Monday 31 March 2008

Akhir bulan Mac 2008

Ini adalah road tax kereta wa. Sama macam gaya road tax kita zaman dahulu kala. Eh wa dapat banyak komen lah dari kengkawan wa tentang road tax Malaya ni. Melekat dan tak mau keluar lepas tamat tempoh. Ada baiknya gak guna yang macam ni ye. Cuma takut kena palsu pulak.



Road tax kereta wa mati hari ini. Kalau kat Malaysia kita bawa insuran ke pejabat post lah yang paling senang. Yang tak senangnya, kena gak bawa sekali insuran yang dah hidup, dan beratur panjanglah tuan tuan dan puan puan.





Kat sini pon masih lagi menggunakan cara kuno tersebut. Namun, wa tak guna cara itu, kerana, selain cara tersebut, ada juga menggunakan internet. Mungkin kat Malaya pon dah ada cara tersebut, wa pon tiadalah pengetahuan tentangnya. Jadi sebagai orang yang selalu efektif, wa guna cara yang tak payah nak keluar rumahlah khanz. Insurans pon beli guna internet.





Pertama wa dapat surat dari DVLA dua minggu sebelum road tax tamat, ni macam jabatan pengangkutan jalan di Malaya. Ada rujukan di situ. Jadi wa masukkan no rujukan tersebut dalam laman internet DVLA, semua data wa keluar, setelah itu mereka akan verify MOT (pemeriksaan kereta, macam puspakom, harap lu all masih ingat pelajaran lalu, kalau tak ingat, pelis ulangkaji ye), dan insuran wa secara online. Bila semua dah mantap, keluarlah page bayaran, ha bayo lah. Boleh bayo guna credit card, debit card atau paypal. GBP185, dah naik GBP5. Eii makin lama makin naik. Ikut ske dia je





Paypal pon boleh guna, cik Kiah. Paypal ni lah yang wa kata dulu tu. Ia adalah perantaraan bank kita dengan penerima bayaran. Ia membolehkan akaun kita tak dapat dilihat oleh si penerima bayaran. Wa dah dapat akaun paypal ni dan dah verify bank account minggu lepas, lega rasanya. Kat Malaya senang nak mohon perkhidmatan ini, cuma kat sini sukar bagi yang tak ada kerja, sebab kena buka akaun bank dulu. Sengsara gak kalau nak buka akaun kalau tak keje you.





Memula, masa wa buat bayaran, tergamam gak wa, sebab mereka kata, road tax akan diterima dalam masa 5 hari bekerja. Wa buat bayaran hari Khamis, 27 Mac 08. Maknanya tak sempatlah wa terima sebelum road tu tamat tempohnya. Maka tak berjalanlah kereta wa tersebut. Tapi tuan tuan dan puan puan, Hari Sabtu 29 Mac 08, wa terima road tax tu. Ha inilah yang wa respek sangat kat sini, mereka selalu menepati janji, malah kebiasaannya, jauh lebih awal dari apa yang mereka jangkakan. Wa pasti lu all masih ingat mengenai permohonan bank akaun wa suatu ketika dahulu





Hari ini adalah hari kelahiran adik wa yang no 3. Kalau wa lihat Y2K Jericho dalam WWE RAW, wa akan ingat dia. Kat sini kalau nak lihat WWE ni kena layari youtube, sebab cable tv wa tu semua yang free je. Idok le wa nak membazir duit yang sedikit ini untuk subscribe saluran sukan tu. Adik wa ni memang bertanggungjawab. Sejak dari kecik lagi dah nampak sifat tanggungjawabnya. Itulah hasil dari didikan kedua orang tua wa. Biasanya kalau birthday kami, dia lah orang pertama mengucapkannya tepat jam 12:01 AM. Namun kerana perbedaan waktu antara Malaya dan Eropah, wa terlambat ucap you. Tapi wa ucap jam 4:30 AM pagi tadi you. Pagi tu, awwwww.





Yeop, wa keje hari ni. Tepat jam 5:45 pagi kawan wa datang ambik di depan rumah. Semalam kami di UK ni telah mempercepatkan 1 jam pada waktu tempatan. Maka orang Asia ni terutama yang baru akan keliru lah. Jam 4:50 pagi kawan wa telepon, dia kata, wa tak keje ke? Wa kata kenapa? dia kata kita dah lambat ni, dah jam 5:50AM. Ei kawan wa ni memang nak cepat je. Orang buat PhD 3 tahun setenagh, dia nak buat 2 tahun setengah. Orang cepatkan jarum jam 1 angka, dia cepatkan 2 jam. Haru kami semua dibuatnya.





Lepas sholat subuh, wa dapat skype dari kawan wa, doktor pakar family medicine, USM. Ha ni satu lagi teknologi yang memudahkan kehidupan kita. Skype ni macam Yahoo messenger, boleh gak buat panggilan telepon antara dua komputer yang ada internet. Dapat lihat muka lagi, tentunya kalau ada webcam. Ai banyak term teknologi wa guna ni, ada gak pening mak cik makcik tu membacanya, hi hi hi layanz. Bagi yang tak tau tu, ambil tau lah perkembangan teknologi ni ye makcik makcik dan pakcik pakcik yang berada di seluruh dunia sekalian.


Dia kata, dia nak ke Venice malam ni, transit di Amsterdam. Ni adalah kelemahan kawan wa ni. Dah last minit baru nak bagitau. Namun wa ucapkan terima kasih gak lah pada dia, sebab dia bagitau. Kalau tak bagitau tu lagi naya. Dia ni best friend wa masa di MRSM dulu, kekal hingga kini. Kerjo dio berjalan luar negori yo. Seminar sana, konferen sini, meeting sana, meeting sini. Hai melepas laie den nak jumpo dio kali ini. Hi hi hi, lalu dio bagitau den, dio nak datang laie bulan Jun nanti, sabatical study 6 bulan di Sweden. Haaa bagus bona lah tu. Dapek gak den poie Sweden. Insya Allah.




Dia tanya tak payah bawa jaket tebal tak apa ke? Wa tanya dia berapa suhunya? Kat sini, faktor angin juga nak kena ambil kira. Suhu 8 derajat celsius, belum tentu rasanya 8, kalau ada angin kengkadang boleh mencecah 1 derajat celsius bang. Wa suggest kat dia, bawa jaket yang kalis hujan, mana tau, hujan kat pulau UK ni tak menentu. Wa rasa kat negeri bagian Venice tu pon sama gak keadaannya.





Wa tanya dia pasal keadaan politik semasa di Malaya. Haa bagus sangat soalan tu, apa lagi kena lecture lah wa. Kah kah kah. Wa harap dia akan jadi pemimpin Rakyat Malaya suatu hari nanti. Dia kata dia hensem, awwwwwwww ! ! ! wa tak mo komen ok.





Suatu ketika dahulu, wa pernah nak jual mineral water dari Malaya di UK ni. Namun, harga mineral water di UK ni murah. Evian 2L, GBP0.76, di coop mart. (2L ye bukan 1 L). Coop mart ni kira mahallah. Kalau kat kedai pak Paki, lagi murah. Wa rasa tak boleh nega lah kalau macam ni. Bayangkan berapa harga mineral water yang tak ada brand.





Maghrib masuk jam 7:41 petang. Sekarang 7:23PM. Keadaan di luar masih terang. Wa masih ingat lagi, waktu winter dulu, 4 petang dam malam. Nak kena tune balik siang panjang sekarang ni.







Gambar ini wa petik pada jam 7:25PM dari loft rumah wa. Wa minat dengan atap dan tingkap rumah ini




Long garden rumah wa dan rumah jiran wa. Rumah jiran wa ni cantek je. Kalau lu all masih ingat, pencuri yang masuk ke rumah jiran wa ni, masuk melalui satu lubang di belakang garden dia ni. Anak wa kata, kat rumah wa pon ada lubang gak.

Saturday 29 March 2008

Pelik

Semalam wa kata nak cari ilham mengenai rumah sewa baru, wa dah dapat ilham tu, Alhamdulillah. Kadang kadang apa yang kita suka itu belum tentu yang terbaik untuk kita. Wa sangat yakin dengan ilham ini, kerana ia adalah janji Allah kepada setiap hanbaNya. Adalah suatu yang merugikan bagi anak Adam yang ingin membuat suatu keputusan tanpa SHOLAT ISTIKHARAH. Lu buat, Insya Allah lu akan diberi panduan. Ada ketikanya, ia sekelip mata, ada kalanya ia memakan masa bertahun tahun untuk kita mengetahuinya. Wa tak jadi pindah ! ! !




Dalam kehidupan kita ada banyak perkara yang akan terjadi kepada kita, ada yang besar ada yang kecil. Masalah perkahwinan adalah suatu yang besar dalam kehidupan hamba Allah. Kerana tanggunjawabnya sangat besar. Tahniah kepada mereka yang sanggup menanggung tanggungjawab tersebut. Kerana tak semua orang sanggup memikulnya.




Ada beribu ribu alasan untuk tidak berkahwin, ada beribu alasan juga untuk berkahwin. Lebih ribu ribu lagi alasan untuk berpisah. Keputusan yang berat ini sebaiknyalah didahului dengan mendapat panduan. Dan panduan yang terbaik dan tak pernah silap adalah ilham dari Allah swt




Dalam mengakhiri alam perkahwinan, jika kita dahulunya tidak sempat memulakannya dengan ISTIKHARAH, maka sekurang kurangnya akhirinyalah dengan ISTIKHARAH. Wa tak pernah terfikir ia akan terjadi, namun ia telah pon memasuki fasa yang tak boleh di undur lagi. Kawan wa membuat keputusan yang sangat memeranjatkan kami semua, si isteri memohon CERAI dari suami dan anak anak nya. Maknanya dia tak perlu lagi suami dan anak anaknya



Itu adalah masalah mereka, wa tak mau campur, cuma, wa sebak. Wa sungguh tak menyangka. Wa terbayang wajah 3 orang anak anak mereka yang masih kecil. Wa selalu dengar kisah lelaki kawin dua, atau lelaki ceraikan isteri, namun kes isteri minta cerai ini, wa jarang ambil tau, kerana ia adalah langka.




Seorang wanita jarang menidakkan anak anak yang mereka kandungi. Mereka memiliki kekuatan untuk menerima kekurangan orang lain melebihi apa yang boleh diterima oleh lelaki. Namun, wa tak tau mengapa ada ketikanya mereka boleh melupakan semuanya.


Friday 28 March 2008

Interview

Kebiasaan wa pada hari Jumaat adalah berbagi keuntungan, namun Jumaat kali ini, tiada pembahagian. Sebab tiada bisnis. Sepatutnya wa dapat gaji, tapi gaji pon tak masuk lagi. Sepanjang minggu lalu, suhu sangat sejuk. Cuaca selalu mendung diselang seli dengan salji dan angin yang agak kencang. Maka wa tak berniaga di car boot sale.

Khamis lalu wa dapat surat mengatakan wa bekerja di South Birmmingham College. Dengan itu, wa telepon jobcentreplus untuk memohon National Insurance Number. Terus dapat appointment untuk interview pada hari ini

Sebelum wa berangkat ke tempat temuduga, wa dapat satu surat, dari NHS. Wa telah dipanggil temuduga untuk jawatan porter yang wa ceta pada catatan lalu. Alhamdulillah. Tarikhnya pada 3 April jam 2:35 ptg.





Inilah jobcentreplus tu. Wa dilayan dengan sangat profesional sejak melangkah kaki di pintu masuk kat depan tu.


Pergilah wa ke temuduga tersebut. Wa takut juga. Inilah pertama kali wa ditemuduga semula. Kali pertama 11 tahun lalu sewaktu wa nak daftar kerja. Wa berdoa memohon pertolongan Allah agar semuanya lancar.


Ya Allah aku pergi ini adalah untuk mencari rezeki halal Ya Allah, untuk menyara diri dan keluarga aku serta kedua orang tua ku Ya Allah, untuk mendapat keredhaan Mu Ya Allah. Ya Allah aku lemah Ya Allah, mudahkanlah segala urusanku, selamatkanlah kami dari kejahatan manusia dan jin dan selamatkan kami dari tipu daya syaitan dan iblis.

Wa baca Allah humma Rabbi Yassir hingga habis, Al Fatihah dan Ayat Qursi. Inilah juga doa wa setiap kali wa menghantar makanan ke surau universiti. Wa benar benar mengharap pertolongan Allah swt.

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Insya Allah 2 minggu lagi wa dapat nombor NI ni. Banyak benda boleh wa lakukan dengan adanya NI number. Nak buka bisnis pon kena ada NI number.

NHS pula, kerja kerajaan. Sama macam kerja dengan city council. Kadang kadang ada bonus pada awal tahun.

Petang tu, wa singgah kat satu rumah sewa ni. Anak anak wa berlari terus ke taman, yelah khanz dah berbulan tak pegi taman.

Memula deal dengan agen, muka macam Paki, tapi dia kata "I'm British" ahaks, dalam qalbu wa berkata, tak nampak pon. Dia ni strict giler. Wa bukan suka sangat dengan orang yang strict sangat ni. Ala, peraturan manusia yang buat, kalau namanya manusia, pasti boleh di"oter". Tak boleh kot ni, kita buat kot tu. Sewa GBP695 tak boleh tawar. Ei rimas I dibuatnya, you, tak kose ! ! !

Lalu wa pon blah ke Latif, (Mydin, cik Kiah). Dah lama gak wa tak ke sini. Tak ada beli apa, hanya selimut Maisarah dan mama dia sahaja. Murah. Dalam perjalanan junuh mikir, apa kelebihan rumah tu berbanding rumah wa sekarang ni. Ternyata rumah tu kelebihannya dari segi jaraknya ke sekolah anak anak wa, ada taman lagi, hi hi hi. Beso sama, cuma kekurangannya unfurnished, dapur kecik, bilik air satu kat atas.

Balik dari Latif, wa singgah lagi kat rumah tu, owner dia ada. Tadi pon owner dia ada, tapi agent tu tak kasi wa deal ngan owner. Hah apa lagi, macam macam ayat wa keluar. Owner tu tanya berapa agent tu bagi wa, dia pulak kata mahal, tak payah lah deal dengan agent tu. awwww ! ! ! Esok dia akan telepon wa, bagitau sewa berapa. Dia kata memang dia nak tambah satu bilik air (boleh mandi) kat bawah dan besarkan dapur tu.

Harap dia tak tipu wa. Masalahnya kalau wa nak keluar dari rumah wa sekarang ni, wa breach contract. Bukan hanya dia tak bayar deposit, malah wa pulak kena cari pengganti. Naya. Apa apa pon, kita tunggu lah ilham ye. Insya Allah dapat yang terbaik.




Taman depan rumah




Master bed room




Long garden, tapi idok le se long garden rumah wa sekarang ni




Living


Dining



Lepas maghrib, wa mengumpul barang car boot sale lagi. Kali ni tv sharp 14 inchi dan video player. Kedua duanya elok lagi. Tapi bagi wa dah outdated lah. Lu all nak tau tak, kat car boot sale masih ada lagi mat salleh beli video kaset yang gedabak tu. Haa maknanya pasaran untuk video player ni masih ada you.



Lepas ni kalau wa jadi pindah, maka wa akan jadi makin aktif di freecycle lah gamoknya. Terpaksalah pulak memenuhkan rumah kosong itew.



Eh dah 1:30 pagi, esok cuaca diramalkan elok, maka wa nak pegi keje lah. Ke Bassetts Pole kita. Daaaaa ! ! !

Thursday 27 March 2008

UK yang muram





UK yang muram. Perjalananku masih jauh. Eh kejap je, pejam celik pejam celik dah hampir 6 bulan wa di sini. Cantik gak kesuraman UK ni ye



Lama gak wa cuti Easter. Kalau kerja tetap ni, wa dapat cuti 14 hari setahun. Bila ada cuti macam ni, Easter ke, Summer ke, Winter ke, gaji kita tetap jalan. Kalau part time pula, tada keje tada gaji.

Cuti wa lama, 5 hari. Start Jumaat lepas, hingga Selasa. Maka semalam, Rabu wa start keje balik. Argh ! ! ! malasnya nak pegi keje, pagi pulak tu, 5:45 AM dah keluar rumah. Sekarang ni di Birmingham, 5:45 pagi tu dah cerah.

Setiap pagi, bangun tido, kita ada dua pilihan, bangun dan sambung balik mimpi atau bangun dan mengejar mimpi. Maka wa pilih mengejar mimpi lah, lagi berfaedah. Ia memberi wa semangat nak pegi keje, cuma jangan lupa niat kerana Allah swt, dapat pahala. Tapi...., apa dia mimpi yang nak di kejo tu Yeop? A ah ek, apa dia? Jadi wa set mimpi wa


1. wa nak bawa balik GBP100k dalam masa 3 tahun, maklum hutang banyak.
2. Wa nak bebas hutang.
3. wa nak bawa balik mercedes c class model baru




Haaa cukuplah tiga sebagai pemacu wa. Orang kata kalau kita set mimpi kita tinggi, kemungkinan kita akan mengecapi sebahagiannya. Namun jika mimpi kita itu rendah, kemungkinan yang akan kita perolehi lebih rendah lagi. Sama sama kita lihat nanti, takat mana mimpi wa tercapai


Inilah tempat kerja wa. Kolej Kontraktor, Solihull. Wa dapat tingkat dua, tak sekotor tingkat bawah, tempat praktikal kerja kerja kontraktor tu. Berabuk, berdebu, kotor. Setiap pagi, tugas kami mesti bersih, no excuse.




Tempat keje wa ni, hampir semua cleaner Melayu bertauliah. Wa pon tak tau kenapa Melayu ni suka sangat keje cleaner ni di sini. Penat ooooo. Lalu wa tanya lah mereka. Mereka kata, keje kat sini adalah batu loncatan untuk mereka mendapatkan National Insurans Number. Tempat ni adalah antara beberapa tempat keje yang tak perlukan NI number. Jadi lepas keje di sini, bolehlah kita apply NI number ni.


Ceta ni macam ceta ayam dan telo. Siapa dulu, ayam ka, telur ka? Bila nak keje depa nak NI number, bila nak apply NI number, depa nak surat keje. Kan susah tu. Wa pon oooo sahajalah. Lagipon kebanyakan mereka ni adalah student. Keje tak boleh lebih 20 jam seminggu. Kalau lebih, deport ye tuan tuan dan puan puan, hantar balik 24 hours. Naya wa cakap lu. Jadi pilihan mereka tak banyak

Kes wa pulak, denpenden, jadi wa boleh keje berapa banyak jam yang wa larat dalam seminggu. Kawan wa sms, dia ni selalu bagi wa tips kehidupan di UK ni, dulu dia (kalau tak silap wa) belajar di Leeds, tak pon Liverpool. Dia sms kata dia happy wa dah keje, awww syahdu you. Dia kata dengan duit keje cleaner lah dia bawa balik Mercedes.

WWWHAT ? MERCEDES ??? Wa pon nak buat macam dia, hi hi hi. Ekceli, hampir semua post grad akan bawa balik kereta dari sini. Tak semestinya Mercedes. Tapi yang popular tu Mercedes lah. Best sangatkah Mercedes ni?. Jiran wa masa di Malaysia, bawa balik Toyota Lucida.


Jap, cuba bayangkan tuan tuan dan puan puan, cleaner pakai Mercedes. Zaman bilakah ia akan terjadi di Malaya? Yang wa tau, Bangla yang jadi cleaner di Malaya ada banglo di Bangla (eh dekat dekat je bunyinya). Nampak macam sama je keadaannya. Mungkinkah ada kesamaan. Apakah persamaan tersebut? JOM kita redah. Tapi lu redah sendiri sendiri lah.

Eh ternyata, blog ni boleh menghubungkan kita dengan kawan lama. Pintar gak lah mereka membau blog wa ni. Hanya yang tau wa dengan baik sahaja akan dapat mencium bau wa di sini. Gambo wa pon tak ada. Namun gesaan untuk meletakkan gambo wa di sini, terpaksalah wa menolaknya, jadi macam Pak Lah jap. Wa belum bersedia. Belum dapat ilham

Gamoknya, BN baru tau ke pasal kuasa blog ni? Alhamdulillah akhirnya nak jugak mereka dengo cakap akar umbi. Yelah khanz, kalau kita duduk dalam rumah, mana kita tau rumah dah nak runtuh. Keluar lah baby, lihat rumah dari luar. Kalau keluar rumah tapi lihat benda lain, tak akan nampak gak rumah dah goyah, syork sendiri sahajalah yang dapat. Masalah satu lagi, kalau pon dah nampak, cakap sahaja tak guna Pak Mat, bek ki la cecepat. Kalau susah sangat, runtuhkan sahaja, ganti baru. Cuma, tentulah Pak Mat kena guna biaya yang beso

Wa banyak terima email. Terutama dari mereka yang pernah belajar di UK ini. Ia penuh dengan pelbagai saranan dan gesaan berdasarkan pengalaman mereka. Wa amat berterima kasih atas segala respon tersebut. Keadaan ini akan menjadikan kehidupan wa di UK yang muram ini bertambah warna warni lagi. Aww syahdu. (Sahaja jek kata muram, agar lu all yang tak pernah datang UK ni tak ralat sangat belum sempat datang). Kalau lu all nak tau, lu datang lah kat sini. Psssstttttttt ! ! ! Wa dapat tau, banyak universiti dah tak hantar student ke UK lagi. Mereka hantar ke Australia dan New Zealand je. Benarkah?

Dulu wife wa dapat tawaran ke Australia. Kami pon memang dah suka gak masa tu, maklum, tak kenal maka tak cinta. Sebelum lawatan kami ke Brisbane tahun 2004, wa sangat scaptikal mengenai Australia ni. Terutama masalah perkauman. Tapi Australia ok beb. Rakyat dia peramah. Cuma ... kat sana belanja sekolah anak anak wa di negeri bahagian Brisbane, 5000 Ausie seorang you, 4 x 5000 = 20000 Ausie setahun, mak ai, tak jadilah.





Aiman dan Anas, South Bank Brisbane Australia, 2004. Hari ni adalah hari terakhir kami di sini. Malam ni balik KL. Baju dan seluar mereka ni dah tak ada yang bersih lagi. Sarung saja lah apa yang ada. Panasnya kat sini, menyengat. Anas jadi makin gelap





Masih kah kau ingat ...






Ini pulak nama baru bagi Kolej ni. Sekarang ni hampir semua Universiti kat Birmingham nak guna nama Birmingham. Hingga menyebabkan orang Uni Birmingham agak tak berapa suka. Ia menyebabkan orang konfius dan menyamakannya dengan universiti tersohor di Birmingham, BIRMINGHAM UNIVERSITY.



Wa ingat dah tak dapat lagi tawaran tu. Alhamdulillah, dapat pulak ke UK ni. Itu pon nasib baik wife wa pandai belajo, kalau idok, tak meraso la den kerjo kek sini. Lu all pon tak merasolah baco cerito den ni. Harapan Den nak dokek kan laie memori lu all kek tempat dulu dulu lu all ni. Bagi yang baru dengan tempat ni, dapat lah gak buek pembuko minda. Itupon kalau sudi, kalau tak, den pedulik haper.
Tapi kan lu all, yang lebih penting lagi, blog ni adalah dairi kita. Kalau tak, kita lupa semua ni. Udah le kita lupa, keturunan kita langsung tak tau kehidupan kita. Sekurang kurangnya, dapat gak mereka jadikan pedoman. Kalau bukan pedoman yang baik, pedoman yang tak baik pon pedoman gak tu. Ha janganlah ikut benda yang tak baik, khanz.

Tuesday 25 March 2008

Nottingham

Wa hantar Mak dan Bak ke Preston semalam naik Virgin Train. Cantik kereta api ni. Selesa pulak tu. Tambang mahal sikitlah dari bas. Bas ni kalau kena waktu sesuai GBP1 je cik Kiah. Anyway, brothers and sisters, you also can have a cheap train tickets if you buy the tickets way ahead before your journey. In this case, you need a neat plan. The same goes on plane tickets. Unbelieveable I tell you. But you have to believe it, if not, I think I can't believe you

We plan to go Warwick Castle after sending Mak and Bak to the train station. But .. the weather was not good. Wintery shower. Jadi kami redhooo je duduk kat dalam rumah. Tiba tiba, wife wa bagi idea nak pegi rumah kawan di NOTTINGHAM. Ala tempat asal Robin Hood. Ada Sherwood Forrest, ada Nottingham castle dan banyak lagi lah.




Pemandangan di dalam perjalanan ke Nottingham. Rumput dia hijau mengancam you. Banyak bukit bukau sejauh mata memandang


Maka kami pon bertolak ke sana. 1 jam perjalanan. Terkadang ada snow turun, kadang lebat kadang cool je snow tu turun. Trafik agak heavy, banyak caravan atas motorway. Wa rasa memang Nottingham ni tempat menarik untuk bercamping dan sesedara dengannya. Memang pemandangannya agak menarik. Rumah banglow sebijik atau dua diselang seli bukit bukau dan padang rumput hijau menawan yang luas, ada biri biri, ada kuda yang berbaju, dan tak berbaju. Eh tak sejuk ke kuda kuda tu.


Wa drive tak laju, 70-80 mph je, lebih kurang 120-130 kmph, ooopsss tak perasan lah baby, wa terkadang masih lagi ingat wa bawa 80 kmph je. Kat sini mereka guna mph. Jadi wa rasa macam tak laju. Eiii bahaya cik Kiah. Alhamdulillah wa selamat. Tapi kan cik Kiah, kalau wa bawa slow di atas motorway, lori akan hon wa atau tak pon depa akan flesh light. Oi lagi wa gelabah

Perjalanannya tak le jauh sangat, Namun wa sempat gak lah mengantuk. Bukan pasal apa, penatlah baby. Wa rasa penat keje mencuci tandas tu tak habis habis lagi. Tu dah makan arcoxia tu.


Masa awal bertolak, minyak dah kat paras merah. Wa jalan terus je. Kat Birmingham harga minyak GBP105 -107 pergelen. Sampai di Nottingham, wa lihat Shell jual GBP103 per gelen. Hi hi hi jimat jimat. Pada hal 2 pence sahaja. Begitulah kehidupan orang tak banyak duit di UK ni. Huk huk huk maknanya, kalau nak sesuatu tu tak bolehlah nak jam tu gak. Kena buat analisis berminggu minggu lamanya, awwwww sakit ! ! ! Eh idok le teman. Wa ceta je, tapi mungkin juga ada kebenarannya

Rumah kawan ni kat area white. Jadi bersihlah kawasannya. Peaceful je. Dekat dengan uni Nottingham. Sewa pon tak lah murah gitew. 2 bilik unfurnish GBP450. Menurutnya kalau di area abang Paki, dia boleh dapat rumah 5 bilik dengan ssewa sebegitu. Cuma jauh dari Uni.





Ini adalah taman permainan dalam universiti of Nottingham



Yaa Ampun tuan tuan dan puan puan, sejuknya, sakit jari wa, tapi belum sampai tahap sakit telinga. Buka sahaja pintu terbau masakan Malaya. Apa lagi, makan, kari ikan tenggiri. Kat sini rupanya nama dia King Fish. Patutla wa tak jumpa tenggiri kat Birmingham, sebab wa tak tau apa nama dia. Tapi khanz, bukan senang nak makan ikan kat sini. Kena ada pound lebih baru boleh nak rapat kat fisherman stall. Wa berazam untuk bekerja keras sikit lagi agar ia bukan lagi menjadi penghalang untuk kami makan ikan di UK ni. Awww ! ! !

Kebanyakan rakyat Malaya yang nak tambang murah kapal terbang, akan ke East Midlands Airport. Kat sini pilihan negara tujuan jauh lebih banyak dari di Birmingham International Airport. 50p per trip pon ada you. Cuma airport tax je mahal.

Dulu back in 2001 masa wa melawat SN di Bristol, wa dibawa ke Swindon factory outlet. Rupanya dia ada chain of factory outlet seluruh UK and Eire. Salah satunya kat Nottingham ni lah. Dulu wa pergi Cheshire Oak dengan Dol. Rupa tempat ni sama sahaja. Namun wa lebih suka di sini, sebab banyak kedai, dan store arrangement nya agak menarik hingga kita tak rasa penat berjalan. Ha ni penting untuk mereka yang nak design factory outlet ye, buat tempat tu nampak macam kecik, walaupon beso. Swindon kalau tak silap wa indoor.







East Midlands Designer Outlet. Khemah kat depan tu boleh memuatkan 12 orang, kira ada 4 bilik lah



Masa wa ke factory outlet di Pittsburgh USA dulu, memang wa rasa penat berjalan, nasib baik barang kat situ memang sangat murah, jadi tak rasa lah penat tu. Lepas satu satu murah. Siap je la paman sam. Kalau kat Malaya please janganlah buat macam ni. PELUH you. Eh, kat Bandung ada satu factory outlet yang sangat berjaya, RUMAH MODE. Mengapa kat Malaya tak ada satu factory outlet yang menarik ye. Menarik ni didefinasikan sebagai harga murah dengan suasana membeli yang kelas gitew, ye keonglomerat semua. Kalau menarik tapi harga mahal, wa yakin lu bungkus. Sebab tak sesuai dengan nama factory outlet. Kalau nak mahal lebih baik lu buat untuk celebrity butique. Memang sah mahal


Hi hi hi jauh lencong cik Kiah. Wife wa beli periuk nasi tefal dan set of tefal pans. Memula wa terkejut gak, alamak banyaknya, namun setelah dia definasikan beliannya itu untuk keperluan perniagaan nasi wa yang , ehem dah semakin bagus ni, maka wa terlihatlah bahawa wang untuk belian tu datangnya dari bisnis, awww, ok lah. Wa pon cool down gitew.


Ha ..... lainnn, tuan tuan dan puan puan, kalau kita belanja guna duit bisnis ni. You know why? Sebab duit yang kita belanja tu, Insya Allah akan datang semula kepada kita. Kalau lu all tak faham, lu duduk senyap senyap, dan pikior kembali, slow and steady.

Nak lencong kejap. Maisarah belajar membaca di sekolah guna phonetic huruf. Satu hari dia sebut, "ke nif". Kah kah kah, serious wa tak tau beb. Wa ingat memang vocab wa kureng. Rupanya dia nak pisau, knife. Semua ketawa, Aiman tambah lagi, kenii, kenait (knee, knight)








Perjalanan menuju Nottingham Castle. Bersih bandar dia ni dan tak sesibuk Birmingham, apa lagi berbanding London


Knight .... wa pegi Nottingham Castle. Ada patung Robin Hood. Kami tak dapat masuk sebab waktu tu dah tutup. Orang yang paling keciwa adalah Aiman, sebab dia tahu banyak perkara tentang Nottingham ni dan dia memang nak lihat sendiri. Cian dia, merajuk youuu. Wa kata kat dia, pertama papa tak sempat sampai sebelum waktu dia tutup. Kedua, nak masuk guna pound. Papa tak cukup pound. N lah yang wa malas nak jalan ni, pegi situ tak boleh pegi sini tak boleh. Alasannya pound tak sempat dapat. Sedih la.










Depan Tugu Robin Hood. Memula Anas tanya wa, Robin Hood tu beso ke. Wa kata beso macam tu lah, tapi setelah wa telek telek gambo ni, wa rasa tak lah sebeso ni. Aiman kata Robin Hood ni gemok






Aiman sedang menerangkan kepada hadirin tentang gambo ni, tapi terencat bila wa nak ambil gambo dia. Lihatlah betapa antusiasnya para hadirin tu







Tudor house tu adalah tempat penghasilan lace pertama di Nottingham. Tapi dah tutup masa wa sampai, jadi tak merasalah wa lihat pembuatan lace tu. Kaum bapa, lace ni langsir putih tipis tu



Inilah dinding istana Nottingham. Tak cantik pon. Tapi dalam dia memang canthek. Wa cuma dapat lihat dari pintu pagar je, sebab dah tutup. Malangnya camera wa dah habis bateri, jadi ia terakam dalam kepala wa je. Sori ye adek adek sekalian. Tak apa, tak lari gunung dikejo. Bila adek adek datang sini, adek adek bolehlah pukul gambo secukup rasa

Sunday 23 March 2008

Salju


Semalam wa pergi Bassetts Pole dan berniaga. Ramalan kaji cuaca mengatakan cuaca mendung. Tapi wa pergi juga sebab dah prepare dari awal. Wa juga bawa beberapa barangan yang wa perolehi dari freecycle.


Memula cuaca agak mendung, tapi bila nak sampai dah cerah. Nampak orang ramai juga, namun booter tak berapa ramai. Leih kurang 1 jam setengah setelah itu, wa lihat semakin banyak booters berkemas dan meninggalkan car boot. Salji mula turun sedikit demi sedikit dan semakin menebal. Angin yang kencang membuatkan telinga dan jari tangan wa sakit akibat suhu yang sejuk.






Line putih tu tempat car booter park kereta mereka. Saat ini, dah ramai yang meninggalkan kawasan ini. Sejuk giler.





Wa pon dah start pack barang wa. Tapi nasib baik teringat nak ambil gambo. Bak post depan karipap







Ni antara pelanggan terakhir wa sebelum kami beredar dalam jam 10:45 pagi




Masa wa dah nak pack, wa lihat 2 keluarga Malaya (kawan wa) sampai. Lepas tu wa balik rumah. Ada gak booter yang tinggalkan sahaja barangan mereka. Memang biasalah, kalau kita pergi waktu nak akhir akhir kita akan selalu dapat barangan free. Tapi kalau nak barangan yang baik, datang cepatlah ye tuan tuan dan puan puan. Bak beli serumpun barangan macam ni, GBP2. Memula wa nak jual balik hari ini, tapi bila dah balik, dan dicuci icuci, eh lawa pulak. Kasut adidas, la coste, crocodile, macam baru gitew.




Ha wa teringat sesuatu, sekarang ni kilang Bally di Norwich (baca Norich) dah tutup ye Dato dato dan datin datin sekalian. Maka ia bukan lagi jadi tumpuan pembeli terkenal Malaya. Dulu ada 4 kedai jual kasut Bally ni di sepanjang Oxford Street London. Kini, tiada satu pon kedai itu beroperasi lagi, dah tutup lah tu cik Kiah. Bulan Dec lalu, kawan wa, Dato' MZ, pon puas mencari sepanjang Oxford Street London. Tak jumpa. Dia datang ngan family dia. Nginap di rumah wa. Hui bestlah masa Dato dan datin ada kat rumah wa. Hi hi hi, bila nak datang lagi? Kat Eropah ni, yang mahalnya tempat nginap dan makanan. Kalau dua benda ni dapat kautim, lega bona rasonyo.




Dalam perjalanan pulang ke rumah, cuaca berubah jadi cerah dan matahari bersinar seolah tiada apa apa berlaku sebelum itu. Sebab itu wa pernah kata dulu, cuaca di UK ini unexpected.




Sesampai wa ke rumah, turun lagi salji. Maka kami yang jarang melihat salji ini pon duduklah di tingkap melihat keluar. Sepoi angin sejuk menerobos masuk menerusi celah tingkap yang getahnya tak bergetah lagi. Tingkap kat sini double glaze. Ada ruang udara yang trap udara di tengah antara dua cermin tu. Jadi kuranglah sikit sojuknya. Kalau rumah yang single glaze ni murahlah sikit sewanya. Tapi bil api dan gas naik lah pulak, sebab pakai banyak. Lagi pon rumah yang double glaze ni relatifnya rumah baru dan di kawasan yang agak kaw kaw punya. Haa lu all pilih lah nak duduk kawasan kaw kaw, sewa mahal, atau nak duduk kaw yang tak kaw kaw, tapi sewa murah. Wa dah jenuh mikior, lebih baik lah wa duduk di kawasan kaw kaw. Lu all wa tak tau lah khanz. Tapi wa dah bagi hint ni.



Hari ini, salji turun sejak jam 5 pagi. Agak tebal. Bolehlah bergambar lagi.





Ini kereta wa

Dulu, bila wa pergi mencuci kereta, SNOW WASH you. Mereka akan pancut buih kat atas kereta, bila dah putih kereta tu, wa pon bayangkan macam snow. Beranganlah. Lu all pon boleh berangan macam tu. Mana tau lu, angan lu akan menjadi realiti. Ha jangan lupa berangan ye.



Ini pula kereta isteri jiran wa

Bercerita tentang jiran wa pula. Mereka ni wa rasa jiran yang baik. beberapa hari nan lalu, alarm rumah wa berbunyi. Masa tu wa tiada di rumah. Yang ada hanyalah Mak, Madeehah, Aiman dan Anas. Maka Mak pon panggillah jiran wa ni. Dia cuba atasi tapi tak berjaya, namun dia tunggu hingga wa pulang ke rumah dan ceritakan apa yang telah cuba dia lakukan. Agen sewa wa akhirnya panggil engineer dia (engineer you) tutup alarm tu. Wa pon tak tau sebabnya alarm tu berbunyi

Khamis lalu, rumah jiran wa dimasuki pencuri. Dia kehilangan laptop dan 2 botol susu segar. Dia datang rumah wa beritahu kejadian dan suruh berhati hati. Pertama kali dalam dairy wa selama wa berada di UK ni wa rasa kurang aman.

Malam tadi wa ke rumah sorang Ustaz, kenalan wa yang tinggal berhampiran. Wa beritahu kejadian. Dia kata pagar dengan ayat Quran. Wa just tanya, boleh tak kita pagarkan rumah jiran kita sekali, tapi dia christian? hi hi hi idok le kata ustaz tu sebab dalam rumah dia ada salib dan kepercayaan lain. ooooo gitew ... wa mengangguk

Bapa sedara sepupu wa datang London hari ini, tiba jam 5 petang. Mak mertua adik ipo wa pon ada di London, semalam sampai. Dia ada mesyuarat di Islamic Relief. Setahun 4 kali dia mesyuarat di sini. Mak dan Bak nak ke Preston lagi esok. Tiket beli online. Senang khanz. Ni musim cuti. Maka hampir semua kawan wa berjalan jauh, ada yang keutara, ada yang ke selatan. Wa ... pound tak cukup lagi. maka wa di Birmingham je lah. Lagi pon cuaca tak berapa elok. Cuma Insya Allah wa nak ke Warwick Castle (sebut Warik). Dekat je dari Birmingham, 27 minit.

Friday 21 March 2008

Lagu Melayu

Lagu ni wa nyanyi setiap minggu di perhimpunan dalam dewan MRSM Muar. Bergema dewan, meremang bulu roma. Saat tersebut, wa dah nampak apa yang dikhuatiri penulis lagu. Namun kekhuatiran tersebut makin menjadi jadi tahun demi tahun. Masih ingatkah lu all akan lagu tersebut?




Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang


Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap diarus zaman


Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ketangan yang lain
Peribumi merintih sendiri


Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang


Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri


Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah dinusantara




....

Semalam wa tak hantar anak anak wa ke sekolah. Sebab wa lihat kalender sekolah kata 20th Mar school closes. Jadi wa rasa lega sangat. Balik keje boleh lepak lama sikit, mandi, sarapan dan hantar wife wa ke universiti.

10 pagi kawan wa minta teman dia buat MOT untuk kereta beliau. MOT ni macam PUSPAKOM lah. Bagus MOT ni. Cuma, kawan wa kata PUSPAKOM ni bagus, tapi banyak sangat rasuah. Awwwww lu all tak terkedu ke. Sebenarnya kat Malaya tu semua perkara bagus, yang tak bagusnya pelaksanaannya. Lu all tak pelik ke? Kalau lu all tak pelik, wa jadi pelik

Siap je MOT teman wa, wa dapat call dari sekolah anak anak wa. Secretary sekolah tanya wa, I'm afraid I didn't see any of your childern in school today. (lebih kurang lah begitu. Ada gak yang baca blog wa sarankan wa masuk kelas English. Thanks pals. Wife wa suruh pegi masuk je kelas free di unibesti tu, yang wa takut ni ia free untuk student, bukan untuk bukan student)

Lencong lencong .. tak sah kalau tak lencong. masalahnya idea tu datang bertubi tubi, kalau wa tak lencong wa khuatiri, wa akan lupa. Maklumlah khanz, kalau nak masuk kelab MELAYU, mesti jadi pelupa. Kalau tak, tak sesuailah istilah MELAYU MUDAH LUPA.

Eiii jauh sangatlah melencong mak ngah. Wa pon terperanjat. Wa kata, wa baca kalender kata sekolah cuit hari ni. Dia jawab, I understand your situation, as you are not the only one who think that way. It would be very greatful if you can send your childrens to the school today. But if you can't that's fine. Please try your best.

Hi hi hi maka wa pon teleponlah bak kat rumah minta tolong siapkan mereka sebab wa nak hantar mereka ke sekolah. Sampai kat sekolah mereka sangat suka sebab wa hantar anak anak wa ke sekolah. Ha ha ha kadang kadang orang tua pon suka kena puji ni. lu tak suka ke? lu tipu. sebab itu lumrah manusia. Cuma memang kita kena selalu berhati hatilah bila ada orang puji kita.

Jualan wa hari ni, meletop. Wa dapat lebih collection. Mungkin siapa yang tak bayo sebelum ni, bayo sebab mereka dah nak cuti, takut lupa lak. Thanks lah Bros dan siss. Heh heh heh

Wa ada kenal seorang Journalist Mesir. Satu ketika, dia tanya wa, wa baca Quran tak. Wa kata , at least sekali seminggu. Dia tanya, wa faham Arabic? Wa kata eh idok le. Sikit sikit boleh lah. Dia kata, lebih baik wa boleh. Dia offer wa untuk ajar wa basic Arab. Dia kata senang je. Kalau berguru memang senang. Fuhh bersungguh sungguh dia mengajar wa. Tapi dia dah nak balik Mesir minggu depan. Dia ikuti kursus pendek 4 bulan di Universiti Birmingham. Semua negara Islam ada hantar wakil, termasuk 2-3 orang Malaya, cuma wa tak pernah jumpa orang Malaya ni di surau unibersiti. Diberitakan orang Malaya ni dari special branch. Ada juga PA Presiden Bangladesh dan ahli Perlimen Kenya. Wa jumpa semua mereka di surau

Ha berkata tentang ahli parlimen, wa ingat seseorang. Kawan wa jadi Menteri wa cakap lu. Hi hi hi keterlaluan lah tu. Bukan kawan lah, orang terdekat dia kawan wa. DSAS ni wa dah tau lama dulu, waktu dia bersama parti KUNCI. Tak silap wa, dia pernah datang rumah wa di ENDAU JOHOR.

Suatu ketika dulu, sewaktu wa sedang bertalipon, wa ada kata kat kawan wa wa nak jumpa DSAS, kawan wa kata, hah ambik ni, cakap ngan dia sendiri. DSAS sambut, hah ada apa? whoih terkojut wa dengar suara garau macho dia. Wa mana bersedia, kertas projek pon wa tak ada lagi. Wa kata kat beliau, eh Dato' saya tak ada apa nak kata lah, cuma, Dato' Melayu terakhir, wah kah kah, gelabah sungguh.

Jangan salah sangka ye tuan tuan dan puan puan, DSAS bukan jenis bagi projek punya. Kim salamlah kalau nak minta tolong untuk peribadi. Kalau rakyat marhain ok. Jadi tak salah lah kalau wa kata dia Melayu terakhir, awwwwwwww ! ! ! Bilalah Perdana Menteri nak berasal dari JOHOR. Dah lama JOHOR asik boei kek orang yo. Eh JOHOR ni tak ada karisma ke? We want JOHOR! We want JOHOR!. Eh wa dengo lagi, ada sorang lagi warga JOHOR yang sedang naik. Sori yek bukan Hj G, tapi KN. Kalau tak silap wa dia ni pon anak didik DSAS. Hebat gak Johor ni. Bangga gak wa jadi anak Johor, tapi wa tak sker lah duduk Johor. Wa rasa macam lambat saja. Kenapa ye? Oh ye juga, kalau kita naik Ferarri, tapi driver dia nak bawa slow, bukan salah Ferarri tak laju lah khanz. Tak gitu keneh.

Lari pula ke Kelantan, Tuan Guru NA ni wa respek. Suatu ketika dahulu, masa wa di Bandung, TGNA datang ke Bandung ikut rombongan Sultan Al Kelantani. Wa masa tu Ketua Penerangan Kelab UMNO Bandung. Wa mohon nak ikut perjumpaan TGNA dengan pelajar Kelantan. Sungguh, wa tak tipu, dia berkata guna ayat Al Quran, bahagian mana dalam Al Quran yang lu all nak sangkal?

Menteri India lepas jawatan, ahli suruh sambung balik, menteri cina lepas jawatan ahli suruh sambung balik, namun ada gak menteri melayu lepas jawatan, tak ada ahli suruh sambung balik. Jika ini adalah strategi, maka strategi tersebut sungguh merugikan lah, kah kah kah. Kalau memang dia letak jawatan ikhlas memang nak bertanggungjawab, contoh yang bagus tu. Baru professional khanz. Tapi kalau sebaliknya, bagus gak tu, senang sikit keje orang lain. Budaya mengampu ni memang budaya Melayu lah khanz. lagi pon, kalau orang dah tak endok, nak buat apa pegang lagi jawatan tu.

Keputusan pilihanraya dah diketahui. Hasilnya kita dah lihat sekarang. Ada baiknya ada kurangnya. Biasalah khanz. Segala yang berlaku ini ada hikmahnya. Tapi tiada hikmah yang akan benar benar jadi hikmah, jika kita tak mahu ambil hikmah. Tapi bagaimana kita boleh mahu ambil hikmah jika kita tak ada ilmu tentang hikmah. Wah, ni yang wa malas nak cerita politik ni.

Wa nak sholat Jumaat lah. Daaaaaa !

Wednesday 19 March 2008

School Spring term 2008

Hari ini adalah hari terakhir persekolahan anak anak wa sebelum cuti Easter. Maka hari ini merupakan hari "Head Teacher's Award for Spring Term"

Wa dapat surat dari HT minggu lalu mengatakan bahawa 3 dari 4 anak wa dapat award ni. Mereka adalah Aiman, Anas dan Amir. Wa tak bagitau berita ini kepada mereka, yang mereka tau akan ada penganugerahan ini hari ini. Kepada siapa, mereka tak punya idea

Wa balik keje mencuci jam 8:30 pagi. Dengan tak mandi lagi, wa hantar mereka ke sekolah ditemani wife wa. Lepas hantar wa balik mandi dan sarapan pagi. Award Amir jam 9 Pagi, jadi wa tak pegi. Penat beb, benar segala kata wa ini

Amir dapat "Academic Achievement Award". Guru besarnya membaca tulisan yang disediakan oleh guru kelasnya ...

Reason: Amir joined us before Christmas. He came all the way here from Malaysia. From the day he has arrived he has been like a little ray of sunshine in 1H making us all smile with his fantastic sense of humour. Although this award is for his achievement in Learning English. He is putting everything he has learnt into practice and is growing in confindence more and more each day. Thankyou Amir for being such an asset to year one you are a pleasure to teach !

Amir Amir, mat tiba tiba ...

Award Aiman dan Anas jam 2:15 petang. Jadi lepas award ni, wa hantar wife wa dan jualan ke university. Hari Rabu memang agak slow jualan kerana biasanya student ada aktiviti luar dan jarang datang surau. Namun wa bawa banyak nasi hari ni. Hasilnya, banyak gak lah nasi yang tak habis dijual.

Jam 2 petang, wa ambil wife wa, dan kami terus ke sekolah Aiman. Dalam hall sekolah telah ramai ibubapa mengambil tempat di kerusi. Tepat 2:15 petang (mereka ni memang tepat waktu, tak macam kita umat Melayu yang kebanyakannya tak suka lah nak tepat waktu ni, hi hi hi termasuk lah juga Menteri Perdana kita sekarang ni, awwww, kerana nila setitik rosak susu sebelanga). Eh melencong pulak.

Tepat jam 2:15 petang, murid darjah 4, 5 dan 6 masuk dewan. Dan nama murid yang terpilih dipanggil satu persatu berdasarkan kepada award yang mereka terima. Memang dasat mereka ni. Ada yang menang peraduan antara sekolah dan menerima banyak hadiah, ada juga yang sedang menunggu proses mencetak novel mereka sendiri. Bayangkan tuan tuan dan puan puan semua, mereka ni tak pernah pandang sambil lewa hasil kerja budak sekolah rendah. Mereka dilayan seperti orang dewasa.

Tentu tak sama dengan keadaan kita di Malaya khanz. Ala buat lupa pulak, Adi Putra satu kes, ramai lagilah kalau wa tak silap. Hingga Adi Putra boleh sindir, dia ni enjin Ferarri, tapi masuk kat dalam kereta Perodua. Nak kata banyak tak boleh juga, yelah khanz, mana boleh orang awan mendahului Menteri ilmu pengetahuan, malulah dia. Tapi wa rasa ini macam kalu, tentu P Ramlee kata bodoh sombong. Kah kah kah, wa teringat zaman perkuliahan wa di Bandung. Wa ni bukanlah pandai sangat, satu ketika tu, dosen wa kata (Malaya kata pensyarah), kamu .... mau goblok ngga apa apa sich, tapi ... jangan terlalu goblok dong ! ! !. Ha ha ha hingga sekarang wa ketawa beb bila ingat saat tersebut. Hi hi hi dah cakap banyak kali pon tak paham paham jugak, letih lah mereka

Anas dipanggil. Dia selamber je ke depan. Cikgu dia pon selamber rock gak. Cikgu lelaki, setiap kali wa tanya prestasi Anas kat cikgu dia ni, dia kata. Excellent ! ! ! Tak tau lah mike, betul ke idok cikgu dia ni.

Anyway, Anas dapat award kerana usaha yang dilakukannya

Begini bunyi komen cikgu kelas Anas yang dibaca oleh guru besonya

Reason: From a starting point of having very little English, Anas has shown great effort and determination to succeed in all areas

Ha pendek dan mantap. Itulah cikgu Anas. Baik cikgu dia ni. Lelaki dan tinggi lampai.

Dari tempat duduk wa, wa perhatikan Aiman serious je. Sebelah kanan dan kirinya budak perempuan anak mat salleh. Mereka ni tak abis abis suka sakat Aiman. Aiman selamber derk je tak layan. Wa rasa Aiman ni mat telus, lurus je. Wife wa tanya dia, kenapa cikgu kelas dia kata Aiman sangat senyap dalam kelas. Dia jawab, cikgu kata jangan bising, jadi dia senyap lah, tak bising. Wah kah kah. Ha kalau lu all bagi satu arahan pada Aiman, jangan haraplah dia akan langgar arahan tersebut. Melencong sikit pon tak boleh. Hi hi hi susah gak beb, cuba bayangkan kalau wa kata, bila bawa kete pandang depan sahaja. Ponat den mikir ! ! !

Reason : Aiman has a quiet and determined approach to his work in class and can always be relied upon to do his best. He really want to do well, and is mature enough to realise that a large part of succeeding comes from his own effort. Well done Aiman

Wa nak tambah, sejak kecil Aiman memang seorang anak yang memiliki daya ingatan yang sangat kuat. Sekali baca je dia dah ingat. Nama yang pelik pelik pon dia ingat. Tak bolehlah nak sambil lewa je ngan Aiman ni. Hari ni lu kata A esok lusa lu nak kata B, no way man. Dia hafal Ayat Kursi sekali je. Cuma bila dia dalam tekanan, mengaji sambil kena marah, dia tewas. Cakap lah 159.78 kali pon dia tak ingat. Wa rasa cara belajar di sini memang sesuai untuk Aiman. Kat sini mana ada salah, semua betul, hingga kanak kanak rasa confiden dengan apa yang mereka rasa benar menurut ilmu yang mereka ada.

Cuma, ada negatifnya keadaan seperti ini. Wa sering melihat anak-anak di sini meninggikan suara pada ibu bapa mereka dalam berbicara terutama jika apa yang diutarakan ibubapa mereka tak sesuai dengan kehendak si anak. Dan ada juga anak anak yang bertindak sedemikian datangnya dari keluarga orang Islam. Bahaya ni.

Semalam, wife wa dapat satu panggilan dari Amsterdam. Nama dia F. Dah 20 tahun dia merantau. Dia kata dia dapat blog wa ni dari kawan dia. Dia kata blog wa ni kelako. Hi hi hi kelakonya. Wa juga tak faham kenapa dia tak boleh nak komen kat blog wa ni. Cuma mungkin siapa yang nak komen tu mesti ada akaun google kot. Wa dah check akaun blog wa ni. Dan wa dah cuba longgarkan syarat yang mengikat kreativiti pengunjungnya. Hopefully mereka yang memiliki masalah yang sama boleh mendapat idea bagaimana mengatasinya. Anyway F, salam perkenalan. Wa memang nak ke Amsterdam, cuma .. awwww ! ! ! nantilah, bila wa banyak sikit duit pound.

Kawan wife wa pon ada di Amsterdam. Kerja di salah sebuah hospital di sana. Atau mungkin sedang buat sabatikal kot, wa pon tak berapa tau bicara sesama wanita ni. Setau wa, dia ke UK hampir setiap minggu. Tiket kapal terbang murah agaknya.

Ni lah salah satu sebab wa nak datang UK. Keluasan Eropah ni terdiri dari 21 negara. Keluasannya hampir sama dengan Indonesia. Jadi kalau di sini boleh pegi 21 negara bang, kalau di Indonesia, satu negara jek.

Dulu masa kecik, wa buat main je kata wa sarapan di London, Lunch di Pisa, dan dinner di Berlin. Memang tak terpikior pon nak buat macam tu. Tapi sebenarnya memang boleh kalau di sini.

Esok nak keje pagi. Dah 9 tahun wa jadi boss, kini wa jadi kuli. Terpaksa ikut kata bos. Maka terpaksalah wa tido awal. 3 hari wa keje mencuci ni, 3 system pencucian wa try. Semuanya untuk mencari satu system paling effective untuk menjalankan tugas mencuci yang lebih berkesan. Heh heh heh, wa rasa wa dah nak dapat tune tersebut. Teroklah kalau wa jadi bos mencuci nanti. Sebabnya, selok belok pencucian wa akan cari. Terok baby, kalau bos boleh buat, tak kan pekerja ada alasan nak kata tak boleh pulak. Eh idok le wa nak buat bisnis cleaner ni. Penat wa cakap lu.

Tapi kalau lu nak tau, wa ada kenal seorang bekas pekerja cuci mencuci ni. Dia memula keje dengan syarikat tu, lepas tu semua selok belok dia tau. Akhirnya, dia masuk tender dan dia dapat projek mencuci. Kayo lah lepas tu. Tapi mengapa kebanyakan pencuci kekal pencuci? Wa sangat yakin bahawa mereka tak mahu terus begitu. BAGAIMANA caranya nak keluar dari kemelut tersebut? Senang saja cakap, tapi perit melakukannya

Pertama,
Kerja bukan kerana nak duit. Awww payah payah. Memang payah pon sebab tu tak ramai berjaya

Kedua
Kalau pertama dah payah, tak payahlah lagi wa teruskan. Kerana jika yang pertama dah payah nak ubah, besar kemungkinan memang lu tak boleh berubah.

Adoi letih lah den. Maklumlah, orang kata, tangan lembut, tak pernah buat kejo berat. TIBA TIBA terpaksa buat, tegang urat belikat. Pakai yo lah kain pelikat, poie tido cepat

daaaaaa ! ! !

Tuesday 18 March 2008

Anak sedara baru






Ehem, dengan meningkatnya usia wa, sudah sepatutnyalah wa mendapat pertambahan anak sedara. Masa wa kecik kecik dulu, mana wa peduli siapa nak lahir. Wa pon pelik bila mak dan bapa sedara wa suka dapat anak sedara baru.

Ini adik Danish, wa rasa nama dia Danial. Berat 3.8 Kg, lahir 18 Mac 08, jam 8:20 pagi



Danial dan daddynya


Ini Danish, abang Daniel. 2004. Sama tak muka dia? Wa miss Danish lah. Masa wa nak datang UK, wa kata kat Danish, wa jual kereta wa sebab wa nak ke UK. Lepas tu dia kata kat Daddy dia, Daddy cepatlah jual kete Daddy, boleh kita pegi UK, hi hi hi. Daddy dia dah jual ke kete dia?



Wa ingat lagi, suatu ketika dulu, waktu wa baru mendapat cahayamata pertama, Aiman. Bila wa lihat dia, wa pegang tangan dia yang kecil itu, wa bilang jari kaki dia, tiba tiba dia bergerak, eh wa rasa, satu macam. Inilah satu satunya di kala itu, harta wa yang boleh bergerak. Isn't it wonderful?. Hi hi hi lepas tu lepas sorang sorang anak wa. Hinggalah kini 5 orang. Setiap orang ada ciri tersendiri.

Bila kita berkembang pesat, masing masing dah sibuk dengan keluarga masing masing, perhubungan tersebut menjadi semakin jauh. Lama lama kita dah tak kenal sedara kita lagi. Bagaimana nak tunai hak sedara jika kita dah tak saling mengenali. Maka sangatlah perlu persaudaraan ini ditautkan kembali.

Awwww mudahnya berkata, perlaksanaannya sangat sukar untuk di realisasikan. Bagi yang memang dah dekat, tak jadi masalah, tapi bagi yang dah jauh, setahun nak jumpa sekali pon susah, makin lama makin segan. Apa lagi jika sedara kita tu dah semakin kaya, kita pulak semakin terpinggir. Nak rapat takut pulak dikata kita nak menompang kaya, hi hi hi, awwww ! ! ! Tersentak wa.

Tapi tuan tuan dan puan puan sekalian, kalau semua benda kita kata susah, memang susahlah jadinya. Kalau niat kita dan eratkan silaturrahim, wa pedulik haper orang nak kata khanz. Wa rasa yang kaya tak rasa pon nak pinggirkan cuma yang miskin (wa lah tu) je rasa isk tak sesuaiz lah wa nak ngendeng.







Tahniah lah pada keluarga HMS Aji Lon. Hi hi hi kita memang perlu orang kaya dalam projek silaturrahim ni. Bukan mudah dek nak rapatkan jurang pemisah ini. Belanjanya pon beso wa kata kat lu. Melencong sikit, mak sedara wa selalu guna ni, kalau dia berborak, dia mesti kan, M kata. Ha hingga wa pon terikut ikut gaya dia. cuma wa guna 'wa cakap lu'.




Ini adalah gambo keluarga HMS Aji Lon pada 2004



Beso sungguh pahala orang yang merapatkan silaturrahim ini. Begitu juga beso dosa orang yang putuskan silaturrahim ini. Ha rapat rapat. Yang tak pernah kita telepon tu kita telipon ye lepas ni. Selamber je call mereka. Mesti mereka terperanjat beruk dapat call dari kita. Hai kadang kadang mereka ni suka kita call dia. Kalau mereka tak layan, jangan marah pulak, tak ikhlas pulak nanti perbuatan kita. hi hi hi wa rasa geli hati lah tulis mengenai hal ini. Kah kah kah, wa pedulik haper, khanz.

Monday 17 March 2008

Antara masalah di UK

Semalam wa pergi ke rumah salah seorang freecycler. Nama dia memang pelik, tapi wa tak sangka pulak dia berkulit hitam. Rumah dia cantik. Tema dia black and white. Dinding putih melepak, lantai hitam legam. Tapi bukan hitam Taib Andak (ahaks, bagi yang tau ceta ni pasti ketawa, tapi yang tak tau wa tak mo bagi tau. Maaf ye tuan tuan dan puan puan). Lantai dia class gitew



Tujuan wa pegi ke rumah dia adalah untuk mengambil sebuah TV Philips. Dia kata 21", dan dia kata lagi, wa kena bawa teman untuk mengangkatnya. Dalam sanubari wa, wa ingat, ala 21" je, Insya Allah wa daya angkat sorang.



Sampai dirumah dia, mak ai ini bukan 21". Bila Bak ukur tv tu, rupanya 27". Tv ni lebih baru dari tv Mitsubishi yang wa dapat 2 bulan lalu. Mitsubishi beb, first time dalam hikayat wa, wa dengo Mitsubishi ada buat tv. Balik pada tv yang wa baru ambil ni, ada 2 scart dan 2 socket untuk sound dan video. Anak anak wa dah seronok. Mungkin tv ni boleh digunakan untuk main PS3 mereka. Dah lebih 4 bulan PS3 tu terperap bawah sofa bed milik tuan rumah wa.

Malangnya, harapan mereka berkecai lagi. Tak boleh. Nampaknya, kena beli jugaklah tv yang baru. Kalau kumpul 1 pound sehari, setahun baru boleh beli lah. What to do. Tunggu sahaja lah ye. Nak beli pakai duit Malaysia dah habis. Nak transfer duit pon, akaun dah kena block.

Akaun wa kena blok sebab ada orang cuba guna user name wa dan salah masuk password hingga limit mencuba dah habis. Bab ni memang sengsara. Nak reset kad tu boleh call service centre, tapi nak buat pin dan password baru, lu all kena guna kad ATM dan set pin serta password baru di ATM dalam Malaysia sahaja. Sengsara beb.

Jadi nasihat wa, lain kali, jangan bawa kad ATM bank Malaysia ke sini. Memang boleh guna untuk keluar duit di sini, tapi banyak mananya nilai Ringgit tu kat sini. Jadi lebih baik tinggalkan sahaja kad tu pada mereka yang boleh dipercayai. Senang kalau berlaku suatu yang tak dijangka.

Online banking memang bagus dan sangat membantu, tapi kalau jadi seperti apa yang wa alami, lu senggsara, ye lah khanz, lu bergantung kepada online transaction. Tiba tiba, tak boleh access account lu. Kan sengsara. Nak bayo bil, dan macam macam lagi. Lagi satu nasihat wa, kalau boleh sebelum pergi luar negeri dalam waktu yang lama, bayo semua hutang. Kalau tak mampu jelaskan hutang, jangan berhutang lah. Menda ni dah terlanjur untuk wa, sebab wa dah berhutang. Antara perkara yang ingin wa buat jika wa diberi peluang untuk kembali ke zaman MACHO (mudalah tu) adalah wa tak nak berhutang. Cuma yelah khanz, kat Malaysia, kalau tak berhutang susahlah cik Kiah kan.

Namun, perkara ini wa rasa boleh dilakukan oleh mereka yang baru nak masuk alam pekerjaan. Sebelum terlibat dengan hutang, hidup sederhana sahajalah, orang kata, lambatkan sedikit kesenangan tu. Tolonglah, jangan jadi macam wa yang banyak hutang ni. Ingat tu ye nasihat bernas wa dari pengalaman wa sendiri. Hi hi hi cuma jangan sampai bila bila pon tak boleh senang, sengsara gak tu

Wa terfikir gak, mana ada orang muda zaman sekarang ni, nak dengo cakap orang tua. Wa pon tak dengo gak cakap orang tua wa dulu. Sebab tu jadi macam ni. Namun begitu adik adik sekalian, wa yakin ia adalah satu jalan hidup yang telah ditetapkan Allah swt untuk suatu tugas yang juga telah ditetapkan di hari depan wa. Wa tak tau apa dia, namun, wa redha mengharunginya. Keluh kesah tak bawa kemana. Hidup mesti diteruskan.

Jadi wa rasa pengalaman orang tua ni, (termasuk wa lah, wa dah tua gak.) jadikanlah teladan. Tak semestinya kita ikut, namun ia sangat berharga sebagai pedoman. Sejarah sentiasa berulang, kerana ia lumrah alam. Jadi pastikan kita ikut sejarah yang cemerlang untuk berada di tempat yang cemerlang. Inilah yang dikatakan usaha. Lepas berusaha, bertawakkal kepada Allah swt.

Hi hi hi dah tua dah wa ni. Rasa letih pulak. wa rehat dululah. Jumpa lagi

Sunday 16 March 2008

Suatu permulaan


Bunga apa ni? Tulip ke? Spring dah tiba


Salam semua



Dah lama tak menulis, wa dah tak tune dah. Seperti yang wa katakan dulu, hari Jumaat lalu, Haroon dan keluarganya datang ke rumah wa for dinner. Kami bagi dia makan Nasi Tomato dan kek carot.


Haroon dan wifenya. Haroon is a pharmacist and a manager to one of a pharmacy in Birmingham. Very HUMBLE guy. His wife is a mathematic teacher in one of Private Islamic Girl School in Birmingham


Haroon and his doughter, HUSNA (2++ years old). Very fluent in English. Haroon come to England 7 years ago. Now he have bought a house for his family. But deep inside his heart, he want to go back and settle down in his own country, Durban South Africa

Wa sebenarnya malu dengan Haroon dan keluarganya ni. Masa kami ke rumah dia untuk ambil barangan free tu, rumah dia agak besar, semi-D. Mereka nak kurangkan barangan dalam rumah mereka, dan mereka juga sanggup beri kepada kami apa keperluan yang belum mencukupi pada kami. Tapi kami ada lebih dari apa yang mereka ada. Malu khanz?

Ada satu lagi situasi berlainan mengenai malu. Kalau malu berniaga, malu jugalah rezeki itu datang kepada kita. Wa sebenarnya amat malu untuk berniaga makanan di kalangan mat salleh ni. Dah lah kita berlainan budaya, berlainan makanan. Lebih teruk lagi, bahasa Inggeris wa hancuss. Karang misunderstanding pulak. Untuk ini, wa nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Mak, Bak, wife wa dan anak anak wa yang memberi semangat. Maklumlah khanz, sekarang ini, anak anak wa punya bahasa Inggeris jauh mengalahkan wa. Awwwwww ! ! ! Wa malu lagi. Sebab tu lu all tak nampak wa kat tepi kereta wa ni. Wa mengintai dari jauh youuu wa cakap lu.

Permulaan yang baik. Bayo tiket masuk sebagai booter GBP7. Hasil jualan hari pertama GBP33.20. Not bad kan. Wa terpaksa jual di car boot ni. sebabnya akhir minggu depan adalah cuti Easter. 5 minggu pulak tu. maka tak de hasillah dari universiti. Penat wa fikir. Nak buat macam mana. Nak beli food caravan, tak ada duit. Nasib baik tak beli. Lu all nak tau, di setiap car boot sale, dah ada jumlah food caravan yang mencukupi, dan tak di terima caravan baru.

Alhamdulillah, Allah telah lorongkan kami untuk membeli van yang kami pakai sekarang ni. Ha ni adalah suatu kekayaan Allah yang selalu kita lupa. Kita selalu ingat apa yang di tetapkan kepada kita adalah suatu kerugian. Sebenarnya, jauh di masa hadapan telah dilorongkan suatu jalan yang lebih baik untuk kita oleh Allah swt. Bersyukurlah dengan apa yang ada

Begitu juga di alam pekerjaan. Kalau kerja tu, buat bersungguh sungguh, Insya Allah kita akan gunakan apa yang kita dapat itu di masa akan datang. Jangan asik nak merungut jek baby. Gaji gaji gaji. Gaji tak penting baby, pengalaman itu yang menyebabkan suatu hari nanti kita yang tetapkan berapa yang kita patut dapat bukan majikan. Ha bab ni, wa tak tau, lu all pandai pandailah cari sendiri. Cuma percayalah, lu boleh dapat apa yang lu mahu, dengan satu syarat, ubah minda bukan kerja untuk gaji.



First day we sell Malaysian food at Bassette Pole. Alhamdulillah, the first step is very difficult to take.





After about 30 minutes we have a curious customers. And after that the money keeps going in. Alhamdulillah, and most of our customers are Malaysians. Thanks all for the support

Setelah duduk dan menjual di car boot sale, wa nampak perkara lain. Next time wa boleh bawa barangan yang wa tak perlu untuk wa jual di car boot sale. Cara ni lebih simple dari wa hantar barang tersebut guna kontena dan jual di Malaysia. Cash pon lebih cepat di generate di samping tak perlu modal yang beso.

Kalau dulu wa ke car boot sale untuk mengeluarkan duit, kini wa ke car boot sale juga, tapi wa dapat duit.­ Ada satu tamsilan mengenai air batu.­ satu air batu diletakkan di atas meja, satu lagi dalam segelas air minuman.­ Yang satu mencair di atas meja hingga kita terpaksa bersusah payah mengeringkannya, yang satu lagi mencair dalam gelas air minuman hingga menambah nikmat pada si peminumnya.­ Tamsilan ini boleh digunakan dalam apa jua keadaan.­ Dalam beribadah, dalam mencari rezeki, dalam menuntut ilmu dan sebagainya.­ Dalam hal ini, kita memiliki satu benda yang sama dan ia diperolehi dengan percuma.­ Ia adalah masa ! ! ! 24 jam sehari tak lebih tak kurang.­ Fikir fikirkan

Pagi Jumaat lalu juga merupakan hari pertama wa bekerja sebagai cleaner di salah sebuah kolej swasta di Birmingham. Skop kerja wa adalah sapu dan mop lantai tangga (2 tingkat), 3 kelas, 2 office dan 3 tandas (lelaki, wanita dan OKU). Maka adalah juga income sebagai persediaan cuti Easter (5 minggu) dan summer (3 bulan nanti)

Selain itu, wa dengan sabar menunggu lagi 3 minggu untuk di temuduga bekerja di Hospital Ortopedik. Nama je hospital, tapi keje wa porter, hantar pesakit dari wad ke operating theater dan dari operating theater ke wad. Ia sangat penting, kerana dengan ini, dapatlah wa upgrade bank akaun wa, dan apply National Insurans. NI ni penting untuk mohon kerja. Wish me Luck ! ! !


Hi hi hi ini adalah Madeehah. Beliau sungguh rajin berkemas di rumah wa. Wa rasa lu pon tak menang tangan nak jaga kecekapan berkemas Madeehah. Eh dia ketawakan lu la

Friday 7 March 2008

Trip to London

Brother in Law wa Balik dari Malaysia 8 Mac 08, bersamaan dengan hari mengundi di Malaysia. Dia sampai di Heathrow Airport jam 6 pagi waktu tempatan. Maka 7 Mac 08, wa sekeluarga beserta mak bak Dol dan 2 kawannya pergi lah ke London. Bukan kat London sebenarnya, Egham ni lebih kurang 29 batu dari London




Perjalanan baru bermula, dari Birmingham. Ni MPV wa. Memang sesuai lah dipanggil MPV




Sebelum ke rumah BIL wa, kami ke rumah warden Malaysia Hall, Pak Ya. Rupanya dia kawan baik bak. Lama dah tak jumpa, rasanya dah 40 tahun kot. Riuh rendahlah rumah dia. Memula wa ingat tak nak ikut ke rumah dia, tapi alang alang dah ke London, singgah sahaja lah. Pak Ya baru operation




My father and his old friend, Pak Ya




Ini adlah gambar depan Malaysia Hall London, yang ada dua tiang tu. Bukan yang lampu warna biru tu ye tuan tuan dan puan puan





Ini adalah dapur rumah BIL wa. Dalam gambo tu wife wa dan pembantu rumah BIL wa, Kak Yah


3 generasi


Big Ben.



Mak tak naik, dia tunggu kat bawah je




Ini adalah pandangan dari London Eye. Macam Eye on Malaysia, cuma, yang ni beso sikit dan jauh lebih kelas lah tuan tuan dan puan puan. We are at the top of the wheel




Madeehah dan Umminya


Tahun 2001 dulu wa nginap di Berjaya Eden Queensway, London. Tak jauh lah dari Malaysia Hall ni. Kat basement Malaysia Hall ada kantin, ramai gak orang kat situ. Tapi tak bertego sapa lah, hi hi hi

Perjalanan dari Birmingham ke London 1 jam 45 minit sahaja, tapi jem sikit kat Birmingham, jadi kami sampai lambat. Lepas tu kami terus ke Egham.

Tido sekejap, pagi esoknya, wa ke Heathrow ambil BIL and his family. Banyaklah kami dapat anugerah barangan dari Malaysia. hi hi hi terima kasih pada semua, moga Allah balas seikhlas hati yang memberi

Lebih kurang 11 pagi, kami bertolak ke London. Atas nasihat, kami tinggal kereta di station keretapi, dan ke London naik tube. Daily pass GBP7 seorang. Sampai London, 2 jam beb, macam nak balik Birmingham. 3 tube tuko, tak ada direct sebab ada maintenance in progress. Bagusnya anak anak wa dapat pengalaman naik tube. Tak bagusnya buang masa. Tapi kalau nak naik kereta pon buang masa gak nak cari parking. Tiket daily pass ni senang lah tak payah beli banyak tiket. Satu untuk semua tube termasuk express Heathrow - Paddington. Laluan ini lah kami ambil sebagai alternatif ke London

Kat London, tak banyak berubah lah. Tempat tu masih segar dalam ingatan pada 2001 dulu. Jadi trip kali ni wa dah tau mana nak ambil gambo. Kami bawa anak anak wa naik London Eye. Beli Merlin annual pass keluarga GBP330. Kad ni boleh masuk 10 attraction unlimited sepanjang setahun. Antaranya Madam Tusod (ejaannya jangan jadi teladan), Warwick castle, London Eye, Legoland dan 6 tempat lagi wa tak ingat.

Kat atas London Eye, wa dah tau apa ada kat situ apa rasa kat atas tu, jadi kali ni wa ambil gambo anak anak wa sebanyak mungkin. Hari ni hujan agak lebat, angik kuat, menjadikan suhu sangat dingin. Badan dah tak sedap, waktu asar pon dah nak dekat, maka kami balik.




Kat stesen tube underground, Aiman, Dol, maisarah. Ni waktu nak balik


Keesokannya kami ke Windsor Castle. .Beso beb Istana QE ni. Ah malas nak ceta lah. lu all lihat gambo je lah.



Dekat Winsor Castle ada doc. Kami naik boat tu pusing sungai, 45 minit GBP4.5o seorang



Itu adalah Winsor Castle. Pandangan dari atas boat. Beso betul. Di katakan QE sering datang ke sini. Kat sini pon ada changing guard, tapi masa kami sampai di sini hari Ahad, maka tiadalah upacara tersebut


Dol di Windsor Castle. Dol dah sampai sini dengan Mak dan Bak pada tahun 1985. Masa tu Uncle E dan Aunty M bawa



Mak Bak dan Dol balik ke Birmingham terus dari sini sebab Dol nak balik ke Preston pulak. Kami balik ke rumah my BIL. Lepas lunch, jam 3 petang kami balik ke Birmingham. Esoknya pulak wa bawa krew RTM yang buat liputan All Englad ke Manchester, Liverpool dan London. bertolak dari Birmingham jam 9 pagi dan wa sampai rumah semula jam 2:30 pagi setelah menghantar mereka ke London. Wa drive sorang beb dari London ke Birmingham. Alhamdulillah Allah selamatkan wa. Dalam hati tak lupa mengucap.

Sempat gak wa jual nasi lemak dan nasi tomato kepada mereka.
Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ