Monday, 7 September 2009

Pisa, Italia

Kami meneruskan pengembaraan kami, cheh macam jejak rasul plak dengonya. Ala kasi can kat wa la sekali sekala perasan macam tu.

Dari Firenze aka Florence, kami menaiki keretapi ke Pisa dengan kos pergi balik Euro 22.80. Perjalanan mengambil masa 1 jam pergi dan 1 jam 20 minit balik. Keretapi tak lah curlass sangat, tapi selesa gak.

Sampai stasen Keretapi Pisa Centrale, kami dapati stesen ini agak kotor. Berjalan tanpa peta umpama berjalan tanpa cahaya, awwww. Lalu kami lihat sedikit cahaya, iaitu aliran pelancong. Lalu kami ikuti jejak mereka, tanpa aksi mengendap. Ala kami buat biasa je, konon konon dah biaserrr la.

Bila dah dekat, wa kata tak boleh jadi, wa kena beli buku. Belilah satu buku mengenai Pisa, Euro 5. Jalan punya jalan, akhirnya sampailah kami ke tempat tujuan, Campo Dei Miracoli yang menempatkan Kathedral, Baptistry, Camposanto dan the famous Leaning Tower, the landmark of Pisa



Inilah gambaran pertama di pintu masuk piazza ini. Diberi nama Square of Miracle karena ia terdiri dari keunikan 4 banggunan yang dibina tadi. Keseluruhan kompleks ini dibina dalam masa 300 tahun. It's an UNESCO World Herritage site



Bersungguh wife wa tahan tower ini dari tumbang dengan dua tangannya. Torre Pendente (Leaning Tower)


Wa selamber guna sejari jah



Wa mahu naik ke puncak kat atas tu. Wa ingin lihat bagaimana keadaannya. Maka kami beli tiket. Euro 30 untuk 2 orang. The structure was originally concieved as a cathedral's bell tower. Construction brgun in 1173 and the tower started leaning soon afterwords due to subsidence of the ground underneath it's base. A project to keep the tower from leaning more and tipping over finally successful conclusion in 2001, and the tower is again open to those wishing to climb it.









Composanto. Pernah dibom pada perang dunia kedua. A huge cemetery building with lots of interestng art, including a collection of ancient Roman sarcophagi and splendid medieval ferscoes by the "Master of the Triumph of Dëath"












Ini adalah Baptistry. Perancangannya dimulakan pada 1152 oleh Diotisalvi. Siap pada akhir kurun ke-14.




Battistero large round Romanisque dome with many sculptured decorations and a fine view up top.


Wa miss experience ambil gambo Leaning Tower dari dome Battistro dan mendengar lantunan bunyi dari suara wa bila wa menjerit di dalamnya karena wa tak masuk di dalamnya. Kena bayo beb. Bagus gak kena bayo jadi ada privesi sikit




Kethedral ini mula dibangun pada 1064 oleh Buscheto, wa kira dia tak sempat lihat hasil akhir kompleks ini. Kerana itu pembinaannya melibatkan ramai arkitek.





Kalu nok masuk dale, mu gi baya Euro 4 sore. Ambo tok seh masuk dale. Kalu percumo, ambo seh masuk dale. Nama lain Duomo di Pisa, by Giambologna, Della Robbia, andother major artist. Fine Romanesque style with double aisles and a cupola, a huge base mosaic partly by Cimabue, and a fine pulpit by Giovani Pisano in late Gothic / early Renaissance style


Gaya ini mengalahkan gaya Aiman bila bergaya. Di depan Baptistry



Kalu mu nok tau lebih mu gi baco dale tenet. Ambo pening bila banyok membaca ni. Mu kena pringat hok tuh


Patung singa atas tembok. Ado cerito ni. Mu gi baco deh.






Satu satunya tiket yang wa memang nak beli adalah tiket naik leaning tower ni. Penat gak naik
First floor boleh lihat luar. Ada dua floor lagi nak naik. Ternyata stamina wa masih banyak.



Mama cilok gaya Amir. Apa lagi, balik bayo royalti kat Amir, hi hi hi




Lihatlah sekitar alam, dunia luas terbentang ... Shiela Majid. Ghamainye orang. Nasib baik wa tak pitam


Angin kat atas ni bertiup agak kencang hingga wambut wa menerbang nerbang. Keto lutut, namun berbaloi naik atas ni walau hanya 20 minit (wa terlebih 10 minit).


Tangga untuk ke 2nd and 3rd floor.



Kelihatan Cathedral dan Baptistry

Antara sudut menarik untuk pukul gambo




Sebahagian dari kota Pisa menelusuri sungai Arno. Panas ni. Tapi bagusnya, udaranya sejuk. Jadi kalau ketiak basah, kepakkan sikit bior angin sejuk lalu. Pah tu kering lah



Bandar Pisa dibelah oleh sungai Arno. Air sungainya hijau. Sungai Arno di Florence lebih jernih airnya.


Sunday, 6 September 2009

Menu buka puasa hari ini


Vegetarian Pizza

Sea food spaghetti


Walking tour di Firenze

Pagi ni wa jenjalan guna iPhone, dan software yang wa tulis semalam. Awal awal susah juga sebab tak besa dengan jalan dan orientasinya. Lalu wa kabo kat wife wa, guna kepakaran Abe Yoh dalam treasure hunt. Maka lepas tu lancar segala urusan. Tentu lu all tak tau siapa Abe Yoh tu, tapi wa pedulik haper




Jalan pepagi ni sejuk lah sikit. Tapi tak lawanlah sejuk di UK. Wa masih lagi kurang handal guna Kamera digital SLR wa ni. Maka rona dia tak lah sehebat mana. Wa phon thak berapa puas hati. Tapi jauh lebih baik lah dari digital camera wa yang lama tu






Jalan jalan di sini sangat sempit. Jadi tak usahlah lu berangan nak sewa kete bila lu berada di sini. Jalan kaki udah le. Lagi pon tak penat pon wa kata kat lu





Palazzo Strozzi. Dekat dengan Bvlgari. Masterpiece of Renaissance Art yang dibina pada 1489. Dekat sini ada dataran Louis Vutton. Nasib tak menyebelahi wa karena saat wa menelusuri jalan ini, semua kedai masih tutup. Maka tak dapat lah wa nak cuba try. Maklumlah nak beli tak ada saiz gitu. Hi hi hi ingat wa kat adik wa, Qin. Suatu ketika dulu dia selalu masuk kedai mahal mahal, bukan nak beli cuma nak try jerrr hi hi hi. Sekarang wa dapat peluang menerai sahaja, tapi kedai pulak tutup




Emporio Armani




Grand Hotel Porta Rossa. Hotel ini adalah bangunan ori sejak zaman dulu kala. Termasuk sempitnya jalan jalan di sini sejak 1386. Hampir 700 tahun you.


Ini adalah pintu depan bangunan no 107, sejalan dengan hotel Porta Rossa, original Florence door. Cuma tak ori lagilah sebab dah diubah suai. Tapi kalau lu all nak tau, beginilah gaya pintu kebanyakan bangunan di sini














Logge di Via Pellicceria. Sebelah kanan ada stall jual buah buahan, shake, juice, coconut dsb atau roasted chessnut. Wa tak sempatlah nak tulis nama bangunan bangunan ini sebab lidah wa berlifat nak nyebutnya






Wa ske lihat cara depa letak kerusi meja di sisi jalan. Teringat kat Malaya di mana gerai tanpa permit dengan sombongnya meletakkan kerusi agar tak ada kereta park di parking bay. Kalau buat macam ni tahan sikit mata memandang khanz





Deretan kedai kedai dengan bangunan asal yang tak kena bomb masa perang.






Ponte Vecchio Bridge, óne of Florence most famous landmark. Beautiful position, the unusual way it was built and its highly priced shops. Very pack with not only tourists but also Florentine, who use it to go from one side of the city to the other. It's just as well it's become a pedastrian area because until the beginning to 1960s car could drive across it too.





The beginning of Ponte Vecchio Bridge. The only bridge that was not destroyed by the German
in the retreat from Italy in summer 1944

Middle of the bridge. Jambatan ni dibina pada 1345 oleh seorang pelukis dan arkitek. Banyak perubahan berlaku pada bangunan jambatan ini.
Rumah atas jembatan ini telah ditukar menjadi pasar atas sungai bila kerajaan menyewa jambatan ini pada kurun ke-14. Pada ketika itu, terdapat kedai menjual daging, sayur dan buah buahan, tukang kayu, tukang kasut, tukang gelas, dan sebagainya. Diberitakan juga, akibat keadaan merbahaya dengan adanya penjual daging yang menggunakan pisau yang tajam mungkin akan membehayakan pengunjung, maka dimestikan para penjual daging berada di kedudukan yang lebih tinggi dari paras kepala pembeli. Maka dengan itu kita dapati di car boot (memang otak tak lepas dari car boot) penjual daging akan berada di atas lori yang kedudukannya lebih tinggi dari pembeli, dan menjual daging menggunakan pembesar suara. Sekarang yang ada hanyalah kedai yang menjual barangan kemas emas dan perak. Burung kata, hasil kerja barang kemas di sini terkenal di serata pelusuk dunia.





Highly priced gold shop






The centre of the famous Ponte Vecchio bridge





The other side of Ponte Vecchio Bridge over the Arno River. Below on the left is the old row club. High up on the other bank you can see Piazza li Michael Angelo and the church of San Miniato






May 27, 1993, Famous for Mafia attack, car bomb explosion causing 5 deaths, destroying the houses opposite





Piazzale degli Uffizi. One of the most important museums in the world, The Uffizi Gallery. Wa tak masuk. Dulu Dicken tak masuk museum ini sebab ia ditutup due to the repairs of the building. Kali ini wa pon tak dapat masuk sebab barisan yang sangat panjang untuk membeli tiket




Maka wa pukul gambo sahajalah sebagai kenangan bahawa kami dah sampai sini, suatu ketika dalam bulan September 2009.




Piazza della Signoria. Many noble statues. Very detail. Tapi kebanyakannya bukan yang asli untuk menjaga keasliannya, yang asli disimpan dalam museum Gallery della Academia. Lagi pula telah dikhabarkan bahawa banyak kali kejadian percubaan mencuri dilakukanterhadapnya








Centro Piazza della Senoria. City Hall. It's a nonsymmetrical building, the entrance door is not in the middle.





Ada tugu Hercules, Michelangelo David (bogel) dan banyak lah statues kat sini. Kebanyakannya tiruan.



Piazza della Republica. Banyak nama square ini. Famous dataran ini. Ada beberapa cafe yang yang penting kepada sejarah Firenze kat sini. Wa tak sempat baca.




Piazza della Republica




Il Battistero. Golden door, the gate of paradise. Tapi bukan yang asli, yang asli dah diletak di salah satu museum due to the smuggin pollution. Setiap petak emas tu ada cerita mereka berkenaan nabi nabi sebelum Nabi Muhammad saw.
































Saturday, 5 September 2009

Berbuka Puasa di Florence Italy

Seperti biasa, bila wa tak keje, maka banyaklah masa wa untuk merapu.

Hari ini merupakan hari kedua wa dan wife wa berbuka di Luar Negara, Florence Italy gitew. Masa datang sini, kami dah masak siap siap bekalan kami. Bila sampai sini keluarkan je satu per satu mengikut sesedap rasa. Namun ada juga terasa nak makan yang lain, maka kami masak lah. 'Kami'di sini bermaksud wife wa sahaja, sebab wa tak gemo masak. Dia memang gemo masak.

Diberitakan bahawa ada seorang penuntut baru sampai ke Birmingham. Sdr Bakal Haji Azli juga yang pergi mengambil beliau di Airport. Moga Allah membalas segala jasa baik Sdr bakal Haji ini dengan berkah berlipat ganda, Amin ! ! !

Sedara baru ni menginap di rumah wa dulu hingga dia mendapat rumah sewa yang berkenan di hati beliau yang menepati seluruh cita rasa beliau. Namun beliau, wa rasa sukar untuk memenuhi semua kehendak kita di sini. Jadi beliau hendaklah menyesuaikan diri dan sedia bertoleransi dengan kehendak diri beliau. Insya Allah akan dipermudahkan segala urusan beliau





Sayur yang baru di masak. Tak kan wa nak kata wa masak. Tiada bukti



Lagi pon buktinya bukan gambo wa di sini

Wa berkenan sungguhlah dengan buah buahan segar di sini. Rasanya lain. Ada citarasa Italy gitew.



Coke panas. Mengancam khanz. Kopi lah tuan tuan dan puan puan.


Keluo kejap

Wa keluo kejap lepas Zohor tadi nak cari supermarket. Nampak gayanya memang wa tak jumpa supermarket beso macam kat Malaya. Ada market kecik macam kedai mamak jual groceries. Jadilah.

Below are fews snap of Florence city. Ramainya manusia. Daerah tempat wa duduk tu dekat dengan main shopping Road. Branded items bukan pilihan wa. Car boot brended items is my choice. Banyak gak gerai kecil tepi jalan macam kat Chow Kit Rd. Bedanya ia lebih bersih dan teratur. Taraaaa ! ! !












Selamat datang ke Malaysia

Maka semalam berangkatlah kami ke Birmingham International Airport jam 4:30 pagi. Terima kasih kepada bakal Haji Azli dan bakal Haji Jurie kerana sudi dan bermurah hati menawarkan keringanan kepada kami dalam urusan perjalanan kami ke pelabuhan kapal terbang tadi. Nak bagi duit dia mati mati tak emboh.

Kami pertama transit di Munich International Airport. Ini kali kedua wa sampai sini. Pertama kali dulu sebab wa ada short course selama seminggu di Munchen. Memang wa akui airport ini best. Macam KLIA, ada kot 4 kali ganda lebih beso saiznya. Banyak kedai best. Ada juga mesin bancuh kopi best yang FREE. Cuma semua itu wa tak pandang sangat sebab wa puasa. Kat Munich sejuk

Dari Munich kami teruskan perjalanan ke destinasi sterusnya. Akhirnya sampailah wa ke destinasi kedua. Keluo je pesawat terbang, pergh panasnya. Kalau lu all nak tau juga, inilah penerbangan yang paling wa tak tahan sampai tahap nak muntah (tapi tak muntah, tak batal puasa). Dalam penerbangan ini berkali kali wa diganggu dengan gegaran macam naik 4 wheels drive jalan tak rata. Bukan sebab kapal terbang buruk, pesawatnya kelihatannya baru, namun dikhabarkan pilot keadaan angin yang buruk

Eh cik Kiah, wa bukan balik Malaya la. Wa turun di Marco Polo Airport, Venizia. Tujuan wa adalah ke Venice sebab wa nak lawat Venice, touch and go. Kalu lu all nak ke Venice dari airport ambil bas biru, AVTO 3 Euro sorang, 20 minit sampai Venice.

Patutnya sampai saja, terus ambil boat tour Venice, tapi kali ini tahap pemikiran brilliant wa tergendala sebab panas. Maka wa jenjalan dekat sekitar station keretapi jah. Nasib baik Allah selamatkan wa, tak jenjalan jejauh. Ghupenye, tiket keretapi yang Uni wife wa bagi tu, tiket booking je. Kena beli lah bila sampai stasion. Beratur baby wa kata kat lu. Alhamdulillah sempat ambil tiket sebelum keretapi berjalan.

Eurostar Italia, 2 jam 30 minit ke Florence. Laju. 37 Euro sorang.

Di Venice, wa jumpa couple Hong Kong. Dah 60-an lah usia beliau. Dia lah yang bagi kami tunjuk ajar masa di Venice. Dia kata wife wa beruntung sebab dapat belajar tinggi tinggi. Dia dulu tak ada peluang sebab dia miskin. Namun dia berazam untuk beri 2 anaknya ilmu hingga kedua mereka belajar di unibesti. Sorang di HK dan sorang lagi di Australi. Wa rasa sekarang ni dia tak miskin lagi, sebab dia juga ada buat bisnis dengan Sabah Shipyard, repair engine. Anyway, nak bagi tau lu all, dia HUMBLE.

Wa sampai apartment yang wife wa sewa (Unibesti bayo sewa) saat berbuka puasa. Jumpa tuan apartment, Lorenzo, sangat baik. Wa hitung, usa dia akhir 20-an atau awal 30-an. Atas meja dia dah disediakan biskut(s), buah buahan yang sangat segar, mineral water dan white wine, hi hi hi. Wa kata wa tak minum wine.

Studio Apartment ni so far sangat praktikal. Semua kelengkapan rumah ada. Termasuk FREE broadband internet. Dia juga bagi kami suggestion mana nak pegi dan bagaimana nak pegi sesuatu tempat. Pokoknya, 5 star service. Kat sini tak terima kredit card. Hanya terima cash. Selain dekat dengan stesen keretapi, ia terletak di tengah pusat tarikan pelancong. Wa harap wa dapat gunakan Florence Walking Tour Software yang wa download ke iPhone wa, (jimat tak yah bayo tour guide). Wa kena cari masa sesuai nak jalan ini. Doakan wa berjaya cover semua 24 attraction tu sambil JALAN KAKI, awwwww ! ! !

Lepas berbuka puasa, mandi dan basuh baju. Maklumlah jalan dalam suhu panas ini, mengundang bukan sahaja peluh, malah bau peluh juga. Erk ... tak selesa wa. Jadi wa pahamlah keadaan di Malaya tu bagaimana, hi hi hi ni kes tak sedo asal mana ni.

Haa ok lah, pagi ni wife wa dah start conferencenya. Sebelum dia pegi kami pegi paso segar. Pemandangan sangat menarik, bersih dan penuh warna warni gaya Italia. Hingga ayam yang dijual pon ada ditaburkan rempah ratus Itali, bau harum. Lepas tu wa tido tido dan tido. Sesekali bangun basuh baju dan mop lantai, menggunakan kepakaran masa wa jadi cleaner dulu. Wa kena tido sebab perjalanan semalam memenatkan lu wa kata kat lu. Start 4:30 pagi, 7:50 malam baru sampai apartment tu.

Thursday, 3 September 2009

Rumah pelajar baru

Salam semua yaate blog wa yang sedang menunggu update blog wa yang berharga ini, awww ! ! ! Terima sahajalah kata kata wa ini.

Hari ini wa close deal untuk 2 pelajar under my responsibility, cheewah. Pertama rumah R, dari Kelana Jaya, bujang, datang dengan teman beliau. Alhamdulillah, dengan bantuan P, maka dapatlah rumah ini.

Menurut wife wa yang view rumah ini, katanya chantek. Namun jangan gembira dulu, kerana taste wa tak berapa nak sama dengan taste wife wa, ahaks. Tapi wa caya gak la kat wife wa. Kira wa anggap ok lah rumah tu, gitew. So R dan temannya, relax ok baby. Sekarang bolehlah tumpukan pada pelajaran. Target lulus dalam 9 bulan kerrrr ! ! ! Awww ... handal gitew

Seterusnya, client kedua wa yang berjaya deal rumah adalah Yan. Wa rasa rumah ini memang best, cuma harga agak tinggi. £650. Owner sangat baik. Duduk sebelah rumah je. Hi hi hi jangan dia selalu datang cek rumah lu dah le. Rimas khanz kalau dia selalu cek. Saiz lebih kurang sama dengan rumah wa, cuma dapur dia kalah tahap gaban nak banding ngan dapur rumah wa


Ini adalah bilik single atas depan, boleh buat bilik study hubby beliau. mesi tak ganggu punya. Di harap study dia pun selesai dalam 9 bulan, tak banyak bayo sewa gitew


Bilik kedua single bed, untuk anak beliau, menghadap depan


Yang ini master bedroom, menghadap garden belakang, garden tada rumput, konkrit slab, bagus buat majlis BBQ warga Selly Oak



Bilik air, ok ni, cuma pepandailah tutup tingkat tu, agar orang tak nampak masa mandi, malu gitew



Dapur dia ni tada cooker hood. Tapi wa dah minta landlord pasang. Dapur agak buruk, tapi rasa wa mahal kalau beli baru ni. Washing mechine boleh guna, tapi tada dryer. Boli lah cik kiah sebab winter tak lama lagi ni, kalau tak, hangitlah baju sebab jumo kain kat heater





Stor, wa suka ni tapi kecik





Living room, menghadap back garden.



Dining in front of the house. But ikut ske lu la nak buat apa kat sini khanz





Hallway
OK, secara ringkasnya, I'm happy for you. Duit deposit dah bagi tadi £200. selebihnya wa akan beri landlord setelah depa buat apa yang wa minta. Anyway, Insya Allah semuanya akan selesai sebelum lu sampai sini.
Ok jangan risau noooo. Lepas berbuka boleh pegi terawih. Sebelum subuh, pekena kopi secawan ker, sambil makan kueh raya yang tak sempat nak bawa tu.
Ok baby semua, wa dan wife wa akan berangkat ke Italy esok pagi. Jumpa lagi Khamis depan. Daaaa ! ! ! !






Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ