Monday, 25 November 2013

Alfa Romeo 4C




Bangun pagi gosok baju sekolah anak. Tak sempat nak buat sarapan mereka. Pagi ni Anas kejut sholat subuh. Malam tadi banyak kali terbangun. Tak pagi pagi lagi. Malam panjang sangat. 4 petang dan gelap. Subuh habis 7:44 pagi. Lepas anto anak sekolah, talipon tak henti berdering. Lepas satu, satu lagi. Macam macam benda. Tambah pulak ada Whatsapp. Belum lagi message. Email. Facebook ... awwww dunia ... dunia

Baru pikir nak masak apa. Sampai tak terpikir. Wife punya suggestion menu pon masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Tadi Tok Bak pegi buat CT Scan. Wife kata, kelenjar prostate dia bengkak. Gula darah tak tinggi sangat 7 jer. Alhamdulillah, kali ni Tok Bak tak takut buat CT Scan. Tak macam masa nak buat MRI dulu.

Wan baru baik demam. Dia tak cakap pon dia demam. Takut bila cakap nanti, dia kena pegi hospital. Nasib baik Kak Room datang cuti sekolah. Seminggu Wan baring je. Hari ni dah boleh bangun. Madeehah dah start cuti sekolah minggu lepas. Duduk rumah je. Main iPad.

Teringat surat dari DVLA, pasal private number plate dah lulus. Cabut plate lama, drill plate baru dan pasang. Lovely ... D9 ESA.




Jam dah dekat pukul 12. Kejap je. Tetiba dapat call. Dean dari Alfa Romeo. Alamak lupa ada appointment jam 10 pagi. Dah terlepas. Kata kat Dean will meet you at half twelve today.

Nik call tanya kete boleh ambik ke tak hari ni. Mak ai, tak bayo lagi. Bayo kete, it's a Viano 8 seater, suruh Nik beli train ticket, confirm duit clear, off he go. Esok dia ada first customer nak bawak pegi Bicester Village, Good Luck Nik

Zohor 11:54. Siap punya siap, dah pukul 12:30. Call Dean kata tunda ke jam 1. Mangkok tol

Dah nak keluar rumah. Pakai kasut, tutup pintu. Ropenya, bukan saja alamat tempat yang nak dituju tu terlupa bawak, wallet pon tertinggal atas meja. Kunci rumah dalam wallet. Perfect !. Nasib baik satu kunci tinggal kat rumah jiran. Nasib baik lagi, rumah jiran tu tak jauh sangat. Walau tak jauh, jalan dalam sejuk memang mengancam tulang putih sekerat ini

Masuk rumah, grab the thing need to be grab, terus jalan. Dalam google map, kata 10 miles only, reality, 18 miles. Mak ai. Sah sah memang lambat ni.

Sampai Alfa Romeo, rasa macam pernah datang. Yezza, memang pernah datang, tapi dulu datang sebab beli Porsche Cayenne. Long tie ago, in 2010 if I'm not mistaken. Masa tu datang dengan tokey ST Motors. La ni showroom Porsche dah bertukar tangan kepada Alfa Romeo. Porsche pindah ke tempat yang lebih besar dan grand lagi dari yang ini

Tujuan datang adalah nak tanya pasal Alfa Romeo 4C. A year ago, I booked an Alfa Romeo 4C Launch edition from Mangoletsi. I have been told that I'm the first in the list. Wait more than 6 months, but later find out that, they have given the order to other people, and they said I'm not the first name on the list. What ever ! ! !. Geram jangan tak geram. Udah le jauh. Maka kali ini, wa tak nak la poie jejauh, Cari yang dokek dokek yo. Solihull

Lilau lilau mata melilau. Ternampak pula, sebuah basikal Alfa Romeo. Offer pulak tu. Maka terboli lah satu. Bukan untuk wa. Wa niaga jer. Jangan buat buat lupa pula. Basikal ni biasa jer. Brake pon bukan guna brake disc. But it's Alfa Romeo ok. Wake up you, Alfa Romeo wa kata kat lu. Ada dua warna. Solid red and Alfa Romeo Red. Of course I choose the Alfa Romeo Red. £479, harga asal £552. Not bad eh



Duduk kat situ sementara nak pilih option untuk Alfa 4C, wa diberi minum kopi cawan besar, 2 cawan pulak tu. Wa dah tau apa akan jadi. Masa perjalanan balik, wa memang kejo masa. Sebab nak ambik anak sekolah pada 3:20 petang. Tapi tak tertahan nak berhadas kecil. Wa ada dua pilihan, nak balik rumah atau nak terus ambik anak sekolah. Demi menjaga air muka wa yang orang lain kata ensem ini, maka wa memilih untuk pulang ke rumah dulu. Apa apa hal, settle masalah wa dulu. Dah sampai rumah, lebih baik wa sholat Asar dulu. Kesan dari tindakan wa itu, maka lambat la wa ambik anak wa. Telepon pon berdering dering. Akhirnya anak wa semua selamat masuk kedalam kereta.

Perkataan pertama keluar dari mulut wa, papa tak sempat masak. Sampai rumah, lepas sholat, makan dulu apa yang ada.

Masuk je pintu rumah, wa ambik periuk nasi, 4 pot basmathi, basuh, hiris sebelah lemon, ambil 5 keping cendawan kering, dan satu sudu garam laut, masuk dalam periuk nasi, idopkan letrik tutup periuk. Settle satu perkara. Tunggu je la dia masak

Raw material tak ada. Yang ada, ayam goreng setengah masak beli kat costco hari Jumaat lepas. Masa tu jumpa pelanggan tetap yang wa selalu jumpa kat Costco, Abg Ariff, hu hu hu (selingan). Wa pon masak je la ayam lemak cili api. Wa nampak ada nenas dalam tin, wa buat bahan tambahan dalam lauk tersebut. Tak pernah buat letak nenas dalam tin ni. Memandai je cuba. Siap, Frankly speaking, masak lemak cili api ni tak begitu kick bila campur nenas tin ni. Manis wa kata kat lu. Apa nak buat, anak wa mesti kata sedap punya, mereka dah dilatih untuk bersyukur dengan apa yang ada, DONE. No heart feeling.

Lepas Maghrib, pegi Sainsbury's. Beli keperluan dapur. Bayo pakai Nectar point card. Wa kumpul point, point tu ditukar kepada cash. Lumayan banyak. Ada dalam £22. Hu hu hu.

Lepas Sholat Isyak, wa ingat nak buat list kereta dan motor. Tapi idea tepu. Maka wa phon tulis la bolg ini. Lu beruntung sebab baca blog wa hari ini. Tepuk tepuk, lip ap lip lap. Daaaaaa

No comments:

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ