Allahyarham nenek wa (wa panggil dia wak) selalu bercerita kepada wa sebelum wa tidur. Dan wa pulak suka pula mendengar ceta dia walaupon dah banyak kali dengo. Bila dah banyak kali dia ceta, wa tak tido tido juga, maka dia akan berpantun
Cerita ceritut, taik mata beso lutut
Al Fatihah untuk Wak
Wa nak ceta gak, Jumaat lepas wa dan keluarga pergi ke London lagi. Maka wa tak dapatlah ke tadarus di rumah Azli. (Azli dah beli merc beb wa kata kat lu. Bukan Azli saja, ramai yang lain pon dah beli Merc. Pergh ! ! ! wa bersabo je. Mana boleh tak sabo, memang kena sabo la brader, lu kena ingat, anak wa 5 orang kay!. Mana boleh guna kete 5 tempat duduk)
Eh melencong pulak. Sebenonya, wa nak hantar mertua wa balik Malaya. Kejap je dah 6 bulan. Flight dia 30 November. Naik MAS dari Heathrow. Kebetulan sama pula penerbangan dengan kawan wa, jadi dapatlah dia berteman.
Terima kasih Ma. Bukan senang wa kata kat lu. Apa lagi nak tuko perjalanan hidup, dari punya kete sendiri, boleh pergi mana mana, seorang yang aktif mengajar ngaji dan sebagainya, masa kat rumah wa, duduk di rumah sahaja, nak jalan kena tunggu wa tak keje atau hujung minggu. Belum lagi ceta pasal yang lain lain.
Dulu, lepas 2 minggu Ma duduk rumah wa, sister in law wa kata (wa ahli kelab menantu wa kata kat lu), dia bagi Ma 1 bulan je. Lepas tu dia kata Ma tak akan tahan punya. Aik Sista in Law wa, lu syilap. 6 bulan Ma tahan la wa kata kat lu. Hi hi hi
Hari sabtu tu, Bro in Law wa dapat tempahan anto keluarga Melayu yang bercuti ke Engrend, untuk bawa dia ke airport. Jadi wa kena bangun 5 pagi you. Bertolak dari rumah BIL wa jam 5:20 pagi. Pergh mengancam tu. Di pendekkan ceta, wa dapat upah GBP50 yeehaw ! ! ! Thanks Bro
Lepas tu bawa Ma pegi Windsor Castle. Sejuk baby wa kata kat lu. Esoknya sekali lagi wa pegi airport. Wa kerah semua anak wa bangun untuk hantar Ma balik Malaya. Lepas hantar Ma kami ke Staine. Tujuannya, wa nak beli jeans Levi's, GBP37. Tapi wa kena dahulukan beli hp wife wa. Lepas tu terbeli kasut sukan anak anak wa, last sekali, wa cek duit wa kering. Maka wa masukkan balik Levi's dalam wish list wa. Pakai saja la jeans wa yang koyak tu. Baru ROCK baby ! ! ! Isn't it
Balik Birmingham hujan dari London tapi sampai warwickshire, tak hujan. Kering je. Tapi sejuk bukan main. Badan wa dah rasa lain macam. Nak demam la tu. Mungkin wa banyak sangat pikior macam mana la bila Ma dah balik nanti. Wa nak keje, Madeehah ok ke tinggal di rumah Aunty Jue. Dan banyak lagi la yang wa pikir
Isnin, semua orang dikerah bangun pagi. Wife wa masak nasi lemak untuk surau UNI, wa mandikan Madeehah, terer wa wa kata kat lu. Tiap hari kata kat Madeehah, dia akan duduk di rumah Aunty Jue bila wa keje. Dia tau pulak tu. Maka Isnin jadi hari penentu.
Dia nangis, tak mo tinggal. Berdokong je kat wa, hi hi hi, kat wa tu wa kata kat lu, power giler. Bukan dokong kat mama dia.
Akhirnya Aunty Jue bawa keluar mainan anak anak dia, barulah Madeehah boleh salam wa dan babai. Kalau dah boleh babai tu kira boleh tinggal la.
Wa demam, viral fever. Teruk gak. Boleh mengigil. Selasa wa hanto kete. MOT fail sebab stering ball dah nak kiok, serta handle pintu tak boleh buka dari luar. Maka setelah beberapa kali pegi workshop tu, hari ini, Selasa 2 December 2008, wa dapat lah MOT kete wa tu. GBP290 melayang.
Pagi tadi wa tak keje sebab masih tak sihat. Tapi bila petang dah agak reda, maka wa pon keje la. Tada keje tada gaji, ta'uuuuu ! ! !
Ni wa baru balik dari keje. Baru sempat beri tumpuan pada laptop ni. Sebelum ni, nak lihat laptop pon tak larat. Alhamdulillah, wa dah sihat. Terima kasih atas doa lu all
8 comments:
keje tu keje jugak, kesihatan lu kena jaga bro, lu sakit semua orang susah, tp wa doa lu suma sihat bro...
Salam Aidiladha untuk lu dan keluarga...
salam aidil adha utk kalian sekeluarga....teringat kita di arafah dulu....
apa la lu ni bro,kalu kat malaya dulu keta rosak sikit jer lu dah tukaq baru...ngapa tak buat kat u.k.machopuchong.
Malaya ooo tanah air ku. Tanah tempat tumpah darah ku, negri elok amat ku cinta, yang ku puja setiap masa
beli jeans branded pegi le di bicester mac arthur glenn tu. Murah lagi dari pegi kat staines. tapi awas; mata anda mungkin jadi rambang dengan pilihan
alahai .. demam ke. tak pe .. selagi belum demam 10 hari macam wa, still ok. makasih beli adidas tu .. perut belum tentu muat. hiks.
Post a Comment