat dia nak jadi perdana menteri Malaya ke? lebih 20 tahun nan lalu, wa ada berbicara dengan kawan wa dari golongan India. Tujuan wa adalah untuk mengajak mereka sama sama membantu Persatuan Pelajar di tempat wa belajar dulu. Memandangkan kebanyakan malah semua pelajar yang bertungkuslumus memastikan kebajikan pelajar di luar negara (Indonesia jer ! ! ! ) adalah pelajar Melayu. Mereka ini juga mendapat kebajikan dari apa yang kami lakukan

Lu all nak tau apa kata salah sorang dari mereka? Ehem dia kata ... "I only want to join the comeettee if I'm the presiden". Fuh hebat hebat. Sejak dari hari itu, wa kata dalam hati ... lu boleh blah ...

Beberapa bulan nan lalu, sebelum Ramadhan, sewaktu wa "berbelanja tingkap" di Bull Ring, Birmingham UK, ada sorang mamat India warga British. (Dia kata, wa caya beb).

Dia tego wa, dia tanya wa orang Brunei? Tak wa kata Malaysia. Dia tarik tangan wa. Dia terus hentam Malaysia, kata seluruh orang Melayu Islam di Malaysia membuat penghapusan etnik kaum India di Malaysia. Setiap hari ada sahaja India mati, dan kuil kuil mereka diruntuhkan.

Wa amat terkejut. Dan mamat ini tak bagi peluang langsung untuk wa mempertahankan diri. Dia mahu rakyat India di Malaysia diberi hak sama rata, kekayaan sama rata, mungkin dia tak berani nak kata dia nak rakyat India jadi perdana menteri Malaya.

Wa tanya dia, dia pernah pegi Malaysia ke? Dia kata tidak. Wa kata lagi, kat Malaya ada kuil Hindu terbesar di dunia, dia tak tau, wa kata ratio profesional dikalangan kaum India lebih besar dari kaum Melayu, dia tak tau. Banyak yang dia tak tau la. Jadi siapa yang bagi tau dia menda tak munasabah ini?

Akhirnya, wa tanya dia, dia warganegara apa? Dia kata British. Wa tanya dia lagi, dia dapat ke apa yang dia minta di Malaya tu di British? Dia terdiam. Memang mana ada negara dalam dunia ini mengiktiraf orang asing. Yang ada hanyalah di mulut sahaja di hati benci dan meluat. Siapa nak bagi negara tumpah darah ke orang lain? ... kecuali Malaysia ... Jadi insaflah brader, jangan membabi buta.

Wa pon blah. Dia tak puas hati tapi wa kata ada banyak keje lain dari layan dia tak tak guna fakta tersebut

Hari ini nak saman utusan pula. Kah kah kah ! ! ! Saman jangan tak saman

Saturday, 4 October 2008

Raya ke-5

Hari ini merupakan hari paling banyak kami berjalan. 5 buah rumah. Dari pagi hingga ke malam. Anak anak wa tak ikut sebab kete tak muat, kalau dulu boleh tumpang Hj Shidi, sekarang ni dah jauh dengan rumah beliau. Maka kena la tinggal mana yang tak muat tu. Nasib baik ada DOL, boleh tolong jaga.

Wa rasa budaya rumah terbuka ini akan lebih merapatkan lagi silaturahim. Maka dengan sebab demikian jugalah, wa gagahkan jua kaki melangkah, disamping mengabsorb pound untuk petrol. Harga petrol di Birmingham ini semakin turun. Semalam wa tuang di Morrison GBP106.90 per litre. ASDA GBP105.90 per litre. Kerajaan Brown semakin didesak akibat keruduman ekonomi negara mereka. Harga barang yang dah naik tak turun lagi la wa rasa. Bagus juga ada big supermarket. Mereka inilah merancakkan lagi perlumbaan penawaran harga murah barangan keperluan rumah.

daaaa .. nak pegi beraya

Friday, 3 October 2008

Duit Raya

Petang ni kami ke rumah jiran, Ustaz Yunus. Beliau sungguh tak menyangka tetamu yang hadir melimpah ruah. Hi hi hi maka wa kata Ustaz ni popular la khanz. Di beritakan DUN Selly Oak (Sri Selasih Timur dan Barat) akan meneruskan acara tadarus lepas raya. Tapi Ustaz, jangan lama sangat dibior dingin, nanti liat wa kata kat lu

Anak anak wa minta wa pegangkan duit raya mereka. Huiii tak sangka gak mereka dapat duit raya. DOL bagi GBP10 seorang, MIL wa bagi GBP4 seorang. Daddy janji nak bagi, tak lama lagi, awwwww ! ! !

Wa tak anto duit raya ke Malaya. Belum sempat. Jadi tahun ni tak ada la duit raya dari wa gitew.

Thursday, 2 October 2008

Rumah terbuka

Ramadhan udah, lebaran pon udah. Haa lepas tu rumah terbuka plak la khanz

Dulu masa kat unibesti Malaya, (awww wa pernah belajo kat Unibesti Malaya wa kata kat lu, jangan memain) aktiviti rumah terbuka pon dah ada. Cuma namanya dorm terbuka. Wa tak ingat wa ada join ke idok. Seingat wa, wa tak join. Masa tu Datuk Azalina senior wa, di Kolej Pertama. Lu garang ooooo Latok ! ! ! Haiyya

Hari ini Hj Shidi buat majlis makan makan untuk warga Selly Oak. Wa dah jadi bekas warga Selly Oak. Walaupon begitu bukan jauh sangat Selly Oak ni dengan Harborne. Isteri Hj Shidi ni sedang mengandung. Tapi masakan dia memang curlass gitew wa kata kat lu. Depa buat errr apa ke nama menda tu, nampak macam mee soup, tapi bukan pakai mee, dia pakai macaroni. Dia ni pandai buat kek. Hari ini dia buat coklat cake.

Memula wa tak nak pegi, sebab wa balik keje lambat, dekat jam 9 mlm. Namun kerana wa ni popular, maka tak popular la kalau wa tak pegi jengok khanz. Pegi gak la. Malam ni hujan. Sojuk you ! ! !

Cuaca sekarang ni memang dah sangat sejuk bagi wa. Sementara sepanjang tepi jalan raya telah banyak dedaunan kekuningan gugur. Dedaunan atas pohon yang sebelumnya hijau pon telah bertukar menjadi kuning keorenan. Wa ske pemandangan seperti ini. Lain dari pemandangan di Malaya.

Selagi boleh merasa sejuk, maka bersyukurlah. Kalau dah balik Malaya, macam budak sorang tu, terkena panas, mula lah sakit kepala la, demam la, sore serak serak basah la. Haaa mengader khanz lu khanz. Namun nak kata mengader tak gak. Wa tau dia bukan jenis mengader punya. Dia ni chop apa ek ? ? ?

Wednesday, 1 October 2008

Cuti Raya

Hari ini cuti lagi. Wa cuti, wife wa cuti, anak anak wa pon cuti. Walaubagaimanapon, wa bangun lambat sebab penat. Begitulah jadinya bila tido lepas subuh. Subuh tak lepas ye tuan tuan dan puan puan

Lepas zohor, kami pegi beli mesin basuh. Tak boleh jadi la brader kalau tak ada mesih basuh. Wa beli mesin LG direct wash, maksudnya motor nya direct tak guna belt. Dikhabarkan ia lebih tahan lama, warranty untuk motor 10 tahun gitew. Tapi jangan salah anggap, manufacturer warranty hanya 2 tahun. Model LG F1403FD 9kg. Wa beli di sini http://www.digital-point.co.uk/model-3916.html . Ambik sendiri dan pasang sendiri. Alhamdulillah no hal. CUMA ... kat sini wa rasa boleh beli washing mechine je, sebab harga barangan lain lebih mahal. Wa dapat jimat GBP120 jika banding dengan Currys. Yang bestnya, hanya kat sini ada stock, yang lain kena tunggu 3-4 hari. Oleh karena wa perlukannya dengan kadar segera, disamping harganya yang jauh lebih murah, maka wa beli. Komen wa, mesin ini superb wa kata kat lu, senyap, beso dan jimat letrik, awwww ! ! !

Lepas tu kami ke IKEA Wednesbury. Tujuan asal nak beli rak untuk simpan barang dalam garrage, dapat barang tu, tapi bukan barang tu saja, dapat gak barang barang lain awww parak parak.

Patutnya malam ni ada rumah terbuka. Encik Bahagia namanya, namun, minta maaflah En Bahagia, kami tak sempat datang.
Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ