Sunday, 16 December 2007

Wet England



England ni WET. Selalu hujan dan berangin. The beauty of England is it's 4 seasons. Bagi wa yang baru dengan keadaan ini, wa rasa seronoklah. Tapi kalau selalu sangat keluar rumah dalam cuaca sejuk, nanti mulalah selsema dan rasa macam nak demam. Suasana muram bila hujan, langit mendung tiada cahaya matahari. Pokok hanya tinggal ranting. Bila keluar rumah mesti pakai baju tebal dan berat.
Tapi Alhamdulillah wa dah agak boleh menyesuaikan diri. Anak anak wa lagi cepat proses penyesuaiannya
Kalau kita lihat deretan kereta ini, ia berbaris panjang, sedangkan di depan kereta wa tiada kereta. Ini kerana barisan kereta wa ni nak belok ke kanan. Kereta yang nak belok ke kanan sahaja yang akan berada di barisan ini. Kalau kat Malaysia, tentu berlumba lumba nak masuk barisan ini, lepas tu kat depan sana, sibuk pula nak mencelah

Ini merupakan satu pengalaman yang sangat baik untuk wa. Apa lagi wa baru memandu di sini, kereta wa manual pulak tu. Kalau tak iya iya, tension tu. Tapi sikap pemandu yang bertimbang rasa dan tak mementingkan diri sendiri benar benar menyumbang kepada tiadanya kesesakan lalu lintas yang teruk

Mereka di sini sangat bergantung kepada lampu signal. Jika kita beri signal ke kiri, jangan kita tak masuk ke kiri pula. Lampu isyarat kena patuh, terutama untuk pejalan kaki. Jika lampu merah untuk kenderaan, pejalan kaki akan terus jalan tanpa menoleh ke kiri dan kanan. Itu adalah hak mereka. Jika kita salah, siaplah kita menahan merah telinga

Di sini wa kena ada satelite navigation. Ia sangat perlu. Kita tak sesat, dan cepat sampai tujuan. Ada isyarat lagi jika ada speed trap. Kat sini speed trap memang terang terang nampak. Polis memang tak mahu kita bawa laju di tempat tempat tertentu, kama mereka pasang kamera. Tapi kalau dah diberi tahu, kita masih lagi bawa laju, memang nak kena lah tu. Cuma speed limit kat dalam bandar ni antara 30-40 batu sejam. Hi hi hi boleh sakit jiwa bagi pelumba haram ni. Kehidupan di sini tak banyak yang terkejar kejar. jadi tak perlupon bawa laju. Kecuali jika kita dah terbudaya pergi mana mana mesti nak tunggu last minit




Bila terlalu sejiuk, maka turunlah salji. Masih belum ada salji lagi di sini, hanya selapis tipis frost je. Pokok yang masih berdaun akan keras. Air bertakung jadi macam kaca, keras. Sebab tu tak ada nyamuk kot. Kejung jentik jentik dalam ais. Dulu wa ingat bila musim sejuk semua daun gugur, tapi ada juga daun yang tak gugur

Kalau lu ada duit lebih nak beli kereta, belilah yang ada central lock. Hi hi hi ni wa rasa je. Sebabnya, wa selalu ada masalah nak buka kunci kereta pada waktu pagi. Lock keras, tak boleh nak masuk kunci ke soketnya. Hari pertama wa panik juga. Tapi mat salleh kat sebelah rumah tu kata, jirus saja ngan air. Ha berhasil. Memula, cermin pon wa jirus ngan air. Cuma rakan bagitau, tak digalakkan sebab ada kemungkinan berlaku crack pada cermin tu. Tak tau lah. Jadi wa guna scraper untuk cermin kereta. Best gak terus hilang frost tu




Ini adalah gambar belakang rumah wa. Gardennya agak panjang ke belakang. Masa ni ada selapis tipis frost turun. Jadi nampaklan rumput yang agak keputihan. 18 Nov lalu, ada salji agak tebal. putih kat sini, dan ia kekal hingga ke petang esoknya.



Hai menjelang Krismas, apa lagi mereka nak buat, shopping lah. Suka betul mereka ni bershopping, sebab tu car boot sale mereka berjaya dilaksanakan, banyak barang ooooo. 2 buku tebal mereka jual 50 pence sahaja.

Lihatlah ramainya mereka ni. Suhu di kala ini 0 darjah celsius. Biasanya kalau wa window shopping, cari yang indoor je lah. Tak lama lagi ada boxing day, barang masuk kotak ("box"). Clearence. Mereka kata diskaun gila gila. Barangan winter yang tak terjual. Insya Allah wa nak lihat nanti.
Posted by Picasa

No comments:

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ