Tuesday, 12 July 2016

Alhamdulillah

Online shop dah on
https://esae.ecwid.com
check ou my new blog www.esaeessential.blogspot.com

Akan datang wa nak jual barangan terpakai dari UK tapi masih elok. Check it out in my online store. Kalau nak wa jadi personal shopper pon boleh PM at my FB ease essential.

Selamat hari raya maaf zahir batin


Saturday, 28 May 2016

Next stop Malaysia

Pengalaman tinggal di UK selama 8 tahun, memang best. Kalau tak best pon lu kena anggap best gak. Sebab lu tak ada pilihan yang lagi best. Lagi pon perkataan BEST ni dalam apa situasi pon akan pengaruhi pandangan lu terhadap kehidupan lu atas dunia yang fana ini. Jadi nak buat apa lu penuhi hidup lu dengan situasi yang thak best khanz. Thak khelaz gitew

To cut the story short, I have to come back to Malaysia. Hi hi hi awww Malaysia lu. Best layan orang potong que, best layan orang yang tak pernah berterima kasih. Best layan orang yang rasa bangga giler pakai baju hackett hingga tak bholeh nak balas senyum wa apa lagi nak ucap salam. Bila semua ini phon wa dah rasa best, apa lagi kalau wa jumpa orang yang baik hati, suka sedekah senyum, peramah, fantastic you, wa kata kat lu. Malaysia ni memang best, thak tipu seinchi phon

Kalau 8 tahun dulu wa ke UK tanpa kerja, tanpa gaji, tanpa pride, wa langkah ke Malaysia pon tanpa keje, tanpa gaji. Putaran alam sama. Maknanya wa kena mula merangkak lagi. Bukan senang nak mula. Yang senang, perabih duit simpanan. Macam ayor keluo 

Ada rakan niaga yang prihatin, maka diberinya wa menggunakan kemudahan yang dia ada, dapatlah wa sambung perniagaan HMS MOTORS LTD di Malaysia. Ada good friends yang offer wa keje balik sebagai doktor gigi, awwwww, diam tak diam dah lebih sebulan wa jadi dentist you wa kata khat lu. Rasa percaya diri meningkat. Rasa dihargai bertambah terutama bila wa dapat doa yang baik baik dari pesakit wa. Terharu you. Bukan mudah nak raih kepercayaan orang pada kita khanz. 

Begitu la my journey. Eh lu, rezeki Allah swt tu ada di mana mana.  Setiap kesukaran ada kesenangan. Bagi yang sabar akan ditambah kemudahan, bagi yang kufur nikmat, ketahuilah siksa Allah itu Maha berat

Yg Bhg semua, wa kenalkan kepada lu ESAE Enterprise. Kalau kat Facebook, Lu taip ESAE Enterprise, ada gambo wa, sipi sipi, lu tolong lah like ye lu. Tolong lah lu tolong lah. 

Wa sedang mencari stockist dan agen untuk product wa. Sangat bagus, sangat berkesan. In Shaa Allah dapat atasi masalah lu all. Impian wa khanz, nak jadikan semua stockist dan agen wa JUTAWAN, awww murninya. Doa tu thaw lu all. Bila kita doa, kita doa yang bhaek bhaek. Ucap pon ucap yang bhaek bhaek juga. 

Tapi apa masalah lu all yang wa nak atasi ni? Hu hu hu. Tunggu ceta product wa nanti. Stay tune !!!! Daaaaaaaaa


Saturday, 23 April 2016

Welcome Back

As Salam. Lapan tahun lalu, wa merantau keluar negara. Feeling blank. Rasa macam duduk dalam gua. Subuh habis 8:30 pagi, Maghrib jam 4 petang. Tak ada kerja. Nak belanja minta duit isteri.

Allah Maha Kaya. Wa jadi suka duduk UK. Sampai tak nak balik. Masa mula mula dulu wa teringin nak pakai Viano. Viano lama. 8 seater. Sebab anak ramai. Alhamdulillah wa dapat beli Viano berusia 2 tahun. Selesa. Wa pon tak sangka, ada rezeki wa nak pakai Viano.

Ada satu motto kawan wa masa sekolah. Sekarang ni dia CEO salah satu Perbadanan Negeri yang terkaya di Malaysia. Wa ingat dan terkasima masa wa baca motto dia dalam buku batch kenang kenangan. Kata dia dalam bahasa Inggeris, wa terjemahkan je kat sini

" kita boleh minta apa saja dalam dunia ini. Dapat atau tidak bukan masalah. Tapi kalau kita tak minta kita tak akan dapat "

Jadi 8 tahun dulu, masa wa tengah duduk termenung, duit tak ada, wa minta Viano. Alhamdulillah wa dapat. Apa sahaja ucapan kita adalah doa. Jadi berkata kata dan berucaplah dengan kata kata dan ucapan yang baik baik. Allah sentiasa mendengar, dan malaikat mengaminkan

Hidup bagai roda. Kejap kita di atas, kejap kita di bawah. Bila wa buat keputusan balik Malaysia, wa terasa, hidup wa kini sedang berada di bawah. Wa mesti berusaha untuk naik ke atas. Ia sakit, ia pedih, ia payah, ia perih. Saat ini orang tak mahu tau tentang kita. Wa paham.

Jadi wa nak minta sesuatu kepada Allah Yang Maha Esa. Bagaimana kalau kali ini permintaan wa adalah kereta berjenama HMS. Wa pernah buka perniagaan dengan nama ESAE Ltd di UK. Tapi ia dormain. Jadi kali ini wa mohon juga agar ESAE Ent, Malaysia menjadikan wa jutawan. Amin




Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ