Tuesday, 25 November 2008
Gawat
Kalau dah biasa keje, tetiba, tak keje, isk ... mati kutu gak jadinya. Tangan wa ni bila tak keje, asik nak perabih duit je. Tension wa cakap lu. Hari ini, wife wa ajak ke Queen Anne lagi. Bulan depan ada kawan wa nak post barang dalam kontena. Jadi inilah masanya nak anto barang ke Malaya. Barang Dol dan barang mertua wa dah 8 kotak.
Dalam meniti hari hari yang tak bekerja ini, wa lihat PS3 wa tu. Discnya tak boleh guna. Rosak. Kalau beli di UK, call aje, esok datanglah currier service ambik balik console tu dan digantikan dengan yang baru. Tapi, malang nasib wa, wa beli di Malaya. Kalau rosak kena anto ke Singapore, BY HAND. Pergh .... berasap wa kata kat lu. Mangkuk hayun sungguh.
Tapi tuan tuan dan puan puan, wa memang sebelum ini tak sempat nak eksplore PS3 wa tu. Rupanya, PS3 tu boleh buat memacam bende. Boleh jadi router untuk internet, boleh main games, boleh jadi media centre. Haaa media centre.
Pernah satu ketika di kala wa boring, ingin sahaja wa beli media centre. Banyak masa wa guna menelaah jenama media centre dan harganya. Nasib baik wa bersabar. Wa sebenarnya dah ada media centre yang power. Cuma wa tak tau sahaja yang wa dah ada media centre.
PS3 tu dah berjaya jadi media centre wa. Boleh ke wa terlupa bahawa wa ada kawan handal bab bab teknologi ni. Tak patut sungguh. Kawan wa ni duduk di Southampton (SOTON). Nama dia AHAKS (nama samaran).
Dia suruh wa guna http://www.xsharex.info/ search movie atau apa saja yang wa nak, download, guna http://www.rapidshare.co.uk/ (kena ada akaun) dan tuko file tu ke file yang computer boleh baca. Lepas tu pindah file tu ke media centre (which is my PS3), dan tonton movie, dengo lagu, main games, atau view photos di kaca tv. Ha ha ha terer terer !
Hasilnya, setelah cuba banyak kali, wa dapat tonton ceta pertama wa Kung Fu Panda. Puas hati wa.
Kalau nak barang sukan murah pegi ke www.mandmdirect.com .
Daaaa ! ! !
Friday, 21 November 2008
Anne Oshin !
Happy Birthday Anne Oshin ! ! !.
Nampak gaya nya satu minggu satu berita wa tulis. Ngape agaknya ye. penangan sejuk kot. Hibernasi
Semalam wa bayo insurans kete. Murah je. GBP370 lebih kurang. Last year wa bayo GBP470 lebih. Wa rasa ada baiknya wa tulis satu thread tentang apa yang perlu di lakukan dalam kehidupan di UK ini beserta laman web nya sekali. Jadi wa tak lupa, dan lu all pon boleh manfaatkan apa yang wa ada. Nanti lah, bila wa tak malas.
Semalam juga wall mount tv bracket yang wa oder sampai. Senang sungguh kat sini, oder je, tak payah pegi kedai. Dan yang paling penting ia selamat dan boleh dipercayai. Balik keje semalam, wa pasang sikit sikit. Hui susah gak la, manual hanya ada gambo, keterangan tak ada. Kalau otak wa bukan otak baik punya, mau wa gibab.
Jadi pagi tadi sebelum anto anak wa ke sekolah, wa naikkan bracket tersebut ke dinding. Berat yeop wa kata kat lu. Tapi memang puas hati la. Wa beli di http://www.av4home.co.uk/acatalog/Vogels_EFW_6345_LCD_Wall_Mount_Dual_Arm.html . Nasib baik beli di UK tak rasa keluo duit. Tapi jenuh la lepas ni wa nak kumpul duit lagi. Kumpul kumpul kumpul, habis, kumpul kumpul kumpul habissss. Gitu aje la kejo wa kat sini yeop.
Wife wa tak keje hari ni. Dia ambik cuti. Semalam giliran dia present paper year 1. Awwww ! ! ! dapat pujian you. Minggu depan Viva. Kalau lepas, maka dia sambunglah lagi belajo kat Birmingham Uni, kalau tak, idok le wa akan menetap lagi di engrish ini. Apa lagi, balik la yeop. Doakanlah dia berjaya ye. Dan wa pulak, dapat duduk lagi di negara sejuk ini. Eiiii best duduk sini wa kata kat lu. Percayalah kata wa.
Oleh kerana tak keje, maka wa pon kena cuti gak. Sebabnya, dia dah siap plan nak pegi Queen Anne factory, Wednesbury, 13 batu dari rumah wa. Ha Birmingham ni memang bagus, kedudukannya tengah tengah. Banyak gak faktory branded item. Jadi tumpuan la wa kata kat lu. Lagi pon nak bawa mertua wa kat tempat tu. Asik car boot je, mana curlass gitew. Ambik ko, murah giler. Berkotak kotak masuk kete, semua perbelanjaan tu sama dengan harga satu bekas di Malaya. Satu bekas sahaja cik Kiah. Haaaa wa cakap lu.
Ada sorang mak cik tu, wa jumpa di sama, beli 12 set dulang, dan segala macam alat perkahwinan. Pergh. Baru wa tau rege barang ni kat Malaya mahal giler. Maklumlah, wa mana minat kat barang ni masa di Malaya. Lagi pon, kalau wa jalan ke kedai di Malaya tu, salegirl tu pandang wa ni tak berkeyakinan je wa ada wang. Tengok atas tengok bawah. Nak layan pon malas khanz.
Hi hi hi awwwwww, daaaaaa. sejukkkk ! ! ! Dengo kata esok turun lagi snow. Maka no car boot journey le gamoknya
Monday, 17 November 2008
Easy get busy
Dah beberapa kali wa call virgin media. Beberapa kali juga wa create new reason mengapa wa call mereka. Lu know, diffrent reason bring different solution. Hari ini, baru wa dapat jawapan yang agak lega, depa kata ada kerosakan talian di kawasan wa. Hampeh khanz lu all. Ngape idok diberitaunya sejak purnama lalu. Dekat sebulan gak line internet wa kejap ada kejap tak ada
Paling parah, tengah buat transaction bank, keluo page, the page cannot be display. Eiiiiiii mngkok hayun sungguh. Keciwa betul. Nak cek balance akaun dah debit ke kredit ke tak boleh. Kalau duit tu banyak, hilang 1000, 2000 pound tak jadi hal (hi hi hi tak mau kalah tu, wa kata kat lu), tak ape la. Ni kurang 1 pound pon dah risau seluruh badan.
Memandangkan kewangan wa masih belum menjamin 7 keturunan, maka wa masih pegi car boot sale. Last week belian di car boot sale agak lumayan. Minggu ini, tak berapa, cuaca pon tak elok. Pendek perkataan, tak ceria la. Cuma wa dapat 3 frame bergambo IKEA yang sangat cantik. Terus ruang makan wa nampak macam rumah engrish
Malam tadi, Ami Omar datang ke rumah wa, dengan kawannya Helen. Dia datang UK minggu lepas, dan dijadualkan berangkat pulang ke Malaya 23 Nov 08. Mertua wa pula akan berangkat pulang pada 30 Nov 08. Awwwww, bagaimana nanti wa ye. Kalau ada orang tua kat rumah ni lain sikit you. Mereka selalu mengaji rumah jadi sejuk mata memandang, eh sekarang ni memang tengah sejuk. Lu all tak tau ke, wa pon terlufa, wa sedang berada dalam musim WINTER.
WINTER SONATA .... ingat lagi. Makcik makcik tu pasti ingat. Ala tipu kalau tak tau. Kalau wa kata tak tau logik gak. Wa ske tengok ceta benar, ceta khayal ni wa tak leh lihat, nanti tak jadi keje, asik nak tunggu ceta tu jer. Lagi haru kalau macho pon teresak esak, awwww
Wa dapat email dari sepupu wa yang belajo medic di Rusia. Dia nak datang Birmingham cuti winter nanti. Wa ajak dia tido kat rumah wa, tapi dia kata dia ramai, 8 orang. Untung mereka ni dapat jenjalan khanz. Tentu banyak photo kenangan
Kalau lihat photo di lcd 40 inci full HD, pergh mengancam baby wa kata kat lu. Guna pulak kamera 12 megapixel. Isk isk donia donia. Donia donia juge, akhirat jangan lupa. Akhirat akhirat juge, donia jangan lupa. Harap wa tak lupa, insuran kete wa mati 20 November 08. Tak dak kete, syusyah juge baby.
Khutbah Jumaat lepas, wa diingatkan oleh khatib agar menjadi MUSLIM YANG MEMBERI MANFAAT KEPADA MUSLIM YANG LAIN. Namun, macam mana nak bagi manfaat jika kita tak ada ilmu, tak ada harta, tak ada tenaga. Maka dengan itu, khatib menekankan lagi, sebagai Muslim kita mesti menjadi yang terbaik dari segi ilmu, harta benda mahupon tenaga.
Ha bangun bangun, jangan malas malas. Muslim sepatutnya memimpin dunia. Mat salleh ni bukannya bagus sangat, tapi mereka berdisplin, dan kerja mereka selalu dicatat. Maka dari itu, catatlah keje kita. Supaya kita ingat. Bila berdepan dengan masalah yang sama di kemudian hari, kita tau apa nak buat berdasarkan kepada pengalaman kita nan lalu.
Dengan ini, wa undur diri dulu. Dah pagi ni.
Wassalam
Notabena: Easy get busy adalah nama timang timangan wa di tempat keje. Kawan mat salleh wa kekok nak sebut nama Arab wa, jadi wa suruh depa panggil wa Is saja, senang, tapi depa lebih ingat easy .... get busy
Tuesday, 11 November 2008
Happy Anniversary Erry
Dulu wa tak ada lesen UK. Gerun memikirkan bagaimana keadaannya wa tak ada lesen memandu UK dalam mengemudikan kenderaan yang dipenuhi dengan isteri dan anak anak wa. Namun bulan lalu wa dah pon memiliki lesen memandu UK.
Ia bukanlah pencapaian yang bagus sangat, namun ia memberikan wa satu kekuatan baru untuk melangkah ke tahap seterusnya IELTS Band 7, supaya wa berpeluang menduduki peperiksaan ORE, yang merupakan satu bentuk kelayakan agar wa boleh bekerja mengikut profession wa yang sebenar.
Tahun lalu merupakan tahun belajar kemahiran hidup. Banyak juga task yang telah wa capai, termasuk juga senarai barang yang wa nak beli, awwww ! ! ! Namun tak semua tercapai.
Tahun ini target wa adalah lulus peperiksaan. Dan tahun akhir wa di sini, adalah tahun mengumpul quid untuk wa mulakan kehidupan baru di Malaya. Hi hi hi kalau wa balik la. Jadi secara kasarnya wa bagi kehidupan wa di UK ini kepada tiga tahap
1. Belajar mengenai hidup dan beli apa nak beli.
2. No more beli (awwww boleh ker baby?), focun on exam
3. Keje dan kumpul duit
Sampingan, jalan jalan perabih duit