Wa ingat bidang keje wa ni tak terpengaruh dengan ekonomi UK. Rupanya, tergugat gak. Working hour wa di pendekkan. Dari 45 jam ke atas seminggu, kini bawah 30 jam seminggu. Parah lagi minggu ini, wa angan angan, 25 jam sahaja. Kesannya, gaji wa pon kurang gak cik Kiah.
Kalau dah biasa keje, tetiba, tak keje, isk ... mati kutu gak jadinya. Tangan wa ni bila tak keje, asik nak perabih duit je. Tension wa cakap lu. Hari ini, wife wa ajak ke Queen Anne lagi. Bulan depan ada kawan wa nak post barang dalam kontena. Jadi inilah masanya nak anto barang ke Malaya. Barang Dol dan barang mertua wa dah 8 kotak.
Dalam meniti hari hari yang tak bekerja ini, wa lihat PS3 wa tu. Discnya tak boleh guna. Rosak. Kalau beli di UK, call aje, esok datanglah currier service ambik balik console tu dan digantikan dengan yang baru. Tapi, malang nasib wa, wa beli di Malaya. Kalau rosak kena anto ke Singapore, BY HAND. Pergh .... berasap wa kata kat lu. Mangkuk hayun sungguh.
Tapi tuan tuan dan puan puan, wa memang sebelum ini tak sempat nak eksplore PS3 wa tu. Rupanya, PS3 tu boleh buat memacam bende. Boleh jadi router untuk internet, boleh main games, boleh jadi media centre. Haaa media centre.
Pernah satu ketika di kala wa boring, ingin sahaja wa beli media centre. Banyak masa wa guna menelaah jenama media centre dan harganya. Nasib baik wa bersabar. Wa sebenarnya dah ada media centre yang power. Cuma wa tak tau sahaja yang wa dah ada media centre.
PS3 tu dah berjaya jadi media centre wa. Boleh ke wa terlupa bahawa wa ada kawan handal bab bab teknologi ni. Tak patut sungguh. Kawan wa ni duduk di Southampton (SOTON). Nama dia AHAKS (nama samaran).
Dia suruh wa guna http://www.xsharex.info/ search movie atau apa saja yang wa nak, download, guna http://www.rapidshare.co.uk/ (kena ada akaun) dan tuko file tu ke file yang computer boleh baca. Lepas tu pindah file tu ke media centre (which is my PS3), dan tonton movie, dengo lagu, main games, atau view photos di kaca tv. Ha ha ha terer terer !
Hasilnya, setelah cuba banyak kali, wa dapat tonton ceta pertama wa Kung Fu Panda. Puas hati wa.
Kalau nak barang sukan murah pegi ke www.mandmdirect.com .
Daaaa ! ! !
4 comments:
Doc..
Kadang kala kita berada di atas, senang dan rezeki melimpah...
Kadang kala kita diuji dengan kesusahan, keperitan hidup dan cabaran yang tidak nampak jalan keluar.
Mungkin 2008 adalah tahun yang penuh rintangan..Marilah kita panjatkan permintaan dan doa kepada Allah agar diberikan kekuatanNYA, dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki pada tahun yang mendatang ini.
Apa yang dirancang tidak semestinya jadi kenyataan.. mungkin ada hikmahnya seperti hikmah diri ini yang masih mencari peluang dan rezeki yang belum lagi menampakkan hasilnya.Balik malaysia masih lagi jobless dan masih belum nampak tapak yang sesuai.
Namun begitu,terus terang bila melihat situasi doc di sana..seorang yang sudah "stabil" dengan career & kliniknya di tanah air sanggup berubah dan meninggalkan kerjaya demi untuk tetap bersama keluarga.
Ini sebenarnya memberikan motivasi kepada diri agar teruskan usaha walaupun tidak diiktiraf di dunia, namun begitu yang paling penting diiktiraf oleh Allah.
Insya Allah ada rezeki dan jalan keluar yang tidak disangka-sangka....yang penting adalah ketakwaan kepadaNYA.
Thanks Kamarul ...
alamak..syahdunyer bro..
Ye gawat? Post la sket gamba bracket yg boleh tarik tolak depan belakang kiri kanan tu. Teringin juga nak tengok. Musim2 gawat ni .. dapat feel good factor pun jadi lah. Kih kihhh ..
Post a Comment