Saturday, 13 November 2010

Portmeirion sale

Hola yang berbahagia sekalian

Harap semuanya berbahagia hari ini dan hari hari seterusnya. Petang nanti wa akan Insya Allah hadir ke majlis ilmu teman wa di sini. Nama dia Bahagia. 2 minggu lepas wa kirim barang 10 kotak melalui kontena 40 kaki nya. Mula harga sekotak beso £10, tapi masa nak naik kontena, harga dah naik, jadi £15 pula. Opps, jangan lufa, ada caj tambahan untuk kos memunggah. Semua orang dah berniaga sekarang ini.

Wa renung kembali kejadian pada malam Khamis lepas. Wa masuk keje malam. Ghupenya, gaji wa tak masuk sebab wa terlufa menulis nombor pekerja wa. Semalam masa wa ke tempat kerja, wa dapati time slip wa telah tiada di situ, harap seseorang yang bertanggungjawab telah mengembalikannya ke opis untuk urusan gaji wa minggu depan. Amin

Adik ipo wa datang rumah semalam. Pagi ni mereka ke Stoke-on-Trent. Nama lebih popular, Portmeirion. Sebab kat situ ada outlet Portmeirion, Wedgwood, dan Royal Doulton. Sale bermula hari ini. Kakak ipo wa phon pergi ke sana hari ini dengan rekan rekannya seramai 8 orang dari Egham. Aunty ipo wa phon berangkat dari Cambridge pagi ini.

Deringan phone wife wa phon sibuk sekali di terima dari rekan rekannya bertanyakan perihal Portmeirion. Hingga aunty wa dari Kay Ell phon memesan sedikit, (2 kotak khot) barangan Portmeirion. Hingga jika ada antara kita nak kenal orang Malaysia di UK ini, dinasihatkan agar pergi juga ke Stoke pada hari ini.

Cuma vice chanselor Unibesti di Malaya tak usahlah buat program perjumpaan dengan pelajar Malaya di sana hari ini, walaupon bagus gak bagi mereka menyelam sambil minum air, sebab ramai sekali pelajar Malaya berada di sana ketika ini, cuma dikhuatiri mereka tak layan punya.

Sebagai suami yang baik hati, wa tak pegi la. Wife wa je yang pergi dengan adik ipo wa. Ustaz Y phon tak pegi, dia hantar isteri dia je ikut wife wa. Agar wife wa dapat berbelanja tanpa gangguan, wa duduk je kat rumah menjaga anak anak wa.

Lepas sarapan, wa dan Ustaz Y pergi la ke pasar beli buah buah dan sayur. Bhaek sungguh wa khanz. Balik dari pasar, sholat Zohor dan ngadap MBP* ini.

Namun tuan tuan dan puan puan, sedang wa berada di depan MBP* ini, wa terima satu SMS dari wife wa. Aduh ……. longlai wa.

BUNYI SMS wife wa

Dah beratur untuk masuk kedai, 2 jam setengah. 1 jam lagi baru boleh masuk kedai kot. Makan la apa yang ada dulu ye. 13 Nov 2010 14:30

Khar khar khar. Nasib bhaek sungguh wa thak pergi. Wa kira adalah 16.95 kali lebih bhaek bagi wa berada di rumah dari wa beratur 3 jam untuk masuk kedai sahaja. Belum pilih barang, apa lagi beratur nak bayar pula.

Tarik nafas panjang, hembus. Jangan ketawa, thak bhaek. Kawal sikit macho wa tu. OK OK OK. Keadaan terkawal, wa phon kembali macho seperti biasa. Walau phon sheksa nak kawal macho sekarang ini, namun wa berjaya, not too bad mate

Madeehah ada birthday party petang ni. Maka wa la yang kena hantar dia ke birthday party kawan dia tu. Mereka buat di Thumble Jungle. Bukan dalam hutan, dalam banggunan, ada banyak konsep taman permainan dalam banggunan di sini, Ia menjadi lokasi popular majlis hari jadi ini di sini.

Aiman telah mengambil tempat memasak wife wa. Terpaksa la sebab kurang arip bila wife wa akan sampai rumah petang ni. Namun semua dah tersedia, wife wa dah prepare, tinggal masuk dalam oven je. Owch yer, microwave terbakar. Kena beli microwave baru. Insuran kereta nak habis next week, kena renew. Ada niat berbelanja lagi gitew. Sabo sabo.

Adik wa nikah pagi semalam. Selamat Pengantin Baru Enn. Moga panjang umur, murah rezeki dan dikuatkan iman. Amin

Dzaaaa


Nota bena
MBP* = MacBook Pro

Thursday, 11 November 2010

Sejuk nya

Gambo ini dipukul tatkala kami sedang menunggu mama depa di interview oleh pegawai imigrasi



Hola ! ! !


Semalam kami ke Solihull. Destinasinya adalah pejabat imigresen. Tujuannya, nak memanjangkan visa study wife wa. Before this, we sent the application by post. They sent it back to us coz the photos were not to the standard size.

Sadly, it was rejected again due to lack of one letter from University saying that all of us (name all the dependants) were covered. So our new submission would be next week. It means that all of my kids are not be able attend their school again next week.

Balik dari opis tu, wa singgah rumah kawan lama wa di Solihull. Hajat hati nak pulangkan barang yang wa terbawa balik dari merdeka karnival waktu kami sama sama meniaga tahun lepas, tapi bila dah start minum kopi, tajuk perbincangan semakin banyak. Lagi phon, memang dah lama sungguh wa tak jumpa dia. Akhirnya dekat jam 3 baru sampai rumah

Hari ni pulak tak keje, maka lay park je la wa kat rumah. Bila malam berkunjung tiba, Ustaz Y ajak wa keluar makan. Ada bicara bisnis katanya. Kebetulan wa phon dah ambil kotak yang beliau mahu dari hospital jadi beri je terus pada dia. Dia nak pindah rumah. Dekat dengan rumah wa. Makin ramai lah jiran Melayu wa.

Pagi ni wa bersemangat gitew. Bukhan afa, Khamis ada hari gaji wa setiap minggu gitew. Lalu, dengan mengadanya wa phon buka internet banking online. Tong, tham, kheng, gong, phang what ! ! ! ! Gaji thak masuk? Cuma ada masuk £25.00 jer dari Hospital. Biasanya kalau £25 ni, ia adalah rebet cukai. Maknanya memang gaji wa mereka tak proses la tu. Haiyoooooooo ! ! ! Namun segi bhaeknya, tak payah lah wa belanja duit wa tu khanz. Kebetulan pulak, hari ini Maisarah punya Tuition, patutya ehem wa kena bagi duit tuition dia. Seminggu £35 you wa kata khat lu. Hi hi hi selamat sikit wa. Maka dengan itu, sudah pastilah wife wa yang akan membayarnya. Har har har gembira nya dalam hati.

Namun khanz, jauh di sudut hati wa kesian gak kat wife wa. Thak khanz wa bior dia bayo pulak. Tid afa la nanti wa transfer, £5 ke, jadilah, ringankan beban gitew.

Aiman tak sekolah hari ini. You know why? Off course you don’t know. No need to answer meh ! ! ! Semalam dia menghadapi asma hingga sukar bernafas. Pagi ni, wa bawa dia poie dokter. Appointment wife wa yang buat. Kalau wa bua lain pulak jadinya nanti.

Terkagum wa you know. Cara kommunikasi Aiman dengan dokter tu superb. Brrrrilliant gitew. Mungkin mama dia dah ajo sebelum dia pegi. But on the other side, his British English, wah ! ! ! cannot say lah. You know I don’t have many vocab to explaint. You know lah.

Eh wa kira khanz, sakit belakang wa dan sakit pinggang wa ni makin menjadi jadi. Kalau dulu, bila sakit belakang, wa tido atas tilam seally ni ok balik esok pagi, tapi kini ia tak menjadi lagi. Selain itu, wa mula rasa banyak angin dalam perut wa. Hingga bila baring tak boleh nak sedawa. Bahaya tak ha ! ! !

OK la. Thanks Kak Com sebab baca blog I. I terharu you

Monday, 8 November 2010

Keje

Pagi hari ini, wa bergegas ke New Street Birmingham. Tiket ke Mancherter Picadilly jam 9:31 AM. Berlari gak la takut tak sempat kejo keretapi. Sampai di Platform 7b, keretapi tunda. Almost 1 hour. Udah le suhu bawah 5 derajat celsius. Angin kat platform tu punya lah kuat. Gigil wa dibuatnya

Dapat tempat duduk ada meja dan soket eletrik. Lalu wa caj iPhone wa. Bateri dah nak kiok. Buka iPad, signal kejap ada kejap tak ada. Tak boleh lah nak buat keje. Keje apa? Layari internet la. Wa nak oder insuran untuk kete yang wa nak ambik kejap lagi ni. Tension jek. Akhirnya, bagi kat teman yang menemani wa, Ustaz Y. Hi hi hi bawa Ustaz ni bagusnya, senang nak tanya kemuskylan agama. Lagi phon, doa dia maqbul.

Wa tak bersarapan. Bukan tak ada sarapan yang wife sediakan di pagi hari tu. Cuma, malas nak ke toilet. Kat sini toiletnya bukan macam di Malaya. Tak selesa la.

Kereta api ni, best, very quiet dan rasa macam tak ada gegaran phon, tapi apa guna best, kalau tertunda. Lu ingat kat Malaya je ke selalu delay ni. Kat sini pon selalu (jarang sebenarnya) delay la. Jadi proud with your LRT kay, har har har. Bukan masalah tertunda sahaja, ada masalah lain lagi akibat tertunda. Dah lambat, jadi tak boleh masuk stasen. Kena la tuko pulak kereta api lain di tengah perjalanan.

First sampai stesen Manchester Picadilly, wa akui bahawa stesennya agak canggih. Lebih canggih dari stesen kereta api Edingurgh. Sayang seribu kali sayang, wa tak punya banyak masa. Wa kena kejo masa akibat penundaan lebih kurang sejam di Birmingham tadi. Tujuan wa adalah ke Hale. 20 minit dari MP. Naik kereta api guna kuasa diesel. Rasa gak la betapa sengsaranya enjin disel ini bertungkus lumus menarik gerabak.

Sampai di Hale. Makin sejuk. Tak tahan sungguh. Lama gak menunggu mat salleh yang patutnya menunggu wa di stesen kereta api ini. Wei copek sikit la, den dah sojuk gaban dah ni. Hujan pulak tu.

Poie bank, setel bayaran. Poie rumah dia, ambik kete terus chow. Ustaz Y keje jam 3:45 ptg. Melepas wa nak poie makan di Al Jazira, Manchester. Perut punya lapo. Bila sojuk sojuk ni, memang la kita akan cepat rasa lapo. Redah gak la dalam lapo, dalam hujan.

Nasib baik kereta cantik, superb condition. Hingga lupa pasal lapo sebab best bawa kete ni. Macam baru. Owch lufa. It’s a Mercedes Benz CLK 200K. Mileage baru 28k. Sampai rumah terus siap sedia untuk poie keje. Itu pon masuk lambat, jam 5:30 petang. Makan dulu lah khanz. Maghrib jam 4:30 petang

Malam ni sepatutnya wa ke rumah Ustaz Zuan. Ada majlis bacaan Yassin dan sholat hajat. Ibu Ustaz Zuan nazak di Terengganu. Tapi wa tak pergi sebab balik keje lambat dan letih.

Begitulah cerita wa hari ini.

Saturday, 6 November 2010

Which?

Semalam wa ada temu janji nak keluar dengan kawan wa, tapi semalam hujan. Walau dalam hujan pon mereka tetap juga bakar mercun. Berdentum berdentam kedengaran bunyinya. Lagi phon, saat wa dah bersiap siaga untuk keluar rumah, anak bungsu wa, suruh wa bacakan dia buku. Memang amalan dia setiap malam sebelum tidur, dia minta wa bacakan dia buku. Badan rasa terus lemah nak keluar rumah. Lalu wa maklumkan teman wa bahawa wa tak jadi keluar. Then I told my daughter, gembira sungguh wa lihat muka dia sangat ceria bila wa tak keluar.

Lebih kurang jam 3 pagi wa terima BB dari teman wa, penjual kete di KL. Jangan salah tafsir, BB adalah perangkat yang digunakan sesama pemunya Black Berri untuk menghantar pesan segera. Namun, app whatapps kini membolehkan interaksi yang sama dilakukan antara pemunya Black Berri dengan pemunya iPhone. Cool khanz. Wa menggunakan iPhone, dan dia, businessman, guna BB lah khanz, that’s what I have been told. It’s a fact in KL now.

Dia kata dia di Brunei, on the way to Jeddah for Hajj. Semalam teman wa di Rugby pon berangkat menunaikan haji. Paman wa dan isterinya juga menunaikan haji tahun ini. Teman sejawat wa, yang juga buat dental implant, phon pegi haji tahun ini. Moga semua mereka dan seluruh umat Islam yang menunaikan haji tahun ini dikurniakan haji yang diterima Allah swt, Amin. Wa juga berdoa agar semua umat Islam diberi kesempatan menunaikan haji oleh Allah swt, Amin.

Pagi ni, wa terima panggilan dari sepupu wa. Dia jalan jalan di Dublin. Wa kira dia jalan jalan kejap kejap je, ghupenya sejak September lagi. Dan dia masih belum singgah di rumah wa. Sungguh tak aci. Today dia kat Manchester. Esok balik Dublin. Thak kheeraa, mesti datang juga. Wa kira nak ke Dublin gak, tapi belum sampai seru.

Pagi ini juga wa ter buka laman web compare tanpa bias. www.which.co.uk . Wa lihat apakah switch energy yang wa buat 3 minggu lalu itu berbaloi. Wa tukar dari Scottish Power ke nPower. Melibatkan perubahan dari £151.00 ke £120.00 sebulan. Namun, wa ni yang sedari kanak kanak kecil dianggap comel ini, memang sangat setia gitew. Wa rasa tak selesa. Wa dah biasa dengan Scottish Power. Kebetulan dapat pulak email akhir dari SP, wa ambil bacaan meter, update online, dan call customer service 0800400200 ext tekan hatch 2 x.

Wa ceritalah sejarah yang berlaku 3 minggu lalu. Lalu wa dapat tarif lalu dari Scottish Power. Bayo £117.00 je sebulan. Kalau pakai lebih dah tentu bayo lebih, namun kalau pakai kurang, kurang juga lah bayonya. Yang agak best, jika tarif naik, ia tak naik, jika tarif turun, ia akan turun. Kelihatannya menarik. Jadi wa pon minta ditukarkan balik dari nPower ke Scottish Power. Then relax, all other thing will be done by Scottish Power

Lepas ni nak ke kedai gambo. Seminggu lepas, wife wa hantar permohonan visa melalui pos, reject sebab gambo tak standard. Oleh itu, Khamis depan, wa sekeluarga akan terus ke pejabat visa, tak yah pos lagi. Memang pon appointment kat situ Khamis ni, tapi kalau pos dapat jimat £300+++ you. Kalau convert RM1500 tu.

Diam tak diam dah jam 11:52 tengahari. Azan Zohor telah pon berkumandang. Inilah bagusnya teknologi. Letok software dale laptop, sapa maso, azan. Jadi kalu nok sholat awal waktu meme tak dok halange la. Ndok tak ndok je. Gi dulu deh. Tata

Friday, 5 November 2010

Sejarah

Wa terbaca. Sejarah sangat penting. Bangsa yang menyimpan sejarah, biasanya maju, bangsa yang tak mengenang sejarah biasanya mundur. Apa dia sejarah? Wa kira ia adalah catatan. Peribadi ker, bukan peribadi ker, kejadian ker, atau aper aper jer lah khanz. Wa pedulik haper

Lalu, wa mula membaca kembali catatan wa yang wa anggap paling baik ini. Memang betul you wa kata kat lu, banyak kejadian yang wa dah lupa. Bila baca, terkenang kembali. Ada tikanya, wa ketawa, sesaat pula wa berduka, awww ! ! !

Kejap je masa berlalu. Tak lama lagi, wa akan harungi salju lagi. Memang lah wa tak merasa pedihnya banjir, namun, peritnya salju pon tak kurang hebatnya. Licin you. Sekarang ini, masa wa pergi bertugas di perantauan, (10 minit je naik kereta), langit dah gelap. Hanya sinaran neon menerangi jalan raya, awwww padahal banyak lagi cahaya, lampu kereta, van, lori, basikal, dan bulan.

Ehem, bulan tu wa kata kat lu. Har har har. Wa sungguh geli hati bila mengenang bulan. Patutnya bulan adalah suatu makhluk Allah swt yang sangat berjasa pada pejalan di malam hari. Mau naik mobil kek, pesawat kek, kapal kek, berjalan kaki kek, pasti ada faedah bulan ini kepada seluruh makhluk di dalam dunia ini. Tapi bila bulan di politik khanz, maka banyak pula mudharatnya. Hi hi hi har har har whoa whoa whoa, paling geli hati wa bila wa terbaca

»Jika ada yang terima bantuan dari kerajaan bulan, maka haram bagi mereka untuk memangkah parti politik lain«

Har har har. Wa menarik nafas panjang, kemudian wa menghembus nafas panjang hummmmmmmmm. OK OK OK cukuplah khanz. Jangan di ketawa khanz thak bhaek gitew. Ikut suka depa lah khanz, asal tak menyalahi aqidah kira ok la.

Sekarang ini wa keje malam sahaja (malam sebab jam 4 dah gelap). Pagi wa tak keje. Wa ada keje lain di waktu pagi. Wa belum rela menceritakannya di sini. Wa masuk keje jam 5 petang. Tapi tak kisah sangat la. Sebab jika wa masuk 4:30 petang, wa klaim 4:30 petang, jika wa masuk jam 5:30 petang, wa akan klaim mulai jam 5:30 petang. Namun, wa sering datang lewat. Teman sejawat di tempat keje wa sampai bet (tanpa duit la). Mereka meneka bila wa akan sampai di Hospital. Setiap hari you wa kata kat lu. Jadi mereka memang tertunggu tunggu ketibaan wa. Wa jadi fenomena ni. Har har har. Bila wa masuk pintu opis wa, semua mat salleh tu akan bersorak. Hi hi hi ada pemenang.

Haaaaaaaaa (sambil menghembus nafas panjang lagi). Wa nak bersiap untuk sholat Maghrib. Setelah itu, wa akan berangkat ke tempat keje. Wa kira wa nak datang awal sikit. Bior tak ado pemenang hari ini. Hi hi hi. Dzaaaaaaaa

Tuesday, 11 May 2010

Me

Life is a journey. During my school days, as a prefect, we do have a weekly meeting. As a junior prefect, I don't have much to say. Just listen. In one of the meeting, our mentor asked us to draw something. I was blured. I was young.


My senior, one of the best student in SRP, (now the Health Director at Hospital Sultanah Aminah JB), came out with railways track. Our mentor said, this is brilliant. I was blured, but slowly noded, he was right. Life was a journey, never end.


Actually, I like drawing, and I know that I got talent. You have to believe it. The ability to draw on paper, teached you to draw it in your mind. You have to imagine far beyond. Sometimes, this will be a problems in communication. You can see what other people can't. If you couldn't choose the right words, the other party might misunderstood what you really mean. Some poeple define this situation, as a sensitive person.


But this sensitive sense could damage yourself. Sometimes, your definition gone wrong, and become dengerous if you strongly believe that you are right.


In my early days, I often run away, but later I realized it shouldn't be like that. Life is a journey to solve the problems. Gradually, I build up my confidence and face the problems.


Today, 11th May 2010, I'm 40. Happy Birthday to me.

Tulisan di atas telah wa karang di kala umur wa genap 40 tahun. Namun wa tak post ke blog yang telah lama wa tinggalkan ini. Hari ini tiba tiba wa ingin menulis semula, di kala umur wa 40 tahun, 3 bulan, 8 hari, 21 jam, 26 minit.

Banyak sungguh perubahan yang berlaku dalam kehidupan wa selama masa 3 bulan tersebut. Tiba tiba wa rasa hidup wa beransur kembali seperti kehidupan wa 3 tahun nan lalu. Wa terasa kembali sibuk. Ia seperti susunan puzzle. Setelah jerih payah menyusun suatu yang tidak pasti, kini mula menampakkan gambaran apa yang disusun. Alhamdulillah. Biasanya setelah gambaran dikenalpasti, susunan seterusnya menjadi semakin mudah Insya Allah.

Cuma seperti kebiasaannya sebelum ini, setelah kita berjaya menyusun puzzle, kita cenderung untuk memecahkannya kembali. Wa mohon pada Allah swt, agar diberi kekuatan, agar susunan puzzle kali ini akan wa frame seutuhnya hingga ia menjadi tinggalan kenangan yang indah untuk dikenang di kemudian hari. Amin ! ! !


Monday, 10 May 2010

Nice day

Today, I can smile a little. I received a letter from my bank saying that my old card will be replaced with a new one. It is changed from a STEP account to a Visa Debit card. It's debit card, not a credit card, I have to mention this again as I strongly prohibit myself getting acquainted with any credit cards, at least not at the moment.

Do you know, my STEP account is a very basic account. On some occassions (only some), I cannot use it for internet transactions as it's not at a standard account card. Maybe, the card holder is not good enough to have money in their account. When I first applied for the bank account two years ago, I nearly gave up. I faced so many problems, many rejections, many documents needed to be attached. Just because at that time, I wasn't working. It was difficult to convince the bank indeed on why I needed the account to be set up.

Hi hi hi I can have a little smile today, hope more smiles are coming up tomorrow and in the near future.
Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ