Sunday 29 March 2009

Peralihan satu jam awal (Day light saving)


Madeehah penat sangat sampai tertidur


Ini adalah barangan yang akan dihantar ke Malaya hari ini. Diberitakan bahawa ia akan sampai ke Malaya dalam masa 6-8 minggu Insya Allah. Wa jirim menggunakan perkhidmatan penghantaran door to door yang tertera di ruang iklan di kanan blog wa ini

Mereka telepon nak datang ambil dalam lingkungan jam 2:30 petang, tapi jam 2:08 mereka dah sampai


Setelah semua urusan pelebelan dan dokumen selesai, maka masuklah barang barang aunty sepupu wa ini ke dalam lori dan dihangkut ke Leeds.




Pada petangnya, anak anak wa nak pergi taman, kerana kami tidak kemana mana di waktu pagi. Iyolah khanz, wa kena tunggu rumah sebab orang shipping nak datang. Kalau mereka datang, wa tak ado, mereka kena datang semula, ia tak percuma. Lagi tambahan, jika waktu mereka datang wa tak siap sedia, mereka akan caj GBP10 per jam.
Wa call Azli (maklumat bergerak wa), tanya ado tak acara futsal di padang depan rumah Mus hari ini. Ternyata ado, maka wa bawalah anak anak wa ke situ. Ado taman kecil sesuai untuk anak anak wa main. Madeehah cukup suka main buaian ini. Masa wa kecil pon wa suka gak main buaian ini




Spring sudah tiba, pohon telah mengeluarkan putik. Sebahagian besar pokok bunga juga telah mekar berkelopak. Mentari lebih banyak bersinar. Hari ini juga merupakan Ahad terakhir dalam bulan Maret. Maka jarum jam juga dengan rasminya dipercepatkan sejam dari semalam.






Kaum bapa semakin rancak bermain sepak bola. Tinggal di negara permaisuri ini sedikit sebanyak menyuburkan kecenderungan hobi bermain bola. Selain bola sepak, bola golf pon tak kurang hebatnya.






Wa tak main, sebab wa tak yakin bahawa wa akan fit. Hanya Anas pengganti wa. Walaupon kecik dan tak dapat kepercayaan bapa bapa itew, namun dappat juga dia menyentuh bola. Dalam hidup ini, kita kena mencari, bukan menunggu. Dengan alasan tersebut, wa biarkan sahaja dia main dengan bapa bapa ini







Sunday 22 March 2009

A sunday short journey

My aunty and family went back to Malaya today by Air Asia. Departed from Stansted Airport, about 1 and a half hour drive from London. Congratulations to Air Asia, acording to her and many of my friends, the flight was ok.

The only thing bad was food. And the most embarrassing to me is they sell mineral water at RM4 per bottle. Come on baby, the passengers were not allowed to bring any water abroad, why don't you provide a free water? Or at least at cheaper price. Water is essencial to human life. What if the passenger don't have money and die of dehydration? ( Your slogan is everybody can fly, so do expect that there are people who don't have money, okay baby ! ! ! )

Today we have an invitation to my wife's relative. They live in Wolverhampton, about 30 minutes from Birmingham. Before that, we went to Lea Marston car boot sale. I wanna buy an additional bubble wrap. We need it to wrap all my aunty's portmeirion stuff before we ship it to Malaya.

I bought 3 x 15 m for GBP5. Before this we bought it in town and it cost me GBP6 per 10 metres. What a difference between town and car boot sale.


The weather is nice. Many booters and many peoples too.



This picture were taken at 12:30 am, where the booters almost pack up their things.


After that we went straight to Wolverhampton for lunch. He and his family came here in Nov 2007. He is doing his PhD, self sponsored, while his wife is a lecturer at Wolverhampton University. The rental here is much cheaper than in Birmingham. He paid GBP695 pcm for a 4 bedrooms bungalow. This Tongkol is very very delicious I tell you.







Their back garden is big. So my kids enjoyed theirself




Just to test my skill ! ! ! Good aahhh ! ! !





This time Amir didn't cry. What an improvement ! ! ! Well done







Errr that one is not a Red player















Madeehah was crying. I asked her to sit on a little chair so that I can take her photo. But she refused and cried. She called Amir and told Amir what had happed.










In their living area.









And the dining area. Cool ! ! !












And the family photo without me, the photographer and Maisarah. (she is in the toilet, apa raaaa ! ! ! )











Before we push off to Birmingham












Wednesday 18 March 2009

Stoke on Trent

Tahun lalu, wa pernah pergi Stoke on Trent. Masa tu, wa baru belajar belajar memandu jauh. Tak jauhpon dari rumah wa, lebih kurang sejam perjalanan. Dulu wa tak tau mana nak tuju. Hanya berpandukan kepada satnav. Orang kata, jauh perjalanan luas pemandangan.

Kali kedua wa ke sana, wa dah ada gambaran, terutama kedai mana nak tuju. Maka kali ini wa terus menuju ke 473 King St, Stoke-on-Trent, Staffordshire, ST3 1EU‎ - 01782 326661‎ Lihat peta

Wa suka datang sini sebab kat sini ada lebih banyak pilihan, namun sedikit sahaja barangan yang dikategorikan sebagai 'second'. Walaupon begitu, kira langkah kanan gak la wa kali ini, sebab terdapat 30% diskaun. Selain itu, factory outlet Wedgwood dan Royal Doulton pon bersebelahan sahaja dengan Portmeirion ini. Wedgwood menawarkan hingga 80% diskaun dan Royal Doulton pula hingga 75%

Sampai di Wedgwood, wa minum kopi dulu. Hi hi hi uncle sepupu wa yang belanja. Lihatlah senarai harga minuman tersebut. Kalau convert kepada Ringgit Malaysia, tentu Wan akan terkejut besar ! !




Ini dalam kedai Wedgwood. Mengancam sungguh, jauh sangat bezanya dengan harga di Herrods London


Portmeirion. Dulu wa tak suka makan atas pinggan Portmeirion ni, awwww, tapi lepas beli ni, sedap pulak rasa makan guna pinggan Portmeirion ye. Percayalah kata kata wa ini





Bakal Dr Madeehah dan bakal Dr Ezyana. Nasib baik Madeehah tak buat hal. Kalau tak pasti perjalanan membeli belah wa terganggu




Borong banyak, maka tentu puas hati. Mana tak puas hati, menurut Aunty sepupu wa, harganya berkali ganda lebih murah dari harga di Malaya. Cuma, hi hi hi bagi yang berduit memang puas hati sesangat la. Berbaloi perjalanan. Bagi yang tak berapa berduit macam wa ni, puas hati sikit je, awwww ! ! !





Memborong afa tue cik Kak? Banyaknya. Ehem ...






Wa minat gak dengan mug ini, tak dapat bawa balik, bergambo pon jadilah khanz







Design ini sangat menawan qalbu. Sweet jer. Cuma berhati hati sebab saduran silver tepi pinggan dan piring itu tak tahan lasak you. Nanti basuh lelama, hilang pulak








Sebagai bukti, inilah gambo kami waktu berada di Wedgewood Stoke on Trent. Harap ia akan mengembalikan kenangan lu all yang pernah sampai sini suatu ketika dahulu. Jangan sedih, tak banyak perubahan pada struktur banggunannya. Jadi tak rugi la lu all tak ada di sini ketika ini. Errr 80% diskaun you ...



Akhirnya, inilah sebahagian dari pinggan mangkok yang wa beli. (Sebenarnya, bukan wa yang bayo, wife wa yang keluo duit. Tapi akhirnya wa dapat rejeki, sebab Aunty sepupu wa bagi kami duit sama nilai dengan seluruh belanja wa pada hari tersebut sebelum mereka berangkat ke London.) Awwwww ! ! ! Terima kasih Aunty K. Terharu gitew.







Permaisuri Anne


Ini adalah kilangnya



Salah satu barangan buatan Britain yang menjadi kegemaran rakyat Malaya sejak dulu kala adalah Queen Anne. Mengapa ia kental di hati rakyat Malaya terutama umat Melayu menjadi pertanyaan wa sejak lama. Menurut hemat wa la khanz, kerana ia di promosikan oleh orang orang kaya jaman dulu, maklum lah khanz, dahulu kala, orang kaya je yang berkesempatan datang ke Engrand ini. Bila mereka bawa balik Queen Anne ini, kira curlass habis gitew. Siapa yang guna dulangnya dan sebagainya, maka mereka dicurlass khanz sebagai ... gah gitew
Kita pon patutnya ada barangan ciri khas Yang DiPertuan Agong, agar ia menjadi satu simbol cenderahati utama pelancong yang datang Malaya. Promosi baik punya. Biasanya berjaya. Sebab kebanyakan pertimbangan manusia berdasarkan persepsi.



Seingat wa juga, harganya di Malaysia sangat mahal namun ramai sekali peminatnya. Kilangnya terletak di Holyhead Road, WEDNESBURY, WS10 7PD Birmingham. Lihat peta .


Hari ini wa berpeluang melawat kilangnya sekali lagi. Maklumlah, bila ada pelancong bertandang, inilah tempat yang mesti dilawati, awwwww ! ! ! Kilangnya seperti kilang besi dan keluli di Malaysia. Ada dua jenis kualiti barangan yang dijual. Pengunjung diberi pilihan untuk membeli barangan reject atau di sini dipanggil second. Ia dijual sehingga 75% lebih murah dari harga asal kerana dikatakan tidak menepati standard kilang. Kecacatannya memang tidak kelihatan pada mata biasa. Sekurang kurangnya itulah tanggapan wa sebelum ini



Ini antara barangan second, memang tak nampak phon bedanya, (hi hi hi sebelom wa lihat yang kat atas kilang tu)




Kalau yang second ni ikut masa, tak semua design ada, jadi nasib lah lu, kalau masa lu datang tu ada yang lu berkenan, maka bertuahlah lu



Kunjungan kali ini wa dipelawa oleh pemiliknya, Paul, untuk melihat barangan yang dikategorikan sebagai kelas pertama. Sebelum ini kami tak dibenarkan pergi ke tingat atas. Mungkin pemiliknya penat naik turun naik turun ambik barang kelas pertama itu, sebab pelancong wa kali ini adalah sepupu mak wa ( sepupu Wan), yang tak ske beli barang second. Bilik pamerannya terletak di tingkat atas kilang tersebut. Memang ada perbedaan ketara pada hasil buatannya wa kata kat lu. Itulah yang dikatakan alah membeli menang memakai. Selain lebih cun, designnya pon lebih banyak





Cute je mende ni khanz. Lu all pon boleh tempah ikut design yang lu suka. Ye lah ramai yang minta buatkan cenderahati untuk tetamu kenduri kawin



Mengamcam you, namun wa buat buat tak mengancam, lu all tau khanz, poket wa tak 'lerbat' gitew



Wa juga berkesempatan bertanya kepada pemilik kilang tentang rungutan kebanyakan pembeli bahawa barangan Queen Anne ini selalu akan berkarat setelah jangka waktu tertentu. Menurut pemilik kilang ini, ia tidak boleh digosok terutama dengan bahan pengilat kerana ia akan mengikis lapisan luar silverware ini. Penjagaannya hanya dengan mengelap menggunakan kain lembut yang lembab. Saya tak tahu sejauh mana kebenarannya selagi tidak mencubanya.
Namun, bagi kebanyakan pengguna, barangan second pon tak kurang hebatnya


Madeehah, dengan epal yang diberi Paul. Wambut dia wa yang potong beberapa mingga nan lalu.

Monday 16 March 2009

Madeehah at 2 yrs plus

Banyak perkataan yang keluar dari mulut Madeehah yang wa sendiri pon terkedu. Antaranya, O Dear, amazing, disgusting. Senget telinga wa nak digest.

Sunday 15 March 2009

Awal spring

Pagi Sabtu, wa dan kengkawan telah pergi ke pasar borong di tengah kota Birmingham. Harga di sini lebih murah dari di pasar biasa atau pasaraya. Cuma wa kena bangun pagi. Lepas subuh 5:15 pagi, wa bertolak ke rumah kawan wa di Selly oak. Wa beli salmon, tenggiri dan udang galah. Dan hasilnya, tengahari Sabtu itu, kami makan salmon with hot potatos. Best tapi bila tak ado nasi, namanya bukan makan khanz. Cepat je perut lapo semula



Ahad pagi biasanya wa tido je kat rumah sebab sejuk. Tapi cuaca pagi Ahad ini sangat bagus. Ado mentari, tapi tak panas dan tak juga sejuk sangat. Dah lamo den tak poie ko car boot sale. Maka wa decide ke Lea Marsten. 3 bulan den tak ke sini, den salah masuk simpang, terpakso la den cari jalan patah balik. Nasib baik bawa tomtom (sat nav). Namun den tak tau poskod. Capai hp, call member minta poskod, maka sampailah kami Alhamdulillah



Booters banyak, pengunjung pon ramai. Tapi ini bukanlah car boot sale paling beso. Tak ada barang yang wa nak cari saja nak ambil angin. Namun sempat juga beli satu sleeping bag untuk wa bawa ke Holland. Semingu lalu, wa beli 3 sleeping bag dari amazon.co.uk. Harga 3 sleeping bag tu GBP90 (1 Coleman (double), 2 lagi Eurohike Single)). Kat sini wa beli brand Halford, masih bau kedai, single, GBP2.50.

Selain itu kalau nak belanja di car boot sale ini wa sarankan carilah buku dan permainan kanak kanak. Buku sangat murah, 20-50 p senaskah. Kekurangannya, tak boleh pilih buku apa yang kita mahu. Nampak je, suka, sambar terus. Mainan pula sangat digalakkan, kerana di kedai ia mahal, dan kanak kanak bukan suka main lelama macam kita yang jaga barang kita bagai nak rak. Mahu tak rak, tak khanz tak jaga jika boli dslr camera ? Awww terrer la kalau tak jaga.



Madeehah dan Amir memang selalu ikut wa jalan. Kali ini Aiman jaga Madeehah sebab Madeehah nak jalan tak mo naik stroler. Bila mereka dah penat, wa bawa mereka ke kereta, hi hi hi ni yang wa suka. Lagi pula bila dia dah dapat mainan dia, tak mo la jalan lagi


Rumah ni pilihan Madeehah. GBP4. Masih baru, dan lengkap semua alatan dalam rumah.

Sunday 8 March 2009

Roda kehidupan

2 minggu nan lalu, penulis blog Pause to Reflect bertandang ke rumah kami. Adat bertandang, maka kami ke rumah beliau pula hari ini. Rumah beliau terletak di Coventry. Itulah kali pertama kami menjejakkan kaki ke bumi Coventry. Canggih gak tempat ni. Dokek yo ngan rumah wa, 40 minit drive dengan kelajuan 50 mph

Kalau wa tak khilaf, ex-jiran sebelah rumah wa di Bandar Bukit Puchong telah menetap di sini selama setahun. Waktu itu, wa terbayang bayang je mereka di sini. Ye lah khanz, kita masa tu di Malaya (nan panas itew), wa dok bayangkanlah mereka tinggal di negara sejuk setiap kali dapat email dari mereka.

Namun saat tersebut budaya blogger ini belum berkembang pesat seperti sekarang ini, maka dok bayangkan je la. Tak ado gambo nak tonton. Bila ado berito di tibi pasal UK, terbeliak lah mato den. Hi hi hi cari kot kot ado jiran den dalam tibi. Paling tidak tengok laporan suhu London di buletin utama tibi tigo.

Kira lu all ni ok la dapat banyak berito dari seluruh dunio. Cuma, kalu internet tak ado kek rumah tu, teruskan membayangkan keadaan di sini ye, awwww ! ! !

Sebenarnya, sebelum kami datang ke England ini, kami memang selalu surf internet cari blogger Melayu di UK. Hampir setiap malam baca blog mereka. Nervous gak masa memula nak mai sini. Kalau jalan sekejap sekejap tu tak apo la cik Kiah, ni nak tinggal lama, mau tak ketaq lutut.

Oleh kerana itu, dah lama kami mengenali blogger Pause to Reflect ini. Cuma depa tak kenal lah kami. Kebetulan, sepupu dia kawan BIL wa. Maka makin dekatlah terasa kami kepadanya. Begitulah, tuan tuan dan puan puan. Sungguh wa tak sangka, bahawa internet ini memang banyak kebaikannya (jika kita tahu mencungkil kebaikannya). Ramai kenalan kami juga dari internet.

Alamak, menyebok je la kenangan yang satu ini. Tapi wa terpaksa tulis gak lah, antara mereka di alam cyber yang wa anggap macam sedara mara rapat wa adalah Kay Bee Ar. Aunty Chomby salah sorang darinya. Eh panjang kalau nak ceta pasal Aunty Chomby ni. Menganggu je khanz lu all. Wa dah hilang tumpuan pada idea asal tulisan wa kali ini bila wa ingat Anty Chomby

Haaa khanz dah lupa, eh lupa la. Layanz ! ! !

Sorry wa lupa sesanggat.


Jejaka tampan yang pelupa
Birmingham
ENGLAND


...

Friday 6 March 2009

Anniversary Mak dan Bak ke 40

6 Mac 2009 adalah hari ulang tahun perkahwinan Wan dan Tok Bak yang ke-40. Bila wa kata wa anak pertama, maka jika lu all handal, dapat lah lu all tebak umur wa. 38 nak masuk 39.

40 tahun tu lamo cik Kiah. Banyak pengalaman yang wa lalui dan yang pasti perjalanan tersebut banyak sekali melentur wa hingga wa jadi seperti sekarang. Jika wa kenang kembali segala pengalaman tersebut, wa pasti akan tergelak. Kah kah kah, kanak kanak yang penyai tahap ingin tahu yang tinggi macam wa pasti ada banyak kenangan mengelikan hati.







Wan dan Tok Bak 40 tahun lalu di Dewan Jubli Mersing Johor. Wa rasa mereka lah orang pertama menjalankan acara ini di Dewan Jubli Intan ini.



Inilah gambo wa. Eiii betul ke orang kata, wa ensem? Hi hi hi maka wa terpaksa mengalah dan kenalah mengaku bahawa apa yang mereka kata tersebut memang sangat benar adanya. Duduk memegang wa tu adalah nenek wa, Allahyarham Wak. Masa wa kecik wa suka cium pipi Wak yang lembut berkedut itu. Al Fatihah untuk Wak. Tok Bak cikgu, garang ooooo wa kata kat lu. Wan surirumah. Setiap petang pasti ada secangkir teh dan kueh di atas meja. Hi hi hi ada gak kueh yang keras hingga boleh baling dinding




Ini Allahyarham Atok wa, Ukih panggilannya. Garang ooooooo wa kata kat lu. Tapi dia tak pernah sekali pon marahkan wa. Tu yang wa jadi berlagak sikit. Cuba lu lihat kanak kanak kecik tu. Ui comel ! ! !





Setiap bulan Tok Bak akan beri Wak duit. Wa suka la bergaya macam ni. Depan kamera pulak tu.





Kanak kanak perempuan ni, sepupu wa. Nama dia Kak Lala. Masa wa kecil wa sangat rapat dengan Kak Lala. Gambo ni di ambil di rumah nenek kepada Wan. Rumah ni dah tak ada lagi. Dah roboh, sebab tanahnya dah pon dijual. Antara pengalaman yang wa masih ingat tentang rumah ini adalah bilik airnya. Kena turun tangga, tinggi wa kata kat lu. Jadi wa takut masuk bilik air di sini. Ada bath tub wa kata kat lu.





Kalau wa tak silap, ni di stesen keretapi Kuala Lumpur. Tok Bak memang suka travel. Wan kata, dalam kereta api pon Tok Bak boleh gantung buaian untuk wa tido. Wa suka tido dalam buaian. Bila wa dah beso, wa ingat lagi masa Wan suruh wa tidokan adik wa En, dia tak tido tido uga, maka wa akan hayun buaian tu hingga cecah lantai. Bedeguk bedeguk belakang dia kena lantai. Hi hi hi hebat ....







Actually, wa benar benar tak ingat mengenai gambar ini. Jadi wa tak boleh ceta tentangnya. Cuma, remaja perempuan tu adik Wan. Bungsu. Kalau namanya bungsu tu khanz lu all, lu all kena faham faham lah ye. Kalau wa silap je, siap lah khanz. Maka wa jadi baik sebab tak mo kena siap.




Ha ha ha lucu sungguh gambo ini. Ia dipetik pada salah satu hari raya. Biasanya hari raya pertama kami pasti akan beraya di rumah Wak. Pagi raya kami akan ke rumah mak Wan di Kluang. Rumah Keluang ni pon dah tak ada lagi. Dah roboh sebab DYAJ hadiahkan sebuah rumah baru 2 tingkat yang dibina di atas tapak rumah lama ini.


Kalau wa tak silap, motor itu adalah norton. Ia milik Ami Man adik Wan. Ami Man dah meninggal kerana serangan jantung dalam tidur. Al Fatihah. Wa paling depan. Gigi wa rata paras gusi. Dari kanan, wa, Dhil (adik Kak Lala), Cho (adik wa), Qin (adik Wa), Syed Mahathir dan Syed Nasser (sepupu wa). Ha ha ha sorry wa tak akan buang gambo ini dari blog wa. Mahal ooooooo





May 2008,
Birmingham, England

Rasanya setelah jerih payah mereka membesarkan kami, kini mereka dah boleh senyum panjang. Hi hi hi atau kami masih lagi tak habis habis menyusahkan Mak dan Bak.


Mak dan Bak, kami benar benar rasa bertuah memiliki ibu dan bapa seperti Mak dan Bak.





SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN KE-40

Moga panjang umur, sihat tubuh badan dan murah rezeki, agar dapat terus mencapai keredhaan Allah swt. Amin ! ! !





March, 2009
Puchong, Malaya


Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ