Thursday, 15 November 2012

Malam 16 Nov 2012

Amir tak sekolah hari ni. Teacher’s day training. Semalam dia wakil sekolah dia main futsal 4 sebelah. 4 games, 3 lost and 1 win. He score the last games, 1-0. Well done Amir.

Lepas ambik Amir kat sekolah Dame Elizabeth, tempat perlawanan futsal, wa anto pulak Aiman dan Anas kelas tambahan Matematik. Dulu mende ni sema wife wa yang buat. La ni wa kena korban kerja wa untuk layan mereka.

Semalam wa masak ayam cili api. Memang sedap. Sangat sesuai dengan selera wa. Tapi lauk dan nasi tak habis. Curiga wa. Ngape ye? So pagi tadi wa masak nasi goreng untuk wa dan Amir yang tak pegi sekolah. Makan dengan lauk lemak cili api semalam. Ala campak campak je, hu hu hu. Memula, campak ikan bilis dalam minyak panas. Bila dah naik bau, nampak gareng, masuk bawang putih, bawang beso dan halia. Lepas tu masuk nasi. Campak serbuk nasi goreng ikan bilis adabi. Gaul sebati. Tambah la sikit sayo dan lada merah untuk dapat citarasa pedas gitew. Akhir sekali, campak telo. Siap

Lepas sarapan, basuh periuk, masak nasi untuk tengahari. Lauk hari ni, ayam gulai merah. Benonya tak merah ronanya, jadi oren. Ngape tak jadi merah ye. Anda tau?

Hari ni sebenarnya, wa kena ambik kete Audi Q7. Putih you I kata kat you. 3.0L diesel register Nov 2010. Saking mesra alamnya, road taxnya separoh road tax Q7 biasa. Kalau normal kena bayo £460 setahun, yang ni £250 jer, awwwwwww

Owner asal keje kat Wales. Tapi dia menetap di Birmingham. Oleh kerana dia nak balik Birmingham, maka wa kata kat dia suruh dia anto kete tu kat wa. Lepas tu wa anto dia balik. Dah jadi kawan pulak. Sebabnya dia ni doktor pakar kanak kanak. Jadi bicara doktor doktor gitew. Bagi yang kepoh nak tau regenya, wa bagi bayangan je, thak sampai phon £37 rybu.

Esok wife wa dijangka sampai di Heathrow, jam 4:15 petang. Anak anak wa balik sekolah, jam 3:15 petang. Perjalanan dari Birmingham ke London lebih kurang 2 jam. Secara lojik aqalnya, memang tak sempat la wa nak tunggu depan dewan ketibaan khanz. Alhamdulillah ada adik ipo wa kat London. Dialah yang akan sambut isteri dan 2 orang lagi anak wa esok Insya Allah. Wa jemput mereka di rumah adik ipo wa je






Plan wa, esok lepas ambik mereka wa nak collect satu lagi kete kat Uxbridge. BMW 335i coupe. Tapi logistik nya agak malam la baru boleh diambil. Calling sana calling sini, akhirnya, adik ipo wa juga kena ambik kete tu hari ni. So malam ni kete tu bermalam di rumah adik ipo la dulu. Esok balik Birmingham gitew. Memang tak muat gak kalau nak naik satu kete balik Birmingham khanz. Beg beso ada 3 beg kecik 2.

Tadi wife wa text suruh kejut 5 pagi waktu Malaya. Bersamaan dengan 9 malam waktu UK. Dengan dedikasinya, wa tunggu lah hingga 9 malam. Lepas tu wa call dia, kejutkan sebab mereka nak bertolak ke KLIA jam 7 pagi.

Madeehah dah dapat surat terima masuk sekolah lama dia. Maisarah pon dapat masuk sekolah baru dia. So semua sekolah balik di UK. Tapi untuk berapa lama ? Ntoh la.

Dapat call dari buyer keta wife wa. Dia kata gear kete tak masuk. Sudah. Apa lagi ni ?

Tuesday, 13 November 2012

Placebo : Fear and Faith

Lepas anto anak wa sekolah, wa terus anto kete wife wa buat MOT. Temujanji 9 pagi. Nak balik duit tunai tak banyak. Keno la naik bas. Bukan kali pertama wa naik bas dari bengkel ni balik rumah, tapi, kerana jarang sekali wa menaiki bas, menyebabkan wa terlufa la. Tapi dengan berkat pengalaman berjela, rugi la kalau naik bas balik rumah phon thak tahu khanz

Sampai bull ring, semua orang turun, maka tahu la wa bahawa itu adalah hentian terakhir. Masuk Bull Ring. Cadang nak keluokan duit kat ATM. Balik ambik teksi. Tengah sale bai. Tapi masih tak mengancam. Sale Januari lagi ngangga. 

Depan kedai games, orang berderet panjang. Call of Duty baru launch. Ada offer, trade in PS3 slim dgn the latest PS3 dapat 2 games, salad satunya Fifa 13. Ooooo patot la ramai orang. 

Ke hulu ke hilir wa cari jalan keluo tempat teksi. Yang jumpa lift ke parking kete. Akhirnya, jumpa, hu hu hu macam la kompleks sangat Bull Ring ni. Rasanya minda wa je yang, hu hu hu eh nak tengok sale ni la, uuuu sale tu bestnya. NOPE NOPE. No more spending. Kah kah kah, macam la wa ni kaki spend. 

Anyway, benonya kita ni dikawal oleh minda akal kita. Kita boleh jadikan akal kita ini ubat. Kira self health provider. Semalam anak wa ceta pasal placebo. Mulanya wa tanya dia tengok ceta apa ni? Lalu dia terangkan lah kat wa. Terngangga gak la wa dengo penerangan dia. Dah la tu kecek bahaso Inggeris pulak tu. Amatlah jauh pandangan wa terhadap anak wa ni. Dia dah jauh kedepan, wa masih ingat dia masih lagi anak hingusan. 

Anyway placebo ni macam kononnya bila kita demam, pegi jumpa doktor. Doktor pon injek la kat lengan. Doktor kata, ubat ni power giler. 30 min baik. Kita pon percaya, lepas 30 minit … baik. Bila tanya balik doktor tu apa ubat dia bagi, dia kata injek air yooooo. Jadi minda kita mengawal pergerakan badan kita. Allah Maha Kaya. Telah dipersiapkan keatas kita segala perlengkapan untuk kita mengharungi kehidupan. Cuma kita jer yang mencari selain dari NYA

Sedang wa belek periuk Jamie Oliver, periuk wa yang ado kek rumah tu non stick. Tapi dah nampak besi nyo kena sental. Tak jadi non stick lagi dah. Tetiba dapat call. Student yang test drive kete wife semalam jadi nak boli keto tu. Maka rejeki wa la jadinya. Niat asal wa, nak jadi Muslim yang bermanfaat kepada Muslim yang lain. Jadi kalau wa nak jual keto tu, janganlah pula ia mendatangkan kepayahan kepada pembelinya. Awww mulia doa wa ini

Wa sambung menapak. Nampak pintu. YEY ! ! ! Nampak teksi, waaaaaaa lega. Tapi toleh kanan, nampak bas. Wa kata, naik bas je murah. Tadi bayo £2, ni lagi £2. Kalau naik teksi £13. Memang murah

Jam dah 11 pagi. Kata foreman dia akan call 10:30. Maka hati wa pon berdebar, apo keno eh jang keto den. Den call, betol. Ekzoz fail. Hu hu hu berita buruk buat wa, tambah lah duit bekki kete ni. Tapi jauh disudut lain, Allah dah maqbulkan doa wa. Moga kereta ini akan memberi manfaat kepada pembelinya. Amin

Bas pusing sana pusing sini. Akhirnya berhenti dekat sainsbury’s. Kira dekat la dengan rumah wa. Wa turun. Jalan kaki. Jaraknya lebih kurang 1/3 dari jarak rumah wa dengan sekolah anak wa. Somput den den kato kek ekau. Beginilah rasonya anak den tiap kali den suruh anak den jalan kaki balik sekolah. Sojuk pulak tu. 

Sampai rumah. Masak nasi. Rendang Ustaz wa panaskan. Wa makan dengan nasi lebih semalam. Nasi baru masak bagi anak wa makan. Hu hu hu kalau masa wife den ado kek sini dulu, tak main la wa makan nasi semalam. 

Hari ni Selasa. 3 hari laie, wife den sampai dengan 2 laie anak den Insya Allah. Maka istirahat la den hu hu hu 

Monday, 12 November 2012

Bulan Zulhijjah

Beberapa minggu lalu kita menyambut Aidil Adha. Tok Bak balik dari Mekah 3 Nov 2012. Tok Bak belikan wa minyak attar. Wa belum dapat lagi. Harap wife wa tak lupa bawa dari Malaya masa dia sampai sini Jumaat ini.

Hari ini sampai 3 parcel.

Pertama cover kereta Audi RS3. Hu hu hu kete ni memang mengancam. Bunyi dia sedap didengar. Steering dia enak dipegang. Menuver memang best. Semalam wa basuh kereta ni dengan anak anak wa. Kebetulan cuaca di luar bermentari. Pagi tadi hujan renyai. Tak sempat nak cover kereta ni dengan cover kereta yang baru sampai tadi. Jadi wa rancang nak basuh kereta ni sekali lagi sebelum wa cover ia dengan cover baru itew. Rege cover tu tak lah mahal sangat, £345 jerrrrr ! ! ! ! ! !

Kedua sampai left handle cover for Ducati Multistrada 1200. Macam plastic jer. Regenya almost £70.00. Ada signal. Wa terfaksa DHL ke Malaya.

Ketiga, sampai pula Philips Air Fryer. Wa oder satu lagi sebab ada kiriman dari orang Malaya. Dulu wa dah beli satu, kaler itam. Senang keje. Masok apa yang nak masak, set suhu, set time, done. Lepak la lu sampai dengo bunyi keting. Bila dah dengo bunyi keting tu, dah masak la maknanya.

Wa pon ada anto parcel DHL ke Malaya. Kandongan parcel tu adalah Log Book Audi Q3. Dulu dah anto, tapi ilang. Log book ni nama lain dia, V5. Kalau tak ada V5 ni susah sikit la nak claim kete tu kat Port Klang. Dalam Parcel tu juga, wa kirim brosur Audi R8 V10, Lambo engine bro wa kata kat lu.

2 bulan lalu, masa wa collect Audi Q3, wa test drive R8 V10 ni. Memang fulamak la wa kata kat lu. Kalau engine V8, ada rasa macam tersengguk sengguk setiap kali tuko gear. Yang ni wa kata kat lu, sangat mulus. Grip to the road, superb. Pergh best wa kata kat lu.

Ni nak ceta tajuk utama. Hari ni wa terima rendang daging qurban dari jiran belakang rumah wa, Ustaz Ghazali. Tengahari tadi wa masak kari ayam. Wa dah makan kenyang kari ayam tadi, jadi rendang ni wa panaskan untuk esok la. Hu hu hu tak yah masak esok dan beberapa hari lagi lah. Banyak Ustaz ni anto kat kami. Thanks Ustaz, tak lufa juga untuk isteri Ustaz, Dr Wan. Mesti Dr Wan yang masak ni.

Ramai betol kawan wa, Ustaz dapat jodoh dengan doktor. Memang trend doktor jaman itu cari Ustaz kot, hu hu hu.

Malam pulak, wa dapat call, ada orang nak test draib kete kedua wa di UK. Lama dah wa pakai kete tu, 4 tahun you. Dah jadi nak beli, rege pon dah setuju. Idok le mahal bebeno jualnya, tapi insuran 2 kali ganda lebih mahal dari rege kete. Hu hu hu kalau ada rejeki, jadi la dia beli, kalau tak ado rejeki, idok le jadi teman jual kete itu.

Balik sekolah tadi, anak wa minta ijin, nak pegi kelas boxing. Hu hu hu, ngape la dia nak belajo boxing pulak ni. Wa kata next week la. Mama dia ado, boleh anto. Lagi pon hari ni wa nak bawa kete wa jumpa buyer.

Ni tak tido lagi. Tunggu gmail. takut takut ada oda dari Malaya. Sambil layan youtube Lionel Messi. Hebat no Messi ni. Esok cuti di Malaya, maknanya tak ado la TT tu.




Wednesday, 7 November 2012

Langkah

Semalam wa pegi keje. Wa keje di ROH. Wa mula keje kalau tak silap wa, Julai 2008. Maknanya dah 4 tahun 4 bulan. Pada awal keje, wa agak gumbira. Keje banyak. Waktu keje panjang. Income wa hu hu hu hampir £250 seminggu. Korang lebih £1000 sebulan lah khanz. Macam mana wa thak gumbira, wa berpindah dari keje dengan gaji £100 sebulan ke £1000 sebulan. Awww panjang angan angan gitew

Lama kelamaan, waktu keje wa jadi makin pendek. 4 tahun 4 bulan, akhir November ni, wa tara keje lagi di ROH. Kena berhenti. You know, sack ! What a lovely script.

Dalam masa 4 tahun 4 bulan wa di ROH, banyak kali dah bertuko manager. Gaji manager ni beso. Tapi inilah pertukaran pengurus hospital yang paling mangkok ayun kepada golongan seperti wa ini.

Latar belakang dia ni, katanya, bekas akuntan. Hu hu hu memang la wa ni tak berapa ske sangat bila berurusan dengan akuntan. Dia ni pulak, menguatkan tahap ke tak ske an wa terhadap profesi akuntan ini. Senang kata, bagi wa la, dia ni tak tau pasal perjalanan hospital, tapi nak tunjuk lagak, awwww harunya

Mengapa wa ske keje kat sini dulu, sebab, mungkin wa sangat teruja gitew. Siapa tak teruja, peningkatan gaji 10 kali ganda you, you tak ske ker you?

Selain itu, wa rasa sedikit dihargai. Al Maklumlah, peningkatan dari tukang cuci thandas gitew. Tapi wa dapat rasakan bahawa kehadiran kami ni, walaupon berada di kedudukan tangga gaji paling bawah, paling bawah you, kami tetap dianggap sebahagian dari tubuh ROH. Kehadiran kami amat, kalau tak phon, konon konon nya amat diperlukan.

Anyway, it doesn’t ma’er. Allah Maha Kaya. Moga kengkawan wa yang sama nasib macam wa, yang kena berhenti tu dapat mencari jalan untuk menampong hidop di bumi Inggeris ini.

It’s lovely. Memang kurniaan Allah swt Maha Agong. Banyak yang wa belajo di ROH. Segalanya dipersiapkan Allah untuk kehidupan akan datang. Wa tak tau apakah dia, namun dapat wa rasakan perjalanannya agak pantas.

Thursday, 26 July 2012

Ramadhan 2012

Diam tak diam dah 7 hari wa berpuasa. Inilah kali pertama wa berpuasa tanpa semua keluarga wa di sisi, hu hu hu. Wa dan 2 anak di UK, isteri wa dan 3 anak di Malaya.

Masa memula datang UK tanpa mereka Mei 2012, berdebar juga. Siapo la yang nak masak untuk kami, udah la wa ni suko makan masakan wife wa, terlebih lagi, wa tak tahu nak masak macam wife wa masak.

Seperti suaminya, (awww), wife wa pon advance. Dia dah siap siap carikan solusi untuk makan kami 3 beranak. Dia dah deal dengan kawan dia, untuk masakkan kami 3 kali seminggu. Hu hu hu selamat.

Namun bila kawan wife wa tu berkelana di UK bersama familinya, wa terfaksa masak sendiri. Nak tak nak, wa kena masak. Bukan untuk wa, tapi untuk anak anak wa yang lapo balik sekolah nanti.

Bilo wa ingat yang Jamie Oliver dan Gordon Rampsey phon boleh masak, thak khanz wa thak boleh. Melampau la kalau tak boleh khanz, awwww ! ! !

Berbekalkan teknologi yang patut kita bersyukur atas kurniaan NYA, maka wa dapat belajo memasak dengan wife wa dan mak wa. 3 lauk dah cukup untuk wa berimiginasi masakan lain. Wa diajo masak gulai asam podas, emmmm favourite wa, kicap dan sayur goreng. Wa tambah satu lagi masak lomak cili api dari youtube.

Akhirnya, wa berjaya … lip lap lip lap

Walaupon setiap kali masak rasanya tak sama, tapi wa dapat merasakan yang masakan tersebut, wa boleh makan. Wa ni khanz, pemilih orang nya, hu hu hu. Apo laie, bilo makin lamo, setiap kali wa masak, mesti anak anak wa bertambah nasi. Wa kira, thak khanz thak sedhap khanz.

Tahun ni juga adalah tahun pertama Ramadhan di sini wa dapat berterawih berjemaah di mesjid. Senang kalau 3 beranak je, lelaki pulak tu. Kalau dulu kena jadi imam di rumah, awwwww

2 hari lagi, Insya Allah wa balik Malaya. Beraya bersama keluarga. Makin dokek nak balik, makin banyak kerje nak buek. Ok la .. jangan halang wa untuk buek kerje lain. Daaaaaaaaaaaa


Friday, 6 April 2012

Alfreton

Wa ke Ripley pagi ni. Ambik kete. Perjalanan naik kete 1 jam 30 minit lebih kurang. Naik keretapi 2 jam. Sekali tuko train. Mentari bersinar, tapi sejuk. Nasib baik sempat intai suhu hari ini. Sempat capai baju tebal

Train delay tengah jalan, nasib baik, dia boleh catch up dan wa sampai tepat masa yang ditentukan. Wa tak sarapan, sampai di Chesterfield, rasa nak makan. Tapi jurujual tu lambat pula serve orang lain. Jadi jimat duit wa.

Sampai Alfreton, 30 minit awal dari jadual dijemput. Nak naik teksi mau lebih £10. Maka wa tunggu je 30 minit kat station. Nasib baik ada ruang berhawa panas. Kalau tak tentu wa mengigil kat luar

Wakil dealer jemput wa naik Myvvi. Wa gembira, sebab itulah pertama kali wa naik Myvvi. Kete tahun 2007. Komen ikhlas wa, very plasticky feeling. Seat hard and small, belakang wa rasa macam dihimpit. Banyak kedengaran bunyi nyet nyet, very hard to take over, Hu hu hu itulah pengalaman wa menaiki kereta buatan negara wa, Malaysia pertama kali di UK ini.

Rabu lepas masa wa datang view kete tu, keadaan di Alfreton putih dengan salju agak tebal. Pelik gak, sebab dah masuk spring tiba tiba turun salju. Hari ni, walau ada tinggalan salju namun sebagian beso permukaan bumi menghijau.

Bayo duit kete, teus meluncur laju balik ke Birmingham. Kadang malas nak merantau ni. Pagi pagi dah keluo rumah. Namun itulaj rezeki wa dan kelaurga wa. Cekal kan hati dan perasaan gitew

Petang ada jemputan house worming. Majlis ilmu tak ada this week sebab cuti sekolah, jadi, gader gader macam ni lah peluang jumpa kengkawan. Ramai gak yang datang ke rumah kawan wa yang baru datang ke Birmingham ini.

Adik ipo wa datang dari London. Esok mereka nak ke Stoke membeli barangan pesanan orang. Wa pula ada delivery kete.

Dua hari lepas wa terima kad visa, approved until 28 Feb 2013, yeehaaw. Semalam dapat passport semula. Marvelous ! ! !

Thursday, 8 March 2012










Assalamualaikum

Hola hola. Hah ! ! ! Lotih den. Tapi den gembyra ceria. Alhamdulillah, atas bantuan keluarga dan sedara mara, den melangkah setapak lagi. Ye lah khanz, idop di negara owang, biasiswa wife phon dah tak ado laie. Tetiba, dapat peluang cenggini, den bersyukur sangat ke hadirat Allah swt. Ok lah, orang mesti tak mau dengo ceta susah, mako dengan itu den ceta sisi gemilang nyo yo

HMS ni adalah dari namo moyang Den. Haji Md Said. Tapi di UK ini, kalau baco HMS orang terbayang Her Majesty's Service.

Motors pulak, eh tak kan tak tau. Mendo mendo berinjin gitew. Tapi den daftar untuk kereto yo. Cumo tengok la nanti, kalau perlu den jual crane, buleh la den guno jo kompeni ni. Cuma, kompeni crane tu den dah buko gak.

HMS Motors Ltd ni den guno boli dan jual kereto. Kek sini yo, kalau buek bisnis, memang tak boleh lari dari tax. Jadi boleh la den kato, den buie duit untuk kerajaan UK.

Jauh sungguh den merantau. Den mulo kejo di pasar ayam di Mersing, petrol pump atandant di Manjalara Kepong, den jadi doktor gigi, awwww tercakap lak, glamer you, den jadi cleaner, porter, dan terbaru jual kereto. Macam macam den buek. Tap den raso la khanz, den suko sangat jual kereto ni. Sebab nyo

1. Nak draib kereto mahal mahal apo laie boli, macam susah sangat, tapi berkat kejo ni, den dopek draib kereto mahal. Ferarri, Bentley, Audi R8, Maserati, kalau kereto kereto BMW Mecedis tu, heran sikit je la, hu hu hu jangan marah. Bukan den nak menunjuk, tapi den nak cerito ni. Faham khanz, ini cerito den.

2. Den tak payah pikir maintenance, insurans, road tax, sebab kereto kereto tu den pegang kejap yo. Den boli, bilo den dapat payment, den anto naik kapal. Udah le, memacam kereto den deraib, den tak keluo duit pon. Cumo kena la tuang minyak, no hal tuang minyak ni, boleh praktis gaya jalan orang kayo tuang minyak, kekekeke

3. Den dopek laie upah tolong bolikan kereto ni. Memang den tak dopek gaji dengan kompani den tu, nak buat apo dopek gaji khanz, nanti den keno lak bayo tax kat sini, mahal ooo tax kat sini, 40% wak, den kata kat awak.

Tapi ado gak yang tak sodapnyo. Kalau dulu den tau kereto apo yang den nak boli bawak balik. Sekarang ni den tak tau dah nak boli kereto apo. Lagi phon kereto yang den nak boli, semuanyo mahal mahal, hingga den tak mampu hu hu hu

Doakan lah den berjayo dengan bisnis den ni yo. Bila dah berjayo, awak sema pon buleh bangga yang awak seme ado kawan bisinis di United Kingdom gitew. Bye bye seme. Sweet dreams ! ! !
Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ