Dah 6 bulan lebih wa tak potong rambut. Panjang rambut wa. Maka pada hari ini, wa telah memotong rambut. Bak yang gunting. Pendek habis, inilah identiti wa masa di Malaya dulu.
Kalau rambut panjang, susah nak jaga you. Nak kena syampoo, nak kena minyakkan, nak kena sikat, dan bawa sikat. Maknanya aksesorinya banyaklah kalau nak berjalan tu. Leceh lah you. Rambut pendek ni, senang, tak payah sikat, tak payah minyakkannya. Dan lagi tak payah gak bawa segala macam aksesori tu. Stress la you kalau tiba tiba dalam perjalanan sikat tak bawa, minyak wambut tak bawa, nak beli satu hal, nak keluar untuk beli lain hal pula.
Seingat wa khanz you hanya dua orang sahaja yang pernah potong rambut wa ni. Bak dan Pak cik Adi di Sungei Besi KL. Kebetulan Bak ada di sini, maka wa pon minta tolong dia lah khanz. Lepas ni berbulan bulan lah wa tak potong rambut gamaknye.
Masa wa student pon begitu. Lagi best, wa potong rambut sendiri. Bila orang tanya, kenapa rambut wa tak sekata, wa jawab, This is my style. Senang ceta khanz. Wa pedulik haper. Mereka pon pedulik haper gak. Cuma kalau depa ni pedulik haper, ngape mereka tanya wa yek. Kurius wa. Awwwww ! ! ! Mereka minat kat wa kot.
Eh dah lama wa tak jumpa Pak Cik Adi ni. Selalunya kalau wa potong rambut kat dia, wa minta guna no 2. Dia selalu usik wa kata, wa lokek, sebab gunting pendek gitew. Lama sikit tahan Pak cik. Pak cik ni dulu dah ada 3 kedai gunting. Tapi semua orang lain jaga, sebab anak dia tak minat teruskan perniagaan dia. Syarat wa kat dia, jika nak guna pisau cukur mesti ganti pisau cukur baru depan mata wa. Hak hak hak, mengada wa ni khanz. Nope ... bukan mengada Mate, ada fakta disebaliknya.
Sebut pasal Mate ni pula, lu all nak tau, kat sini kalau kita tak tau nama mat salleh tu, kita panggil dia Mate je. Nama universal. Sama gak la kalau nak panggil Melayu, Mat, nak panggil Yindia, John, awww glamer gitew. Kah kah kah, wa khanz banyak kali terkena you, sebab nak buat mesra lah konon. Jumpa je mat salleh, wa kata, Morning Mate (bunyi macam Mike), you all right? (Slang gitew, pekat pulak tu, dah praktis kata khanz) Haaa lepas tu dia akan balas, I'm all right, you all right? Kita pon jawab not too bad, thank you.
Namun jika mat salleh ni bantai tanya wa soalan lain, pekat pulak tu, wa pakat hangguk hangguk je lah baby. Nak dijadikan cerita, ada satu orang ni ceta bagai nak rak kat wa, dia ingat wa paham lah. Yang wa ni hangguk hangguk je. Makin laju dia bercerita. Tapi tuan tuan dan puan puan, di akhir ceritanya dia tanya wa, what do you think? Wah kah kah, wa nak kata hapa encik. Paham pon idok.
Wednesday, 21 May 2008
Monday, 19 May 2008
The Eden Project
Hari ni last day kami di Riviere Sands Cornwall. Check out time 10:00 am, but we all checked out earlier at 9:00 AM. Rasa cam dah jam 11 pagi you. Apa taknya you, jam 5 pagi rasa cam jam 8 pagi
Very complete basic kitchenette. OK khanz you all. Simple jek, tak yah nak susah susah. Kalau rumah ENDAU Bak buat cam ni best ooooo. Tapi khanz cik Kiah, sekali lagi, kos buat cam ni di sini relatif murah berbanding kat Malaya. Kalau wa ambil course construction kat sini, lepas 2 tahun wa boleh oter rumah sendiri je beb, cut cost dan mesti puas hati punya, you know why, coz my standard is always higher you.
Wind mill ni banyak sangat kat negeri belah sini. Windy area. Hak hak hak anak wa tanya apa tu, ada orang tu jawab khanz ni wind mill (ok betul). Ada air lalu kat bawah tu yang memutarkan kipas tu (awwwww, tak betul tuuuu, pelis lah). Cepat usaha menyelamat datang, wa kata, ehem penyelamat gitew, ada gaya lah baby, wa bukan bilang kosong-kosong punnya. Wind mill ni macam dinamo lampu basikal tua tu (ahak, teringat pula lagu Allahyarham Sudi). Ia menghasilkan tenaga eletrik kinetik. Seterusnya cek internet lah, wa tau setakat itu sahaja. Ok wat, janji tak jadi ajaran sesat
The Eden Project
Kalau lu all berkesempatan ke daerah belah sini, wa sangat menyarankan agar lu all pergi melawat ke sini. Memang agak mahal kalau guna duit Malaya tu, awwwww asik kena kutuk je negeri Malaya ni, apa lu ingat Malaya ni koman sangat ke? hi hi hi kadang kadang memang pon wa rasa koman. Eh koman ni asal dari mana ek? Wa rasa dari command kot
Namun baby, ingatlah, hujan batu di negeri orang hujan emas di negeri sendiri, lebih baik hangkut semua emas di negeri orang dan bawa balik ke negeri sendiri. Rugi oooo kalau lu tak bawa balik.
Sambung cerita yang dah 89 derajat tersasar. Kanak kanak bawah 5 tahun free. Orang tua GBP7, student GBP7 (wife wa dan Dol tak bawa pon student card, tapi depa ni percaya kat muka baik kami ini, gitew). Cuma lu all jangan buat dajal sudah lah ye, bukan student tapi kata student. Itu mengkhianati orang lain yang memang student tapi memang tertinggal kad pelajar. Nanti semua warga Malaya dianggap PENIPU, kalau kecik tak apa, tapi kalau dah dianggap penipu beso, lu khianat kat agama bangsa dan negara. Thak bhaek you. Ingat pesan abang ni.
Total semua lebih korang GBP 69. Lepas dapat tiket tu dalam bentuk kad, aktivate kad tu, dan dapat masuk sini FREE sepanjang tahun you, berbaloi khanz..... yang tak berbaloinya jauh baby nak ke sini.
Total semua lebih korang GBP 69. Lepas dapat tiket tu dalam bentuk kad, aktivate kad tu, dan dapat masuk sini FREE sepanjang tahun you, berbaloi khanz..... yang tak berbaloinya jauh baby nak ke sini.
Kalau kat amusement park, kita naik keretapi guna diesel engine. Kat sini stail dia macam keretapi gak, ada gerabak yang tak berapa gedabak. Cuma ia ditarik guna traktor, bukan sebarang traktor you, traktor ini dicipta khas oleh team Eden ni guna 100% biodiesel. Hebat khanz, entah entah teknologi ni diambil dari thesis PhD rakyat Malaya. Ha tu lah Malaya ni, otak rakyat ramai yang geliga, namun otak yang geliga ni dibolayan jah. Yang di layan BODEK je ke? Eh jangan lah gitew Pak Menteri. Lihatlah hasil kepintaran anak bangsa kita ni. Mereka ni semua hebat thau Pak Menteri. Lagi phon kerajaan dah habis berbilion bilion ringgit untuk mereka, tak khan duit tu untuk glamer je.
Lencong jangan tak lencong. Laju je otak wa ni melencong. Sebenarnya nak turun ke Biomes ni (nama kurungan macam buble tu) boleh jalan kaki, di sepanjang jalan tu ada beribu ribu jenis tanaman disertai dengan penerangannya. Jalan ke dua naik traktor ni. Bagi kami, traktor amatlah sesuainya. Maklumlah cik Kiah, Madeehah tu pasti akan sangat sibuk mencuit itu dan menyapa ini.
Lu all lihatlah kampung Malaya ni. Digambarkan inilah salah satu kampung di Sabah Malaya. Sebijik dia tiru beb. Dia bawak sekali honda cup tahun 70-an tuuuu wa cakap lu. Lihat kain batik dan t shirt tu. Kat sini semua tanaman ada. Mak wa bukan main suka lagi, dia kata semua benda yang diperlukan untuk buat botok botok ada di sini. Tapi jangan lah petik ye tuan tuan dan puan puan, penat mereka menanamnya.
Lihatlah you, wa rasa lu all pon tak pernah lihat sign board ni, jika lu all pernah lihat, maka wa dengan ini mengingatkannya kembali, lilinlah katakhan, awwwww ! ! !
Air terjunnya pon chantek gitew
Lu all, bagaimana wa tak terpegun, sungai dan air terjun yang mereka cuba gambarkan pon macam real you. Bab ni memang Malaya KO habis, perasaan wa ketika menggambarkan keadaan di Malaya secara sepontan kata koro sangat. Para pekerja mereka kelihatan sangat komited hasil dari kecintaan mereka kepada apa yang mereka lakukan. Benda ni dibuat dalam doom yang suhu dan climatenya dijaga oleh komputer. Nak kat tanda akhir zaman pon ye gak ni. Kawasan ni pada 1998 adalah kawasan hutan
Tok Bak dan Aiman. Belakang tu dome nya. Ada dua tema, tanaman khatilistiwa dan tanaman Mediterranean
Wa ingat ada dua jalan sahaja rupanya ada satu lagi jalan balik. Naik lift. Ada satu muzium di hujung sebelah sini. Menceritakan sejarah pembinaan The Eden Project ni. Ada satu seed beso yang dibuat dari konkrit di letakkan di tengah tengah muzium ni. Memang unik pembinaannya dan motifnya juga sangat mempesonakan. Ia setinggi 3 tingkat banggunan kot.
Dalam muzium, tah apa ke namanya. Bak dan Mak mengabadikan nama mereka di dinding muzium ni untuk di foto.
Wa rasa kalau semua tanamannya menjadi, cantik sungguh pemandangan ini
Dan ini pula adalah salah satu poster The Eden Project ini, beso you
Ahhh letih berjalan, wa lihat gambo ni.
Picnic
Dan kerana dah jam 2 petang, maka kami pon berhenti makan di tepi jalan. Kat sini ada banyak tempat rehat tepi jalan macam ni. Park je kereta kat tepi, dan cari kerusi dan meja seperti ini. Rasa macam duduk dalam ekon you. Kalau kat Malaya jangan buat macam ni ye pak cik dan mak cik. Berpeluh nanti. Di depan tu pemandangan yang sangat cantik. Tempat ni atas bukit, maka kita akan melihat keindahan alam yang terbentang luas
Bath ni on the way to Birmingham. Jadi kami singgah lah kejap kat sini. Bandar Bath ni cantik. Tak ramai pak paki. Masa wa berhenti tuang minyak, cashier dia tu orang paki. Dia bagi salam, dan memang kata dia Muslim kat sini tak ramai. Jadi lu all kalau bertandang ke sini, lebih baik bawa kereta beso supaya lu all boleh bawa makanan halal dari rumah. Bukan apa cik Kiah, jimat masa. Kalau sampai sini baru nak cari kedai halal, haru nanti dibuatnya. Percayalah akan tips wa ni
Sunday, 18 May 2008
Cornwall Car boot Sale
Hari Ahad 18 Mei 08, wa sempat ke car boot sale you. Dekat je dari caravan tu. Memula wa ingat suhunya panas, tapi sebenarnya dingin. Nasib baik wa bawa jaket. Pada tafsiran wa, car boot sale ini adalah salah satu cara kita mengenali masyarakat setempat dengan lebih dekat.
Area belah sini, tak ramai kaum kulit bewarna. Kebanyakannya kulit putih (siapa lah yang bagi nama mereka ni kulit putih, wa lihat kulit mereka ni bewarna warna, kadang merah, kadang pucat, kadang kuning, banding dengan sawo matang, duduk lah kat mana pon jarang berubah warnanya)
Bila tak ramai warga kulit tak putih, maka kuranglah kefahaman mereka terhadap kita. Ha puas gak wa cari pak paki, tak ada you. Bagus gak, pak paki ni satu masalah dia yang dah jadi agak normal adalah, suka sangat nak menipu. Barang rosak kata baik. Keciwa wa. Malukan umat Islam yang lain sahaja. Tak bukan semua, cuma kerana nila setitik, maka rosak susu sebelanga.

Car boot di Hyle (HEYL), dekat padang rugbi
Lepas balik caravan dan sholat zohor, kami pergi satu lagi car boot kali ni mula jam 1:30 tengahari. Anak anak wa pegi swimming pool.
Jauh you, abang tom tom wa pon tunjuk jalan dalam, maka berliku liku lah jalannya. Ada ketikanya satu lorong sahaja. Namun pemandangannya menarik
Tapi bila sampai, car boot tu telah dibatalkan. Kalau nanti lu all nak pegi wa sarankan lu all search car boot sale in Cornwall di google. Ada senarai semua car boot di negeri Cornwall (KERNAW) tu. Ada poscode dan phone number, so that kejadian seperti yang wa alami tak akan terjadi pada lu all. Kalau tak penat je lu all. Lain lah kalau lu all memang suka lihat keindahan alam. Memang indah you
Balik lah kami. Sampai caravan, wa penat terus tertidur. Lepas Asar, jalan jalan bawa anak anak wa ke pantai.
Saturday, 17 May 2008
Land's End, Cornwall
Hari ini, 17 Mei 08, ulang tahun perkahwinan Brother in law wa, yang ke 12 tahun kot. Jadi wa doakanlah dia agar dia dikurniakan zuriat lagi, awww bior sama macam wa lah, 5 orang gitew, meriah beb, wa cakap lu. Dia sms wa kata, pegi The Eden Project dan Land’s End
Nama pusat caravan tempat wa menginap ni Riviere Sands, di Hayle (sebut HEYL), Cornwall (sebut Kernaw). Setelah tidur satu malam, kira ok sangatlah. Makan tak jadi masalah sebab wa hangkut hampir semua peralatan dari rumah.
Lepas sarapan, anak anak wa pegi swimming pool dengan Dol, wa pula ke car boot sale youuu, dah addicted to car boot sale ni. Tempat kali ini adalah di Truro, dalam kandang biri biri. Bau biri tetap ada walaupon dah dibersihkan. Booters tak ramai, lebih kurang 20 stall je. Barangannya agak baik, tapi mahal.
Jadi kami balik je lah, ingatkan lepas masakkan lunch nak keluar lagi cari car boot sale lain, tapi penat lah beb, maka wa pon tertidur. Lepas lunch nasi ayam kick punya, Jam 4 petang kami ke Land’s End dan St Ives.

Dalam perjalanan ke Land's End, kami jumpa orang putih jual hasil kampung di tepi jalan. Kami berhenti untuk membeli telor angsa, beso you ! ! !. Ada gak dijual mackarel 30 ekor GBP5, wife wa beli semua. Perg, teramatlah segarnya ikat tersebut. Jadi kalau lu all terjumpa orang putih ni jual tepi jalan, lu all beli lah ye.

Bukan senang ooo nak sampai ke Land's End ni ni sedare, apa lagi kalau sedare tak ada kenderaan. Jalannya berliku, duri wa tak tau

Wa dah gerun juga sebab kawan wa yang sampai awal kata, depa tak dapat menikmati alam sebab hujan. Namun mak cik dan pak cik sekalian, semua ini adalah makhluk Allah swt. Mereka berada atas muka bumi ini menurut peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Qada dan Qadar boleh berubah dengan DOA. Alhamdulillah, kami dapat menikmati ciptaan Allah swt kerana hujan berhenti sebelum kami sampai di sini, Allah perkenankan doa kami secara tunai
Huuyooo cun nya

3 generasi di Land's End, Cornwall (Kernaw) ENGLAND

Ini adalah satu satunya gaya Amir berfoto .... berdiri tegak setegak tegaknya

Dan lagi ......
Dan lagi ...

Namun akhirnya dia kecundang jua, dia bersila youuuuu, awwwwww ! ! !

Ini adalah operator lelaki kat dataran papan tanda Land's End tu. Melalui beliau kami diberitau bahawa tanah terhujung British bukan di sini, tapi di hujung yang satu lagi, yang ada tiand bendera. Namun tempat ini dipopularkan kerana ia terletak di atas tanah sebuah hotel yang berada dibelakangnya. MARKETING ! ! !

Ini adalah refreshment yang pertama dan terakhir di Land's End. Kat depan cafe inilah terletanya tiang bendera yang wa sebutkan tadi

Wa rasa pemandangan di sini lawa, maka banyaklah potret dipukul di sini. Tok Bak dan Aiman

Mama dan Madeehah. Madeehah tak puas hati tu sebab kena pegang. Clif ni sangat tinggi, menjunam dan bahaya

Tok Bak, Wan dan Dol

Akhirnya dengan rasa prihatin, wa titipkan gambar yang indah ini agar lu all boleh buat template, copy and paste gambo lu all pulak, awwwwwww ! ! ! Wa pon ada gambo ori kat sini, cuma wa keberatan nak tempek kat sini

Guna Nikon D80 Tok Bak.

Sihatnya ....
Hai

Anchor kuno.

Ini diberitakan sebagai First and Last Inn in England, Established in 1620
Destinasi kedua, St Ives, namun perjalanan kami terutama wa lah, agak tergendala ghairahnya, sebabnya, Madeehah muntah dalam kereta wa. Suatu yang sangat wa tak suka sebab baunya, masam beb. Wa dah nak balik dah, ingat nak datang St Ives ni esok saja, tapi dah hampir separuh perjalanan, maka wa teruskan sahaja. Lagi pon esok boleh wa buat kerja lain, awwwww car boot lagi youuuuuuu. Ada 2 tempat esok.
Jalannya sempit. Sepatutnya kami menuju ke kampung nelayan yang sangat cantik tu. Tapi perjalanannya mesti menurun bukit berjalan kaki. Dengan keadaan yang tak begitu memberangsangkan, maka kami ke tempat yang boleh sampai dengan kereta sahaja

Dikhabar burungkan, bahawa jika kena waktu dan ketikanya, kita dapat melihat dolphin melompat di sini. Tapi waktu kami sampai tak kena waktu dan ketika tersebut. Yang ada melompat lompat adalah anjing dan tuan nya

Dikenali juga dengan Monaco England. Hi hi hi lu all jangan percaya 100% kata kata wa ni, sebab wa agak saja

Memula Aiman dan adik adiknya ingat mereka terlihat ekor ikan paus, namun setelah dizoom dengan lensa kamera, ia hanyalah barisan batu yang di hempas gelombang laut Atlantik
Nama pusat caravan tempat wa menginap ni Riviere Sands, di Hayle (sebut HEYL), Cornwall (sebut Kernaw). Setelah tidur satu malam, kira ok sangatlah. Makan tak jadi masalah sebab wa hangkut hampir semua peralatan dari rumah.
Lepas sarapan, anak anak wa pegi swimming pool dengan Dol, wa pula ke car boot sale youuu, dah addicted to car boot sale ni. Tempat kali ini adalah di Truro, dalam kandang biri biri. Bau biri tetap ada walaupon dah dibersihkan. Booters tak ramai, lebih kurang 20 stall je. Barangannya agak baik, tapi mahal.
Jadi kami balik je lah, ingatkan lepas masakkan lunch nak keluar lagi cari car boot sale lain, tapi penat lah beb, maka wa pon tertidur. Lepas lunch nasi ayam kick punya, Jam 4 petang kami ke Land’s End dan St Ives.
Sebelum meneruskan perjalanan ke car boot sale, wa baca dulu senarai car boot sale serta postcodenya yang wa download dari internet sebelum datang ke sini. Ini penting tuan tuan dan puan puan, kerana kat sini tak ada internet. Patutnya depa ni provide wifi pada customer mereka, senang sikit nak rancang perjalanan
Dalam perjalanan ke Car Boot Sale, motorway nya macam kat Malaya khanz
Tips untuk lu all. Kalau lu all nak tau, kat sini semua tempat kena bayo. Nak pegi Land’s End ni pon kena bayo gak, tapi kalau lu all sampai lepas jam 5 petang, ia percuma. Sebab tu kami datang lambat sikit. Tip ni kami turunkan dari Kak A gak lah, sebab mereka datang sini 2 minggu lalu.
Dalam perjalanan ke Land's End, kami jumpa orang putih jual hasil kampung di tepi jalan. Kami berhenti untuk membeli telor angsa, beso you ! ! !. Ada gak dijual mackarel 30 ekor GBP5, wife wa beli semua. Perg, teramatlah segarnya ikat tersebut. Jadi kalau lu all terjumpa orang putih ni jual tepi jalan, lu all beli lah ye.
Bukan senang ooo nak sampai ke Land's End ni ni sedare, apa lagi kalau sedare tak ada kenderaan. Jalannya berliku, duri wa tak tau
Tuuu dia, dokek yo ngan dinding rumah.
Wa dah gerun juga sebab kawan wa yang sampai awal kata, depa tak dapat menikmati alam sebab hujan. Namun mak cik dan pak cik sekalian, semua ini adalah makhluk Allah swt. Mereka berada atas muka bumi ini menurut peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Qada dan Qadar boleh berubah dengan DOA. Alhamdulillah, kami dapat menikmati ciptaan Allah swt kerana hujan berhenti sebelum kami sampai di sini, Allah perkenankan doa kami secara tunai
Sepanjang perjalanan hujan beb. Wa dah susah hati, sepanjang jalan gak wa mohon Allah swt agar perjalanan kami tak sia sia, ye lah khanz, bila hujan, tak khanz lu all nak berhujan pulak. Alhamdulillah, sampai sahaja kami di sana, hujan berhenti, mentari bersinar agak terang, menghasilkan suasana yang amat bagus untuk berfoto. Lu all yang wa hormati sekalian, jika hujan kita basah, jika kabus pula, kita tak nampak pemandangan menarik tersebut, kerana jarak pandangan terhad gitew. Lepas kami naik kenderaan untuk pulang, hujan turun semula. Alhamdulillah.
3 generasi di Land's End, Cornwall (Kernaw) ENGLAND
Ini adalah satu satunya gaya Amir berfoto .... berdiri tegak setegak tegaknya
Dan lagi ......
Namun akhirnya dia kecundang jua, dia bersila youuuuu, awwwwww ! ! !
Memang best tempat ni, atas bukit, menghadap Lautan Atlantik. Inilah lukisan alam ciptaan Allah swt yang sepatutnya kita selalu ingati. Betapa Agongnya Pencipta yang mencipta segalanya tanpa cacat dan cela. Lautnya biru. Kat sini ada sign board Land’s End yang famous tu. Kalau lu all nak bergambo kat situ, datang cepat sikit. wa sampai jam 5:10 ptg, nasib baik sempat bergambo. Jika lu lambat, operatornya akan simpan sign tu. Jika lu all sampai cepat, Insya Allah lu all akan dapat ambil gambo lengkap dengan arah Negara asal lu all. Kalau Negara asal lu tu Afrika, maka tertulislah arah Negara Afrika di situ, dan bayarannya GBP9 sekeping gambo ye, jangan buat tak tau pula. Jadi untung lah wa, ambik gambo lepas jam 5 ptg, FREE, awwwww ! ! !
Ini adalah operator lelaki kat dataran papan tanda Land's End tu. Melalui beliau kami diberitau bahawa tanah terhujung British bukan di sini, tapi di hujung yang satu lagi, yang ada tiand bendera. Namun tempat ini dipopularkan kerana ia terletak di atas tanah sebuah hotel yang berada dibelakangnya. MARKETING ! ! !
Kat Land’s End ni ada hotel dan macam macam gak lah, tapi kerana wa sampai lambat, maka semua attraction tu dah tutup, termasuk the last refreshment (macam café tuan tuan dan puan puan) in ENGLAND. hi hi hi buat buat menyesal lah konon tak sempat, pada hal memang lah wa cari yang free sahaja.
Ini adalah refreshment yang pertama dan terakhir di Land's End. Kat depan cafe inilah terletanya tiang bendera yang wa sebutkan tadi
Wa rasa pemandangan di sini lawa, maka banyaklah potret dipukul di sini. Tok Bak dan Aiman
Mama dan Madeehah. Madeehah tak puas hati tu sebab kena pegang. Clif ni sangat tinggi, menjunam dan bahaya
Tok Bak, Wan dan Dol
Akhirnya dengan rasa prihatin, wa titipkan gambar yang indah ini agar lu all boleh buat template, copy and paste gambo lu all pulak, awwwwwww ! ! ! Wa pon ada gambo ori kat sini, cuma wa keberatan nak tempek kat sini
Guna Nikon D80 Tok Bak.
Sihatnya ....
Anchor kuno.
Ini diberitakan sebagai First and Last Inn in England, Established in 1620
Destinasi kedua, St Ives, namun perjalanan kami terutama wa lah, agak tergendala ghairahnya, sebabnya, Madeehah muntah dalam kereta wa. Suatu yang sangat wa tak suka sebab baunya, masam beb. Wa dah nak balik dah, ingat nak datang St Ives ni esok saja, tapi dah hampir separuh perjalanan, maka wa teruskan sahaja. Lagi pon esok boleh wa buat kerja lain, awwwww car boot lagi youuuuuuu. Ada 2 tempat esok.
Dikhabar burungkan, bahawa jika kena waktu dan ketikanya, kita dapat melihat dolphin melompat di sini. Tapi waktu kami sampai tak kena waktu dan ketika tersebut. Yang ada melompat lompat adalah anjing dan tuan nya
Dikenali juga dengan Monaco England. Hi hi hi lu all jangan percaya 100% kata kata wa ni, sebab wa agak saja
Memula Aiman dan adik adiknya ingat mereka terlihat ekor ikan paus, namun setelah dizoom dengan lensa kamera, ia hanyalah barisan batu yang di hempas gelombang laut Atlantik
Tetiba, wa teringat nak beli minyak rambut, wa terlihat sign board Tesco 24 jam. Lepas anak anak wa habis ngaji, wife wa dan Dol ajar mereka, wa ajak wife wa dan Dol keluar. Sampai Tesco 10:30 malam, pintu Tesco terbuka luas, terang benderang, tapi Tesco tutup jam 10 malam hari sabtu. Jadi sekali lagi lu all jangan tertipu ye, Sabtu hingga 10 malam sahaja. Ahad hingga 6 petang
Ok daaaaaa semua yang mengenali wa di seluruh dunia, hi hi hi bakul sentiasa wa bawa, senang nak angkat gitew.
Ok daaaaaa semua yang mengenali wa di seluruh dunia, hi hi hi bakul sentiasa wa bawa, senang nak angkat gitew.
Subscribe to:
Posts (Atom)