Saturday, 28 November 2009

Aidil Adha

Salam Aidil Adha. Selamat hari raya Qurban.

Tahun ini seperti biasa, kami di Birmingham ini menyambut hari raya Qurban ini seperti tahun tahun yang lalu. Kami guna duit sendiri ye brader dan sister. Gotong royong. Sedikit sorang. Qurban adalah digalakkan dalam Islam. Maka supply daging untuk majlis ini tak jadi masalah. Apatah lagi acara kelahiran bayi juga terus berjalan tak kira bulan, maka supply daging aqiqah pon tak putus juga. (Lepas ini En Azli dan En Jai pula beraqiqah untuk bakal anak anak mereka)

Mengenang kembali 2006, saat wa beraya Aidil Adha di ARAFAH, sungguh syahdu. Cuaca sangat elok, tak panas, tak juga dingin. Apa yang wa boleh kata, BEST sekali wa kata kat lu. Lu pegi lu baru tau.



Sebelum Zohor, 2006, beberapa hari sebelum hari wukuf di Arafah. Gambo dipukul dari dalam Hilton Hotel masa wa jumpa paman paman wa yang turut sama ketika itu (Uncle Shah, Uncle Onn dan sorang lagi wa lupa lah siapa)







Yang ini pula lepas Isyak, 2006.


Tahun ini ramai juga sedara mara dan kengkawan wa menunaikan haji. Wa lihat di akhbar, hujan agak lebat satu ketika itu, namun wa pasti kenikmatan beribadah terhadap Allah swt jauh lebih seronok dari mengenang keadaan hujan.


Selaras dengan musim haji ini, di tempat tempat lain, maka sibuklah pula dengan haiwan qurbannya. Sewaktu wa di Malaya dulu, acara ini sangat dinanti oleh anak anak wa. Wa teringat bagaimana sibuk dan seronoknya kami bergotong royong sesama penduduk kampung menyambutnya. Wa rindu suasana itu. Photo dibawah hasil ehsan Tok Bak pada sambutan Aidil Adha di BBP Nov 2009





Bermula dengan sholat sunat aidil Adha, biasanya kariah BBP akan berkorban meramaikan acara ini tanpa balik kampung masing masing. Jadi wa memang dulunya berkampung disini, tak le rasa sunyi sangat. Seterusnya, penyembelihan dan melapah


Kaum ibu memang sentiasa bersedia membantu memasak. Kelihatan antara kawan baik wife wa. Wa kira la, sebab wa lihat mereka memang baik sakan masa di Malaya dulu hinggalah ke saat ini



Wa dah berapa cam muka muka mereka.




Ini adalah sepupu anak anak wa, atau anak sedara wa lah kiranya. Kalau anak anak wa ada, mereka tentu seronok sama sama menyumbang suasana kemeriahan sambutan ini


Lepas lapah, bahagi pula daging qurban sementara AJK masak memasak mula lah memasak. Penat masa sambutan Aidil Adha terakhir wa di Malaya masih lagi terasa bila melihat gambar mereka ini. Kelihatan Yazid sedang membahagikan daging qurban





Akhirnya lepas masak, makanlah khanz. Wa tak kelihatan Imam Nasir. Dia dah berpindah kah? Atau dia pulang ke Kelantan pada tahun ini.

Di sini tak kurang hebatnya. Cuma caranya sesuai dengan keadaan di sinilah khanz. Sholat sunat Aidil Adha dibuat di Surau Witton Road pada hari Jumaat. Wa tak pergi sebab wa kena jaga anak anak wa yang tak sekolah pada hari tersebut, cuti raya. Lepas sholat sunat, wa kunjung ke rumah kengkawan, satu rumah je wa pegi, rumah Kak Asmah. Rumah dia ni, buat makanan ke tak buat ke, orang mesti datang, jadi lebih baik dia buat.

Lepas tu wa balik sebab ada orang nak datang rumah. Wa tak buat open house. Hanya jemput 4 family je. Wife wa sibuk la ni. Dah kena pressure oleh supervisor dia. Nampak gayanya kena extend lah PhD beliau tu. Awww sedihnya (tapi dalam hati yahooo lama sikit wa duduk sini)

Hari ini, kami sambut Aidil Adha di dewan sekolah. Ada tazkirah hari raya oleh Ustaz Zainul, diikuti dengan meraikan 2 pasangan yang baru menikah, serta jamuan berat, daging qurban. Seronok sungguh berkumpul ramai ramai ini, lagi pula cuaca sejuk, tak dek lah peluh khanz lu all.

Ramai undergrad tanya jualan nasi wife wa di surau unibesti yang dah wa lupakan. Kesian gak kat mereka sebab tak ada lagi tempat mereka nak beli masakan Malaya, namun wife wa dah sibuk sekarang ni dik. Bukan tak mahu jual lagi.

Beberapa minggu nan lalu, wa ajak dua pasangan yang baru menikah ini datang sarapan di rumah wa. Har har har, soalan gempar biasalah, bagaimana jumpa. Satu pasangan tu kenal sejak dibangku sekolah lagi. Kira biasalah. Satu lagi ni agak interesting. Boleh buat novel ni

Diringkaskan berita, mereka berjumpa di alam cyber. Tup tup balik Malaya nikah. Tak pernah berjumpa pon sebelum itu. Itulah yang namanya jodoh. Tak yah cari wa kata kat lu. Ia telah ditentukan Allah swt. Penat penat bercinta, 7 tahun, pas tu putus. Merana lah badan. Masalahnya baby, kita mengejar bayang bayang, mana nak dapat. Wa rasa untuk yang satu ni, boleh lah diketepikan dulu.

Hi hi hi macam best je nasehat wa ni. Tapi ikut suka lu lah baby. Setiap orang diberikan pengalaman berbeda. Cuma pengalaman wa, boh la bercinta belum kahwin ni. Buang masa, buang karan. Yakin pada jodoh dari Allah swt. Sampai masa jalan.

Adios








Wednesday, 25 November 2009

Viva internal tahun dua

Sejak Wan dan Tok Bak balik, wa memang macam lemah je. Namun begitu, tahun ini tak seteruk tahun lalu. Di kala itew, setahun nan lalu, wa memang terasa kosong sangat. Sampai tak tau nak buat apa dah



Lepas hantar Wan Tok Bak Enn dan Dol ke Stansted Airport, wa tak balik sendirian. Nasib baik ada mertua Syed M dan adik ipar beliau. Ada juga lawan bicara melayan sepi, awww ! ! !



Lepas mereka balik, kawan wa pulak menginap di rumah wa, Dr H. Duduk bilik Wan lah. Dia duduk di rumah wa sebulan. Dia ni satu batch dengan wa dan wife wa. Cuma lain unibesti je. Oleh kerana bidang kerjaya lebih kurang sama, maka kami berkongsi ramailah kenalan yang sama. Wah kah kah berdekah dekah jugalah bila bercerita tentang kawan kawan lama. Oleh kerana dia duduk sebulan di rumah wa, maka dia tawarkan £300 +++ kepada kami, awwwww ! ! ! syahdunya. Udahlah wa memang sengkek, ditawarkan pulak dengan matawang Queen. Alhamdulillah, rezeki datang tanpa disangka sangka.



Kalau sekali imbas, macam wa ni pandang duit je. Tapi tiga kali imbas, wa kira ada baiknya. Sebab tak ada dakwa dakwi. Maklumlah khanz, manusia ni lemah. Bukan selamanya kita baik, ada ketikanya kita lemah iman gitew. Sebab itu, ada dalam Islam adab menjadi tetamu. Syungguh lengkap kehidupan dalam Islam ini. 3 hari jadi tetamu, lebih dari 3 hari, kira lain lah pulak. Dia senang, wa pon senang.



Selang 3 hari lepas tu, abang ipo wa sekeluarga pulak singgah dari Newcastle. Pulang dari melawat sedara Kak I, Dr F dan Dr I (nama singkatan). Kita pegi rumah mereka dulu Wan, masa Yazid datang sekeluarga dulu tu.



Maka terpaksalah Dr H diungsikan ke bilik anak anak wa. Cian dia. Tapi dia sempoi punya. Tak dak ego specialist sikit pon (walaupon beliau adalah pakar bedah mengkhusus kepada liver transplant). Tubuh pon macam mahasiswa je. Tak adalah macam sesetangah orang tu khanz, cara memandang pon ada protokolnya, awwww ! ! ! Geli I you know.



Kebetulan juga, dua orang anak kawan baik wa talipon hari yang sama, nak datang rumah. Tergujat jap wa pikior apa nak buat. Lalu wa bilang kepada mereka jom mai sini makan malam. Esoknya, wa ajak mereka nginap di rumah kami. Hi hi hi thak sangkha betol rumah wa begitu ramai orang. Depa ni dalam perjalanan ke tempat adek mereka yang sedang belajo ilmu perubatan di Gallaway Ireland. Si kakak bekerja sebagai jururawat, si abang pula, seorang juruterbang. Dua dua juru. Oleh kerana Aiman nak jadi pilot juga, maka banyaklah pertanyaan diasak kepada juruterbang tersebut. Sampai lembik dia kami kerjakan. Hi hi hi. Hui penoh bekalan kueh raya mak depa bekalkan kepada adek mereka di Gallaway. Baru raya la kata khanz. Nama GLAMER mak depa Alfie. Awww glamer nyer. Zaman muda tak glamer ke kak? Har har har.

Inilah yang dikatakan kehebatan lelaki itu pada siapa isterinya, awww ! ! ! . Kalau wife wa jenis yang tak campo orang punya, sudah pasti rumah wa tak ada orang datang. Wa tak akan jemput orang ke rumah punya lah khanz. Oleh itu terima kasih lah kepada wife wa, yang sudi melayan kerenah wa yang suka ajak kengkawan wa datang ke rumah wa.


Sajak sebelum raya hari tu, wa nyaris nak tinggalkan group diskusi alam maya wa. Wa rasa macam tak sedap ati je nak me'lay park' di forum itu lagi. Alasannya wa kira ada yang rasa LOYA kat wa. Bukan pasal apa cik Kiah, wa ni betol betol risau tentang apa yang berlaku di negeri pakatan rakyat di Malaya tu. Jika ianya memang benar seperti apa yang diilusikan dalam laman blog, maka memang wa tak senang duduk punya. Tapi ada orang yang tak suka bicara politik. Ei geli lah wa. Kata nak Islam, tapi tak nak bicara politik.



Wahai saudagar sekalian, kalau lu tak mahu bicara politik, wa kira lu menganggap bahawa Islam itu tidak menyeluruh. Wa kira lu hanya anggap Islam itu hanya ibadah sahaja. Menurut wa lagi, ia adalah satu penghinaan terhadap Islam itu sendiri. Mungkin juga kita secara tak sengaja telah merendahkan kebijaksanaan Allah yang Maha Kuasa yang ilmu pengetahuannya meliputi seluruh alam. Awww dasat tu wa kata kat lu. Jadi sebab itulah wa keluar sahaja dari ruang lingkup tertutup itu. Biarlah mereka tidak lagi merasa LOYA di situ. Lebih baik wa sorang keluar dari situ dari semua orang keluar tinggal wa sorang sahaja di situ terkonting konting. Best gak pola pemikiran wa itu khanz. Pentingkan orang banyak dari kepentingan diri sendiri.



Ye lah khanz, walaupon wa kini berada di negara yang jauh lebih best dari Malaya tu (kah kah kah jangan marah ye penduduk Malaya sekalian), namun Malaya lah tempat datok nenek keturunan wa dilahirkan. Sungguh tak masuk akal wa langsung, Melayu tak mahu hak Melayu. Mau wa tak nak pertahankan hak Melayu.



Cina tak mahu hak Melayu, wa boleh faham, India tak mahu hak Melayu, pon wa boleh faham, tapi Melayu tak mahu hak Melayu, wa tak boleh nak faham. Cina nak hak Cina, wa boleh faham, India nak hak India, pon wa boleh faham. Melayu nak hak Islam. Apa dia hak Islam? Duit zakat ? Ini duit zakat bukan hak Melayu ini hak Islam. Hak semua. Nah ambik bagi kat Cina, India, tak kira Islam atau pon bukan Islam. Sama rata.



Ada duit hasil judi ni. Ini adalah hak semua. Sama rata. Nah ambik buat Melayu. Tara kira Islam ke tak Islam, semua sama rata. Hari ini pulak, wa terlihat video anak Cina bicara pasal liwat. Katanya, ini perkara bukan mengenai agama, ini perkara mengenai politik. Jadi agama tolak tepi biar lebih professional.

Mangkok hayun sungguh lah. Lu nak ikut agama lu, lu punya pasal lah brader. Wa tak kisah. Tapi wa nak ikut agama wa, lu jangan halang. Agama wa kata liwat dilaknat Allah swt. Kalau orang kata dalam Islam (liberal) liwat itu hak individu, maka tak akan adanya kisah liwat dalam Al Quran. Oleh itu, wa nasehatkan kat lu, kalau nak jadi bongok itu tak mengapa tapi jangan jadi terlalu bongok.

Apa maknanya BEBAS itu sebenarnya? Adakah bebas maksudnya kita boleh buat apa sahaja ikut kepala hotak kita? Jika kita nak terjun bebas dari banggunan 99 tingkat adakah ia bermakna kita juga bebas dari tercedera? Adakah bila kita rasa kita bebas untuk berzina, kita juga kata kita bebas dari hukum Allah swt? Yang lu nak bebas ini lu nak bebas yang macam mana?


Eh, lupa lak wa nak kata, wife wa telah pon lepas viva tahun dua, maka kini dia dapatlah meneruskan PhDnya ke tahun ketiga pulak. Jika tak lepas, maka sangkutlah dia di MPhil sahaja. Nehi PhD. Terima kasih atas segala bantuan dan doa kalian terhadap beliau. Hanya Allah sahaja yang membalasnya.

Kejap je dah nak hujung tahun.

Tata

Saturday, 24 October 2009

AirAsia

Wan Tok Bak Enn dan Dol pulang ke Malaya jam 6:10 petang dari Stansted Airport. Dalam perjalanan menuju ke Stansted, kami sempat singgah di bandar Cambridge. Cantik bandarnya. Sepanjang perjalanan menuju Stansted ini hujan renyai. Jadi kami tidak singgah di mana mana

Di airport, wa lihat Syed M (sepupu wa) dah pon sampai bersama keluarga mertuanya seramai 12 orang. Wa juga lihat kawan wa Dr MK juga sampai menghantar isterinya pulang ke Malaya bercuti. Ramai umat Melayu sama sama memenuhi pesawat AirAsia ini. Kagum wa dengan sambutan terhadap kapal terbang tambang murah ini.

Sebelum ini banyak dah wa terima berita dari kengkawan wa mengatakan check-in AirAsia ini agak lurus bendul. Macam macam kejadian berlaku. Alhamdulillah Wan Tok Bak Enn dan Dol tak ada masalah. Mereka mengaplikasikan penyelesaian dari permasalahan yang dihadapi oelh kengkawan wa.

Beg dah awal awal lagi dipisahkan. Ini kerana ia tidak boleh dicampurkan dengan tiket yang dibooking berasingan. Kotak mestilah dimasukkan ke tempat khas setelah check in. Di sini ada sedikit masalah. Satu kotak direject. Alasannya, terlalu mampat hingga menggelembung. Maka ia terpaksa dibuka. Bila dah dibuka tuan tuan dan puan puan, susah lah nak masukkan balik. Jadi bayangkanlah keadaannya.

Wa ingat kami sahaja yang bermasalah. Namun, keluarga mertua Syed M lebih hebat lagi dugaannya. Adik iparnya tak boleh naik pesawat kerana hamil 28 minggu dan surat doktor yang ada padanya bertarikh lebih dari 7 hari. Ibu dan bapa mertuanya, yang dah pon lepas pemeriksaan imigresen, pon terpaksa tidak dibenarkan menaiki pesawat yang sama gara gara bertanya mengapa anaknya tak boleh naik pesawat

Passport dan baggage tag pon diambil. Dikhabarkan kepada mereka, bahawa beg mereka akan diturunkan dari pesawat. Masalahnya, tag baggage mereka (9 beg) di check in oleh adik iparnya. Oleh itu 9 beg tersebut akan diturunkan dari pesawat.

Persoalannya, mereka akan menghadapi masalah kelebihan berat saat mereka check in sekali lagi nanti di hari lain. Setelah pesawat terlewat sejam, mereka diberitahu bahawa beg mereka tak dapat dijumpai. Oleh itu beg mereka tidak akan diturunkan dari pesawat.

Untuk membolehkan dia naik pesawat, dia mesti mendapatkan surat doktor mengatakan bahawa dia selamat menaiki pesawat pada kehamilan 28 minggu. Jadi kena lah cari doktor sakit puan pula.

Wa dah nak balik, tapi kerana jam menunjukkan telah masuk waktu Maghrib, maka wa terus menuju tandas untuk berwuduk. Lalu wa terserempak dengan bapa mertua Syed M, Syed H. Terperanjat wa, sebab dia tak naik pesawat lagi, rupanya dia tak boleh naik pesawat disebabkan masalah tadi.

Lepas sholat wa jumpa mereka semula. Nasi yang Wan bekalkan untuk wa, wa bagi kepada mereka. Pihak lapangan terbang hanya memberi nama hospital iaitu Alexandra Hospital Harlow. Lalu wa guna application iPhone (Around you) maka jumpalah hospital tersebut beserta telipon dan alamatnya. Y buat panggilan dan bercakap dengan doktor bertugas, dan buat appointment.

Kami terus ke hospital, dapat surat dan kembali lagi ke airport. Di airport, Alhamdulillah 4 tiket percuma diisu untuk mereka. Lalu wa bawa mereka pulang ke rumah wa di Birmingham untuk berehat

Esok paginya, wa bawa mereka ke car boot, hi hi hi wa dah kata kat lu, kepala wa asik ingat car boot je. Petang jam 4, mereka ke Stansted menaiki bas selama 4 jam. Alhamdulillah akhirnya mereka semua selamat sampai ke Malaya.

Tak patut betul masalah ini boleh berlaku. Manusia yang buat peraturan, manusia juga patutnya ada budi bicara. Bukan tiada surat doktor, ada, cuma lebih dari 7 hari. Mereka ini adalah pelancong, yang melancong selama 2 minggu. Yang namanya melancong, tak kan nak cek doktor pulak. Kalau melancong, melancong je lah.

Sunday, 18 October 2009

Caernarfon Castle North Wales

Banyak castle yang wa pegi, cuma Warwick castle je yang wa masuk. Memang bagus kat dalam Warwick Castle tu. Yang lelain wa tak masuk cuma ambil gambo dari luar je. Hingga anak anak wa kata kalau tak masuk, tak yah pegi lah. Maka kali ini, wa kira wa nak masuk lah. Lagi pon regenya tak mahal sangat.

Caernarfon Castle ini dulunya bukan hanya sebagai pertahanan ketenteraan, ia juga merupakan pusat pentadbiran kerajaan dan juga istana raja.

Ia terletak di muara sungai Seiont. Menara berbentuk poliginal menarik dan unik. Ia merupakan tempat pertabalan Putera Charles sebagai Prince of Wales pada 1969. Di dalamnya ada museum Royal Welch Fusiliers, regimen asker tertua Wales.

Secara keseluruhannya, agak menarik menurut kaca mata wa, tapi wife wa tak minat. Jadi kalau lu lebih suka shopping, elakkanlah bayar tiket untuk masuk ke dalam istana ini. But for me, it's interesting.


Bandar di luar castle. Dalam istana ada bandar juga. Ia dikelilingi oleh tembok istana.


Tok Bak dalam istana


Dataran bulat di tengah itulah tempat di mana QE menabalkan Prince Charles menjadi Prince of Wales


Mak En dan Anas. Istana ini tak macam Warwick Castle yang ada bilik bilik dan segala kelengkapan kehidupan. Maka dengan itu jugalah kami tak anggap macam istana





Pemandangan dari atas salah satu menara Caernarfon Castle menghadap muara sungai Seiont.




Madeehah dengan mamanya.





Tok Bak




Wan dan Dol





3 generasi








Perjalanan Pulang

Wa keluar dari Hafan y Mor lepas sholat Maghrib lebih kurang jam 7 malam. Wa cuba untuk balik melalui Manchester agar wa dapat guna motorway. Namun TomTom wa tunjuk jalan sama seperti waktu wa datang, maknanya melalui jalan sempit nan berliku merentas gunung ganang.

Ada baiknya wa ikut jalan ini. Ia lebih dekat, dan menyebabkan wa tak ngantuk kerana sentiasa berwaspada. Keburukannya, wa melalui jalan yang terkadang merentas gaung. Untung wa tak nampak, sebab malam gelap. Tapi dalam hati wa terlintas juga rasa takut jikalau terjadi suatu yang tidak diingini. Alhamdulillah selamat. Prestasi kereta wa juga sangat memberangsangkan.

Wa sampai rumah lebih kurang jam 10:30 malam. Sempat lagi keluarkan sampah di rumah untuk kutipan pagi esoknya.

Elin's Tower

Pagi ni wa pegi carboot di Mona. Diberitakan bahawa Mona Carboot ini adalah yang terbesar di Wales. Tapi tak lah beso sangat. Lebih besar sikit je dari Middleton di Birmingham. Ada dua bahagian. Satu di luar dan satu lagi indoors. Yang indoors ni, barangannya cantik tapi harganya mahal mahal.

Wa ditugaskan untuk menjaga Madeehah. Oleh kerana cuaca di luar sejuk hingga Madeehah pon mengigil, maka wa pon menghabiskan masa wa duduk dalam kereta dan makan sahaja. Car boot ini dekat dengan lapangan terbang kecil. Maka kelihatanlah beberapa small aeroplane terbang atas ruang udaranya.

Oleh kerana dah berada di Anglesley, sebuah pulau, maka wa ambil lah peluang bersiar siar di sekitar pulau. Dari booklet yang wa lihat, maka wa pilihlah Elin's Tower. Hajatnya nak lihatlah burung burung di cerun bukit (ada guillemots, razorbills dan puffins). Sepanjang perjalanan, wa lihat bandar bandar yang menarik. Memang cantik kawasan ini. Patutlah supervisor wife wa selalu datang ke sini menghabiskan masa luangnya.

Jalan kecil, kereta yang lalu lalang bukan main hebatnya, kebanyakannya kereta mewah. Jadi wa ambil kesimpulan bahawa kebanyakannya adalah tourist. Memang betul pon. Turun dari kereta pengunjung ramai yang bawa kamera.



Ini adalah rumah api. Patutnya wa boleh sampai ke sini menaiki kereta. Tapi wa berhenti sekerat jalan. Park kereta dan jalan kaki. Oleh kerana cuaca dingin, wa tak sampai ke rumah api ini, hanya sekadar ke Elin's Tower je. Memang ada beberapa burung, cuma beberapa sahajalah.



Bergambar di Elin's Tower. Sorry, wa baru dapat kamera ini, tak mahir lagi guna pencahayaannya


Dari elin's Tower. Best sebenarnya nak melepak di sini. Wa suka pandang laut sambil merasa deruan angin pantai ni. Cumanya, sejuk sangat. Toilet pulak tak ada. Jadi payahlah nak berlelama di sini khanz



Tok Bak, Enn, Wan dan Dol



Aiman Madeehah dan Anas. Abang ni memang boleh diharap untuk menjaga Madeehah.





Dah nak sama tinggi dah Aiman dengan Wan dan Tok Bak. Namun dia lebih kurus lah dari Mak Enn




Hai kuda. Dekat je kuda ni dengan kereta wa.





Saturday, 17 October 2009

Snowdonia

Wa memulakan cuti North Wales wa ke Snowdonia. Doakan dimulakan agar kami dapat mencapai apa yang kami rancangkan pada hari ini. Amin






Di permulaan perjalanan, cuaca agak cerah. Namun di pertengahan perjalanan, telah kelihatan kabus yang agak tebal











Wa keluar caravan site jam 7:15 pagi. Masih gelap lagi. Makin lama makin tebal



Oleh kerana waktu kami keluar dari caravan agak awal, maka kami ada ruang masa yang agak selesa untuk berhenti mana mana tempat yang kami rasa nak berhenti





Dol berlatar belakangkan Snowdonia






Makin tebal bukan, tuan tuan dan puan puan






Selingan. Salah satu bangunan dalam perjalanan wa




Di salah satu tempat perhentian, ada satu dataran yang agak luas. Memang diperuntukan kepada sesiapa yang ingin mengabadikan foto mereka berlatarbelakangkan keindahan alam ciptaan Ilahi. Maka kami phon berhenti sejenak di sini. Ada rak kasut kayu yang masih elok. Kalau dekat dengan rumah wa, nescaya wa hangkut dalam kereta wa untuk dibawa balik





Amir, Anas dan Aiman.


Batu ini menunjukkan peta Snowdonia.





Wan dan Tok Bak







On the way to the top. 45 minutes from Hafan Y Mor. Setelah merentasi bukit dan gunung, kami kemudiannya lalu di kaki gunung pula. Di kanan dan kiri jalan, kelihatan ramai pelancong mendirikan khemah untuk bermalam




At the Llanberis train station. Bila dah ada tiket beratur di sini. Jika belum ada tiket, kena beratur di kaunter beli tiket. Panjang ooooo wa kata kat lu. Jadi beli lah tiket awal awal kalau nak ke sini









Puncak Snowdonia.







Mak Enn dengan gayanya. Sunglasses D&G (rege asal £300, car boot, £5 sahaja)




Di The Summit, sebelah train yang membawa kami ke atas



Dari keretapi. Ngeri wa kata kat lu. Tapi wa buat buat tak perasan





Atas sikit dari The Summit ini ada tempat tinggi sikit, yang digunakan oleh mereka yang berkesempatan untuk melihat kawasan di sekitar Snowdonia, seperti Lake District, dsbnya lah. Wa tak terpikior nak ke situ. Bukan apa, waktu yang diberikan untuk berada di atas ini adalah 30 minit. Wa takut terlepas keretapi pula. Jika terlepas, maka wa terpaksa bayo pulak untuk keretapi seterusnya pada harga biasa. Itupon kalau ada tempat, jika tidak, sendiri mau ingat lah tuan tuan dan puan puan, jalan kaki lah gitew.


Untuk pengetahuan lu all juga, ramai gak pelancong yang suka berjalan kaki naik atau turun dari The Summit ini. Masa yang diambil oleh pejalan kaki ini adalah lebih kurang 2 jam. Namun perlu diingat, bahawa kelajuan pejalan kaki mat salleh ini, lebih laju dari pejalan kaki rata rata orang Asia seperti kita. Oleh kerana wa tak sanggup berjalan kaki, maka kepala wa hanya ingat nak balik semula ke keretapi. Tu yang terlepas foto menarik di atas ini. Nak naik lagi sekali, wa kira idok lah.





Alhamdulillah cuaca pada hari ini sangat elok. Suhunya di kala ini adalah dalam lingkungan 2.5 derajat celsius. Ada gak sedikit snow di sini. Wa mengigil bagai nak rak. Terasa sendi kaki sakit akibat kesejukan. Lepas ini wa diserang selsema.





Wa terlepas banyak sudut foto menarik dan dramatik. Namun kira ok lah gak. Otak asik pikior keretapi balik dan sojuk yo ! ! ! Tiga beranak




Cun khanz




Gambo famili ketika berada 3560 kaki dari aras laut





Snowdon Mountain Railway. Book melalui telefon. Lebih baik book awal untuk elak dari beratur panjang. Keretapi pertama jam 9 pagi dengan harga tawaran 50% diskaun. Wa beli yang ini. Risikonya berjalan awal pagi ini adalah kabus tebal hingga lu all tak nampak apa apa di atas sana kecuali kabus. Alhamdulillah, kami berdoa agar diberikan kesempatan oleh Allah swt untuk kami melihat kebesaran Allah di puncak tertinggi di UK ini.





Beginilah keadaan dalam keretapi ini. Agak sempit, namun itulah yang terbaik bagi menaiki puncak Snowdonia ini. Kiri kanan sayup mata memandang. Nasehat wa, bila nak naik atas, pilihlah tempat duduk di sebelah kanan keretapi ini kerana lebih banyak pemandangan di sebelah kanan. Bila balik, duduk sebelah bertentangan. Untuk pengetahuan lu all, masa balik, keretapi ini jalan undur ke belakang. Laluan rail menelusuri gunung. Interesting but scary too.






Dalam perjalanan ke destinasi seterusnya, wa terlihat bandar Betws y Coed. Nampak macam cantek, lalu kami berhenti makan tengahari.






Ramai wa lihat family datang ke sini. Memang cantik bandar kecil ini

















Seterusnya kami menuju ke Llechwedd Slate Caverns. Sebenarnya bagus gak pengalaman masuk lombong ini. Namun kami tak bernasib baik. Kami sampai sini jam 1 tengahari. Trip seterusnya masuk dalam lombong ini adalah jam 3:30 petang. Idok le teman menunggu begitu lama untuk masuk ke dalamnya. Lagi pula teman dan anggota rombongan pon dah letih. Maka kami singgah aje le.





Pekan Porthmadog. Nice and clean.



Singgah sebentar ke Tesco untuk membeli bekalan untuk sekolah anak anak wa. Ada 2 kedai Portmeirion di sini. Harga tak sama lah dengan di factory shop yang wa selalu pergi di Stoke On Trent. Tapi semua model ada dijual di sini




Akhirnya balik lah kami ke caravan. Sebenarnya kat sini ada banyak aktiviti yang boelh dilakukan. Cuma masa sahaja mencemburui kami, awwwww. Apa tak nya, banyak tempat nak pegi.


















































Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ