Saturday 3 January 2009

D&PW

Wa balik dari London semalam. Buka je pintu kaca rumah wa, wa lihat ada kad parcelforce. Depa datang tapi wa tiada di rumah. Diletak barangan wa di rumah sebelah. Jiran sebelah wa ni wa tak berapa kenal sangat. Rumah dia cantik. Tinggal 2 orang saja. Pencen keduanya.


Lalu wa ketuk pintu dia tiada jawaban. Tengahari ni waktu wa nak ke kedai beli kicap dan bahan niaga minggu depan, wa ketuk sekali lagi. Dia ada. Dan diberinya wa barangan tu. Ia adalah matess protector. Wa beli di D&PW . Wowinya, terkesima wa. Dasat la kualitinya dan harganya berpatutan.



Wa beli matress protector je. Sebab Madeehah selalu muntah kat tilam mahal wa tu. Wa ada satu matress protector GBP15. Yang ini diberi percuma oleh syarikat tempat wa beli tilam tu. Jauh la bedanya dengan yang wa beli ni GBP20 (jer ! ! ! ). Tapi memang puas hati. Iye cik Som.

Hai lagi 2 hari nak buka sekolah. Esok satu hari lagi. Wa ingat nak gunting rambut anak anak wa esok. Wish me luck.

Terbaca di website, Amrik restu Israel serang Palestine samada darat atau udara. Terbakar hati wa. Tapi tak mampu nak buat apa apa. Maka wa ambil kesimpulan, wa akan sedekahkan Al Fatihah untuk umat Islam di Palestine sebanyak yang wa mampu. Lu pon buat sama.

3 comments:

Anonymous said...

CikSomCikSomCikSom.. saper dia tu? Bowsan wa dengo asyik2 nama dia aje yg ada. Eh BTW, smlm dot3 tepon wa dari Dxxa. Ada ke dia tanya wa kenapa blog dia kena block? Dia rasa macam ada org cuba sabotaj dia. Sigh ..

Anonymous said...

It is ironic that they go on killing other people in Iraq and Palestine.. yet their people sendiri berbunuhan sesama sendiri.. Biarlah Amerik nak restu pun, yg Maha Berkuasa mempunyai rancanganNya sendiri.. kita tunggu dan lihat sejauh mana keangkuhan mereka terhadap penganiayaan yang dilakukan.. Rasulullah pernah bersabda akan sentiasa ada umatnya yang bersungguhan mempertahankan islam. Takkan Palestine hilang didunia..

Dr Kamarul said...

Tak sangka yer...dalam diam diam.. Doc tue dah ada PEMBELAnya... dalam War against "CS" heheheh... lagi BERANI ler beliau counter attack "CS" dalam blog beliau

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ