Area belah sini, tak ramai kaum kulit bewarna. Kebanyakannya kulit putih (siapa lah yang bagi nama mereka ni kulit putih, wa lihat kulit mereka ni bewarna warna, kadang merah, kadang pucat, kadang kuning, banding dengan sawo matang, duduk lah kat mana pon jarang berubah warnanya)
Bila tak ramai warga kulit tak putih, maka kuranglah kefahaman mereka terhadap kita. Ha puas gak wa cari pak paki, tak ada you. Bagus gak, pak paki ni satu masalah dia yang dah jadi agak normal adalah, suka sangat nak menipu. Barang rosak kata baik. Keciwa wa. Malukan umat Islam yang lain sahaja. Tak bukan semua, cuma kerana nila setitik, maka rosak susu sebelanga.
Car boot di Hyle (HEYL), dekat padang rugbi
Lepas balik caravan dan sholat zohor, kami pergi satu lagi car boot kali ni mula jam 1:30 tengahari. Anak anak wa pegi swimming pool.
Jauh you, abang tom tom wa pon tunjuk jalan dalam, maka berliku liku lah jalannya. Ada ketikanya satu lorong sahaja. Namun pemandangannya menarik
Tapi bila sampai, car boot tu telah dibatalkan. Kalau nanti lu all nak pegi wa sarankan lu all search car boot sale in Cornwall di google. Ada senarai semua car boot di negeri Cornwall (KERNAW) tu. Ada poscode dan phone number, so that kejadian seperti yang wa alami tak akan terjadi pada lu all. Kalau tak penat je lu all. Lain lah kalau lu all memang suka lihat keindahan alam. Memang indah you
Balik lah kami. Sampai caravan, wa penat terus tertidur. Lepas Asar, jalan jalan bawa anak anak wa ke pantai.
No comments:
Post a Comment