Tambahan keje yang biasa, bila dapat surat. Surat ni macam macam. Biasanya kena ambik tindakan dengan cepat. Maknanya keje lain tangguh dulu atau kengkadang akan jadi terbengkalai.
Surat hari ni, dari trade insurans. Tambahan untuk Viano kedalam policy approved. Yey! Hope this new additional can give back profit. Slow but sure, In Shaa Allah. So kalau you all terdesak nak cari 8 seater transport, do let me know. Unfortunately, it's comes with a price hu hu hu
Hari ni mesti kena masak awal. Kalau tak, tak sempat la anak anak wa makan masakan sedap giler wa. Grab 3 pcs of salmon, potong kecik, letak white and black pepper, tandoori, sea salt, gaul dengan kunyit, tabur olive oil, masuk dalam air fryer, bio je 10-15 minit. Job done
Ambik kuali, letak olive oil, tumis bawang beso, bila naik bau, letak kicap, bermacam kicap, dalam hal masakan hari ni wa guna kicap manis cap udang, dan soy. Letak lada merah yang dipotong. Tambah sikit air, rasa, kalau tak cukup rasa tambah garam secukup rasa, rasa lagi dan kalau rasa dah ok, tak yah rasa lagi. OOPS lupa untuk pekatkan kuah, wa tambah corn flour yang dah dilarutkan dalam air. Keluokan ikan dalam air fryer, masuk dalam kuah kicap. Jadilah salmon masak kicap sedap giler.
Wa gorang sebahagian salmon tadi. Jadi ikan goreng. Sayur bayam telor lengkapkan menu sedap giler wa kali ini. Wa terpaksa makan awal. Sebab tak tahan bau menu sedap giler ini. Sholat Jumaat di Milner Road. Dah 5 tahun lebih wa tak sholat Jumaat di sini. Selama ini wa sholat di Jalalabad. Mesjid ni dekat dengan rumah sewa pertama wa ketika wa sampai Birmingham 19 Nov 2007 lalu. Wow dah 6 tahun wa di UK you.
Grab my coat, keluar ambik anak sekolah. Anto depa kat rumah, vroooom wa meluncur ke Kota Metropolitan London. Meeting jam 6 petang. Dalam sat nav I'm way early. Sampai Kota Metropolitan London It takes me nearly 2 hour for 7.6 miles. Siapa la mamat yang kata Kota Metropolitan London ni tak jam. Sorry bro, jam giler. Anyway, sat nav wa ni pon satu, pegi tunjuk wa jalan dalam buat apa. Akhirnya wa lambat. But Dato Aziz Kaprawi memang sempoi, dis senyum je bila nampak wa. Dinner di Melur Edgeware Road dengan delegates from Malayisa host by Malaysian Embassy kot. Wa rasa la. Sebab mamat mamat Kat Embassy cam tak puas hati je, aik nape la wa ada kat sini hu hu hu. As normal, wa pedulik haper khanz. Sib baik Dato Duta kenal wa. Dia dah biasa dengan kejutan kejutan wa hu hu hu. Anyway, makanan dia sedap. Try la try la. British yang keje kat situ tau cakap Bahasa Malaysia. So be carefull bila lu all cakap Malaysia. Spy hah hah hah. Wa suruh tapau untuk anak wa. Mat salleh tu pon sempoi, dia paham
Lepas dinner, chat kejap kat Lobby dgn Dato. I don't know. What can I do? I'll try my best.
Push off dari Jumeirah Carlton Tower Hotel at 11:23 pm. Stop kat Service utk sholat, sampai Birmingham 1:20 pagi. Pagi sabtu, lauk dari Kota Metropolitan London banyak, wa panaskan dan masak nasi, jadilah brunch kami untuk hari Sabtu