Showing posts with label Shopping. Show all posts
Showing posts with label Shopping. Show all posts

Friday, 12 June 2009

Pengalaman tuko barang di UK

Wa ada satu cerita mengenai belibelah di UK. Namun sebelum wa meneruskannya, wa ingin buat satu kenyataan agar ia tidak mengelirukan. Begini pengakuan wa. Lihat dalam gambo dibawah ini, ingin wa nyatakan bahawa model dalam gambo di bawah ini sebenar benarnya bukanlah wa




Hampir setahun nan lalu, lebih kurang 26 Jun 2008, wa telah membeli satu katil angin. Tujuannya adalah untuk wa bawa ke camping site di timur England. Aerobed namanya. Bagus katil ini, dan kalau lu lihat juga, ada warranty selama 2 tahun. Wa beli di Argos, salah satu kedai online. Kita beli dan bayar di internet, dan ambil barang di gudang

Nak dijadikan cerita, pada Nov 2008 lalu, wa kira ada kebocoran pada salah satu bahagian katil angin tersebut. Sedih wa. Mahal tu wa beli, awwww £68 you. Wa pujuk hati wa, duit boleh cari. Nasib baik tak berhutang, kalau berhutang nak beli mende ni, lagi wa keciwa

Awal Jun 2009, wa kemas wallet wa (tebal wallet wa wa ceta kat lu). Cuma bukan duit yang banyak, kertas, bisnis kad, kad bank (no credit card ye), dan kad kad membership itu ini dsb. Termasuklah salah satunya, resit Argos you wa kata kat lu.

Wa tenung, wa lihat, wa kira, wa masih ada waktu. Lalu Hari ini, lepas sholat Jumaat wa bawa katil angin wa yang dah rosak itew, dan minta tuko dengan yang baru

Lu all nak tau, wa diberi ganti katil angin baru wa kata kat lu. Tak tanya apa apa pon. Awwww gembira nya hati wa (tapi muka depan cashier tu buat buat berkerut, konon tak puas hati lah sebab katil angin lama wa tu tak perform, pada hal, Allah sahaja yang tau perasaan wa ketika itu) Yeehaaaaaa ! ! !

Inilah bedanya di sini dengan di sana (Malaya). 2 bulan sebelum wa datang sini, wa ada beli wireless mouse. baru pakai 5 hari dah tak boleh guna, mahal gak wa beli RM65. Ingat sikit ke! Tak de la geram sebab mamat kat kedai itu kata (Ciner) kalau rosak bawa datang balik untuk ditukar dengan yang baru.

Wa bawa lah balik ke kedai itu. Dia kata, ini tak boleh diganti di sini, kena hantar ke centre. 2 minggu datang balik. Kepala hotak hang! Sampai wa berangkat ke UK malah hingga sekarang ni pon wa masih tak dapat penggantiannya. Beda khanz.

Owh, bagaimana pula dengan gelagat para pemandu F1 di dalam Kay Ell tu, kaki menyelit, what I means. Argh, geramnya I you know. Malaya oh Malaya. Tok sah ceta lagi lah ye. Nanti wa tak mo balik plak. (pada hal memang kena balik phon)

Dulu wa tak makan sangat buah buahan ini. Di sini, wa dah terbiasa makan. Crystal tu hand made you, Mark & Spenser lagi. Regenya £1. Toko tempat wa beli, car boot sale

Saturday, 16 May 2009

Hikayat Motokar

Wa ada hikayat motokar wa ceta kat lu. Sejak kete wa rosak purnama nan lalu, wa rasa wa perlu kete sokongan. Apatah lagi Wan dan Tok Bak nak datang akhir bulan ini bersama jiran wa. Setelah wa congak wa dapati biaya menyewa kete tergolong dalam kategori tak berbaloi.

Maka wa mula melayari internet. http://www.autotrader.co.uk/. Namun kete yang wa ingin semuanya belum mampu wa (kami) beli. Selera tinggi gitew.

Setelah wa saparan pagi hari ini, wa berkira kira, beli je la kete dalam harga £1500. nak balik nanti jual. Tiba tiba, wa terkasima melihat satu kete yang agak ok. Semalam harganya £4190. Pagi ini £3300. Wa panggil wife wa, (dulu kalau wa nak beli kete wa tak panggil wife wa, wa buat keputusan sendiri je, sekarang ni wa dah insaf, lagi pon wa tara uang), wa kemukakan kete ini dan dia juga berminat.

Wa call seller tu, dan call gak abg ipo wa, (apa lagi nak minta dulu kan uang lah) sebelum transfer duit dari Malaya. Setelah dapat green light dari abg ipo wa, wa call Malaya, (Tok Bak minta dulukan juga) sebab cash kami tak cair. Bila Tok Bak pon setuju, maka kami ke London. Ini sambungan ceta sebelumnya

Lihat lihat teleng teleng, pegang pegang (tapi tak tendang tayo kete tu ye bro). Wa kira berbaloi ambik. Cuma ada masalah, seller nak cash. Mana sempat baby. ATM boleh keluar £300 je sehari. Kalau wa lambat orang lain dah menunggu. Kesian Abg Ipo wa. Senak perut dia memikirkan cara bagi mengatasi masalah. Wa je tak senak perut. Wa malu je. Nampak je muka tembok.

Sejarah betul. Kebetulan Abang Wahab datang Egham rumah abg ipo wa, dia terdengar masalah kami, lalu dia offer cash banyak tu wa kata kat lu. Maka ramailah yang terlibat. Terima kasih tak terhingga kepada mereka (Dicken, Oshin, Skin, Padil, Kak Ana (wife Abg Wahab), dan wife wa yang bertungkus lumus pada malam tu menyelesaikan masalah wa, awwww ! ! !

Hari isnin, Tok Bak dahulukan transfer dari Malaya untuk wa bayo kembali kepada pemberi pinjam semua duit yang telah terpakai di London sementara duit kami di Malaya cair. Terima kasih Tok Bak dan Wan atas bantuan tak terhingga. Memang tak terbalas jasa Wan dan Tok Bak yang selalu berada di sisi wa sejak wa kecik lagi.





Maka inilah pintu kete wa



beserta cermin tepi tinggkapnya


dan juga belakangnya, auch ! ! !


Dulu wa pernah pakai kete ni di Malaya, tapi saloon. Jadi dah biasa memandunya, jangan risau, tak kekok gitew. Anak anak wa pon tak terkejut pada perubahan ini



Kosi Madeehah





dan ini pula tempat Maisarah dan Amir. Memulanya wa agak cuak sebab sebelum wa ambik kete ni, Maisarah kata dia tak comfortable pandang belakang. Tapi lepas dia duduk di belakang ni, dia rasa seronok pula.




Kondisi dalamnya masih elok, ada reverse sensor depan dan belakang, electric seat pemandu dan penumpang dan multi function steering







Very smooth ride, quiet cruise, 2.6 cc, quite spacious and clean in and out.






Digital individual temperature control, 6 cds dan cassette. But the speaker sound way below the standard of volvo cars. Tapi kete ni dah 8 tahun. Lagi pon wa bukan ske dengo radio, so no hal









Owh lufa, inilah gambo luar kete tu. Harga akhir setelah kami tawar £3000. Mahal sikit dari market price, but you get what you pay
Jumpa lagi







Wednesday, 18 March 2009

Stoke on Trent

Tahun lalu, wa pernah pergi Stoke on Trent. Masa tu, wa baru belajar belajar memandu jauh. Tak jauhpon dari rumah wa, lebih kurang sejam perjalanan. Dulu wa tak tau mana nak tuju. Hanya berpandukan kepada satnav. Orang kata, jauh perjalanan luas pemandangan.

Kali kedua wa ke sana, wa dah ada gambaran, terutama kedai mana nak tuju. Maka kali ini wa terus menuju ke 473 King St, Stoke-on-Trent, Staffordshire, ST3 1EU‎ - 01782 326661‎ Lihat peta

Wa suka datang sini sebab kat sini ada lebih banyak pilihan, namun sedikit sahaja barangan yang dikategorikan sebagai 'second'. Walaupon begitu, kira langkah kanan gak la wa kali ini, sebab terdapat 30% diskaun. Selain itu, factory outlet Wedgwood dan Royal Doulton pon bersebelahan sahaja dengan Portmeirion ini. Wedgwood menawarkan hingga 80% diskaun dan Royal Doulton pula hingga 75%

Sampai di Wedgwood, wa minum kopi dulu. Hi hi hi uncle sepupu wa yang belanja. Lihatlah senarai harga minuman tersebut. Kalau convert kepada Ringgit Malaysia, tentu Wan akan terkejut besar ! !




Ini dalam kedai Wedgwood. Mengancam sungguh, jauh sangat bezanya dengan harga di Herrods London


Portmeirion. Dulu wa tak suka makan atas pinggan Portmeirion ni, awwww, tapi lepas beli ni, sedap pulak rasa makan guna pinggan Portmeirion ye. Percayalah kata kata wa ini





Bakal Dr Madeehah dan bakal Dr Ezyana. Nasib baik Madeehah tak buat hal. Kalau tak pasti perjalanan membeli belah wa terganggu




Borong banyak, maka tentu puas hati. Mana tak puas hati, menurut Aunty sepupu wa, harganya berkali ganda lebih murah dari harga di Malaya. Cuma, hi hi hi bagi yang berduit memang puas hati sesangat la. Berbaloi perjalanan. Bagi yang tak berapa berduit macam wa ni, puas hati sikit je, awwww ! ! !





Memborong afa tue cik Kak? Banyaknya. Ehem ...






Wa minat gak dengan mug ini, tak dapat bawa balik, bergambo pon jadilah khanz







Design ini sangat menawan qalbu. Sweet jer. Cuma berhati hati sebab saduran silver tepi pinggan dan piring itu tak tahan lasak you. Nanti basuh lelama, hilang pulak








Sebagai bukti, inilah gambo kami waktu berada di Wedgewood Stoke on Trent. Harap ia akan mengembalikan kenangan lu all yang pernah sampai sini suatu ketika dahulu. Jangan sedih, tak banyak perubahan pada struktur banggunannya. Jadi tak rugi la lu all tak ada di sini ketika ini. Errr 80% diskaun you ...



Akhirnya, inilah sebahagian dari pinggan mangkok yang wa beli. (Sebenarnya, bukan wa yang bayo, wife wa yang keluo duit. Tapi akhirnya wa dapat rejeki, sebab Aunty sepupu wa bagi kami duit sama nilai dengan seluruh belanja wa pada hari tersebut sebelum mereka berangkat ke London.) Awwwww ! ! ! Terima kasih Aunty K. Terharu gitew.







Permaisuri Anne


Ini adalah kilangnya



Salah satu barangan buatan Britain yang menjadi kegemaran rakyat Malaya sejak dulu kala adalah Queen Anne. Mengapa ia kental di hati rakyat Malaya terutama umat Melayu menjadi pertanyaan wa sejak lama. Menurut hemat wa la khanz, kerana ia di promosikan oleh orang orang kaya jaman dulu, maklum lah khanz, dahulu kala, orang kaya je yang berkesempatan datang ke Engrand ini. Bila mereka bawa balik Queen Anne ini, kira curlass habis gitew. Siapa yang guna dulangnya dan sebagainya, maka mereka dicurlass khanz sebagai ... gah gitew
Kita pon patutnya ada barangan ciri khas Yang DiPertuan Agong, agar ia menjadi satu simbol cenderahati utama pelancong yang datang Malaya. Promosi baik punya. Biasanya berjaya. Sebab kebanyakan pertimbangan manusia berdasarkan persepsi.



Seingat wa juga, harganya di Malaysia sangat mahal namun ramai sekali peminatnya. Kilangnya terletak di Holyhead Road, WEDNESBURY, WS10 7PD Birmingham. Lihat peta .


Hari ini wa berpeluang melawat kilangnya sekali lagi. Maklumlah, bila ada pelancong bertandang, inilah tempat yang mesti dilawati, awwwww ! ! ! Kilangnya seperti kilang besi dan keluli di Malaysia. Ada dua jenis kualiti barangan yang dijual. Pengunjung diberi pilihan untuk membeli barangan reject atau di sini dipanggil second. Ia dijual sehingga 75% lebih murah dari harga asal kerana dikatakan tidak menepati standard kilang. Kecacatannya memang tidak kelihatan pada mata biasa. Sekurang kurangnya itulah tanggapan wa sebelum ini



Ini antara barangan second, memang tak nampak phon bedanya, (hi hi hi sebelom wa lihat yang kat atas kilang tu)




Kalau yang second ni ikut masa, tak semua design ada, jadi nasib lah lu, kalau masa lu datang tu ada yang lu berkenan, maka bertuahlah lu



Kunjungan kali ini wa dipelawa oleh pemiliknya, Paul, untuk melihat barangan yang dikategorikan sebagai kelas pertama. Sebelum ini kami tak dibenarkan pergi ke tingat atas. Mungkin pemiliknya penat naik turun naik turun ambik barang kelas pertama itu, sebab pelancong wa kali ini adalah sepupu mak wa ( sepupu Wan), yang tak ske beli barang second. Bilik pamerannya terletak di tingkat atas kilang tersebut. Memang ada perbedaan ketara pada hasil buatannya wa kata kat lu. Itulah yang dikatakan alah membeli menang memakai. Selain lebih cun, designnya pon lebih banyak





Cute je mende ni khanz. Lu all pon boleh tempah ikut design yang lu suka. Ye lah ramai yang minta buatkan cenderahati untuk tetamu kenduri kawin



Mengamcam you, namun wa buat buat tak mengancam, lu all tau khanz, poket wa tak 'lerbat' gitew



Wa juga berkesempatan bertanya kepada pemilik kilang tentang rungutan kebanyakan pembeli bahawa barangan Queen Anne ini selalu akan berkarat setelah jangka waktu tertentu. Menurut pemilik kilang ini, ia tidak boleh digosok terutama dengan bahan pengilat kerana ia akan mengikis lapisan luar silverware ini. Penjagaannya hanya dengan mengelap menggunakan kain lembut yang lembab. Saya tak tahu sejauh mana kebenarannya selagi tidak mencubanya.
Namun, bagi kebanyakan pengguna, barangan second pon tak kurang hebatnya


Madeehah, dengan epal yang diberi Paul. Wambut dia wa yang potong beberapa mingga nan lalu.

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ