Wednesday, 5 December 2007

My Place



3 dari 5 anak wa. Memang kalau duduk di UK ni, ada beberapa perkara yang sulit dilakukan oleh keluarga yang besar. Contohnya, satu seat dalam kereta untuk satu orang sahaja. Kalau nak jalan semua, kena lah beli MPV. Wa pon terpaksa lah juga guna MPV. Sekarang ni wa guna Volkswagen Sharan 2.0 Petrol. ok lah



Kat sini sejuk, jadi kami selalu lapar. Makan banyak, maka berat badan pon bertambah. Jika tak terlalu sejuk cuaca di luar, bolehlah anak wa jogging. Cuma, pastikan ada dewasa yang menemani kanak kanak di bawah 16 tahun. Jika tidak memerap sahajalah di dalam rumah



Kalau sempat keluar berjalan, seronoklah mereka, Cuma waktu winter ni, siangnya sangat pendek. Jadi setiap kalai nak keluar rumah, mesti plan betul betul, agar tak tertinggal waktu sholat. Apa lagi sangat susah untuk mencari tempat sholat di bandar. Dengar cerita, dah ada usaha untuk mendapatkan satu tempat sholat bagi Umat Islam menunaikan sholat dalam Bullring. Bullring ni adalah shopping compleks. Kalau tak silap ia baru dibina 5 tahun lepas.



Kalau nak sholat kenalah cari mesjid berhampiran. Lega rasanya kalau dapat sholat berjamaah. Di katakan terdapat lebih dari 100 buah mesjid di Birmingham, dan ini adalah Birmingham central Mosque. Di sini kita banyak bergantung kepada bangsa India, Pakistan dan Bangladesh dalam hal kemaslahatan Umat Islam termasuk pembinaan Mesjid. Memang tak ada satupon mesjid yang dibangunkan oleh orang Melayu di sini

Biasanya perkara yang sering ada di sekitar mesjid adalah kedai barangan halal. Jumlah penduduk Islam di sini relatif agak ramai. Oleh itu mudah memperolehi makanan halal. Dikatakan juga, jika ada ramai penduduk Islam di sesuatu kawasan tersebut, akan ada Mc D dan KFC halal. Dalam ASDA pon ada menjual daging dan ayam halal yang dibekalkan oleh National Islamic Centre. Cuma jangan ingat semua fast food di Birmingham tu halal ye. Ada juga KFC Pakistan. Nama dia Karachi Fried Chicken.
Posted by Picasa

No comments:

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ