Monday 9 December 2013

5th Dec 2013

Khamis 5 Dec 2013, Lepas anto anak anak ke sekolah, wa bergegas basuh baju, masah nasi dan lauk. Hari ini ayam masak lemak cili api. Cara masak dah ingat ingat lupa. Jadi ikut apa yang ingat je la. Hasilnya, masih dalam kategori menu sedap giler.

Lepas ambik anak sekolah, wa meluncur ke kota metropolitan London lagi. Wa pegi dengan Maisarah dan Amir. Penat bagai nak rak sebab asik naik smart fortwo seminggu ni, tetiba bila naik RR Sport, alangkah nikmatnya. Smooth ride, nice sound system. Bikin hoya wa kata kat lu.

Idok le lama sangat dari Birmingham to Heathrow, 1 jam 45 minit jer. Park kete, make a short call. Ropenya dah sampai. Melilau gak la wa cari kat depature hall, ropenya lagi, wife wa kat arrival hall. Patot la tak jumpa. Anyway, the good thing, my wife and Madeehah Alhamdulillah selamat sampai ke kota metropolitan London. Wa sholat dulu. Lepas tu seperti biasa, Amir akan rasa macam dahaga jer. Wa phon beli la sandwich and drinks. 

Dalam perjalanan pulang, wa singgah rumah Yasir, sampaikan kiriman kawan kepada ayahnya. Seperti biasa, Yasir ajak masuk rumah, ada makanan katanya. Wa kalau turun, ntah pukul berapa la sampai rumah nanti. So next time Yasir. Thanks for the invitation

9:30 malam sampai rumah. Banyaklah bekalan makanan yang Mak wa kirim. Uncle M, Kak Room, dan memacam lagi lah. Itu pon tak dapat bawa semua sebab over baggage 15 kgs. Wa dapat makan roti gardenia. Wa support roti gardenia you wa kata kat lu. Jangan memain. Jangan beli Mossimo kay

Sholat Jumaat di Milner Road. Best pulak sholat kat sini. Parking mudah, ruang pon tak lah bersesak sangat. Sabtu, tuition Aiman dan Anas. Next Wednesday, tuition Aiman tak ada sebab dah ganti hari ni. Sambil menunggu depa tuition, wa berdesup ke Costco. Kopak wallet £127.00. Lepas maghrib, ada majlis ilmu di rumah Dain tempat wa simpan salah satu kenderaan sementara menunggu masa untuk di hantar ke Malaya. 

Ahad, basuh kereta. Dalam sejuk. Anas, Amir dan Madeehah tolong. Cepat selesai. 

Isnin, Amir tak sekolah, sebab demam. Dapat email dari tuan rumah, dia kata dia dah instruct agen sewa rumah untuk pulangkan deposit sewa wa. Agen pon email kata dia dah proses. Banyak gak, £850.00

Wa ada appointment 10 pagi. Tapi tak sempat. Pegi 12:30. Ini kali keempat wa pegi untuk beli kereta. 3 kali sebelum ini, semuanya direject. Sebabnya, dia kata nama wa dah di senarai hitam dari beli kereta dari mereka. Awwwww. Dia kata, wa exporter. Tapi hari ni, ok pulak. Siap berterima kasih sebab wa beli kereta kat dia. 

Seminggu lalu, wa beli smart fortwo. Today wa kata kete ni tak sesuai untuk wa. Mungkin sebab tu depa nak balik bisnis wa kot. Anyway, wa sungguh tak sabo nak test drive kereta ni esok. It's a Mercedes Benz A45 AMG. 360 bhp. Knock 0-60 in 4.6 secs

"The A45 – the most powerful hot hatchback yet built, and with currently the most powerful four-cylinder engine in production – is meant to open up AMG to a host of potential fans who have hitherto been denied access to the high-priced, usually V8-powered cars from Mercedes’ sporting arm. It’ll also add extra gravitas to styling kits and trim levels featuring AMG badging." Autocar

See you tomorrow









Monday 2 December 2013

2 Dec 2013

My friend comes and pay me a visit. He and his friend were flew from USA. He said he bought 35 Harley Davidson bikes in USA. Wow. I have rice, but they wanna a 'teh tarik'. Can you believe me. Yes we do have a 'the tarik' in Birmingham. Even tough it's not as good as a teh tarik in mamak stall down in Kuala Lumpur, but it's a teh tarik.

So, we went out. It's 10 pm and it's cold outside. He rent a Citroen Picasso. New car, year 2013. I don't like it. But it's the cheapest he can get. All in all, the car rental is cheap, but additional option makes the rent not so cheap.

The journey take us about 20 minutes. It's called Lahore. I had a a cheese burger with french fries. He had a kebab donner. The cold killing me. I had a headaches. Get home, I go straight to bed. I need a rest.

My friend stay on the sofa bed. I bought the sofa bed in July. So far been using it regularly. I have quite a number of visitors lately. Their comment about the sofa bed is amazing. So if you like to consider buying it, you are free to search at Darling of Chelsea.




My friend went to Spain on Sunday. I decided to go to Bullring that afternoon. I really forget that it's December. Christmas month. It's jam ! ! Bullring is full of peoples doing the Christmas Shopping. I just stop at Game and try my luck if the pre order stuff is here for collection. It's ready and I got it. Hu hu hu. Anyway, I don't use it much. I'm not a techno guy. Just leave it to my sons, and they set up everything.


That night my friend come to advise me on the account and HMRC thing. We have to continue some other day. Still got problem 

I took 2 tablet of paracetamol. My headaches getting worth. 

It's Monday morning, Aiman and Amir were not going to school today. Aiman had a stomachaches, and Amir had a headaches. After sending Anas and Maisarah to school, I took the Viano to a tyre garage to seek some advise. This garage has been suggested by many other garage if we want a reasonable price tyre. Tyrerus. Check it out. There is a vibrating on the steering wheel, and the Viano tend to move to the right. Upon check by the tyre man, he suggested that the tyre is badly damage. He can change the tyre, but can't do the alignment because the viano is too long to fit on their ramp. So I just change the tyre. The vibration gone, but I do still need to do the alignment

                                       

On the way back, I bought a half lamb. My wife is coming this Thursday. Hu hu hu. 
Aiman is going to the gym at Fitness First every Friday. He use Cikgu Di's card and he can enter the gym free on Friday. He cycled every Friday. During winter, 4 pm were dark already. So I bought him a light for his bicycle. It delivered today. Cataye bike light


                                      

One of my favourite tv program is Top Gear. It's 13:24pm. Email Message has been answered and done. FaceTime call from Madeehah. 3 more days






Saturday 30 November 2013

Kunjungan Hormat

Jumaat biasanya rasa pendek. Anto anak sekolah. Balik kemas rumah. Basuh pinggan, basuh baju, keje tetap keje. Facebook, gmail, whatsapp, message, tu biasa la.

Tambahan keje yang biasa, bila dapat surat. Surat ni macam macam. Biasanya kena ambik tindakan dengan cepat. Maknanya keje lain tangguh dulu atau kengkadang akan jadi terbengkalai.

Surat hari ni, dari trade insurans. Tambahan untuk Viano kedalam policy approved. Yey! Hope this new additional can give back profit. Slow but sure, In Shaa Allah. So kalau you all terdesak nak cari 8 seater transport, do let me know. Unfortunately, it's comes with a price hu hu hu

Hari ni mesti kena masak awal. Kalau tak, tak sempat la anak anak wa makan masakan sedap giler wa. Grab 3 pcs of salmon, potong kecik, letak white and black pepper, tandoori, sea salt, gaul dengan kunyit, tabur olive oil, masuk dalam air fryer, bio je 10-15 minit. Job done

Ambik kuali, letak olive oil, tumis bawang beso, bila naik bau, letak kicap, bermacam kicap, dalam hal masakan hari ni wa guna kicap manis cap udang, dan soy. Letak lada merah yang dipotong. Tambah sikit air, rasa, kalau tak cukup rasa tambah garam secukup rasa, rasa lagi dan kalau rasa dah ok, tak yah rasa lagi. OOPS lupa untuk pekatkan kuah, wa tambah corn flour yang dah dilarutkan dalam air. Keluokan ikan dalam air fryer, masuk dalam kuah kicap. Jadilah salmon masak kicap sedap giler.

Wa gorang sebahagian salmon tadi. Jadi ikan goreng. Sayur bayam telor lengkapkan menu sedap giler wa kali ini. Wa terpaksa makan awal. Sebab tak tahan bau menu sedap giler ini. Sholat Jumaat di Milner Road. Dah 5 tahun lebih wa tak sholat Jumaat di sini. Selama ini wa sholat di Jalalabad. Mesjid ni dekat dengan rumah sewa pertama wa ketika wa sampai Birmingham 19 Nov 2007 lalu. Wow dah 6 tahun wa di UK you.

Grab my coat, keluar ambik anak sekolah. Anto depa kat rumah, vroooom wa meluncur ke Kota Metropolitan London. Meeting jam 6 petang. Dalam sat nav I'm way early. Sampai Kota Metropolitan London It takes me nearly 2 hour for 7.6 miles. Siapa la mamat yang kata Kota Metropolitan London ni tak jam. Sorry bro, jam giler. Anyway, sat nav wa ni pon satu, pegi tunjuk wa jalan dalam buat apa. Akhirnya wa lambat. But Dato Aziz Kaprawi memang sempoi, dis senyum je bila nampak wa. Dinner di Melur Edgeware Road dengan delegates from Malayisa host by Malaysian Embassy kot. Wa rasa la. Sebab mamat mamat Kat Embassy cam tak puas hati je, aik nape la wa ada kat sini hu hu hu. As normal, wa pedulik haper khanz. Sib baik Dato Duta kenal wa. Dia dah biasa dengan kejutan kejutan wa hu hu hu. Anyway, makanan dia sedap. Try la try la. British yang keje kat situ tau cakap Bahasa Malaysia. So be carefull bila lu all cakap Malaysia. Spy hah hah hah. Wa suruh tapau untuk anak wa. Mat salleh tu pon sempoi, dia paham




Lepas dinner, chat kejap kat Lobby dgn Dato. I don't know. What can I do? I'll try my best.

Push off dari Jumeirah Carlton Tower Hotel at 11:23 pm. Stop kat Service utk sholat, sampai Birmingham 1:20 pagi. Pagi sabtu, lauk dari Kota Metropolitan London banyak, wa panaskan dan masak nasi, jadilah brunch kami untuk hari Sabtu







Thursday 28 November 2013

Buku 555



Bila tak ada keje, wa terbelek blog ni. Wa rasa syukur bila baca balik blog ni. Dapat ingat kembali apa yang telah terjadi kepada wa dalam hidup wa di alam fana ini. Orang kata bila sedih atau marah (aww garang gitew), kita dikehendaki mengingati saat manis dalam hidup kita, pasti kita akan tersenyum, dan detik detik seterusnya dalam hidup kita setelah kita sedih atau marah akan melalui jalan yang berbeda.

Banyangkan kalau kita marah, lalu kita berontak, kita mengeluarkan kata kesat, orang yang dengar tak puas hati, kita bertikam lidah, sorang bawa pisau, sorang lagi bawa pisang, apa akan jadi? Ke hospital kah? Atau ke Balai Polis kah?

Tapi kalau kita ingat suatu yang mendatangkan kegembiraan kepada kita, mungkin kita akan potong pisang dengan pisau, dan kita makan pisang sama sama, lepas tu boleh la wa jual kereta mewah (mewah gitew) kat dia. Khanz berpaedah. Dia dapat kereta mewah berkualiti dari penjual berkualiti, dan wa dapat untung dari jualan tersebut. Sama sama untung.

Jadi wa sangat menghargai hasil tulisan wa ini dan menggalakkan orang lain juga menulis perihal hidup mereka di mana mana. Bila keadaan terpaksa, kita boleh jadikan ia sebagai sumber kenangan manis buat kita kenang di hari tua. Ingat, kegembiraan adalah kenangan terindah untuk kita kenang di hari tua. Maka dengan itu, isikanlah kenangan indah dalam setiap detik kehidupan kita. Demikian tazkirah wa hari ini

Arwah Atok wa (Al Fatihah ke atas roh beliau) ada diari. Baca macam sofisticated je Atok wa ni, hu hu hu. Dia guna buku 35 jer buat tulis apa yang berlaku dalam hidup dia. buku '555'. Ingat tak? Kalau tak ingat, wa sertakan di bawah. Hu hu hu. (ok ok ok sama sama) Anyway dia tulis bia wa lahir, waktu, tarikh, apa yang berlaku ketika wa lahir, apa doa dia ketika wa lahir. Cumanya, wa tak tau kemana perginya diari tersebut. Awww sedih. Jap wa nak baca blog wa untuk hilangkan sedih ini.



Car collection today. Release ! ! !. Bye bye 911. See you in KL.




Suriya minta tolong bayarkan Road tax BMW dia. Bayar kat Post office. Sekarang kena isi borang. Dia perlukan V5, kalau tak ada, dia nak slip hijau. Insurans. MOT. Bayo £96. Ingat 12 bulan ropenya 6 bulan jerrr. Tengah nak balik, dapat call dari Smart. Kereta ready to be collected. Tanya Suriya kalau dia boleh tolong anto. Ok Suriya anto. Ingatkan kejap lama gak.

So  here it came a new one. Cute lil baby. This car have a panoramic roof, satellite navigation, bluetooth and do 60 mpg. Another good thing is, £0.00 road tax. Small from the outside, yet feel like a normal car from the inside. City car, even though it can go for 70 mph, I rather stay at 55.77 mph, unless I'm a lil bit crazy and wanted to be crazy for 5 crazy minutes on a crazy sunny day. Love it, but it killing my back. At first I thought this car is for a shiny skinny girl, but, on the road, it driven not only by a girls but also by a macho muscle man who I think just fed up to drive a long and heavy car. It's not consider as a 'cheap' car though. The boot can fit 2 cabin bags, and the good thing for this car is, very easy when it come to park the car in a small and narrow parking space. Will I buy for my own use? Nope. Thank you. 




Basikal Alfa sampai petang tadi. Tepat jam 4 petang. Saat wa sedang bertungkus lumus memasak. Pukul 4 petang dah nak gelap. So cek basikal, masukkan dalam garage. The bike is nice, the colour is also nice. But the seat is not for me. Don't worry guys, maybe I only like if the seat is like the one in the Range Rover. It's impossible. Am I right?

Dah lama Range Rover tak bergerak. Sebab susah nak keluar masuk drive way. Lepas anto 911 space legs sikit. Tuko kedudukan kereta, there you go, I have the opportunity to drive RR again. What a big different. Especially changed from Smart Fortwo to Range Rover Autobiography Sport. Hu hu hu. Wow ! ! !

Malam ni patutnya pegi rumah Abg Ariff. Nak discuss sikit. Tapi Nik nak datang rumah tunjuk Viano. Terpaksalah teliponAbg Ariff. Nasib baik dia boleh datang rumah sebagai ganti wa pegi sana. Alhamdulillah. 

Pesan Big John Pizza. Mak ai, kena charge delivery pulak £1. 








Monday 25 November 2013

Alfa Romeo 4C




Bangun pagi gosok baju sekolah anak. Tak sempat nak buat sarapan mereka. Pagi ni Anas kejut sholat subuh. Malam tadi banyak kali terbangun. Tak pagi pagi lagi. Malam panjang sangat. 4 petang dan gelap. Subuh habis 7:44 pagi. Lepas anto anak sekolah, talipon tak henti berdering. Lepas satu, satu lagi. Macam macam benda. Tambah pulak ada Whatsapp. Belum lagi message. Email. Facebook ... awwww dunia ... dunia

Baru pikir nak masak apa. Sampai tak terpikir. Wife punya suggestion menu pon masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Tadi Tok Bak pegi buat CT Scan. Wife kata, kelenjar prostate dia bengkak. Gula darah tak tinggi sangat 7 jer. Alhamdulillah, kali ni Tok Bak tak takut buat CT Scan. Tak macam masa nak buat MRI dulu.

Wan baru baik demam. Dia tak cakap pon dia demam. Takut bila cakap nanti, dia kena pegi hospital. Nasib baik Kak Room datang cuti sekolah. Seminggu Wan baring je. Hari ni dah boleh bangun. Madeehah dah start cuti sekolah minggu lepas. Duduk rumah je. Main iPad.

Teringat surat dari DVLA, pasal private number plate dah lulus. Cabut plate lama, drill plate baru dan pasang. Lovely ... D9 ESA.




Jam dah dekat pukul 12. Kejap je. Tetiba dapat call. Dean dari Alfa Romeo. Alamak lupa ada appointment jam 10 pagi. Dah terlepas. Kata kat Dean will meet you at half twelve today.

Nik call tanya kete boleh ambik ke tak hari ni. Mak ai, tak bayo lagi. Bayo kete, it's a Viano 8 seater, suruh Nik beli train ticket, confirm duit clear, off he go. Esok dia ada first customer nak bawak pegi Bicester Village, Good Luck Nik

Zohor 11:54. Siap punya siap, dah pukul 12:30. Call Dean kata tunda ke jam 1. Mangkok tol

Dah nak keluar rumah. Pakai kasut, tutup pintu. Ropenya, bukan saja alamat tempat yang nak dituju tu terlupa bawak, wallet pon tertinggal atas meja. Kunci rumah dalam wallet. Perfect !. Nasib baik satu kunci tinggal kat rumah jiran. Nasib baik lagi, rumah jiran tu tak jauh sangat. Walau tak jauh, jalan dalam sejuk memang mengancam tulang putih sekerat ini

Masuk rumah, grab the thing need to be grab, terus jalan. Dalam google map, kata 10 miles only, reality, 18 miles. Mak ai. Sah sah memang lambat ni.

Sampai Alfa Romeo, rasa macam pernah datang. Yezza, memang pernah datang, tapi dulu datang sebab beli Porsche Cayenne. Long tie ago, in 2010 if I'm not mistaken. Masa tu datang dengan tokey ST Motors. La ni showroom Porsche dah bertukar tangan kepada Alfa Romeo. Porsche pindah ke tempat yang lebih besar dan grand lagi dari yang ini

Tujuan datang adalah nak tanya pasal Alfa Romeo 4C. A year ago, I booked an Alfa Romeo 4C Launch edition from Mangoletsi. I have been told that I'm the first in the list. Wait more than 6 months, but later find out that, they have given the order to other people, and they said I'm not the first name on the list. What ever ! ! !. Geram jangan tak geram. Udah le jauh. Maka kali ini, wa tak nak la poie jejauh, Cari yang dokek dokek yo. Solihull

Lilau lilau mata melilau. Ternampak pula, sebuah basikal Alfa Romeo. Offer pulak tu. Maka terboli lah satu. Bukan untuk wa. Wa niaga jer. Jangan buat buat lupa pula. Basikal ni biasa jer. Brake pon bukan guna brake disc. But it's Alfa Romeo ok. Wake up you, Alfa Romeo wa kata kat lu. Ada dua warna. Solid red and Alfa Romeo Red. Of course I choose the Alfa Romeo Red. £479, harga asal £552. Not bad eh



Duduk kat situ sementara nak pilih option untuk Alfa 4C, wa diberi minum kopi cawan besar, 2 cawan pulak tu. Wa dah tau apa akan jadi. Masa perjalanan balik, wa memang kejo masa. Sebab nak ambik anak sekolah pada 3:20 petang. Tapi tak tertahan nak berhadas kecil. Wa ada dua pilihan, nak balik rumah atau nak terus ambik anak sekolah. Demi menjaga air muka wa yang orang lain kata ensem ini, maka wa memilih untuk pulang ke rumah dulu. Apa apa hal, settle masalah wa dulu. Dah sampai rumah, lebih baik wa sholat Asar dulu. Kesan dari tindakan wa itu, maka lambat la wa ambik anak wa. Telepon pon berdering dering. Akhirnya anak wa semua selamat masuk kedalam kereta.

Perkataan pertama keluar dari mulut wa, papa tak sempat masak. Sampai rumah, lepas sholat, makan dulu apa yang ada.

Masuk je pintu rumah, wa ambik periuk nasi, 4 pot basmathi, basuh, hiris sebelah lemon, ambil 5 keping cendawan kering, dan satu sudu garam laut, masuk dalam periuk nasi, idopkan letrik tutup periuk. Settle satu perkara. Tunggu je la dia masak

Raw material tak ada. Yang ada, ayam goreng setengah masak beli kat costco hari Jumaat lepas. Masa tu jumpa pelanggan tetap yang wa selalu jumpa kat Costco, Abg Ariff, hu hu hu (selingan). Wa pon masak je la ayam lemak cili api. Wa nampak ada nenas dalam tin, wa buat bahan tambahan dalam lauk tersebut. Tak pernah buat letak nenas dalam tin ni. Memandai je cuba. Siap, Frankly speaking, masak lemak cili api ni tak begitu kick bila campur nenas tin ni. Manis wa kata kat lu. Apa nak buat, anak wa mesti kata sedap punya, mereka dah dilatih untuk bersyukur dengan apa yang ada, DONE. No heart feeling.

Lepas Maghrib, pegi Sainsbury's. Beli keperluan dapur. Bayo pakai Nectar point card. Wa kumpul point, point tu ditukar kepada cash. Lumayan banyak. Ada dalam £22. Hu hu hu.

Lepas Sholat Isyak, wa ingat nak buat list kereta dan motor. Tapi idea tepu. Maka wa phon tulis la bolg ini. Lu beruntung sebab baca blog wa hari ini. Tepuk tepuk, lip ap lip lap. Daaaaaa

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ