Tuesday 11 November 2008

Happy Anniversary Erry

Diam tak diam dah 3 tahun Erry berkahwin. Tahniah Bro.

Selamat menyambut HUT Perkahwinan ketiga pada hari ini kepada Erry, Skin dan kanak kanak yang tak tau apa apa lagi itu, Aqil.

Sebut HUT, wa teringat pizza HUT. Huuwaaaaaargggggg ! ! ! dah setahun wa tak makan pizza tu. Eh no hal punyala lu all, wife wa pon dah terrer buat pizza. Jadi wa pedulik haper kat Pizza HUT itu. Tapi khanz lu all, wa benar benar terkasima dengan Top Pizza yang sepupu SIL wa belanja minggu lepas di Egham, Dr Faiz. Pergh, ada cili padi rona hijau wa kata kat lu. Pino'er bijik mata wa memakannya. Best beb, percayalah kata kata wa ini.
Hampir setahun wa dan keluarga berada di UK. Tahun lalu wa hadapi segala yang baru. Pengalaman lalu telah membiasakan wa dengan keadaan di sini. Dari suhu sejuk, musim bunga, musim panas, musim luruh dan kini musim sejuk kembali lagi.

Dulu wa tak ada lesen UK. Gerun memikirkan bagaimana keadaannya wa tak ada lesen memandu UK dalam mengemudikan kenderaan yang dipenuhi dengan isteri dan anak anak wa. Namun bulan lalu wa dah pon memiliki lesen memandu UK.

Ia bukanlah pencapaian yang bagus sangat, namun ia memberikan wa satu kekuatan baru untuk melangkah ke tahap seterusnya IELTS Band 7, supaya wa berpeluang menduduki peperiksaan ORE, yang merupakan satu bentuk kelayakan agar wa boleh bekerja mengikut profession wa yang sebenar.

Tahun lalu merupakan tahun belajar kemahiran hidup. Banyak juga task yang telah wa capai, termasuk juga senarai barang yang wa nak beli, awwww ! ! ! Namun tak semua tercapai.

Tahun ini target wa adalah lulus peperiksaan. Dan tahun akhir wa di sini, adalah tahun mengumpul quid untuk wa mulakan kehidupan baru di Malaya. Hi hi hi kalau wa balik la. Jadi secara kasarnya wa bagi kehidupan wa di UK ini kepada tiga tahap

1. Belajar mengenai hidup dan beli apa nak beli.
2. No more beli (awwww boleh ker baby?), focun on exam
3. Keje dan kumpul duit

Sampingan, jalan jalan perabih duit

11 comments:

Anonymous said...

Wah..setelah sekian lama menyepi...
Semoga kalian berjaya mengharungi hidup di rantau orang..


wa

Anonymous said...

wahh kumpul duit khanz..??? bagus2...

Lezah Zaini said...

wah, mana lu pergi, lama tak nampak?

Dentist and Me said...

wa menyepi diri sebab internet connection rumah wa buat wa naik darwah ! ! !

Dr Kamarul said...

Doc, Selama Tak der lesen memandu tak kantoi ker polis trafik?

So dah nampak peluang utk jadi dentist kat sana?

Anonymous said...

Mady... lama betul kita tak bertegur-sapa kan... apa khabar dini & anak2... hope u guys are doing well... apa ? lu memandu kat sana takde lesen ??? (macam yg lamba tanya)

Anonymous said...

abang dy.. thanks for the wish.. wah bold letters lagi.. tp kami baru 2 tahun kahwin la.. hehehe.. 11.11.06..

Anonymous said...

hehehe,..tengkiu-tengkiu-tengkiu abe dy..tapi HUT yang kedua daaa....kawen 11-11-06 hehehe..takpa2...semoga berjaya dapat band lebih dari 7..erry pun nak kena amik jugak IELTS nie...mahal tue dekat RM800 dengang class intensif..

Anonymous said...

abg dy.. teruskan usaha nk ambik exam ielts and exam to qualify to be a dentist there.. kitaorg doakan abg dy.. semoga dpt capai cita2 murni tu.. we support u. balik m'sia bwk merc sure punya :p

Dentist and Me said...

setahun lalu wa guna lesen memandu antarabangsa, sah selama setahun dan tamat 17 Nov 08. Lepas tu kena ada lesen memandu UK. Alhamdulillah dah dapat

Ujian tu setakat ini yang wa dengo semua kata susah. Wa nak redah je. Doakan wa lulus. Lulus pon jadi la.

topui said...

IELTS tu mama boleh ajar papa..kacang je tu..dun worry lah abg dy..get familiar wit the structure of exam, (listening, understanding, writing) not sure ada oral ke tak..bole research on past papers..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ