Thursday, 24 February 2011

Coti

Hola

Wa sekarang ni berada di tempat duduk bahagian depan Baundary Mill. Tempat yang boleh dikatakan sepanjang tahun sale. Sale dia tahap gaban punya. Cuma bila lu all biasa dengan harga di UK ini, lu all pasti akan perasan bahawa tak semua sale di sini benar benar sale. Ada beberapa benda yang wa lihat, wa kira ia lebih murah dari wa beli di tempat lain. Maka hati wa phon menjadi tawar.

Wa datang sini sebab ikut wife wa bawa abag dan akak ipo wa. Lepas wa rasa macam penat je, wa phon ambik port di kerusi depan ini. Menjawab beberapa panggilan talipon, membuat beberapa panggilan telipon, dan melihat telatah orang British yang keluar masuk tempat ini. Lalu wa teringat akan blog wa yang dah lama wa tinggalkan ini

Keletah British ini memang asik untuk diperhatikan. Mereka ini tak kira apa statusnya, tetap ada style. Inilah agaknya yang menyebabkan orang Malaysia terkasima kot. Setelah hampir 4 tahun bergaul dengan mereka, mereka ni memang pandai bergaya. Kalau lu all nak tau ramai sungguh anak muda mereka yang bergaya sakan menggunakan credit card hanya untuk memastikan mereka kelihatan seperti bintang filem, awww mengancam gitew. Yang tak enaknya ia menyebabkan ramai sungguh mereka yang terjebak dalam kancah hutang hingga bankrap. Kesian mereka belum kawin lagi hutang credit card dah melambung tinggi. Mungkin orang Perak tu dah lama tau, sebab tu dia kata bior pape asal bergaye.

Cuaca hari ini agak menarik. Ada mentari, tapi tak panas. Mesti pakai jaket, kalau tak pasti sejuk gaban. Oleh itu, wa memang tak salah bergaya, nak elak sejuk gitew. Dah alang alang pakai jaket, pakai la yang branded khanz, abg ipo wa kata yang ada cap riak, har har har. Tapi thak bhaek khanz. Wa dah insaf

Anak anak wa kat rumah tu pasti menunggu kami pulang dengan penuh ketidak sabarannya. Depa dah warn balik cepat sebab mereka ada plan nak pegi jenjalan. Maklumlah, cuti sekolah, dan sepupu mereka datang bertandang. Depa tu nak ajak pegi ice scating. Tapi mahal you. So mungkin main bowling je la kot.

No comments:

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ