Showing posts with label Raya 1430/2009. Show all posts
Showing posts with label Raya 1430/2009. Show all posts

Sunday, 20 September 2009

Open House

Sebelum wa meneruskan tulisan wa yang bernas kali ini, ingin wa ucapkan ribuan terima kasih kepada adik wa, Cho kerana menaja baju Melayu wa tahun ini. Ma Tok yang menaja baju raya anak anak wa. Tak lupa kepada Wan dan Tok Bak yang walau dalam kesempitan, tetap juga bagi anak anak wa duit raya, £10 sorang, juga kepada Uncle 'B' yang turut mengirimkan anak anak wa duit raya RM50 sorang (duit baru wa kata kat lu). Ok layanz ! ! !


Wa bergegas pulang dari sholat raya di Erdington, kerana kami buat rumah terbuka. Tahun ini kami memulakan langkah baru hasil dari pengalaman tahun lalu. Iaitu open house gabungan. Ada banyak kebaikan gabung ini, beban (tenaga, wang, masa tetamu nak datang pon tak menyusahkan sangat, tak banyak nak pegi rumah gitu) bagi sama rata, menu boleh buat banyak sikit.



Ahli gabungan kali ini adalah


1. Wa sefamili termasuk ibu bapa wa

2. Adik Ipo wa dari London (abg Ipo wa raya kat London)

3. Abg Wahab sekeluarga

4. Nabil, Fina dan Zahran

5. Shahrizal


Menu kami kali ini


1. Nasi Dagang serta kelengkapannya, termasuk rendang dan nasi impit (Family wa, ibubapa wa, dan adik ipo wa)

2. Cous Cous ,ntah lah macam mana ejanya, wa tak tau, kek dan kueh (family Abg Wahab)

3. Laksa Johor, coklat, kek, buah buahan, teh dan juice (Nabil, Fina, Zarhan)

4. Duit £30 (Shahrizal), hi hi hi wa tak tau nak masuk kategori mana



Kami juga buat suatu yang agak baru di sini iaitu makan dalam khemah di luar rumah. Jadi lah macam lebih kurang majlis kenduri di Malaya. Ada lah sikit suasana kenduri gitew. Khemahnya kami beli dan sampai ke rumah kami pada hari Rabu. Kami pasang pada pagi Sabtu. Nampak macam OK. Lepas ni bolehlah sewa dari kami jika ada yang nak sewa. Tak mahal £15 jer sehari.



Penat memang penat. Wa dah rasa dah tahun lalu. Cuma penat kali ini di bagi 3. Terima kasih tahap istemewa pada semua partner kami, yang bertungkus lumus menjayakan majlis gabungan ini. Tak lupa juga kepada 3 dara yang baru sampai ke Birmingham ini iaitu Cik Sheeda, Cik Sheena, dan cik Ikhlas. Sibuk mereka membantu, awwww ! ! !



Acara sebenarnya bermula jam 2 petang dan sepatutnya berakhir pada jam 7 petang. Tapi tetamu pertama kami datang pada jam 12:30 tgh dan terakhir pulang pada jam 11 malam.


Aliran tetamu pula terbahagi 2. Pertama antara jam 12:30-2 petang. kedua antara jam 5 petang hingga ke malam. Ingatkan, lepas jam 2 petang tu dah tak ada lagilah yang sudi nak datang. Bilangan tetamu kali ini wa kira melebihi tahun lalu. Tahun lalu kalau tak silap wa, sekitar 200 orang. Kali ini hampir 250 orang. Alhamdulillah, makanan cukup.





Nabil


Maisarah and her best friend


Uncle Erry Madeehah dan Aqil







S, S, M, I, wife wa, Madeehah dan Wan



Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ