Friday 25 December 2009

Kredit kad

Masa wa baru lulus degree (1997) dengan gaji lebih korang RM5000 sebulan, banyak kali permohonan wa untuk mendapatkan kredit kad telah gagal. Hingga wa mengambil keputusan untuk tidak lagi menggunakan kredit kad. Menolak bukan atas dasar wa sedo bahawa kredit kad itu adalah tali jerut leher, tapi sedo sebab wa tak layak

Namun suatu petang dalam tahun 2001, setelah 4 tahun sepi dari menggunakan kredit kad, wa didatangi oleh seorang juru jual sewaktu wa isi minyak kereta. Dia kata incik nak mohon kredit kad tak? Wa sepantas kilat kata tak mahu, terima kasih. Dia kata jangan takut incik, incik guna untuk bayar petrol je, lepas tu bayar habis setiap bulan. Jadi incik tak perlu bawa wang tunai. Lagi pon bukannya terus diterima incik, mohon je dulu, kalau diterima, incik masih ada masa untuk menolaknya

Hi hi hi menarik gak tu. Maka wa phon isilah borangnya. Tup tup, dapat surat, bukan hanya surat permohonan lulus, malah disertai sekali dengan kadnya. Maka bermulalah sejarah wa menggunakan kredit kad. Kredit limitnya RM3000

Banyaklah cerita ceritot penggunaan kredit kad ini. Terlupa bayarlah, tak sempat bayarlah, nak bayar pada hari terakhir mesin ATM rosaklah, dan berbagai lagi. Namun setelah internet banking diperkenalkan, masalah di atas telah hampir dapat diatasi semua. Bayar online je. Nak dan tak nak je, ada duit tak ada duit je nak bayar.

Pada masa wa berangkat ke UK 2007, hutang kredit kad wa nil. Credit limit di kala itu RM24,000. 6 bulan pertama di UK, wa tak ada kerja, masa ini wa banyak sekali guna kredit kad Malaya. Buat tuang minyak je. Cuma tuang minyak di Malaya maksimum RM100, kat sini maksimum tank, RM450, 3 kali ganda tu mak incik. Pakai punya pakai, tak bayo bayo, kalau bayo pon minimum payment je

Ada suatu ketika itu, 2 bulan wa tak bayo. Kelang kabut bank Malaya telipon wa. Mana nak sambungnya mak incik, telipon wa di Malaya dah pon wa fotong. Tiba tiba, di saat wa nak buat bayaran di kaunter beli barang menggunakan kredit kad itu, bayaran tak lepas. Terkejut wa. Setau wa kredit belum sampai limit lagi. Wa rasa je belum sampai limit, tapi sebenonya dah lebih limit pon. Nasib baik ada bawa tunai. Jadi tak payahlah pulang balik barang yang dah wa ambil tu. Kalau idok, malu lah wa khanz.

Lalu wa telipon bank, bertanya mengapa bayaran wa tak lepas. Lalu dikhabarkan oleh bahagian kredit bank tersebut, dukacita dimaklumkan bahawa kredit kad wa telah ditamatkan kerana dah 3 bulan wa tak bayo dan mereka tak dapat menghubungi wa. Adakah kemungkinan ia disambung kembali? Jawabnya boleh tapi kena bayo semua dulu dan buat permohonan baru.

Dalam hati wa sedih gak, tapi segi baiknya, wa tak payah berhutang lagi dengan kredit kad. Namun banyak tu nak bayo, RM24 ribu tuan tuan dan puan puan. Lama nak settlekan. Hingga kini pon hutang tak habis lagi. Tapi Alhamdulillah baki tinggal RM5k JERRRR ! ! !

Sebenonya ceta wa kali ini ingin mengingatkan kepada anak anak muda yang baru bekerja itu, janganlah terikat dengan hutang kredit kad. Semput nak bayo wa kata kat lu. Itulah sahaja nasihat wa kali ini

Wednesday 23 December 2009

Tebal

Sejak Ahad lalu, snow telah pon menampakkan diri. Namun kehadirannya di Birmingham tidaklah setebal mana. Namun diberitakan di Leeds ia mencapai ketinggian 6-10 inci. Malah juga diberitakan bahawa motorway ke Manchester dari Birmingham jem teruk.

Kalau memandu dalam snow ini, kena lebih berhati hati. Sebabnya licin cik Kiah. Kalau cik Kiah nak tau, masa snow baru turun tak berapa bahaya sangat, tapi bila ia mencair dan membeku, ia jadi sangat bahaya. Bagi cik Kiah yang dah berada di negara snow ini, kira dah tau lah. Namun kepada cik Kiah di luar negara bersnow ini, mungkin tak dapat bayangkan lagi keadaannya, kesian khanz kat cik Kiah cik Kiah tersebut.

Hari ini wa keje dari pagi terus hingga malam. Jam 4 dah malam tuan tuan dan puan puan. Patutnya wa balik jam 10 malam, tapi kerana tiada lagi pesakit yang memerlukan porter, maka wa balik jam 7 malam.

Terkejut gak wa melihat jalan ke kereta wa dipenuhi salji. Tebal gak. Krup krup bunyinya bila wa pijak. Kereta wa dipenuhi salji yang baru turun, belum mengeras lagi, jadi senang nak kuak buang.

Start kereta nak jalan tayar memusing. Maka tahulah wa bahawa wa kena jalan perlahan lahan. Keluar dari hospital, jalan jem. Wa pon tak berani nak pandu kereta pada kelajuan 100 batu sejam. Maka wa pandu <20 batu sejam je. Itu pon sebab wa lihat kereta lain pon pandu selaju itu sahaja. Licin beb, wa kata kat lu

Alhamdulillah wa selamat sampai di rumah. Wa parking kereta tepi jalan je sebab tak boleh masuk driveway rumah wa. Tayar mutar. Sampai rumah, Aiman sambut wa dengan kueh yang dia buat bersama mama dia hasil dari rancangan memasak tv dikelolakan oleh Gordon Ramsey. Erm sodap wa kata kat lu. Thak sangkha mereka terer membuatnya. Lepas ini boleh lah buat lagi. Disertakan photonya.



Prirng Portmeirion, £1 satu. Harga oder lain, tapi wa thak ambik oder ye tuan tuan dan puan puan.

Friday 18 December 2009

Saldju

Semalam sangat sejuk. Mentari bersinar terang. Wa phon buka semua langsir supaya sinaran mentari dapat menembusi ruang dalaman rumah wa. Dengan harapan, udara dalam rumah menjadi kurang lembab. Terkadang wa akan membuka tingkap agar aliran udara dalam rumah terasa sedikit segar

Anas tak ke sekolah hari ini kerana pening kepala. Jadi wa tak keseorangan hari ini di rumah. Lepas selesai azan menandakan masuknya waktu Asar, tiba tiba suasana yang cerah tadi bertukar menjadi gelap. Dalam hati wa berkata, eh tak kan cepat beno mentari tenggelam.

Sejurus setelah itu, Anas masuk ke dalam kamar wa. Dia kata "Papa snow turun kat luar"

Fahamlah wa bahawa keadaan yang gelap tadi disebabkan arakan salju memenuhi ruang udara Birmingham. Agak lebat. Permukaan bumi begitu cepat berubah menjadi hamparan putih. Wa suruh Anas hidupkan pemanas dalam rumah. Saat salju turun adalah sangat mengasyikkan. Berputar turun perlahan menyentuh permukaan.

Pengalaman ini sangat wa tunggu. Bukanlah sampai ke tahap mesti hingga wa akan meraung guling guling bawah meja jika wa tak dapat mengecapinya. Namun wa tak akan melepaskannya jika ia berlaku di depan mata.

Ia berlalu dalam masa 30 minit. Tak lah tebal sangat, tapi best gak. Saat seperti ini adalah sangat seronok jika berada di rumah dalam suasana yang hangat dek pemanas. Duduk di depan cermin besar menghadap back garden sembil menghirup secangkir kopi panas.

Namun ia juga dapat menimbulkan kesukaran kepada mereka yang berada di luar rumah. Telinga sakit, jari tangan sangat sakit. Tak kurang sukarnya kepada mereka yang sedang memandu. Terutama bagi mereka yang memandu kereta lama. Heater pula tak berfungsi. Seperti kereta Sharan wa ini. Titisan butiran air memenuhi ruang cermin sebelah dalam kereta wa. Wa pula tidak membawa kain lap.

Apa yang ada dalam kereta terpaksa wa gunakan. Termasuk kertas. Boleh nampak jalan tapi tak jelas. Perjalanan mesti diteruskan. Apa lagi memikirkan anak anak wa akan kesejukan di luar sekolah jika wa lewat menjemput mereka.

Alhamdulillah semuanya selamat. Demikian kesah penuh berharga wa kali ini. Nantikan cerita wa yang lain. Seperti biasa ia percuma. Itulah kelebihan wa, awwww ! ! !

Dzaaaa ! ! ! !

Sunday 13 December 2009

Jalan sama rata

Pengalaman wa memandu di banyak negara ini, awwww banyak gitew, mendedahkan wa kepada banyak jenis permukaan jalan raya. Wa rasa jalan raya paling rata patut dianugerahkan kepada Germany. Sama rata gitew. Tak rasa phon gegaran lambongan seperti lambongan lebuhraya NKVE. Bila wa tanya kepada kontraktor jalanraya maka mereka berkata bahawa permukaan di Germany itu rata ratanya mendatar dengan batuan yang mendukongnya keras dan tegap namun di Malaya kebanyakannya bertanah gambut. Awwwww ! ! !

Namun tuan tuan dan puan puan, autobahn (sama lah dengan highway, tapi bila sebut autibahn terus otak ingat Germany) di Germany termasuk dalam salah satu binaan terbaik di dalam dunia. Mengapa mereka jadi terbaik, amat mudah untuk kita telusuri. Lihat sahaja hasil kerja let say mercedes benz, kalau tak mau ambil contoh Audi (the finest German car), ia dibuat untuk tahan lama. Belum lagi bila melihat tahap rasuah dan teknologi yang mereka anuti serta lain lain faktor yang turut menyumbang kepada standard autobahn yang sangat tinggi tersebut

Bolehkah Malaysia menyamai taraf seperti autobahn? Jawabnya tentu boleh. Cuma bila melaksanakannya tu juga tentu boleh jadi boleh. You know what I mean khanz. Ala bukan tak pernah dengar kontraktor rumah kata kat lu all masa nak renovate rumah lu. Contohnya, ah tak payah letak besi penguat dalam simen tu, dah biasa buat macam tu, tak ada masalah pon. Dan banyak lagi lah kebolehan meng'otter' spesifikasi.

Wa kira jika Autobahn di German itu dibawa ke Malaysia pon ia tetap tak rata juga. Tapi apa kata kita cuba. Apa kata wokil rakyat Mersing Johor tarik satu autobahn dari Johor Baharu ke bandar indah dan permai Mersing. Make it as good as there is no speed limit on these road. Jadi kereta mewah Ferarri hinggalah Proton (Proton?) boleh lah uji ketangkasan mereka memandu melebihi 300 kmph ke, umphhh ! ! ! baru kick brader. Lagi pon senang sikit Pulau Tioman tu nak naik. Tak le dari dulu sampai sekarang dok macam tu gak, internet pon tak ado.

Owch, keluarga abang ipo wa dah selamat sampai ke bumi bertuah Malaya. Rindunya wa nak menjejak kaki ke Malaya. Kami di sini hari ini, me 'lay park' je dalam rumah. Nak keluo sojuk. Baik duduk dalam rumah, jimat minyak, jimat juga wang. wang ni kena jimat cik Kiah.

Saturday 12 December 2009

Keje sama rata

Dah terlanjur bercerita tentang banyak kerja ini, maka wa teringat pulak lah pada kerja sama rata ini. Di tempat kerja wa, Theatre Porter, ada dua bentuk pekerja. Pertama mereka yang diambil bekerja sebagai pekerja tetap, dan yang kedua pula adalah mereka yang tarafnya hanyalah sebagai pekerja separuh tetap, seperti wa ni lah

Dalam kontrak kerja, kedua dua bentuk pekerja ini melakukan semua pekerjaan secara saksama. Gaji juga sama. Cuma kelebihan pekerja tetap ini, mereka ada cuti tahunan, dan keadaan mereka ini lebih terjamin, sedangkan pekerja separa tetap atau di sini dipanggil 'bank staff' boleh di pecat bil abila masa.

Biasanya pekerja separa tetap ini, akan datang kerja bila dipanggil pada bila bila masa. Namun begitu pada kebanyakan masa, waktu bekerja mereka telah pon ditetapkan sebulan yang lalu. Gaji juga dibayar mengikut jumlah jam mereka bekerja. Sedangkan gaji pekerja tetap telah tetap setiap bulan. Owh ye, gaji pekerja separa tetap ini, dibayar setiap minggu. Ermmm best tu. Tiap minggu ada gaji.

Baru baru ini, tangga gaji kami telah dinaikkan. Oleh kerana kerja yang kami buat adalah sama, maka semua gaji pekerja di bahagian tersebut pon naik lah juga. Namun diberitakan bahawa adalah malang bagi pekerja separa tetap ini, bahawa gaji mereka tidak ikut naik sebagaimana gaji rakan rakan mereka pekerja tetap walaupon kejra yang dilakukan oleh mereka adalah sama, atau dalam banyak hal, pekerja separa tetap ini rata ratanya melakukan kerja yang jauh lebih banyak dari pekerja tetap. Biasalah khanz, gaji dah tetap keje banyak ke keje sikit ke, gaji sama sahaja.

Alasannya adalah kerana pekerja tetap sebab mereka adalah aset kepada majikan sedangkan pekerja separa tetap bukan aset, bila bila boleh ditendang. Walaupon dalam banyak hal pekerja separa tetap inilah yang jauh lebih boleh diharapkan, awwww ! ! ! Ini adalah satu realiti. Kena faham tu

Jika begitulah keadaannya, wa rasa di mana mana pon sama sahaja. Hatta di Malayasia sekalipon. ada penduduk Bumiputra dan non Bumiputra. Kontrak sosial mengatakan bahawa hak bumiputra adalah jelas, dan non bumipuutra pon jelas juga. Jangan ganggu hak bumiputra, kerana ia telah dipersetujui lama dulu.

Pon begitu wa sangat bersetuju dengan laungan hak sama rata sesetengah orang itu. Wa mahu 60% dari kekayaaan Malaysia ini diberikan kepada kaum Bumiputra kerana jumlah penduduk bumiputra adalah hampir atau pon lebih dari 60% penduduk Malaya. Bukan itu sahaja, bilangan mahasiswa di semua universiti juga mestilah 60%, pekerja di semua sektor termasuk swasta juga dalam 60%, jumlah rumah tak kira rumah setinggan, rumah pangsa, rumah teres, rumah bunglow, banggunan pejabat, hatta luas tanah kubur pon mestilah dalam peratusan yang setara antara satu sama lain. Jika Bumiputra tinggal di rumah setinggan, maka 40% non bumiputra juga mesti tinggal di setinggan.

Begitu jugalah bilangan kereta contohnya jika ada 100 kereta mercedes di Malaya, maka mesti dipastikan bahawa 60% pemilik kereta itu juga mestilah di kalangan bumiputra. Jika kereta moris minor masih ada di Malaya maka peratusannya juga mestilah sama rata juga.

Begitu jugalah dengan pemilikan saham dan kekayaan individu. Hah boleh terima tak? Jadi menteri menteri yang dipilih tu, termasuk semua wokil wokil rakyat, pikirkan tentang ini. Duit gaji tu biar berkat sikit. Jangan nanti orang kata makan gaji buto.

Senang ke susah kalau wa dan semua manusia di Malaya itu nak hak sama rata ini diimplimentasikan? Kalau nak sama rata baby, jangan ikut sedap perut lu je, yang sedap lu nak yang tak sedap lu lempar dan paksa kat orang lain untuk terima. Gunakanlah akal brader. Ikut nafsu BINASA.

P/s Moga Allah selamatkan kita di dunia dan Allah selamatkan kita di akhirat dan moga Allah selamatkan kita dari kejahatan manusia dan jinn dan dari tipu daya syaitan dan iblis. Amin ! ! !

Wednesday 9 December 2009

Banyak keje

Salam semua.

Pagi ini wa hantar anak anak wa dengan Sharan. Ternyata ok gak kete wa ni lepas hantar service. Memang enjin kete ni very smooth. Itulah kelebihan VW dan kereta made in Germany ni. Build for last.

Setiap Rabu Madeehah akan pulang sekolah awal jam 10:30 pagi. Sedangkan Aiman pulang jam 1:40 petang. Yang lain balik seperti biasa 3:15 petang. Maka sayugianyalah wa tak bekerja waktu pagi pada hari Rabu.

Pagi ini wa sibuk sikit. Sebabnya Madeehah ada persembahan di sekolahnya. Sejak minggu lepas lagi dia ada persembahan. Namun ia dibuka kepada para ibubapa pada 8 dan 9 Disember 09. Persembahan apa lagi, sempena nak cuti krismas lah tuan tuan dan puan puan.

Seluruh nursery dan Reception students terlibat. Ia adalah cerita tentang kelahiran Nabi Isa as menurut kepercayaan orang Kristian lah. Disertai nyanyian lagu lagu termasuk lagu Jinggle Bell. Madeehah berperanan sebagai angle. Maka kena pakai baju putih berlilit kepala.




Tu dia Madeehah.


Sebahagian dari kanak kanak nursery (3 tahun) dan reception (4 tahun) sedang beraksi



Keluarlah si pari pari. Entah la depa faham ke idok.


Menyanyilah mereka


My First Quran Story Book

Begitulah kehidupan kami di sini. Kita sebagai ibu bapa kena counter balik mengenai cerita cerita sebegini dengan anak anak di rumah. Kalau anak anak wa yang dah bersekolah agama (Aiman dan Anas) masa di Malaya dulu, tak jadi masalah sangat sebab mereka dah ada ilmu tentang para Nabi. Namun bagi yang belum didedahkan tentang kisah para Nabi termasuk Nabi Muhammad saw maka kita mesti bercerita kepada mereka menurut Islam.


Namun ngeri jugak masa awal awal dulu, wa takut Aiman dan Anas bersikap terlalu keras hingga memudaratkan bagi mempertahankan apa yang mereka percaya. Jika mereka jelas berkenaan surah Al Kafiroon bagi kamu agama kamu dan bagiku agama ku, maka keadaan menjadi kurang tegang. Yang penting mereka menghormati agama kita dan kita menghormati kepercayaan mereka. Sekolah anak wa ni tak begitu agama sangat, hingga tak perlulah ke gereja setiap minggu. Lagi pon ramai anak orang Islam hingga pentadbiran sekolah juga agak longgar dalam banyak perkara berkaitan kemaslahatan murid beragama Islam


Madeehah akan menyuruh wa membaca buku di atas sebelum dia tidur. Dua buku cerita Dora dan satu atau dua cerita dari Quran. Buku ini sebenarnya untuk mereka berumur 6-12 tahun. Tapi wa dedahkan sahaja pada Medeehah seawal mungkin. Dan dia pula sangat suka mendengarnya



Berikut adalah wajah wajah terbaru anak anak wa.

Aiman dengan spec barunya FREE dari specsaver. Wa kira kerajaan prihatin Britain lah yang bayo


Anas, dah khatam Quran





Maisarah dengan flute yang dipinjamkan oleh sekolah selama 6 bulan untuk kelas muziknya






Amir, saja je melaram cermin mata abangnya. Rambut dia tu mama dia yang gunting. Segak ke?






Dan Madeehah




Owh ye. Hari ini wa pergi ambil cermin mata Aiman di specsavers. Free untuk kanak kanak berumur di bawah 16 tahun. Wa beli gak la satu lagi untuk spare. 50% off designer spec bernilai £62.50. Dah lama dia mengadu spec lama dia makin tak nampak papan hitam di sekolah. Masa check Ahad lalu, power dia naik sikit.




Inilah kacamata spare yang wa beli tu. Jauh sungguh dengan spec yang ditawarkan oleh vission express dulu tu. Udahlah mahal nampak macam cikai je. Kalau yang beli pon macam cikai, lu tentu lah boleh bayangkan yang free nya bagaimana. After sales srvicenya pula, memang tahap mangkok hayun gaban bintang negtif kelima. Jadi wa sangat tak galakkan lu all pegi buat kaca mata di vision express ye.


Untuk pengetahuan Dr Manshor, barang yang lu kirim untuk wa beli dah pon wa terima hari ini. Insya Allah wa akan kirim ke Malaya secepat mungkin. Kalau abang Ipo wa kata ok, wa kirim pada dia. Dia balik Malaya sefamily pada hari Jumaat ini




Inilah barang tersebut, Cot. Wa harap betul lah ni.



Owh hampir terlupa wa akan satu lagi berita yang mendebarkan. Jam 12:30 tengahari tadi wa call MSL bertanyakan pasal kereta wa. Kete wa dah siap. Mereka ganti starter. £172.50 include VAT.
Daaaaaa ! ! !











Tuesday 8 December 2009

Kaitan bateri

Semalam tajuk blog wa adalah bateri kereta. Sesungguhnya wa tak tahu langsung mengapa wa menulis mengenai bateri kereta semalam. Lupakan.

Pagi tadi, selepas wa menghantar anak anak wa ke sekolah, menggunakan kereta merc itew, maka wa terus ke garage MOT iaitu JT Motors. Nombor teliponnya adalah +44 121 433 3536. Manalah tau kot kot orang luar negara nak call gak, maka +44 itu adalah kod UK. Jangan lupa dail +44 dari luar UK ye tuan tuan dan puan puan.

Wife wa drive Sharan tu ke garage setelah dia balik dari Sainsbury membeli barang dapur dan bekalan anak anak wa. Arrangementnya, lepas hantar Sharan ke garage wa akan hantar wife wa ke unibestinya menggunakan kereta satu lagi.

Lepas hantar kereta tu, wa cuba start kete merc tu, tak hidup pulak enginenya. Lalu wa call RAC. 45 minit baru sampai. Katanya kepada wa, mungkin bateri kereta wa kena ganti. Sebab lepas dia gode gode ignition tu dan buat jumper start, ok pulak. Owh, ini rupanya cerita semalan ye.

Kebetulan abang Wahab ada di JT Motor sebab beliau pon buat MOT untuk keretanya juga. Lalu wa bawa kereta wa itu ke JT lah sebab dah dekat. Cek punya cek, tak sampai 10 minit, dia kata ini bukan masalah bateri, tapi starternya brake or loose. Costnya hanyalah £249 sahaja. Awwwwwwww ! ! ! Udahle semalam wa dikhabarkan kemungkinan Sharan wa fail MOT dan kena baiki ekszoz sebanyak £250. Parak parak

Lalu wa talipon lah merc dealer kelas dua (sebab depa kata qualiti depa sama dealer tapi harga depa 50% lebih murah). MSL gerangan namanya. Mereka ini berkata, wa boleh pasang good quality second hand at £150. Maka ke sana lah apa lagi khanz, murah gitew.

Nak dijadikan cerita, sedolah wa bahawa wa kini tiada kereta. Dua dua kereta wa masuk garage. Nasib baik abang Wahab tumpangkan wa dan dihantarnya wa pulang ke rumah. Selamat sikit wa dah sampai rumah.

Namun masalah belum selesai baby. Anak anak wa macam mana nak ambik dari sekolah? Kebetulan isteri jiran wa tak keje sebab sedang sambung belajar, maka diberinya lah wa pinjam salah satu dari keretanya. Thanks S T dan Ifa. Hari ini, wa bawa 6 orang dalam kereta 5 seater. Alhamdulillah selamat kali ini, dalam dada wa berdoa agar tiada halangan semasa dalam perjalanan. Maklumlah, ia salah dalam peraturan Britain

Satu masalah selesai, timbul lagi satu masalah, jika wa tiada kereta esok, maka bagaimana wa boleh menghantar anak anak wa ke sekolah? Lalu wa call JT depa kata kereta wa dah siap. Alhamdulillah sekali lagi wa sangat bersyukur, kerana MOT kereta wa itu lulus, dan biaya keseluruhannya hanya £45 sahaja.

Tapi bagaimana wa nak ambik kereta tu lu all? Alhamdulillah, Shahrizal bermurah hati menghantar wa ke garage JT Motor tu. Jam 5:48 malam wa sampai garage, dah Isyak dah masa ni. Shahrizal akan berpindah ke Perth untuk sambung pelajarannya Januari nanti. Selamat belajar Shah.

At least, wa lega sebab wa ada kereta untuk bergerak esok. Debaran masih ada kerana wa masih tak tau bagaimana pula keadaan kereta wa yang satu lagi itu. Doakanlah kami agar segala urusan dunia dan urusan akhirat kami dipermudahkan Allah swt. Amin

Moral of the story, kita hidup saling bantu membantu. Bantulah selagi kita mampu. Kerana satu hari nanti pasti Allah akan menguji kita dengan perkara yang kita perlukan bantuan orang lain. Wa insaf gitew.

Daaaa ! ! !

Monday 7 December 2009

Bateri baru

Dua hari lepas, Dr H dan keluarganya bermalam di rumah wa. Mereka sampai ke London 3 November. Mereka bermalam di rumah wa sehari sahaja. Lepas itu mereka ke Coventry dan terus terbang ke Negara Swiss. Wa belum sampai lagi ke Negara Swiss ini. Sekarang ini adalah musim cuti sekolah di Malaya, sedangkan di sini cuti sekolah bermula 18 Dec 09

Semalam sedara wife wa datang lunch. Kami buat nasi dagang. Terlanjur dia dah ada ni, wife wa belajo masak khetup (har har har wa tewas dalam mengejanya. Tapi wa kira lu all fahamlah apa yang wa nak maksudkan khanz). Sebelum lu all tersasar jauh, ingin wa beritahukan kepada lu all, bahawa chefnya adalah si suami. Bagi wa, wa lebih rela mengaku tak reti memasak. Korang sikit khejo wa.

Bercerita mengenai memasak ini, wa dah download resepi memasak dari Jamie Oliver ke dalam iPhone wa. Bagi yang tak tau tu surf la di internet. Kalau di UK ini, dia adalah antara chef bergelar jutawan (duit) terkenal di sini setaraf dengan Gordon Ramsey. Resipinyo dah ado, tinggal cubo yo. Tapi kalau wa nak cubo, tentulah bilo wa sorang sorang. Kalau tak sedap, hanya wa sahaja yang tahu khan.

Har har har lagi, bila ingat Gordon Ramsry ini, wa lalu teringat Paris Hilton. Suwaktu ketika dahulu, beliau datang ke London, dan beliau makan di restoren Gordon Ramsey yang terkenal ini. Bila ditanya wartawan, tahukah dia, siapa Gordon Ramsey ini, dengan yakinnya, dia kata, Perdana Menteri Britain kan ! ! ! Awww jadi kalau lu tak kenal siapa Gordon Ramsey ini, jangan malu, sebab Paris Hilton phon thak kenal dia, you. Har har har. Cuma, endok ke lu disama tarafkan dengan Paris Hilton

Berbalik kepada bicara kereta pula, sejak bila pulak kat atas tu wa bicara kereta. Namun tak kisahlah, kereta VW Sharan wa seminggu lepas telah sakit. Wa dengo ada bunyi ketukan bawah kereta. Lalu wa pegilah ke rarage kereta yang wa kira ok lah. Mat Salleh tokeynya. Dulu wa selalu pegi garage Asia (Vietnam owner dia). Tapi wa tak sedap lah nak pegi sana lagi, udah le jauh dari rumah wa, sombong nya bukan main lagi. Tak boleh tanya sikit apa yang dia buat.

Lalu wa berpindah arah lah ke garage mat salleh ini. Ternyata ini bukan kali pertama wa ke sini. Dulu pon wa dah hantar kereta wa ke sini. Memang agak mahal, tapi wa kira berbaloi. Nak mahal pon tak le mahal sangat, bedanya kat sini mereka caj VAT (cukai kerajaan), kat Asia tu tak ado VAT. Haaa kalau ada orang report workshop ini tak bayo cukai, maka tutup kedai lah mamat V ini.

Kerja mat salleh ini sangat memuaskan, tak ada hengki pengki. Setuju harga baru dia buat. Tak setuju harga dia tak buat. Kena £110. Lepas tu wa hantar lagi untuk full service (£100), dah lebih 15k batu wa tak servis, sebab nak cari garage lain dari V itu le, tak jumpa jumpa. Cuma kalau di V tu regenya £70 je.

Hari ini, wa lihat MOT dah nak luput tarikh pada 19 Dec 09. Alamak ai, fulus lagi. MOT £35 jerrrr ! ! ! Tapi nak lulus MOT ni yang berderau darah. Maklumlah kete lama, dah lebih 10 tahun (13 tahun dah kete wa tu). Hadoi. Kereta ni wa bawa pegi keje, lepas tu kengkadang buat ambil anak anak wa pulang ke sekolah. Jadi mahu tak mahu, maintain je lah khanz. Yang penting keselamatan wa dan keluarga wa.

Maka esok wa akan hantar kete wa ni di garage. Lepas tu berdebar lah menunggu panggilan dari towkey tu nak konfirm harga.

Opps dah 4:25 petang. Wa dah ambil anak anak wa dari sekolah, wa dah mandikan Madeehah, dah suruh anak anak wa sholat asar dan maghrib, dah basuh baju, dah ganti baju keje wa, wife wa pon dah balik keje, maka wa pulaklah nak poie keje.

Dzaaa ! ! !
Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ