Hari Selasa wa keje pagi. Perjalanan ke tempat kerja sungguh bersusah payah. Snow lebat turun, wa cuma mampu bawa <30 mph sahaja kerana wa takut tergelongsor akibat licin.
Sesampai sahaja wa ke tempat kerja, papan kenyataan menyatakan bahawa sesiapa yang tak boleh datang ke tempat kerja bolehlah mengambil cuti tahunan, namun bagi mereka yang ingin datang juga, dinasihatkan berjalan kaki.
Sekolah anak anak wa memohon para ibubapa mengambil anak anak mereka seawal jam 1 tengahari. Anas, Maisarah, Amir dan Madeehah diambil oleh wife wa pada jam 1 petang. Wa ambil Aiman jam 3:15 petang.
Petang tu wa tak kerja. Wa tak berani drive. Nak jalan kaki pon jauh gak wa kata kat lu, kaku dan beku wa nanti. Paling wa tak tahan bila berjalan dalam snow ini adalah jari jari kaki dan tangan. Sakit
Sampai di rumah, setelah sholat Zohor dan Asar anak anak wa keluar rumah. Snow ketika ini dah pon berhenti. Snow yang agak tebal itu kira lumayan lah nak buat snowman yang beso
Tak susah nak buat snowman ini, golekkan je atas padang seketul snow tu, golek lah hingga saiz yang dikehendaki
Baling bola salju pon best gak ni.
Pelbagai aksi membaling dilakukan. Ia tak kering juga dengan suara tangisan, tangisan benar, tangisan tak benar, memacam lah bila bebudak bermain sesama sendiri
Maisarah, eiiii tak sejuk ke hah? Wa dalam rumah phon dua tiga lapis pakai baju
Jeng jeng, lemparan bermula, tangisan pon berselang seli kedengaran
Sementara itu dalam rumah, Madeehah suruh wa pukul gambo dia.
Wa balik keje awal sebab banyak operation cancel. Snow terus turun. Wa jadi berminat pulak nak pukul gambo.
Tapi wa masih tak reti reti lagi menggunakan kamera ini. Depan rumah wa la ni
Dari kamar wa. Di sebelah kiri tu, dah mula beratur kereta yang tak boleh jalan. Tayar skid.

Makin lama makin banyak kereta yang bermasalah nak naik bukit dekat rumah wa ni. Ada yang letak je kereta mereka di tepi jalan. Ada yang bertolak sakan. Malah ada gak budak budak main gelongsor salji.
Ini gambo keesokan harinya. Tak la tebal sangat tapi menurut wa, ia jauh lebih tebal dari snow snow yang turun tahun tahun lalu, sejak 2007 wa sampai ke sini
Suhu -4'C, namun cuaca tenang. Sinar mentari juga memancar terang
Lagi Madeehah dengan permintaannya, papa can you take my photo here, please, and here, and here, and here and berpuluh and here dia

No comments:
Post a Comment