Saturday, 28 November 2009

Aidil Adha

Salam Aidil Adha. Selamat hari raya Qurban.

Tahun ini seperti biasa, kami di Birmingham ini menyambut hari raya Qurban ini seperti tahun tahun yang lalu. Kami guna duit sendiri ye brader dan sister. Gotong royong. Sedikit sorang. Qurban adalah digalakkan dalam Islam. Maka supply daging untuk majlis ini tak jadi masalah. Apatah lagi acara kelahiran bayi juga terus berjalan tak kira bulan, maka supply daging aqiqah pon tak putus juga. (Lepas ini En Azli dan En Jai pula beraqiqah untuk bakal anak anak mereka)

Mengenang kembali 2006, saat wa beraya Aidil Adha di ARAFAH, sungguh syahdu. Cuaca sangat elok, tak panas, tak juga dingin. Apa yang wa boleh kata, BEST sekali wa kata kat lu. Lu pegi lu baru tau.



Sebelum Zohor, 2006, beberapa hari sebelum hari wukuf di Arafah. Gambo dipukul dari dalam Hilton Hotel masa wa jumpa paman paman wa yang turut sama ketika itu (Uncle Shah, Uncle Onn dan sorang lagi wa lupa lah siapa)







Yang ini pula lepas Isyak, 2006.


Tahun ini ramai juga sedara mara dan kengkawan wa menunaikan haji. Wa lihat di akhbar, hujan agak lebat satu ketika itu, namun wa pasti kenikmatan beribadah terhadap Allah swt jauh lebih seronok dari mengenang keadaan hujan.


Selaras dengan musim haji ini, di tempat tempat lain, maka sibuklah pula dengan haiwan qurbannya. Sewaktu wa di Malaya dulu, acara ini sangat dinanti oleh anak anak wa. Wa teringat bagaimana sibuk dan seronoknya kami bergotong royong sesama penduduk kampung menyambutnya. Wa rindu suasana itu. Photo dibawah hasil ehsan Tok Bak pada sambutan Aidil Adha di BBP Nov 2009





Bermula dengan sholat sunat aidil Adha, biasanya kariah BBP akan berkorban meramaikan acara ini tanpa balik kampung masing masing. Jadi wa memang dulunya berkampung disini, tak le rasa sunyi sangat. Seterusnya, penyembelihan dan melapah


Kaum ibu memang sentiasa bersedia membantu memasak. Kelihatan antara kawan baik wife wa. Wa kira la, sebab wa lihat mereka memang baik sakan masa di Malaya dulu hinggalah ke saat ini



Wa dah berapa cam muka muka mereka.




Ini adalah sepupu anak anak wa, atau anak sedara wa lah kiranya. Kalau anak anak wa ada, mereka tentu seronok sama sama menyumbang suasana kemeriahan sambutan ini


Lepas lapah, bahagi pula daging qurban sementara AJK masak memasak mula lah memasak. Penat masa sambutan Aidil Adha terakhir wa di Malaya masih lagi terasa bila melihat gambar mereka ini. Kelihatan Yazid sedang membahagikan daging qurban





Akhirnya lepas masak, makanlah khanz. Wa tak kelihatan Imam Nasir. Dia dah berpindah kah? Atau dia pulang ke Kelantan pada tahun ini.

Di sini tak kurang hebatnya. Cuma caranya sesuai dengan keadaan di sinilah khanz. Sholat sunat Aidil Adha dibuat di Surau Witton Road pada hari Jumaat. Wa tak pergi sebab wa kena jaga anak anak wa yang tak sekolah pada hari tersebut, cuti raya. Lepas sholat sunat, wa kunjung ke rumah kengkawan, satu rumah je wa pegi, rumah Kak Asmah. Rumah dia ni, buat makanan ke tak buat ke, orang mesti datang, jadi lebih baik dia buat.

Lepas tu wa balik sebab ada orang nak datang rumah. Wa tak buat open house. Hanya jemput 4 family je. Wife wa sibuk la ni. Dah kena pressure oleh supervisor dia. Nampak gayanya kena extend lah PhD beliau tu. Awww sedihnya (tapi dalam hati yahooo lama sikit wa duduk sini)

Hari ini, kami sambut Aidil Adha di dewan sekolah. Ada tazkirah hari raya oleh Ustaz Zainul, diikuti dengan meraikan 2 pasangan yang baru menikah, serta jamuan berat, daging qurban. Seronok sungguh berkumpul ramai ramai ini, lagi pula cuaca sejuk, tak dek lah peluh khanz lu all.

Ramai undergrad tanya jualan nasi wife wa di surau unibesti yang dah wa lupakan. Kesian gak kat mereka sebab tak ada lagi tempat mereka nak beli masakan Malaya, namun wife wa dah sibuk sekarang ni dik. Bukan tak mahu jual lagi.

Beberapa minggu nan lalu, wa ajak dua pasangan yang baru menikah ini datang sarapan di rumah wa. Har har har, soalan gempar biasalah, bagaimana jumpa. Satu pasangan tu kenal sejak dibangku sekolah lagi. Kira biasalah. Satu lagi ni agak interesting. Boleh buat novel ni

Diringkaskan berita, mereka berjumpa di alam cyber. Tup tup balik Malaya nikah. Tak pernah berjumpa pon sebelum itu. Itulah yang namanya jodoh. Tak yah cari wa kata kat lu. Ia telah ditentukan Allah swt. Penat penat bercinta, 7 tahun, pas tu putus. Merana lah badan. Masalahnya baby, kita mengejar bayang bayang, mana nak dapat. Wa rasa untuk yang satu ni, boleh lah diketepikan dulu.

Hi hi hi macam best je nasehat wa ni. Tapi ikut suka lu lah baby. Setiap orang diberikan pengalaman berbeda. Cuma pengalaman wa, boh la bercinta belum kahwin ni. Buang masa, buang karan. Yakin pada jodoh dari Allah swt. Sampai masa jalan.

Adios








No comments:

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ