Thursday 1 January 2009

A new 2009

Semalam balik dari Portsmouth dan So'ton, wa letih sangat. Lepas makan terus wa tido. Tak sedo pon saat London menyambut tahun 2009. Depa kata, meriah. Wa tak kisah la.



Pagi tadi dapat sms dari kawan dari So'ton, depa dah keluo rumah. Maka wa pon cecepat mandi. Turun bawah SIL wa dah siapkan sarapan. Awww mengancam you. Curlass gitew. Nasi goreng, cup cake, popia, curry puff, sandwich, apple juice, dan tea. Owh lufa, napkin kuning dilipas seperti kipas dan diletakkan dalam setiap gelas tetamu.



Hari ni cuti umum. Lepas sarapan kami (wa, wife wa, BIL, SIL, Ahaks, wife Ahaks dan Shafiq) berangkat ke London. Harap ramai orang mabuk semalam jadi tak ramai keluo rumah. Meleset wa kata kat lu. Depan pintu Harrods berderet orang beratur nak masuk jam 12 tgh. Parking kete pon jauh nun di Nature Museum, bersebelahan dengan Science Museum dan apa ke nama satu lagi museum itew. Belakangnya pula Royal Albert Hall dan Imperial College London. Wa lalu semua tu, siap gambo lagi (namun secret gambo wa tu)



Akhirnya sampai di Harrods. Beso sungguh. Orang ramai, patut la Sultan Brunei sewa satu Harrods kalau nak belanja di situ. Diskaun memang mengamcam. Hingga 70%. Tapi biasalah baby, sempat Ahaks snap satu gambo buat bukti






Lihat la cik Kiah. Harge asal GBP500+++ lepas diskaun 50% jadi GBP258. Ni baju new born baby. Kalau baju beso sikit, makin beso la harganya. Amboi, tak mampu la wa nak boli bagi surveneer ! ! !



Masa nak balik khanz lu all wa lihat ada set sudu garpu after diskaun GBP10,000, awwww lebih baik wa buat beli 2 mercedes e class mata senget bawa balik jual kat Malaya. Akhirnya wa dan wife wa tak larat nak lihat lihat lagi. Poei je la kek tempat souvineer dia tu. Nak boli mug kenang kenangan pon dok ulang alik ulang alik 10 kali, akhirnya pon tak jadi beli, sedihnya. Namun selamat pound wa.


Penat gak berjalan. Jauh parking kete. Tapi best jalan kat sini, sejuk dan dapat lihat banyak benda. Tapi ada gak tercium bau amonia (air kencing). Jangan ingat kat London ni wangi wangi bau nya ye.



Shafiq depan patung




Dalam Harrods. Beso beb wa kata kat lu. 3-4 kali wa datang sini, tak pernah habis lihat semua. Silau dek panahan pound yang lebat lebat. Nasib baik parking free. Kalau tak, mungkin juga bayo parking lebih banyak dari bayo barang yang dibeli


Balik lah. Singgah jap kat Malaysia Hall. Makan dan sholat. Melayu London ni memang jenis tak reti bagi salam ke? Dah lah muka masam mencekut. Dey lu ingat lu tu engrish ke ha? Lu Melayu la. Hanya Melayu je yang akan angkat lu. Hi hi hi tapi ada gak yang baik. Cuma wa rasa yang senyum kat wa tu orang luar London (awww apa kalau senyum tu tak sombong ke, salah konsep tu cik Kiah. Mungkin dia masam sebab nak tahan kentut, takut busuk lak, wa gak merana, khanz)


Wife wa beli roti boom untuk anak anak dan niece wa yang tinggal di rumah. Anas memang suka sangat makan roti boom tu. Lalu kami bertolak ke sole distributor Correlle. Nama kedai dia Popat Store (kecik je kedai nya). Terletak di Wembley. Kedai yindia. Bau pon bau yindia. Corelle dia banyak pesen. Berbaloi pegi. Sawal yang kenalkan tempat ni kat kami.


Aduh sojuk nyo. Kami lalu bergerak ke destinasi terakhir iaitu ke rumah teman alam maya wa dan Ahaks. Srikandi namanya (nama samaran). Cik Som and the gang kenal la dia. Cuma depa tak tau rupa je. Ha ni rupa dia. Cik Som, Cik Som, lu ni selalu ketinggalan dari wa. Tak pe cik Som. Relek ok. Janganlah nangis guling guling ye.




Inilah Srikandi. Yang tengah tu suami dia, Abg Razif, PhD di Brunnel U. Yang sedang menulis itew, SIL wa.





Sebelum Ahaks pulang, wa abadikan gambo dia dengan BIL wa. Mana tau, dia jadi Menteri Beso Selangor nanti, boleh wa kata kat anak wa, lihat MB tu pon wambut panjang.


Wa ingat nak balik Birmingham. Tapi wa letih. Maka bermalam lah wa satu hari lagi di rumah BIL wa ni. Kalau dia kena pindah dari London, maka tak mudahlah wa nak datang London macam sekarang. Awww ke USA lah kita pulak gitew.
Dzaaaaa ! ! !




6 comments:

Anonymous said...

teringat pulak dulu pi Harrods wa dok makan sarapan je.....kat sana.sambil cari brg murah utk dibeli.machopuchong

Anonymous said...

Dek Aji, wa kesian kat lu taw. Wajah Srikandi dah lama wa ketahui. Tak cayer tanya Stealth. Cuma wa ni terlebih hemahnya, dah tak diberi roksah menampal gambo beliau, wa abide lerr. Wa ni kan law abiding humanggbing? Kuah3... Anyway pasal Herots berot tu, wa pegi jalan kaki jer.. bukak gate belakang, wa jalan sensorang. Wa lbh cool dari lu, kan?kan?kan?

Anonymous said...

wa lagi terer, wa pegi harrods time harrods lagik 20 minit nak tutup, wa sempat CAPAI set pen harrods je, masa nak bayar baru wa tau harganya, nampak mcm GBP20, herot wa nak bayar! standard mau jaga.. tak gitu ciksom? ngehehehe..

Dentist and Me said...

Macho puchong, wa dapat ke coklat masa tu?

Cik Som, maksud wa bukan tengok gambo, maksud wa jumpa la. Apa raaa lu ni. Tak mo kalah. Kiasu ! ! !

percayalah pada wa cibil, bahawa souveneer dia 10 tahun lalu masih ada di jual. Tapi wa lihat banyak yang baru. Datang lah lagi, waktu buka jam 12 tgh.

Anonymous said...

Hmm, len kali kaan.. sebut tepat2 apa yg lu maksudkan. Tengok, lihat, pandang, perhati atau jumpa membawa macam2 maksud. Wa paham dari apa yg wa baca, tapi tidaklah wa paham isi hati lu. But what's written between the lines, wa cepat tangkap. Wa kiasu? Hic! tengoklah saper guru wa. Menang/kalah, wa tak minat beb!

Cibil, sebut pasal std. tu, oh well.. terbisu wa buat seketika. Wa simple jer..

G'Zain said...

Doc Aji Humble,
Masa wa pegi bertahun tahun dulu pun wa tak mampu beli apa except plastik bag harrods yang gambo kartun tu jek itu pun sebagai bahan bukti wa sampai sini...hmmmm Harrods

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ