Memang menarik berada di sini. Banggunannya lain dari negara eropah yang pernah wa lawati. Ada banyak karya artis besar berasal dari sini. Namun jauh di sudut hati, wa tak jumpa suatu yang memuaskan hati sebagaimana kunjungan wa ke tanah suci Makkah dan Madinah al Munawarah. Nasehat bernas wa seterusnya, jika lu all diberi peluang antara Mekah Madinah dan Florence, maka pilihlah Mekah Madinah. Namun jika lu all dah ke Mekah dan Madinah, datanglah ke sini untuk membuat perbandingan.
Gerai kecil juga diberi peluang menangguk rezeki walaupon gedung gedung fesyen ternama berselerak di serata kota.
Walaupon begitu, harganya tidak lah murah juga.
Namun jika nak dibandingkan dengan harga yang ditawarkan oleh gedung gedung mewah seperti ini, ia ternyata jauh berbeda.
Satu perkara yang wa tak sangka adalah ramainya penjual yang terdiri dari kalangan orang Asia. Dan mereka sangat fasih berbahasa Itali.
Pengalaman manis wa di sini adalah apabila mencium bau kopinya. Marvellous. Namun begitu wa tak berpeluang minum kopi di restoren tepi jalannya, suatu benda yang sangat ingin wa lakukan, tapi tak kesampaian sebab wa berpuasa. Insya Allah suatu hari nanti.Kunjungan wa ke sini juga merubah tanggapan takut wa terhadap aksi pencopet kanak kanak. Ternyata, Venice, Pisa dan Florence adalah kota pelancong yang boleh dikatakan selamat.
Pemilihan penginapan berbentuk furnish apartment juga sangat selesa dan menguntungkan dari segi penjimatan ke atas makanan, laundry, dan internet.
Pizza, ais krim dan spagetti mereka sesuai tekak wa. Oleh kerana ramai Aisan maka ramai juga Muslim. Namun bukanlah mudah mencari kedai makan halal. Makanya apartment self catering sangat relevan untuk wa dan family.
Menu berbuka hari ini Penne Carretti dan nasi goreng
Taraaaaaaaaaaaaaaaaaa ! ! !