Wednesday, 5 December 2012

Poor and Rich


poor

  [poo r]  Show IPA adjective, poor·er, poor·est, noun.
adjective
1.
having little or no money, goods, or other means of support: a poor family living on welfare.
2.
Law. dependent upon charity or public support.
3.
(of a country, institution, etc.) meagerly supplied or endowed with resources or funds.
4.
characterized by or showing poverty.
5.
deficient or lacking in something specified: a region poor in mineral deposits.
6.
faulty or inferior, as in construction: poor workmanship.
7.
deficient in desirable ingredients, qualities, or the like: poor soil.
8.
excessively lean or emaciated, as cattle.
9.
of an inferior, inadequate, or unsatisfactory kind: poor health.
10.
lacking in skill, ability, or training: a poor cook.
11.
deficient in moral excellence; cowardly, abject, or mean.
12.
scanty, meager, or paltry in amount or number: a poor audience.
13.
humble; modest: They shared their poor meal with a stranger.
14.
unfortunate; hapless: The poor dog was limping.



rich

  [rich]  Show IPA adjective, rich·er, rich·est, noun.
adjective
1.
having wealth or great possessions; abundantly supplied with resources, means, or funds; wealthy:a rich man; a rich nation.
2.
abounding in natural resources: a rich territory.
3.
having wealth or valuable resources (usually followed by in  ): a country rich in traditions.
4.
abounding (usually followed by in  or with  ): a countryside rich in beauty; a design rich with colors.
5.
of great value or worth; valuable: a rich harvest.
6.
(of food) delectably and perhaps unhealthfully spicy, or sweet and abounding in butter or cream: arich gravy; a rich pastry.
7.
costly, expensively elegant, or fine, as dress or jewels.
8.
sumptuous; elaborately abundant: a rich feast.
9.
using valuable materials or characterized by elaborate workmanship, as buildings or furniture.
10.
abounding in desirable elements or qualities: a man rich in kindness.
11.
(of wine) strong and finely flavored.
12.
(of color) deep, strong, or vivid: rich purple.
13.
full and mellow in tone: rich sounds; a rich voice.
14.
strongly fragrant; pungent: a rich odor.
15.
producing or yielding abundantly: a rich soil.
16.
abundant, plentiful, or ample: a rich supply.
17.
Automotive. (of a mixture in a fuel system) having a relatively high ratio of fuel to air ( contrastedwith lean ).
18.
Informal.
a.
highly amusing.
b.
ridiculous; absurd.





The above definition were given by www.dictionary.com

Anyway, what ever it is, we are free to give any definition according to what we think will fit in our life

My uncle defined poor, as someone who feels that they don’t have what they want in life, as for rich is someone who feels that they have everything that they wanted in life. It doesn’t means that a poor people don’t have money or a rich peoples have a lot of money

Anybody who have a lot of money, but still feels they needs to buy another house or cars or what ever they can buy, is considered as poor, where as those who feels that they had enough with a studio flat or a kancil to move around is considered as rich. 

Another thing that impressed me during this few days with him and his family is, where ever you go, always find MESJID to pray. It is more comfortable to pray in the mosque. I will try to follow his way of life. In this modern world, it is easier to practice ISLAM. I have a good iPhone/iPad app to find places. It calls around me. It is very easy to use. 

3rd Dec 2012, the itinerary goes like this, boys straight to Ducati Bristol to do some view of few Ducatis. Girls go to Windsor Castle. We supposed to meet at Kingston but because of not enough time, we went to Du Cane Road, (ny BIL’s flat) and have our dinner at Fitou’s Thai and Malaysian Restaurant. The foods are very good. 

They were stayed at 100 Picadilly, London, we went back to Birmingham in a white Audi  Q7 3.0L diesel. Very comfortable 7 seater monster. 

Yesterday, 4th Dec 2012, I went to view a Ford F450 in Manchester, and I managed to find a mosque to pray. There are a lot of Mosque around Cheetham Hills Road. The 92 miles journey back to Birmingham supposed not too long so I decided not to take my lunch. I would rather have my dinner at home. 

About 50 miles to Birmingham, there were a very long delay on a motorway. I decided to take a rest to skip the delay. Had my dinner at Costa with Margareta, twisted chocolate bread and a Garlic Latte. 

Stop at American Golf, and find a Taylormade R11S at the price of £199.00. Called my uncle if he interested in it, but the price is almost the same back in Malaysia. Arrived safely home at 5:30 pm. 

Looked into my sons bedroom. Their chest drawer was broken and all their cloths were lay on the floor. They asked my mercy, to find them a new wardrobe. Do some research and find a good solid pine wardrobe at a 50% discount from PineSolutions. Grab 2, one for my sons room and another one for my daughter’s room. It schedule to arrive on Friday, 7th Dec 2012. 


Dinner

Da angkat satu

Kena angkat gak ni

Ada ke patut Amir nak suruh wa beli Diavell kecik untuk dia. Cukuplah naik basikal beli kat car boot tu

Pannigale, very fast. Not for me. Actually all motor bike is not suitable for me 

Road King

Monster

While we were in Bristol, the girls were in Winsor Castle 

Shahjalal Jame Mosque, Bristol

Thai and Malaysia Restaurant London. Very good 
Apartment at 100 Picadilly London

Maka kami pon bliklah ke Birmingham setelah menghantar mereka ke Apartment

Fitou’s Thai and Malaysian Cuisine

Tuesday, 4 December 2012

Tan Sri Mokhtar


Wa ambik dari FB Tok Bak, dia share dari PAU Wafa. Baca la. Moga bermanfaat








50 Perkara Dari Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
(org Melayu Muslim WAJIB baca LIKE & SHARE)

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarkatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo , New York dan London . Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.

12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak .

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki) . Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan .

30. ……kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab kenapa orang Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju . Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar . Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi.

50. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.

Saturday, 1 December 2012

Uncle Noe 1

28 Nov 2012, Patutnya wa tido rumah adik ipo wa di Du Cane Road London, kerana nak ambik Uncle di Heathrow 5:45 pagi 29 Nov. Namun penerbangan MH2 tersebut delay 40 minit hingga arrival time jadi 6:10 pagi. Wa dapat maklumat awal dari Apps Flight Track Pro, Wa membuat keputusan untuk bertolak dari rumah jam 3:30 pagi. Tak yah lah tido London. Bagus la Flight Track Pro ni. Tambah £3.00 dapat online flight board seluruh dunia

Wa sampai London 5:30 pagi. Ambik adik ipo wa, terus ke Heathrow. Sampai Heathrow, sholat subuh, kena secangkir capucino, lega. My uncle keluar dari arrival hall hampir 7:30 pagi. Uncle Noe sekeluarga dan Aunty Ani sekeluarga. Aunty Ani terus ke apartment di London naik limo, wa bawa Uncle Noe ke tempat sewa kete, dan meluncur ke Birmingham

Lepas sarapan, the boys ke Motorcycle Live 2012, the biggest UK motor show. The girls ke Bull ring. Rupanya Uncle Noe minat Ducati. Patutnya, wa bawa dia ke Porsche Centre Solihull, untuk test drive Panamera Hybrid, tapi tak sempat


Saparan Laksa Johor

Ducati Monstaer evolution

Ducati Diavell
Helmet, khusus Harley, tapi beli Helmet untuk Ducati



Bull Ring Birmingham

Esoknya, kami ke Portmeirion, Wedgewood, Royal Daulton dan balik singgah jap kat Boundary Mills Walsall
Portmeirion. Uncle Noe belanja lagi hu hu hu 




Kembara seterusnya melibatkan perjalanan ke West Midlands Safari Park, pada 1 Disember 2012. Wa pernah ke sini dulu, kunjungan kali ini memperlihatkan bilangan binatang yang bertambah banyak. Yang bagosnya kita duduk dalam kereta dan binatangnya sihat sihat belaka.

West Midlands Safari






Dengo krup krap rimau ni meratah daging tu
Dari Safari Parqek, kami ke Bicester Village. Punya lah ramainya orang. Parking penuh. Maka untuk keadaan sedemikian wa usolkan agar kome parking la dekap Tesco. Bukannya jauh beno nak jalan pon. Kat sana, kami jumpa Aunty Ani sekeluarga.


Bicester Village

Balik semua dah ngantok. Lalu kami singgah di Restoran Al Arabia, sebelah British Islamic Banking di Coventry Road. Bagi wa, inilah nasi paling sedap di Birmingham. Maka apa lagi, cubalah Yg bhg semua

Restaurant Al Arabia, sebelah British Islamic Bank Coventry Road Birmingham 
Sangat sesuai citarasa wa


Monday, 26 November 2012

Boxing

Maisarah tak pegi sekolah hari ini. Dia kata dia sakit perut, gastrik. Semalam dia nak makan tapi mama dia tak nak layan sebab dah suruh makan masa semua orang makan, tapi dia tak nak makan waktu tu

Semalam Aiman minta keluar dengan kengkawan dia. Sebelum ini wa tak bagi dia keluar. Tapi umur dah nak 15 tahun, jadi wa bagi la dengan syarat pegi lepas sholat Asar dan balik sebelum Maghrib. Dia balik Maghrib, sholat Maghrib, lepas tu keluar lagi. Sanggup tu pegi park dekat rumah dalam gelap. Ntoh apa la yang dia buat tu. Masa wa balik dia tak ada kat rumah.

Wa tengah makan, dia masuk terus naik atas. Masa wa masuk bilik air, wa bau busuk. Tengok dalam bath tab baju seluar dan setokin dia ada dalam tu, penuh dengan lumpur. Rupanya dia jatuh kat taman. Kat luar kasut dia penuh dengan lumpur. Macam mana tah boleh tergelincir.

Hari ni, balik sekolah dia nak keluar lagi. Katanya dia nak masuk kelas boxing dengan kawan kawan dia, Wills, Shane dan sorang lagi tak ingat nama dia. 6 pm bapa Wills datang ambik dia kat rumah. Janji nak balik 7 pm. Ni dah 7:18 pm tak dengo lagi call dari dia. 7:19 pm dia sms kata balik lambat sikit, tengah training.

Wife wa ngadu, kata anak anak wa kata lapo, makanan tak ada. Hah ! Tak ada makanan !!!. Bukan makanan asas yang tak ada, junk food tak ada. Dulu masa wife wa di Malaya, kami makan sekali je sehari, hu hu hu. Makan nasi la. Sarapan, mereka buat sendiri, biasanya roti je. Makan beso cuma lunch. Wa masak. Malam kadang buat pizza, ready made. La ni masa mama depa ada, lepas makan, makan, lepas makan, makan lagi.

Wa kata, ngape tak pegi beli? Wife kata, tak ada duit. Abis tu kad wa mana? Dia kata dah bagi wa. Hu hu hu memang gitu le, tahap komfiden wife wa, selamber je kata dah bagi balik kad wa. Mana ada bagi. Cek cek kat wallet dia, ada kad wa kat situ. Itu la, kalau tak rekod apa kita cakap, apa dia cakap, memang dia je la yang betol gitew. Layanz

Dah tau kad wa ada dgn dia, lepas Maghrib, meluncur lah dia ke kedai. Wa tak tau apa dia beli, ni wa dah tercium bau makanan kat bawah. HU HU HU wa nak turun makan. Daaaaaaaa

Sunday, 25 November 2012

Motocycle Live 2012 Birmingham

Salam

Dah hampir 6 bulan wa beli treadmill ni. Kalau wa tak silap wa beli di Gymworld . Tujuan wa beli sebab anak anak wa kata wa tak benarkan mereka keluar rumah. Jadi mereka nak berlari dalam rumah sahaja. Wa pon bukan ada senaman pon. Maka puaslah wa kumpul duit tiap minggu. Dulu wa keje di Hospital. Jadi setiap minggu wa simpan sikit.

Masa treadmill ni sampai rumah, wa lah orang pertama mencubanya. Seingat wa kali kedua wa guna sebulan nan lalu. Anyway, wa suka treadmill ini sebab dia beso, tak de la nak kena berlari penuh anggun, ye lah kanz, kalau tak tergelincir pula. Program dia pon agak banyak sesuai latihan apa yang kita mahu lakukan. Dia juga ada heart rate monitor. Ada kipas you, jadi thak la rasa panas sangat. Boleh integrate dengan iPhone.



Madeehah pon guna juga

Semalam seperti biasa, kalau wa tak collect kete atau moto, wa akan ikut majlis ilmu. Tafsir ayat dari surah Ibrahim, dari ayat 46-52. Surah ini diberi nama Ibrahim walaupon Nabi Ibrahim as hanya disebut sekali sahaja

Khusyuk sungguh Abg Wahab tu

Ustaz Sanusi sebagai Naquib kami

Selain dari mengejar ilmu, majlis ilmu ini juga merupakan acara berkumpul warga postgrad sesama mereka. Jarang nak jumpa setiap hari.

Adik ipo wa datang Birmingham. Wa minta tolong dia bawakan kereta dari London. Kebetulan ada Motorcycle Live 2012 di Birmingham NEC, bermula 24 Nov hingga 2 Disember 2012. Maka pagi tadi wa pon pegi la. EICMA di Milan tempoh hari adalah lebih kurang 3 kali lebih besar dari pameran pada hari ini. Separuh dari pameran adalah penjualan aksesori motor. Tak ada syarikat basikal mengambil bahagian.

Dapat apa yang wa nak, next week kena follow up. Wa beli wrench, unique wrench. Kagum wa. Ingat nak supply kat Malaya la.

Di pintu masuk utama














Engine S&S. Syarikat Morgan dari Wales


Zero, bike electric


Idok la wa gemo menaiki motobike. 








Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ