Wa bergegas pulang dari sholat raya di Erdington, kerana kami buat rumah terbuka. Tahun ini kami memulakan langkah baru hasil dari pengalaman tahun lalu. Iaitu open house gabungan. Ada banyak kebaikan gabung ini, beban (tenaga, wang, masa tetamu nak datang pon tak menyusahkan sangat, tak banyak nak pegi rumah gitu) bagi sama rata, menu boleh buat banyak sikit.
Ahli gabungan kali ini adalah
1. Wa sefamili termasuk ibu bapa wa
2. Adik Ipo wa dari London (abg Ipo wa raya kat London)
3. Abg Wahab sekeluarga
4. Nabil, Fina dan Zahran
5. Shahrizal
Menu kami kali ini
1. Nasi Dagang serta kelengkapannya, termasuk rendang dan nasi impit (Family wa, ibubapa wa, dan adik ipo wa)
2. Cous Cous ,ntah lah macam mana ejanya, wa tak tau, kek dan kueh (family Abg Wahab)
3. Laksa Johor, coklat, kek, buah buahan, teh dan juice (Nabil, Fina, Zarhan)
4. Duit £30 (Shahrizal), hi hi hi wa tak tau nak masuk kategori mana
Kami juga buat suatu yang agak baru di sini iaitu makan dalam khemah di luar rumah. Jadi lah macam lebih kurang majlis kenduri di Malaya. Ada lah sikit suasana kenduri gitew. Khemahnya kami beli dan sampai ke rumah kami pada hari Rabu. Kami pasang pada pagi Sabtu. Nampak macam OK. Lepas ni bolehlah sewa dari kami jika ada yang nak sewa. Tak mahal £15 jer sehari.
Penat memang penat. Wa dah rasa dah tahun lalu. Cuma penat kali ini di bagi 3. Terima kasih tahap istemewa pada semua partner kami, yang bertungkus lumus menjayakan majlis gabungan ini. Tak lupa juga kepada 3 dara yang baru sampai ke Birmingham ini iaitu Cik Sheeda, Cik Sheena, dan cik Ikhlas. Sibuk mereka membantu, awwww ! ! !
Acara sebenarnya bermula jam 2 petang dan sepatutnya berakhir pada jam 7 petang. Tapi tetamu pertama kami datang pada jam 12:30 tgh dan terakhir pulang pada jam 11 malam.
Aliran tetamu pula terbahagi 2. Pertama antara jam 12:30-2 petang. kedua antara jam 5 petang hingga ke malam. Ingatkan, lepas jam 2 petang tu dah tak ada lagilah yang sudi nak datang. Bilangan tetamu kali ini wa kira melebihi tahun lalu. Tahun lalu kalau tak silap wa, sekitar 200 orang. Kali ini hampir 250 orang. Alhamdulillah, makanan cukup.
Nabil
Maisarah and her best friend
Uncle Erry Madeehah dan Aqil
S, S, M, I, wife wa, Madeehah dan Wan
5 comments:
uncle, ape nama flickr account atuk? kitorang hilang the website.. :-( nak tengok (and save hehehe) gambar2...
Errr dah dapat internet broadband ye ! ! !
Untuk tujun flickr tu, Ikhlas pegi kat senarai 'friend' saya, click di Endauland. Kat situ ada laluan ke senarai 'friend' Endauland pula. Click di Flickr
Kalau tak dapat cari call saya, daaaaa ! ! !
yep yep yep! :)
dah dapat the pictures! gambar2 kat uncle tak de plak... tak pe la... thanks!
patut la laya baju raya tu...mcm org yg bagi jek.khemah tu brapa erganya?bagus kalau bwk balik,buat makan2 tak yah sewa..tapi kalau nak sewa pun rm15 je kat malaya...
Ikhlas, cari di link di bawah
http://flickriver.com/photos/hjesamdyunos/
Cho ... errr ... kalau di Malaya belum dapat RM15. Kalau nak buat bisnis khemah di Malaya... boleh runding tu. Berapa banyak nak pakai khemah, awwww ! ! !
Post a Comment