Monday, 19 May 2008

The Eden Project

Lihatlah loungenya you, ok khanz. Superior Plus, kalu nak book, lihat kat http://www.havenholidays.com/ cari last deal. Kalau bernasib baik, dapat murah gyloz



Hari ni last day kami di Riviere Sands Cornwall. Check out time 10:00 am, but we all checked out earlier at 9:00 AM. Rasa cam dah jam 11 pagi you. Apa taknya you, jam 5 pagi rasa cam jam 8 pagi




Dining area boleh memuatkan 8 orang bersaiz Aiman




Very complete basic kitchenette. OK khanz you all. Simple jek, tak yah nak susah susah. Kalau rumah ENDAU Bak buat cam ni best ooooo. Tapi khanz cik Kiah, sekali lagi, kos buat cam ni di sini relatif murah berbanding kat Malaya. Kalau wa ambil course construction kat sini, lepas 2 tahun wa boleh oter rumah sendiri je beb, cut cost dan mesti puas hati punya, you know why, coz my standard is always higher you.


Windmill ni banyak kat sini



Wind mill ni banyak sangat kat negeri belah sini. Windy area. Hak hak hak anak wa tanya apa tu, ada orang tu jawab khanz ni wind mill (ok betul). Ada air lalu kat bawah tu yang memutarkan kipas tu (awwwww, tak betul tuuuu, pelis lah). Cepat usaha menyelamat datang, wa kata, ehem penyelamat gitew, ada gaya lah baby, wa bukan bilang kosong-kosong punnya. Wind mill ni macam dinamo lampu basikal tua tu (ahak, teringat pula lagu Allahyarham Sudi). Ia menghasilkan tenaga eletrik kinetik. Seterusnya cek internet lah, wa tau setakat itu sahaja. Ok wat, janji tak jadi ajaran sesat


The Eden Project



Mahal tapi berbaloi.





Kalau lu all berkesempatan ke daerah belah sini, wa sangat menyarankan agar lu all pergi melawat ke sini. Memang agak mahal kalau guna duit Malaya tu, awwwww asik kena kutuk je negeri Malaya ni, apa lu ingat Malaya ni koman sangat ke? hi hi hi kadang kadang memang pon wa rasa koman. Eh koman ni asal dari mana ek? Wa rasa dari command kot





Namun baby, ingatlah, hujan batu di negeri orang hujan emas di negeri sendiri, lebih baik hangkut semua emas di negeri orang dan bawa balik ke negeri sendiri. Rugi oooo kalau lu tak bawa balik.





Sambung cerita yang dah 89 derajat tersasar. Kanak kanak bawah 5 tahun free. Orang tua GBP7, student GBP7 (wife wa dan Dol tak bawa pon student card, tapi depa ni percaya kat muka baik kami ini, gitew). Cuma lu all jangan buat dajal sudah lah ye, bukan student tapi kata student. Itu mengkhianati orang lain yang memang student tapi memang tertinggal kad pelajar. Nanti semua warga Malaya dianggap PENIPU, kalau kecik tak apa, tapi kalau dah dianggap penipu beso, lu khianat kat agama bangsa dan negara. Thak bhaek you. Ingat pesan abang ni.

Total semua lebih korang GBP 69. Lepas dapat tiket tu dalam bentuk kad, aktivate kad tu, dan dapat masuk sini FREE sepanjang tahun you, berbaloi khanz..... yang tak berbaloinya jauh baby nak ke sini.





Traktor baik punya, jalan melingko pon tak ada satupon tayarnya mahupon tayar gerabak tu mencecah rumput






Kalau kat amusement park, kita naik keretapi guna diesel engine. Kat sini stail dia macam keretapi gak, ada gerabak yang tak berapa gedabak. Cuma ia ditarik guna traktor, bukan sebarang traktor you, traktor ini dicipta khas oleh team Eden ni guna 100% biodiesel. Hebat khanz, entah entah teknologi ni diambil dari thesis PhD rakyat Malaya. Ha tu lah Malaya ni, otak rakyat ramai yang geliga, namun otak yang geliga ni dibolayan jah. Yang di layan BODEK je ke? Eh jangan lah gitew Pak Menteri. Lihatlah hasil kepintaran anak bangsa kita ni. Mereka ni semua hebat thau Pak Menteri. Lagi phon kerajaan dah habis berbilion bilion ringgit untuk mereka, tak khan duit tu untuk glamer je.




Lencong jangan tak lencong. Laju je otak wa ni melencong. Sebenarnya nak turun ke Biomes ni (nama kurungan macam buble tu) boleh jalan kaki, di sepanjang jalan tu ada beribu ribu jenis tanaman disertai dengan penerangannya. Jalan ke dua naik traktor ni. Bagi kami, traktor amatlah sesuainya. Maklumlah cik Kiah, Madeehah tu pasti akan sangat sibuk mencuit itu dan menyapa ini.





Dol depan kampung Malaya.





Lu all lihatlah kampung Malaya ni. Digambarkan inilah salah satu kampung di Sabah Malaya. Sebijik dia tiru beb. Dia bawak sekali honda cup tahun 70-an tuuuu wa cakap lu. Lihat kain batik dan t shirt tu. Kat sini semua tanaman ada. Mak wa bukan main suka lagi, dia kata semua benda yang diperlukan untuk buat botok botok ada di sini. Tapi jangan lah petik ye tuan tuan dan puan puan, penat mereka menanamnya.



Lihatlah you, wa rasa lu all pon tak pernah lihat sign board ni, jika lu all pernah lihat, maka wa dengan ini mengingatkannya kembali, lilinlah katakhan, awwwww ! ! !




Sungai








Air terjunnya pon chantek gitew



Lu all, bagaimana wa tak terpegun, sungai dan air terjun yang mereka cuba gambarkan pon macam real you. Bab ni memang Malaya KO habis, perasaan wa ketika menggambarkan keadaan di Malaya secara sepontan kata koro sangat. Para pekerja mereka kelihatan sangat komited hasil dari kecintaan mereka kepada apa yang mereka lakukan. Benda ni dibuat dalam doom yang suhu dan climatenya dijaga oleh komputer. Nak kat tanda akhir zaman pon ye gak ni. Kawasan ni pada 1998 adalah kawasan hutan




Dalam dome Mediterranean



Tok Bak dan Aiman. Belakang tu dome nya. Ada dua tema, tanaman khatilistiwa dan tanaman Mediterranean





Wa ingat ada dua jalan sahaja rupanya ada satu lagi jalan balik. Naik lift. Ada satu muzium di hujung sebelah sini. Menceritakan sejarah pembinaan The Eden Project ni. Ada satu seed beso yang dibuat dari konkrit di letakkan di tengah tengah muzium ni. Memang unik pembinaannya dan motifnya juga sangat mempesonakan. Ia setinggi 3 tingkat banggunan kot.




Dalam muzium, tah apa ke namanya. Bak dan Mak mengabadikan nama mereka di dinding muzium ni untuk di foto.



Wa rasa kalau semua tanamannya menjadi, cantik sungguh pemandangan ini



Dan ini pula adalah salah satu poster The Eden Project ini, beso you




Ahhh letih berjalan, wa lihat gambo ni.



Picnic


Dan kerana dah jam 2 petang, maka kami pon berhenti makan di tepi jalan. Kat sini ada banyak tempat rehat tepi jalan macam ni. Park je kereta kat tepi, dan cari kerusi dan meja seperti ini. Rasa macam duduk dalam ekon you. Kalau kat Malaya jangan buat macam ni ye pak cik dan mak cik. Berpeluh nanti. Di depan tu pemandangan yang sangat cantik. Tempat ni atas bukit, maka kita akan melihat keindahan alam yang terbentang luas


Royal Cresent, Bath


Bath ni on the way to Birmingham. Jadi kami singgah lah kejap kat sini. Bandar Bath ni cantik. Tak ramai pak paki. Masa wa berhenti tuang minyak, cashier dia tu orang paki. Dia bagi salam, dan memang kata dia Muslim kat sini tak ramai. Jadi lu all kalau bertandang ke sini, lebih baik bawa kereta beso supaya lu all boleh bawa makanan halal dari rumah. Bukan apa cik Kiah, jimat masa. Kalau sampai sini baru nak cari kedai halal, haru nanti dibuatnya. Percayalah akan tips wa ni


Ok that's all for today. Stay tune, zasssssz ! ! !

2 comments:

Dicken said...

Ooo Malaya koman ye? BTW, koman = common, just like gostan = go a stern. Join kitorang gi Edinburgh this w/end?

Dentist and Me said...

Tak boleh lah Abe Dicken, Mak dan Bak nak balik Malaya Ahad ni 25 Mei 08

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ