Sejak Wan dan Tok Bak balik, wa memang macam lemah je. Namun begitu, tahun ini tak seteruk tahun lalu. Di kala itew, setahun nan lalu, wa memang terasa kosong sangat. Sampai tak tau nak buat apa dah
Lepas hantar Wan Tok Bak Enn dan Dol ke Stansted Airport, wa tak balik sendirian. Nasib baik ada mertua Syed M dan adik ipar beliau. Ada juga lawan bicara melayan sepi, awww ! ! !
Lepas mereka balik, kawan wa pulak menginap di rumah wa, Dr H. Duduk bilik Wan lah. Dia duduk di rumah wa sebulan. Dia ni satu batch dengan wa dan wife wa. Cuma lain unibesti je. Oleh kerana bidang kerjaya lebih kurang sama, maka kami berkongsi ramailah kenalan yang sama. Wah kah kah berdekah dekah jugalah bila bercerita tentang kawan kawan lama. Oleh kerana dia duduk sebulan di rumah wa, maka dia tawarkan £300 +++ kepada kami, awwwww ! ! ! syahdunya. Udahlah wa memang sengkek, ditawarkan pulak dengan matawang Queen. Alhamdulillah, rezeki datang tanpa disangka sangka.
Kalau sekali imbas, macam wa ni pandang duit je. Tapi tiga kali imbas, wa kira ada baiknya. Sebab tak ada dakwa dakwi. Maklumlah khanz, manusia ni lemah. Bukan selamanya kita baik, ada ketikanya kita lemah iman gitew. Sebab itu, ada dalam Islam adab menjadi tetamu. Syungguh lengkap kehidupan dalam Islam ini. 3 hari jadi tetamu, lebih dari 3 hari, kira lain lah pulak. Dia senang, wa pon senang.
Selang 3 hari lepas tu, abang ipo wa sekeluarga pulak singgah dari Newcastle. Pulang dari melawat sedara Kak I, Dr F dan Dr I (nama singkatan). Kita pegi rumah mereka dulu Wan, masa Yazid datang sekeluarga dulu tu.
Maka terpaksalah Dr H diungsikan ke bilik anak anak wa. Cian dia. Tapi dia sempoi punya. Tak dak ego specialist sikit pon (walaupon beliau adalah pakar bedah mengkhusus kepada liver transplant). Tubuh pon macam mahasiswa je. Tak adalah macam sesetangah orang tu khanz, cara memandang pon ada protokolnya, awwww ! ! ! Geli I you know.
Kebetulan juga, dua orang anak kawan baik wa talipon hari yang sama, nak datang rumah. Tergujat jap wa pikior apa nak buat. Lalu wa bilang kepada mereka jom mai sini makan malam. Esoknya, wa ajak mereka nginap di rumah kami. Hi hi hi thak sangkha betol rumah wa begitu ramai orang. Depa ni dalam perjalanan ke tempat adek mereka yang sedang belajo ilmu perubatan di Gallaway Ireland. Si kakak bekerja sebagai jururawat, si abang pula, seorang juruterbang. Dua dua juru. Oleh kerana Aiman nak jadi pilot juga, maka banyaklah pertanyaan diasak kepada juruterbang tersebut. Sampai lembik dia kami kerjakan. Hi hi hi. Hui penoh bekalan kueh raya mak depa bekalkan kepada adek mereka di Gallaway. Baru raya la kata khanz. Nama GLAMER mak depa Alfie. Awww glamer nyer. Zaman muda tak glamer ke kak? Har har har.
Inilah yang dikatakan kehebatan lelaki itu pada siapa isterinya, awww ! ! ! . Kalau wife wa jenis yang tak campo orang punya, sudah pasti rumah wa tak ada orang datang. Wa tak akan jemput orang ke rumah punya lah khanz. Oleh itu terima kasih lah kepada wife wa, yang sudi melayan kerenah wa yang suka ajak kengkawan wa datang ke rumah wa.
Sajak sebelum raya hari tu, wa nyaris nak tinggalkan group diskusi alam maya wa. Wa rasa macam tak sedap ati je nak me'lay park' di forum itu lagi. Alasannya wa kira ada yang rasa LOYA kat wa. Bukan pasal apa cik Kiah, wa ni betol betol risau tentang apa yang berlaku di negeri pakatan rakyat di Malaya tu. Jika ianya memang benar seperti apa yang diilusikan dalam laman blog, maka memang wa tak senang duduk punya. Tapi ada orang yang tak suka bicara politik. Ei geli lah wa. Kata nak Islam, tapi tak nak bicara politik.
Wahai saudagar sekalian, kalau lu tak mahu bicara politik, wa kira lu menganggap bahawa Islam itu tidak menyeluruh. Wa kira lu hanya anggap Islam itu hanya ibadah sahaja. Menurut wa lagi, ia adalah satu penghinaan terhadap Islam itu sendiri. Mungkin juga kita secara tak sengaja telah merendahkan kebijaksanaan Allah yang Maha Kuasa yang ilmu pengetahuannya meliputi seluruh alam. Awww dasat tu wa kata kat lu. Jadi sebab itulah wa keluar sahaja dari ruang lingkup tertutup itu. Biarlah mereka tidak lagi merasa LOYA di situ. Lebih baik wa sorang keluar dari situ dari semua orang keluar tinggal wa sorang sahaja di situ terkonting konting. Best gak pola pemikiran wa itu khanz. Pentingkan orang banyak dari kepentingan diri sendiri.
Ye lah khanz, walaupon wa kini berada di negara yang jauh lebih best dari Malaya tu (kah kah kah jangan marah ye penduduk Malaya sekalian), namun Malaya lah tempat datok nenek keturunan wa dilahirkan. Sungguh tak masuk akal wa langsung, Melayu tak mahu hak Melayu. Mau wa tak nak pertahankan hak Melayu.
Cina tak mahu hak Melayu, wa boleh faham, India tak mahu hak Melayu, pon wa boleh faham, tapi Melayu tak mahu hak Melayu, wa tak boleh nak faham. Cina nak hak Cina, wa boleh faham, India nak hak India, pon wa boleh faham. Melayu nak hak Islam. Apa dia hak Islam? Duit zakat ? Ini duit zakat bukan hak Melayu ini hak Islam. Hak semua. Nah ambik bagi kat Cina, India, tak kira Islam atau pon bukan Islam. Sama rata.
Ada duit hasil judi ni. Ini adalah hak semua. Sama rata. Nah ambik buat Melayu. Tara kira Islam ke tak Islam, semua sama rata. Hari ini pulak, wa terlihat video anak Cina bicara pasal liwat. Katanya, ini perkara bukan mengenai agama, ini perkara mengenai politik. Jadi agama tolak tepi biar lebih professional.
Mangkok hayun sungguh lah. Lu nak ikut agama lu, lu punya pasal lah brader. Wa tak kisah. Tapi wa nak ikut agama wa, lu jangan halang. Agama wa kata liwat dilaknat Allah swt. Kalau orang kata dalam Islam (liberal) liwat itu hak individu, maka tak akan adanya kisah liwat dalam Al Quran. Oleh itu, wa nasehatkan kat lu, kalau nak jadi bongok itu tak mengapa tapi jangan jadi terlalu bongok.
Apa maknanya BEBAS itu sebenarnya? Adakah bebas maksudnya kita boleh buat apa sahaja ikut kepala hotak kita? Jika kita nak terjun bebas dari banggunan 99 tingkat adakah ia bermakna kita juga bebas dari tercedera? Adakah bila kita rasa kita bebas untuk berzina, kita juga kata kita bebas dari hukum Allah swt? Yang lu nak bebas ini lu nak bebas yang macam mana?
Eh, lupa lak wa nak kata, wife wa telah pon lepas viva tahun dua, maka kini dia dapatlah meneruskan PhDnya ke tahun ketiga pulak. Jika tak lepas, maka sangkutlah dia di MPhil sahaja. Nehi PhD. Terima kasih atas segala bantuan dan doa kalian terhadap beliau. Hanya Allah sahaja yang membalasnya.
Kejap je dah nak hujung tahun.
Tata
No comments:
Post a Comment