Monday 17 November 2008

Easy get busy

Wa tak tau apa nak bagi kat tajuk kat atas tu. Sebabnya, minggu lepas wa sungguh keciwa. Lu all tau betapa wa menggunakan internet seoptimal mungkin. Namun minggu lepas sambungan internet wa sungguh lamban. Keciwa sungguh wa.

Dah beberapa kali wa call virgin media. Beberapa kali juga wa create new reason mengapa wa call mereka. Lu know, diffrent reason bring different solution. Hari ini, baru wa dapat jawapan yang agak lega, depa kata ada kerosakan talian di kawasan wa. Hampeh khanz lu all. Ngape idok diberitaunya sejak purnama lalu. Dekat sebulan gak line internet wa kejap ada kejap tak ada

Paling parah, tengah buat transaction bank, keluo page, the page cannot be display. Eiiiiiii mngkok hayun sungguh. Keciwa betul. Nak cek balance akaun dah debit ke kredit ke tak boleh. Kalau duit tu banyak, hilang 1000, 2000 pound tak jadi hal (hi hi hi tak mau kalah tu, wa kata kat lu), tak ape la. Ni kurang 1 pound pon dah risau seluruh badan.

Memandangkan kewangan wa masih belum menjamin 7 keturunan, maka wa masih pegi car boot sale. Last week belian di car boot sale agak lumayan. Minggu ini, tak berapa, cuaca pon tak elok. Pendek perkataan, tak ceria la. Cuma wa dapat 3 frame bergambo IKEA yang sangat cantik. Terus ruang makan wa nampak macam rumah engrish

Malam tadi, Ami Omar datang ke rumah wa, dengan kawannya Helen. Dia datang UK minggu lepas, dan dijadualkan berangkat pulang ke Malaya 23 Nov 08. Mertua wa pula akan berangkat pulang pada 30 Nov 08. Awwwww, bagaimana nanti wa ye. Kalau ada orang tua kat rumah ni lain sikit you. Mereka selalu mengaji rumah jadi sejuk mata memandang, eh sekarang ni memang tengah sejuk. Lu all tak tau ke, wa pon terlufa, wa sedang berada dalam musim WINTER.

WINTER SONATA .... ingat lagi. Makcik makcik tu pasti ingat. Ala tipu kalau tak tau. Kalau wa kata tak tau logik gak. Wa ske tengok ceta benar, ceta khayal ni wa tak leh lihat, nanti tak jadi keje, asik nak tunggu ceta tu jer. Lagi haru kalau macho pon teresak esak, awwww

Wa dapat email dari sepupu wa yang belajo medic di Rusia. Dia nak datang Birmingham cuti winter nanti. Wa ajak dia tido kat rumah wa, tapi dia kata dia ramai, 8 orang. Untung mereka ni dapat jenjalan khanz. Tentu banyak photo kenangan

Kalau lihat photo di lcd 40 inci full HD, pergh mengancam baby wa kata kat lu. Guna pulak kamera 12 megapixel. Isk isk donia donia. Donia donia juge, akhirat jangan lupa. Akhirat akhirat juge, donia jangan lupa. Harap wa tak lupa, insuran kete wa mati 20 November 08. Tak dak kete, syusyah juge baby.

Khutbah Jumaat lepas, wa diingatkan oleh khatib agar menjadi MUSLIM YANG MEMBERI MANFAAT KEPADA MUSLIM YANG LAIN. Namun, macam mana nak bagi manfaat jika kita tak ada ilmu, tak ada harta, tak ada tenaga. Maka dengan itu, khatib menekankan lagi, sebagai Muslim kita mesti menjadi yang terbaik dari segi ilmu, harta benda mahupon tenaga.

Ha bangun bangun, jangan malas malas. Muslim sepatutnya memimpin dunia. Mat salleh ni bukannya bagus sangat, tapi mereka berdisplin, dan kerja mereka selalu dicatat. Maka dari itu, catatlah keje kita. Supaya kita ingat. Bila berdepan dengan masalah yang sama di kemudian hari, kita tau apa nak buat berdasarkan kepada pengalaman kita nan lalu.

Dengan ini, wa undur diri dulu. Dah pagi ni.


Wassalam


Notabena: Easy get busy adalah nama timang timangan wa di tempat keje. Kawan mat salleh wa kekok nak sebut nama Arab wa, jadi wa suruh depa panggil wa Is saja, senang, tapi depa lebih ingat easy .... get busy

6 comments:

Anonymous said...

Hahaha..kelakonya citer dia (erk..erk..). Saja nak bitau lu, wa pun never watched Winter Sonata tapi wa kinda love its song. Teramatlah menyentuh qalbu. Kita perlu menjana minda dgn benda2 khayalan gak, u know. I dont mean the forbidden ones lah kan? but just be creative ..

Apsal lu tak bitau si pelat2 tu to just call you Muddy (wpun realitinya lu putih dan suci? Auww.. malaslah nak puji2 lu). Sekian.

paklahesa77 said...

lambat internet kat sana ok lagi kalau di tanahair ni lagilah sedih...

Dentist and Me said...

Muddy ? ? ? nope, thank you.

Kat Malaya broadband lambat gak ke? pergh, lagi lah berasap, udah le cuaca panas, awwww ! ! !

Anonymous said...

kdg2 service kat UK tu bukan efisyen sgt lu.. wa pon penah kene intenet kejap ado kejap ilang pastuh terus wa call BT (wa pakai BT jerrr..) tp customer service dia agak bagus bagi mcm2 solution smpai wa pon naik pening, siap dia suruh gi ambik screwdriver mintak bukak soket wayar telepon tu lu..jadi mekanik jap wa kat situ.. akhirnya engineer dia pon datang...akan tetapi wa kuciwa dengan main problem dia iaitu kabel kat area umah wa tu rosak, dah tu awat tak bgtau awal2.. sungguh tak efisyen khanzzz..!

Dicken said...

tu pasal turun al-muzammil. waktu malam (a.k.a. gelap/ susah/ tertindas/ kat bawah), bangun - buat kerja. jangan asik nak lena je. camana nak jadi manafaat kat orang lain.

nota bene: saja nak provoke suruh bukak buku tu

Anonymous said...

'muslim yg memberi manfaat kpd muslim yg lain' ni dari dulu lagi dah arwah Tok Bak(H.M.S) cakap.itulah doa dia utk anak cucu dia.memang bagus dan betul pun.machopuchong

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ