Tahun lalu, kami berada di Egham, Surrey sewaktu masyarakat Britain menyambut tahun baru. Waktu itu, wa terlepas peluang menyambutnya kerana wa tertidur.
Tahun ini, kami tak ke mana mana, menetap di rumah sahaja. Begitupon, pada tahun ini, sekali lagi wa tak berpeluang melihat bagaimana masyarakat Britain menyambut tahun baru, kerana sekali lagi wa tertidur.
Tengaharinya, kami ke rumah Abg S di Rugby. Beliau masak turkey. Beso rumah dia. Makanan pon banyak. Dalam perjalanan pergi, salju turun dengan agak lebat dalam sinaran mentari yang juga agak terang benderang.
Setibanya di rumah beliau, salju telah memutih selaput tipis. Waktu balik dah gelap. Kami berkonvoi dengan A sefamily. Beliau nak ambil barang yang wa tak pakai. Sebenonya wa tak reti nak pakai. Expresso mechine brand Krups. Kami usulkan kepada mereka, agar tido sahaja di rumah wa malam tu. Wa pancing mereka dengan kunjungan ke pasar central esok pagi untuk mereka beli barang makanan segar. Lagi pon esok mereka pon akan ke Birmingham sekali lagi untuk menyambut tetamu mereka dari Malaya
Maka akhirnya mereka phon tido lah di rumah wa. Esok pagi (6:30 pagi) wife wa dan wife dia, ke pasar. Malangnya ia tutup. Coti lagi. Lalu mereka phon pulang lah semula ke rumah. Siapkan sarapan dan mereka ke pasar cina pulak. Nama dia Wing Yip (baru baru ini dapat pengiktirafan Queen E, sebab membawa makanan Oriental ke UK). Di sini semua barang yang diperlukan oleh orang Asia ada dijual. So no hal la kepada penggemar masakan Asia. Tak yah bawa dari Malaya
Dalam jam 11 pagi, kawan beliau sampai. 6 orang semuanya. 2 adults. Setelah makan tengahari A dan kawannya keluar. Isteri dan anak anaknya tinggal di rumah wa.
Lu all nak tau apa yang mereka nak beli? 2 biji kereta. Mercedes Benz S350 limo, dan ehem Bentley 2008. Rege kedua duanya dalam lingkungan £110k JERRR ! ! ! Ghupenya, dia adalah salah seorang kontraktor di bandar Iskandar Johor.
Ok la brader, di bawah ini wa sertakan salah satu makanan yang dihidangkan di rumh wa oleh wife wa. Tarikhnya wa dah lupa, tapi baru baru ini je. Banyak sangat !
Layanz
No comments:
Post a Comment