Monday, 9 December 2013

5th Dec 2013

Khamis 5 Dec 2013, Lepas anto anak anak ke sekolah, wa bergegas basuh baju, masah nasi dan lauk. Hari ini ayam masak lemak cili api. Cara masak dah ingat ingat lupa. Jadi ikut apa yang ingat je la. Hasilnya, masih dalam kategori menu sedap giler.

Lepas ambik anak sekolah, wa meluncur ke kota metropolitan London lagi. Wa pegi dengan Maisarah dan Amir. Penat bagai nak rak sebab asik naik smart fortwo seminggu ni, tetiba bila naik RR Sport, alangkah nikmatnya. Smooth ride, nice sound system. Bikin hoya wa kata kat lu.

Idok le lama sangat dari Birmingham to Heathrow, 1 jam 45 minit jer. Park kete, make a short call. Ropenya dah sampai. Melilau gak la wa cari kat depature hall, ropenya lagi, wife wa kat arrival hall. Patot la tak jumpa. Anyway, the good thing, my wife and Madeehah Alhamdulillah selamat sampai ke kota metropolitan London. Wa sholat dulu. Lepas tu seperti biasa, Amir akan rasa macam dahaga jer. Wa phon beli la sandwich and drinks. 

Dalam perjalanan pulang, wa singgah rumah Yasir, sampaikan kiriman kawan kepada ayahnya. Seperti biasa, Yasir ajak masuk rumah, ada makanan katanya. Wa kalau turun, ntah pukul berapa la sampai rumah nanti. So next time Yasir. Thanks for the invitation

9:30 malam sampai rumah. Banyaklah bekalan makanan yang Mak wa kirim. Uncle M, Kak Room, dan memacam lagi lah. Itu pon tak dapat bawa semua sebab over baggage 15 kgs. Wa dapat makan roti gardenia. Wa support roti gardenia you wa kata kat lu. Jangan memain. Jangan beli Mossimo kay

Sholat Jumaat di Milner Road. Best pulak sholat kat sini. Parking mudah, ruang pon tak lah bersesak sangat. Sabtu, tuition Aiman dan Anas. Next Wednesday, tuition Aiman tak ada sebab dah ganti hari ni. Sambil menunggu depa tuition, wa berdesup ke Costco. Kopak wallet £127.00. Lepas maghrib, ada majlis ilmu di rumah Dain tempat wa simpan salah satu kenderaan sementara menunggu masa untuk di hantar ke Malaya. 

Ahad, basuh kereta. Dalam sejuk. Anas, Amir dan Madeehah tolong. Cepat selesai. 

Isnin, Amir tak sekolah, sebab demam. Dapat email dari tuan rumah, dia kata dia dah instruct agen sewa rumah untuk pulangkan deposit sewa wa. Agen pon email kata dia dah proses. Banyak gak, £850.00

Wa ada appointment 10 pagi. Tapi tak sempat. Pegi 12:30. Ini kali keempat wa pegi untuk beli kereta. 3 kali sebelum ini, semuanya direject. Sebabnya, dia kata nama wa dah di senarai hitam dari beli kereta dari mereka. Awwwww. Dia kata, wa exporter. Tapi hari ni, ok pulak. Siap berterima kasih sebab wa beli kereta kat dia. 

Seminggu lalu, wa beli smart fortwo. Today wa kata kete ni tak sesuai untuk wa. Mungkin sebab tu depa nak balik bisnis wa kot. Anyway, wa sungguh tak sabo nak test drive kereta ni esok. It's a Mercedes Benz A45 AMG. 360 bhp. Knock 0-60 in 4.6 secs

"The A45 – the most powerful hot hatchback yet built, and with currently the most powerful four-cylinder engine in production – is meant to open up AMG to a host of potential fans who have hitherto been denied access to the high-priced, usually V8-powered cars from Mercedes’ sporting arm. It’ll also add extra gravitas to styling kits and trim levels featuring AMG badging." Autocar

See you tomorrow









No comments:

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ