Sunday 31 May 2009

Brugge Belgia


Dari Brussels sepatutnya kami ke Ghent. Tapi lami kesuntukan masa, maka kami terus ke Brugge. Ia bandar kecil chantek molek dan bersih. Ramai tuorist. Cari sign 'P' untuk park kete dan kami jalan kaki pusing bandar. Memang menarik. Moh melawat ke sini


Mana mana pegi dalam Eropah ini, lu all pasti akan jumpa dataran sebegini. Ada satu gereja, dan dikelilingi city council dan kedai kedai. Sama macam kota kota di Indonesia. Kira Malaya unik sebab tak ada arrangement macam ini.


Sebelum wa baca info mengenai banggunan ini, wa tak boleh tulis nanti syilap

Tok Bak in action



Wow Wan di Brugge. Glamer gitew ! ! ! Ada ke patut orang yang datang ke Eropah dikatakan ingin mencari glamer. Tak patut sungguh. Mungkin ada segelintir, tapi nak kata semua orang itu mencari glamer, apa lagi orang tua yang melawat anak anak dan cucu cucu mereka untuk mencari glamer adalah suatu yang sangat melampau dan tak boleh diterima aqal waras wa yang professional ini. Apa lagi jika mereka kata Wan nak cari glamer. Sah lah mereka memang tak kenal siapa Wan.
Sungguh wa nak tergelak, apa lagi bila wa cuba menelusuri pola pemikiran mereka yang ada terlintas akan imiginasi yang merapek itew. Wah kah kah kah.

Namun pedulik haper orang nak kata. Bukan ada meninggalkan kesan lebam di mata pon khanz lu all. Namun kita kena mengerti, bahawa Allah Maha Kaya. Dia boleh mengadakan yang tiada dan meniadakan yang ada. Dunia ini umpama sebutir pasir di atas padang pasir yang luas terbentang bila dibandingkan dengan kerajaan Allah swt. Jangan kita iri terhadap rezeki orang lain. Semakin banyak kita berdoa untuk orang lain, Insya Allah semakin bertambah rezeki buat diri kita. Percayalah, sebelum rezeki orang yang kita doakan sampai kepada mereka, Allah swt terlebih dahulu karuniakan rezeki tersebut kepada kita.

Tazkirah disudahi dengan tasbih kifarah



Banyak kedai cenderahati di sini. Ia pasti best untuk mereka yang bawa tong penuh duit ke sini.





Beraneka ragam teko. Namun wa tak heran. Banyak kat car boot, murah pula. Jangan membazir. Duit yang ada tu simpan. Bayo hutang, hi hi hi awwww ! ! ! (satu lagi siri tazkirah wa, catit catit, nanti lupa. Cho dah tulis ke? Simpan azimat wa untuk anak cucu)


Tok Bak ni kena tuko camera la. Dol, bolikan Tok Bak kamera baru Dol. Tok Bak kata kamera tu tak boleh fokus






Wa ske cuaca saat ini. Nampak macam panas, tapi angin sepoinya dingin nyaman sekali








Lu all bayangkan dulu keaddan di sini sebelum lu all sampai sini ye. Taraaaaa ! ! ! Wa memang sentiasa baik hati bagi lu all gambo gambo cantik ini. Satu sen pon wa tak caj. Tak ndok tak ndok








Apa la Maisarah nak pau Wan tu


Dari Brugge, kami ke Eurotunnel Calais. 45 minit perjalanan. Menyeberang Selat Inggeris 30 minit. Dan ke Egham lebih kurang 1 jam 30 minit. Maka tamatlah kelana kami ke benua Eropah kali kedua. Kali ketiga, Insya Allah ke Spanyol pula Insya Allah. Tarikh nya ikut ketebalan dompet. Jalan tanpa dompet tebal ni sengsara wa kata kat lu






Atomium n Mini Europe

Ini adalah Atomium. Kira fofular lah di Brussels ni. Kalau tak pegi sini wa kira lu all tak sampai Brussels lagi lah. Walaupon begitu sedara sedara sekalian, inilah kepintaran marketing mareka. Cuba mini asean di Terengganu tu buat lagu ni, mung tok mari mini asean, kira mung tok mari Malaysia, agak agak berbaloi kah?
(M Amir mulakan kelana Atomium dengan tangisan. Baru world. Tara nangis tara world buat Amir)

Foto canggih ini di ambil di dalam mini Eropah. Kalau wa nak bandingkan dengan Madurodam di Holland tu, wa cuma bagi 3 star sahaja. Udah le mahal, tak nampak real. Eh syilaps, kira ok gak la kalau nak bandingkan dengan mini Asean di Terenganu nun. Bukan apa mak cik dan pak cik, Madurodan memang real wa kata lu. Yang tak nampak real hanya cube house dan Duinrell Park je.


Lyhatlah, Eiffel towernya, tak padan dengan biaya membikinnya. Owh lufa, kalau lu all nak tau, biaya nak bina mini Grande Place (bukan Eiffel Tower) adalah 360,000 Euro. Tapi wa lihat macam biasseerrrr JER ! ! !

Maka nasehat wa lagi, kalau lu all dah poei Madurodam, tak payah le masuk mini Europe pula. Udah udah le belanja tu. But kids really like it. Kali ini, Amir tak rosakkan apa apa. Lagi phon, bukan ada banyak mende bergerak di sini yang patut Amir rosakkan




Banyak sungguh posing Amir wa terpaksa layan. Maklumlah, Aiman dan Anas tak ikut



Moh kita ke Italy pula








Ini pula di mana ye, wa tak sampai lagi









Saturday 30 May 2009

Brussels

Dari Paris, setelah wa terasa sesak, maka kami terus ke Brussels. Kak Shikin kata, esok ada Brussels Run, banyak jalan tutup. Dia suggest datang Brussels awal sikit supaya kami dapat ronda kota petang ini. Perjalanan mengambil masa dekat 3 jam. Sempat tuko drebar sebab wa ngantok. Alhamdulillah, wa bawa kete otomatik, jadi wife wa bolehlah ganti wa. Bagus wa beli kete tu khanz lu all



Masuk rumah saja sudah bau makanan oooo. Tapi wa terus cari bilik air dan mandi. Meh nak ceta, rumah abg ipo wa pagi tu, tak ado aior panas, heater rosak. maka wa tak mandi lah lu all, sejuk. Shhh jangan bagi tau orang lain. Malu I you know. Sahabat kena cover bro


Perjalanan dari Paris ke Brussels kena toll Euro 18.

Grand Place. Mana mana dalam eropah, maka cesti ada dataran seperti ini. Tak caya pegi lah, ha pegi lah pegi



Cik Kiah, lawonya. Nasib baik kedai ini dah tutup, kalau tak tentu alasan tak beli menjadi lain.



Banyak sungguh kedai serupa ini di sini




Brussels di kala senja saat mentari mahu melabuhkan tirainya. Chewah, macam betul je ceta tu. Mana ada mentari melabuh beb. Sasterawan jawab jangan taj jawab





Menneken Pis. Cetanya, budak ini telah menyelamatkan kota Brussels yang kebakaran dengan menggunakan air kencingnya. What a story ! ! ! Itu pon jadi tumpuan berjuta manusia. Kecik je tempat ni. Beso tu lah. Terrer marketing nya


Ini manusia yang berlagak seperti patung Pakcik Vincent Van Gogh (1853-1890)




Tok Bak di Brussels la pulak kali ini



Grand Place Brussels. Nasib bhaek wa ader D90. Maka bolehlah wa tunjukkan kemeriahan ini kat lu all. Awww meriahnya ! ! !


Chantek khanz ! ! ! Dijadikan sejarah, bahawa arkitek yang mencipta banggunan ini mati bunuh diri kerana terlalu tension. Dia telah reka banggunan ini tidak simerti antara bahagian kiri dan kanan
Tugu dia ada dibina di sudut dataran ini dengan ukiran emas beliau sedang baring mengiring. Dijadikan cerita juga, bagi siapa yang menyentuh patung baring dia, maka orang itu akan datang lagi ke Brussels. Beliau adalah seorang lelaki, namun patungnya wa lihat macam pompuan, siap pakai selendang you, wa kata kat lu



Ini kota Brussels waktu malam. Dalam jam 11 PM gitew. Maghrib 10:30 PM. Jadi lu all budget budget lah sesuka hati lu. Heppening lu wa kata kat lu. Kedai pon masih buka lagi. Antara kedai menarik di Brussels ini adalah kedai coklat, sulaman, karpet dan waffel. Wa cuma boli coklat yo. Sodap wa kata kat lu. Bukan tak mau boli, tapi depa tak terima duit malaya yang adik wa bagi waktu wa sambut hari jadi wa tempoh hari. Arhg, apa nak buat ...



Depan banggunan European Union, bersama Kak Shikin





Sate Strawberi. Sarapan pagi dengan strawberi gitew, pelis la lu all, jangan jeles. Lu all pon boleh gak buat cam ni, boli je strawberi kat supermarket, cucuk ngan lidi. Simple. Oooops chop chop, tak payah bayo. Ini saranan bernas wa yang free of charge


Besonyo rumah.


Look. Meh nak ceta, wa guna stand untuk letak camera wa. Dan wa juga guna remote untuk pukul gambo ini. Selain itu, lihat tangan kanan Madeehah. Remote tersebut dalam genggaman beliau.




A very nice host. Thanks Kak Shikin. Nak bagi duit dia dah kayo. Hi hi hi laei pon, macam lah wa ni banyak sangat duit tu. Frankly speaking, dalam poket wa tu cuma ado duit Malaya hadiah hari jadi wa, awwww syahdu gitew.



Depan rumah




Jumpa lagi di lain saat. Maka bergerak lah kami ke Atomium dan Mini Europe

Trip to Paris

Inilah keretapi yang kami naik dari Folkestone ENGLAND ke Calais FRANCE

Kaunter daftar masuk eurotunnel

Dalam eurotunnel. Selesa, tak rasa sesak napas. Perjalanan cross selat inggeris mengambil masa 25 minit. Laju oooooo



Berhenti isi minyak. Tank hampir kering. Ingatkan nak tuang minyak sebelum masuk France, tapi tak jumpa stesen minyak.



Paris ... ikut lorong ini




Perjalanan dari Calais ke Paris mengambil masa selama 3 jam. Wa ngantuk sesangat. Maka kami berhenti kejap (dekat 2 jam tu) untuk kami makan dan wa tido.





Bicycle for rent






Ngopi dulu, eh idok la, wa lalu je







Wan pertama kali sampai ke sini. Hi hi hi siapa sangka Wan sampai Paris








Salah satu dari sudut kota Paris. Menarik khanz lu all. Tapi tu la, panas, debu, susah parking, orang ramai. Menjadikan wa korang selesa.









Arc de Triomphe










2001 wa ke sini bersama wife wa, Aiman dan Tok Bak. Saat itu kami naik hingga tingkat paling atas. Kali ini memang hajat hati nak naik lagi, tapi manusia macam semut. Ramai da'oh. Panas dan berdebu. Maka wa pukul gambo je la. Itu pon Tok Bak yang ambil gambo ni










Bandar Paris. Mercu tanda segi empat tu fames juga tapi wa tak tau gapo dio













Tersebut dalam cermin sisi kete wa itu adalah Arc de Triomphe. Ia merupakan gerbang Roman yang terbeso dalam donia dengan ketinggian 49 m dan 44 m lebar. Dibina zaman Napoleon pada tahun 1806, siap pada 1836. Sekarang dijadikan laluan ke kubur pejuang mereka lah












Satu peringatan bernas wa kepada lu all yang ingin mengembara dalam kota Paris menaiki motokar adalah, isi minyak penuh tank. Sebab, punya lah payah nak cari stesen minyak yang beroperasi. Wa guna tomtom, namun banyak stesen minyak tersebut tutup. Alhamdulillah, ada local citizen tunjukkan wa stesen minyak. Gelabah wa, wa kata kat lu. Udah le minyak kete wa saat itu hanya boleh bertahan sejauh 4.5 batu je. Kena tahan polis pula sebab tak bagi signal. Cakap macam ayam dengan itek. Dia nak saman, Wan hembus hembus, akhirnya dia bagi lepas.


Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ