Thursday, 31 July 2008

BilikPorter

Lama dah den nak tulis ceta hebat ini, tapi ngape lah den tak dapat menghabiskannya. Eh hebat sangatkah ia cik Kiah?

Tempat lay park wa sebagai porter di hospital terdiri dari bilik bentuk L, ada satu kipas dinding dan satu penyedut udara. Waktu pagi ada pekerja seramai 10-12 orang, agak padat, dan musim summer ini, terasa sangat bahang. Suhu dalam bilik tu mencecah suhu tertinggi semalam, 28 derajat celsius. Berpeluh beb wa kata kat lu. Wa ingat itulah suhu tertinggi, ghupenye esoknya lebih tinggi laie, 30 derajat celcius. Awwwww panas you, berpeluh wa, sungguh thak selesa. Masa kat Malaya phon wa duduk dalam aircond, rumah aircond, kete aircond, opis aircond, tesco aircond, IOI Mall aircond, alamanda aircond, paso je wa tak pegi sebab tak dak aircond, awwwww tentu lu kata wa ngade, tapi khanz lu, wa pedulik haper gitew

Lencong lencong, mana boleh ,encong bebanyak begini, mengurangkan kehebatan ceta wa je. Maka wa sambung balik

Bila tak ada keje maka kami duduk baca paper, buku, minum teh, makan atau berborak. Hari ini wa memecah kesunyian kamar dengan mengajukan 4 soalan biasa dah kita jawab banyak kali, ado dalam email tu.
Tak sangko lak wa mereka tak tau teka teki ini

1. Bagaimana masukkan gajah beso dalam peti ais
2. Bagaimana masukkan zirafah dalam peti ais
3. Semua binatang hadir perhimpunan yang diketuai oleh singa, haiwan apa yang tak hadir, dan
4. Bagaimana kita nak menyeberang sungai yang penuh buaya

Soalan ini boleh dijawab jika kita cool. Dan ia melatih lateral thinking. Dalam erti kata lain, menjadikan masalah kita mudah sebelum menyelesaikannya

Ternyata baby, soalan wa ini benar benar memecah kesunyian. Dan ia juga menjadi sangat cepat menular di hospital hingga soalan ini berpatah balik ditanya kepada wa

Jawapan
1. buka pintu masukkan gajah dan tutup pintu semula
2. buka pintu, keluarkan gajah, masukkan zirafah dan tutup pintu
3. Zirafah sebab dia masih berada dalam peti ais
4. Berenang, sebab semua buaya tak ada dalam sungai, hadir meeting ngan singa

Perbedaannya, ngan mat salleh ni, kita hanya jawab sikit je, mereka dah dapat tangkap. Contoh jawapan 1, wa bagi tau buka pintu dan seterusnya jawapan no 2. Maka pahamlah wa, mengapa pilem mereka ni very fast, tak ada meleret leret macam ceta bolly dan molywood, yang sangat membuang maso, den kato kek ekau. Jika nak bagi tau orang itu pegi paso, terpaksa shoot, scene capai beg duit, ambik kunci keto ko lori ko, keluar pintu rumah, masuk kete, keluar gate, lalu post office, park kete depan paso baru sampai paso.

ok lah ceta kali ini. Eh hebat sungguh ceta kali ini khanz. Layanz


Daaa

Wednesday, 30 July 2008

Lesen L

wa telah lulus teori memandu hingga wa dapat lesen "L". yee haaaaaa

GBP30 melayang

Sunday, 27 July 2008

Mok Long Kembali ke Rahmatullah

Hari ini jam 1 pagi waktu Malaya, mak sedara wife wa, talah kembali ke Rahmatullah. Moga Roh nya dicucuri Rahmat Allah swt dan ditempatkan bersama roh orang yang beriman.

Berita diterima dari Erry (Kuala Lumpur) tatkala rumah wa dikunjungi teman dari Nottingham, Keluarga Ustaz Amali dan Dr Naim. Alhamdulillah Ustaz dapat membawakan tahlil ringkas.

Al Fatihah

Friday, 25 July 2008

Sekitar kerja wa

Dah sebulan lebih wa keje di Hospital Diraja Ortopedik ni. Keje wa ni ikut jam. Kalau rajin dapat banyak. Kalau malas, dapat sikit. Dah memang hotak wa ni tak boleh nak keje regid, maka, wa perlukan suatu benda baru untuk merangsang wa agar tak jemu.

Jadi, wa dapat lihat, dalam perjalanan kerjaya wa di sini, suatu peningkatan. Tak banyak tapi tetap ada. Di hari pertama, wa tak banyak cakap, sebab tak faham. Kini, wa dah faham apa yang mereka kata. Kalau dulu wa tak boleh sebut gaya orang kata, bercakap macam ada kentang panas dalam mulut, kini wa dah boleh bercakap seperti itu

Kalau dulu, wa tak tau selok belok hospital, kini wa dah dapat bayangkan bagaimana sebuah hospital itu perlu didesign. Team apa yang perlu ada dan bagaimana menjadikan suatu team tersebut mantap. Bagaimana efektifnya sistem yang digunakan

Hari pertama wa dah disuruh buat teh untuk teman seperjuangan. Maka skill teh ala enlgish pon dah improve. Bagaimana tolak dan tarik katil pesakit agar ia berjalan lancar dan baru baru ini wa berjaya pula dapat lesen bawa bed mover. Lu pon tak tau apa itu bed mover dan bagaimana rupanya khanz. Ha ha ha wa lebih sikit pengetahuan dari lu. Tak apa, lu all, nanti wa load gambo bed mover

Terkadang wa juga guna skill mencuci yang wa pelajari di SBC dulu. Iye tuan tuan dan puan puan, segala apa yang kita lalui sebelum ini Insya Allah tidak sia sia, dengan syarat, kita faham bahawa, Allah tak akan bagi kita ujian sesuai kemampuan kita. Lagi pon, setiap apa yang kita lalui tersebut adalah persediaan untuk tugas yang telah ditetapkan di hari depan. Tapi tuan tuan dan puan puan perlu ingat, hanya jika kita bersikap positif. Jika negatif, maka hasilnya negatif juga lah

My aim adalah nak tembus pasaran jarum suntik dan glove. Wa masih belum nampak ruang ke arah itu. Dalam hal ini, public relation adalah sangat penting. KITA TAK SEMESTINYA MENANG UNTUK MENANG. Ingat tak lu all?

Dalam pergaulan wa dengan mat salleh ni, wa dapat lihat bagaimana mereka ini berinteraksi.

1. Ternyata mereka memang sangat suka membaca. Tak kira usia, tanyalah mereka apa sahaja, mereka pasti akan dapat beri pandangan mereka sebab mereka tahu pokok perbahasan

2. Walau apa pon status mereka, mereka ni memang pandai bergaya. Gaya makan, gaya berjalan, gaya duduk, gaya bercakap. Huh banyak sungguh gaya mereka. Hingga kita akan rasa mereka ni macam hebat.

3. Mereka ringan tulang membantu jika kita dalam kesusahan. Tapi jika bersangkutan perihal kerja bergaji, mereka akan hanya buat kerja yang termasuk dalam gaji sahaja. Luar waktu, sorry, lu cari orang lain. Mereka tegas, dan mereka akan luahkan isi hati mereka on the spot

4. Bab gosip pon memang handal, depan lain, belakang pon lain. Jadi konsep hakikat yang wa terangkan dalam post terdahulu sangat perlu supaya kita tak rasa tertekan. Wa ulang ye anak anak, kalau kita bagus, walau seluruh donia kata kita tak bagus, hakikatnya kita tetap bagus. jadi lantok pi lah depa nak kata apa, akhirnya depa akan malu sendiri. Cuma ... ehem, mereka akan percaya dengan apa yang mereka sangka, walau pon apa yang mereka sangka tersebut tidak benar.

Sebenarnya, orang Melayu ni memang bagus dalam banyak hal. Yang tak bagusnya adalah kita senang sangat merendah diri, hingga terkadang kepala kita di pijak.

Alamak ai dah nak pagi ni. Wa blah dulu


Wassalam

Monday, 21 July 2008

Lincoln

Kami sampai ke tapak Living Islam di Lincoln lebih kurang jam 9:30 malam. Selepas mendapat tempat untuk mendirikan khemah, wa pasang khemah tersebut, 15 minit siap. Dol naik lori ikut kawan wa, sampai sini jam 6 pagi esoknya.





Beginilah keadaan penempatan kami. Khemah rona hijau tersebut khusus untuk peserta, sedang tempat wa ni khusus untuk mereka yang terlibat dengan food stall. Khemah hijau itu brand Gelert. Di akhir pameran, organiser jual dengan harga 15 GBP. Murah gilerz khanz, my BIL beli satu, muat untuk 4 orang tido dan ada satu ruang tamu. Tempat ini atas padang yang luas. Angin tok sah kata la mak cik dan pak cik, kalah angin bendang.






And ... hang on, shhhhhh ! ! ! This is the star of the field. The best tent ! ! ! (self claim). Jumaat malam dan sabtu malam hujan bukan main lebat lagi disertai dengan angin yang sangat kuat. Suhu kalau nak ceta, memang sejuk tahap gaban. (tak sesuai dengan musim summer). Dan ia bertahan dengan baiknya, kat dalam selesa and warm. Ada la sikit beberapa titik air tembus, wa rasa bukan dari luar tapi dari dalam, macam efek botol air dalam freezer lah khanz, bila letak kat luar, tentu ada titik titik air, gitew.


Duduk dalam khemah ini memang best, cuma kalau nak berniaga dan tinggal dalam khemah, it looks like not for me brother. Kalau jalan jalan tak ada komitment berniaga, I think it's all right. Walau bagaimanapon, kemudahan yang disediakan di sini memang superb. Bilik air ada heater, air laju dan pertable shower bersih gitew.
Wa guna aerobed active for camping, GBP69.99. Memang sangat selesa. Boleh di lihat di sini, http://www.aerobed.co.uk/pages/compare.asp?affno=101&gclid=CMbis-Ty0ZQCFQ5NQwodETV1lg .



Bungy Jumping FREE of charge. Wa nak try ? ? ? Hello, lu all ingat wa berani ke? Lagi phon, tak ada dalam sunnah Rasulullah saw. Sayup tu pak cik



Wa respek la dengan mereka ni. Mereka boleh buat event yang sebesar ini, dengan jayanya. Banyak program yang menarik. Tak lama lagi adalah update tentang living islam 2008 ni.



Wa pasti cik kiah tak sanggup terjun ni. Hai Kenit, lu berani tak ? Hi hi hi makin kenit lu kat atas tu, awwwwww ! ! !



Madeehah, makan ais krim. Angin bukan main kuat. Anak anak wa pon bukan main kuat ngepau BIL dan wife wa. Nasib baik wa tak ada duit. Tapi kesian gak bila mereka minta duit wa kata wa tak bawa duit.

Aktiviti kat sini semua free, ada 10 pelbagai bouncy castle, termasuk satu gelongsor raksasa, semput wa naik wa cakap lu. Tinggi you. Wa bawa Madeehah, lepas tu terus wa pening kepala. Anak anak wa yang lain banyak kali la naik. Macam macam permainan gaya Takeshi Castle, rock climbing, seminar, pokoknya pak, segala acara melibatkan bayi hingga orang tua.


Malam akhir ada konsert, Islamic concert, wa tak lihat sebab wa penat, memula nak tidokan Madeehah, last last wa yang tertido sama. Wife wa kata, konsert dia pon kita boleh nangis sebab dia ajak hadirin berzikir. Haaa macam mana tu, konsert ada zikir. Weh lu all, lu all boleh lah datang sini dan belajar bagaimana mereka buat konsert cara Islam.


Yang kena bayo adalah makanan, tang inilah yang wa sangat tak sanggup. Nasib baik wa jual makanan, dapat gaklah makan dengan selesa. Kalau tak, parah beb. Itu pon setiap hari tak lari dari GBP20 wife wa kena pau dari anak anak wa.







Ini adalah gerai kami. Air laju je jalan. Kita jual pon murah, GBP0.50 JERR ! ! !

Menu kami nasi, nasi lemak, nasi minyak, nasi tomato, tapi akhirnya yang paling laku adalah nasi goreng (egg fried rice) makan dengan segala macam jenis masakan ayam dan kuzi kambing. Lu all, nak tau tak lu all, kami berjaya perkenalkan makanan kampung kita you, karipap dan banana ball (awww kat kampung, lu panggil jemput jemput pisang). Wa bangga gak dapat tambah makanan tambahan dalam menu British BANANA BALL, ngancam khanz baby. Ada minah dan mat salleh, datang kat wa tanya, can I have banana ball ? ? ? Wah kah kah, wa cipta perkataan baru beb.






Ermmmmm yummy yummy. Tak mahal, GBP4.50 jer ! ! ! !. Cuba lu bayangkan kalau 5 anak setiap sorang GBP4.50 2 x sehari, x 4 hari, parak parak ! ! !





Sebelah tu gerai Pakistan.


Kami sebenarnya geram. Organizer charge kami mahal, depa kata 7 stall sahaja. Tapi apa yang terjadi, bukan hanya 7 stall, malah ada 14 food stall semuanya tak termasuk 2 cafe. Dah la tu, organizer pon ada 3 stall yang jual makanan atas dasar charity, GBP2.50 meals + mecca cola. Mangkok hayun sungguh lah mereka ni. Maka penjual penjual ini, minta balik duit registration tu, dengo ceta, penganjur nak pulangkan balik 50%.







Mertua wa, pakai jaket kulit you, awwww ! ! !







SIL I, kat belakang tu, BIL I, dah kurus sikit dia, lepas demam beberapa hari sebelum ini. Ada kenit sikit la.



Begitulah serba sedikit ceta berqualiti wa kali ini. Jangan serik membaca ceta bernas wa ni ye cik kiah semua. Daaaaaa ! ! !









Wednesday, 16 July 2008

Lincolnshire

Insya Allah hari ini bermulalah pengalaman wa dan famili wa berkhemah buat pertama kali. Tempatnya adalah Lincoln, United Kingdom. Bukan setakat camping, malah kami juga menjual makanan. Bagaimana keadaannya, wa belum tau lagi

Dzaaaaa ! ! ! Wassalam

Sunday, 13 July 2008

Kenit

Wa ada kawan. Nama dia Kenit. Hi hi hi kenitnya ! ! !. Kat Johor kenit ni maknanya kecik, segala galanya kecik. Kengkadang, ibu bapa selalu gunakannya sebagai kata ganti untuk anak anak nya bila tak mahu anak anak nya tahu mereka yang diperkatakannya, ci kenit tu tak ikut. Tapi anak yang mahir, cepat dapat tangkap, bahawa mereka yang dimaksudkannya. Lalu bagi ci kenit yang manja, akan meraunglah sebab nak ditinggalkan. Awwww kenit ... kenit

Semalam satu hari wa pegi beli barang untuk meniaga makan kenit kenitan di Lincoln 17-20 Julai ini. Wa pegi dengan Nidzam, isterinya dan isteri wa. Sib baik kete wa tak kenit sangat, jadi bolehlah muat segala benda modal perniagaan tersebut.

Biayanya pon bukan kenit you. Sib bhaek gak wa kongsi perniagaan tersebut dengan abang ipo wa. Abang ipo wa masuk ward semalam sebab demam dah 10 hari tak kambuh kambuh. Wife wa kata kat isteri dia, suruh bawa ke emergency kata kat mereka dah 10 hari demam tak baik baik. Lambat sungguh tindakan general doctor kat sini ye. Dah 10 hari pon tak tau lagi apa penyakitnya. Wa pon jadi heran, mereka ni takut nak ambil tindakan ke atau mereka berpengetahuan kenit tentang penyakit. Wa doa agar abang ipo wa tu cepat sembuh. Dia dah tak ada selera makan dah, tapi kalau dia jadi kenit lepas ni, ok gak tu

Penat semalam sangat terasa. Sepatutnya wa pegi car boot yang beso hari ni, tapi tak jadi sebab penat. Rupanya lu all, kat tepi rumah wa pon ada car boot sale, dekat parking lot coop supermarket. Kenit je saiznya, tapi barangannya ok you, murah sangat sangat. Kerana saiz boternya yang agak kenit itu lah agaknya, depa buat kat situ sebulan sekali je.

Demikianlah ceta wa tentang kenit. Daaaaaaaaa semua

(ps: Kenit sure geram sebab tak dapat komen kat post "kenit" ni)
Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ