Friday, 6 April 2012

Alfreton

Wa ke Ripley pagi ni. Ambik kete. Perjalanan naik kete 1 jam 30 minit lebih kurang. Naik keretapi 2 jam. Sekali tuko train. Mentari bersinar, tapi sejuk. Nasib baik sempat intai suhu hari ini. Sempat capai baju tebal

Train delay tengah jalan, nasib baik, dia boleh catch up dan wa sampai tepat masa yang ditentukan. Wa tak sarapan, sampai di Chesterfield, rasa nak makan. Tapi jurujual tu lambat pula serve orang lain. Jadi jimat duit wa.

Sampai Alfreton, 30 minit awal dari jadual dijemput. Nak naik teksi mau lebih £10. Maka wa tunggu je 30 minit kat station. Nasib baik ada ruang berhawa panas. Kalau tak tentu wa mengigil kat luar

Wakil dealer jemput wa naik Myvvi. Wa gembira, sebab itulah pertama kali wa naik Myvvi. Kete tahun 2007. Komen ikhlas wa, very plasticky feeling. Seat hard and small, belakang wa rasa macam dihimpit. Banyak kedengaran bunyi nyet nyet, very hard to take over, Hu hu hu itulah pengalaman wa menaiki kereta buatan negara wa, Malaysia pertama kali di UK ini.

Rabu lepas masa wa datang view kete tu, keadaan di Alfreton putih dengan salju agak tebal. Pelik gak, sebab dah masuk spring tiba tiba turun salju. Hari ni, walau ada tinggalan salju namun sebagian beso permukaan bumi menghijau.

Bayo duit kete, teus meluncur laju balik ke Birmingham. Kadang malas nak merantau ni. Pagi pagi dah keluo rumah. Namun itulaj rezeki wa dan kelaurga wa. Cekal kan hati dan perasaan gitew

Petang ada jemputan house worming. Majlis ilmu tak ada this week sebab cuti sekolah, jadi, gader gader macam ni lah peluang jumpa kengkawan. Ramai gak yang datang ke rumah kawan wa yang baru datang ke Birmingham ini.

Adik ipo wa datang dari London. Esok mereka nak ke Stoke membeli barangan pesanan orang. Wa pula ada delivery kete.

Dua hari lepas wa terima kad visa, approved until 28 Feb 2013, yeehaaw. Semalam dapat passport semula. Marvelous ! ! !

Thursday, 8 March 2012










Assalamualaikum

Hola hola. Hah ! ! ! Lotih den. Tapi den gembyra ceria. Alhamdulillah, atas bantuan keluarga dan sedara mara, den melangkah setapak lagi. Ye lah khanz, idop di negara owang, biasiswa wife phon dah tak ado laie. Tetiba, dapat peluang cenggini, den bersyukur sangat ke hadirat Allah swt. Ok lah, orang mesti tak mau dengo ceta susah, mako dengan itu den ceta sisi gemilang nyo yo

HMS ni adalah dari namo moyang Den. Haji Md Said. Tapi di UK ini, kalau baco HMS orang terbayang Her Majesty's Service.

Motors pulak, eh tak kan tak tau. Mendo mendo berinjin gitew. Tapi den daftar untuk kereto yo. Cumo tengok la nanti, kalau perlu den jual crane, buleh la den guno jo kompeni ni. Cuma, kompeni crane tu den dah buko gak.

HMS Motors Ltd ni den guno boli dan jual kereto. Kek sini yo, kalau buek bisnis, memang tak boleh lari dari tax. Jadi boleh la den kato, den buie duit untuk kerajaan UK.

Jauh sungguh den merantau. Den mulo kejo di pasar ayam di Mersing, petrol pump atandant di Manjalara Kepong, den jadi doktor gigi, awwww tercakap lak, glamer you, den jadi cleaner, porter, dan terbaru jual kereto. Macam macam den buek. Tap den raso la khanz, den suko sangat jual kereto ni. Sebab nyo

1. Nak draib kereto mahal mahal apo laie boli, macam susah sangat, tapi berkat kejo ni, den dopek draib kereto mahal. Ferarri, Bentley, Audi R8, Maserati, kalau kereto kereto BMW Mecedis tu, heran sikit je la, hu hu hu jangan marah. Bukan den nak menunjuk, tapi den nak cerito ni. Faham khanz, ini cerito den.

2. Den tak payah pikir maintenance, insurans, road tax, sebab kereto kereto tu den pegang kejap yo. Den boli, bilo den dapat payment, den anto naik kapal. Udah le, memacam kereto den deraib, den tak keluo duit pon. Cumo kena la tuang minyak, no hal tuang minyak ni, boleh praktis gaya jalan orang kayo tuang minyak, kekekeke

3. Den dopek laie upah tolong bolikan kereto ni. Memang den tak dopek gaji dengan kompani den tu, nak buat apo dopek gaji khanz, nanti den keno lak bayo tax kat sini, mahal ooo tax kat sini, 40% wak, den kata kat awak.

Tapi ado gak yang tak sodapnyo. Kalau dulu den tau kereto apo yang den nak boli bawak balik. Sekarang ni den tak tau dah nak boli kereto apo. Lagi phon kereto yang den nak boli, semuanyo mahal mahal, hingga den tak mampu hu hu hu

Doakan lah den berjayo dengan bisnis den ni yo. Bila dah berjayo, awak sema pon buleh bangga yang awak seme ado kawan bisinis di United Kingdom gitew. Bye bye seme. Sweet dreams ! ! !

Friday, 25 February 2011

Happy birthday Diny

Usai sholat Subuh, wa terlelap kembali. Penat sangat rasanya. Jam masih awal, tapi mentari telah pon menerjah jendela kamar wa. Suhu di luar agak dingin. Alangkah seronoknya menarik kembali quilt bersaiz super king wa. Wa tarik bantal bagi menutup mata wa, wa biarkan sahaja sebahagian kecil hidung wa biar wa bisa bernafas

Baru wa nak terlelap, wa dengar suara hiruk pikuk di luar kamar wa disertai hentakan kaki. Sesaat kemudian, terdengar suara seakan memekik, menyanyi lagu HAPPY BIRTHDAY.

Hu hu hu rupanya, anak sulong wa dan sepupunya menyediakan sarapan untuk mamanya yang sedang mengaji Al Quran sempena hari jadi isteri wa. Wa tak lihat bagaimanakah rupanya sarapan itu, namun disudut hati wa gembira juga sebab anak anak wa dan sepupunya, menghargai dan mengingati hari lahir ibunya.

Wa lupa apakah hadiah yang wa berikan untuk hari lahir isteri wa tahun lalu. Mungkin Tefal steam iron kot. Begitulah wa, selalu ingat akan hari lahir isteri wa, walaupon wa jarang dapat hadiah gitew. Wa ni cerewet sikit. Jadi wa selalunya kena beli sendiri, guna duit sendiri.

This year, dari perbualan isteri wa dengan anak anaknya, wa mendapat tahu yang wife wa inginkan,

1. Compact digital camera,
2. iPhone 4,
3. Jam (tak mau stailess steel, alergik katanya, maknanya emas atau titanium je la khanz, mahal tu wa kata kat lu) atau
4. trainer.

Dalam banyak banyak tu, wa kira yang paling murah adalah trainer. Hi hi hi, maka dalam diam wa riki kat Bull ring, masuk Clark Shop, nampak satu trainer, tapi kulit. Nampak selesa, cumanya tak tau saiz pula. Wa sungguh bernasib malang. Kalau tak, kurang sikit belanja wa

Akhirnya, duduk depan MBP, search internet, dapat satu digital camera, almost 50% less dari harga di pasaran. Not bad, 14 MP, with 720p hd video. Nikon Coolpix S80. Tangkap ! ! ! . Sehari lepas bayar, sampai depan rumah. Tak payah bersusah payah drive, park kete, jalan cari kedai, murah, bayo parking, bayo minyak kete.

Tanpa balut kotak tu, wa terus je bagi kat wife wa. Senang khanz. Cumanya ia sampai 2 hari sebelum hari jadinya. Jadi dapatlah dia gunakan untuk pada hari jadinya. Wa dah kata, wa memang advance dalam hal logistik ini.

Haaa. Ingatkan kisah ini menyebabkan wa buang masa tido wa, lalu wa bertenang kembali dan wa tak terdengar apa apa lagi, wa kira saat itu wa telah terlelap kembali……. zzzzzzz


Nota bena
Ulang tahun perkahwinan wa jatuh pada hari yang sama. Maka untuk itu hadiahnya adalah memori kad

Thursday, 24 February 2011

Coti

Hola

Wa sekarang ni berada di tempat duduk bahagian depan Baundary Mill. Tempat yang boleh dikatakan sepanjang tahun sale. Sale dia tahap gaban punya. Cuma bila lu all biasa dengan harga di UK ini, lu all pasti akan perasan bahawa tak semua sale di sini benar benar sale. Ada beberapa benda yang wa lihat, wa kira ia lebih murah dari wa beli di tempat lain. Maka hati wa phon menjadi tawar.

Wa datang sini sebab ikut wife wa bawa abag dan akak ipo wa. Lepas wa rasa macam penat je, wa phon ambik port di kerusi depan ini. Menjawab beberapa panggilan talipon, membuat beberapa panggilan telipon, dan melihat telatah orang British yang keluar masuk tempat ini. Lalu wa teringat akan blog wa yang dah lama wa tinggalkan ini

Keletah British ini memang asik untuk diperhatikan. Mereka ini tak kira apa statusnya, tetap ada style. Inilah agaknya yang menyebabkan orang Malaysia terkasima kot. Setelah hampir 4 tahun bergaul dengan mereka, mereka ni memang pandai bergaya. Kalau lu all nak tau ramai sungguh anak muda mereka yang bergaya sakan menggunakan credit card hanya untuk memastikan mereka kelihatan seperti bintang filem, awww mengancam gitew. Yang tak enaknya ia menyebabkan ramai sungguh mereka yang terjebak dalam kancah hutang hingga bankrap. Kesian mereka belum kawin lagi hutang credit card dah melambung tinggi. Mungkin orang Perak tu dah lama tau, sebab tu dia kata bior pape asal bergaye.

Cuaca hari ini agak menarik. Ada mentari, tapi tak panas. Mesti pakai jaket, kalau tak pasti sejuk gaban. Oleh itu, wa memang tak salah bergaya, nak elak sejuk gitew. Dah alang alang pakai jaket, pakai la yang branded khanz, abg ipo wa kata yang ada cap riak, har har har. Tapi thak bhaek khanz. Wa dah insaf

Anak anak wa kat rumah tu pasti menunggu kami pulang dengan penuh ketidak sabarannya. Depa dah warn balik cepat sebab mereka ada plan nak pegi jenjalan. Maklumlah, cuti sekolah, dan sepupu mereka datang bertandang. Depa tu nak ajak pegi ice scating. Tapi mahal you. So mungkin main bowling je la kot.

Tuesday, 25 January 2011

Another 9 months

Tetiber jer sedih pulak hari ni. You know why, wife wa kata dia kena report duty 1st of Nov 2011. Arrrrr sedey nye nak tinggalkan bumi sejuk ini. Namun, gitew la kehidupan khanz, kejap panas, kejap sejuk, lepas tu panas pulak, khanz awwww

Bila Tok Bak dan Wan datang sini, wa rasa masih banyak pulak barang tak beli lagi. Tadi Wan kata, dah boleh lah kalau nak pack barang terutama barang kaca itew, ye la, Portmeirion, Wedgewood, Royal Daulton, Aynsley belum lagi barang barang lain.

Tak kata lagi pakaian berjenama pada harga sale maut gaban. Jenama yang kalau wa lihat di Malaya pasti wa tak jeling punya, sebab harganya tak patut untuk wa pertimbangkan untuk wa beli.

Alamak ai. Europe phon thak habis lagi wa jelajah. Kalau dah balik Malaya, alamatnya cuma mampu bawa diri sendiri saja gitew. Kalau nak bawa gerabak semua pegi, boleh juga, yang tak boleh duitnya aje. Wa ada 9 bulan jer lagi. Kecuali … kalau wa decide wa akan tetap di sini. Hi hi hi best gak kalau balik Malaya macam pegi holiday je khanz.

Hai sedey sedey




Wednesday, 24 November 2010

Passport renew

I went to Egham, and supposed to deliver a car near West Ham Football Club the next morning. Berangkat lepas Maghrib, around 5:45 pm. Dah gelap. Siang tadi berkabus tebal. Tapi malam ni tenang

Wa tak muda lagi. Jadi kena berhenti untuk longgarkan sendi. Lagi pon lupa nak bawa berus gigi. Nampak service Oxford, wa tak pernah singgah kat sini, jadi wa singgah kejap. Beso gak servicenya. Service ni macam R&R di Malaya. Hajat nak beli air, tapi tak dahaga sangat, maka capai berus gigi, hirup bau kopi, maka wa jalan lagi

Sampai Egham, dinner telah disediakan. Lepas tu buat plan nak ke Malaysia High Comm. Wa usulkan abg ipo wa ikut wa sekali naik kereta ke London, sebelum dia ke tempat kerja.

Pagi ni wa dah siap jam 6:30. Wa usahakan tak makan atau minum, sebab wa takut kurang selesa nanti. Jalan ke London pagi tu sesak, tapi lancar. Kalau bawa kereta wa cadangkan park kereta di Parking Knightbridge, Kinnerton Street London, SW1X8JU. Semua ada dalam apps iPhone abg ipo wa.

Jika kome tak kose nak bawa kete ke Kota London, kome boleh la naik tube. Berhenti di Hyde Park Corner. Dekat je.

Seperti telah diduga, sebab wa jamah gak nasi goreng Kak Yah dan sisip seteguk dua teh, maka perut wa rasa tak enak. Sampai di High Comm. pintu kunci lagi. Jadi Abg Ipo wa guna power dia, masuk ikut pintu depan. Lega.

Bagi yang nak barukan passport, sediakan £50 tunai, depa tak terima selain dari tunai. Tunai wa tak cukup. Wallet abg ipo wa pon tak berapa tebal hari tu, nasib baik lagi sekali, abg ipo wa ada kawan di sana, thanks Kak Norhamadah, sebab bagi wa pinjam cash £20.00.

Gambar passport kena ambil di High Comm, £5, good bussiness. Fotokopi IC depan belakang. Kat sana pon ada fotokopi, cuma £0.20 per copy, ok, no free one. Pastikan sampai awal pagi. Lepas tu pegi la jalan jalan kota London, sebab collection start at 3:00 pm.

Wa kira rakyat Malaya je yang datang High Comm. Ghupenya orang yang nak masuk Malaya pon mohon visa di sana.

Wa teruskan perjalanan ke Upton Park, hantar kereta. Dr N bagi wa nasi lemak. Thanks Dr. Terkejo pulak ke High Comm nak ambik passport. Gambo muka memang letih. Tapi tempat keluar passport, Malaysia High Comm London. Har har har mahal tu wa kata kat lu

Lalu wa bergegas ke Waterloo. Nak jumpa sorang lagi client. Patutnya wa ke Kent, tapi kedai dah nak tutup. Maka wa decide balik Birmingham la

Ponat nyo. Udah la ponat, duit keluo macam air mengalir. Tak dapat nak sekat sekat. Virgin train dari London Euston to Birmingham £40.60. Bakpo la ada £0.60 tu.

Sampai rumah 8 malam, nasib baik dah jamak qasar Maghrib dan Isyak, tuko baju terus tido. Zasssssss





Saturday, 20 November 2010

Kerja lagi

Semalam, pagi lagi wa siap sedia. Wa dah janji dengan Ustaz Y nak tengok kete di Essex. Mercedes Benz B class tahun 2006 56 plate. Nampak macam ok.

Kami berangkat jam 7:15 pagi. Kabus semacam je tebal. Dalam perjalanan beberapa kali hingga hampir tak nampak jalan. Namun ada juga keadaan bila mana sinar mentari begitu terang memaksa kami menggunakan sunglasses berjenama mahal gitew. Silaw you.

Jarak perjalanan kali ini, 153 batu, memakan masa 3 jam 5 minit. Setelah diperhitungkan, wa kira memandu lebih sesuai dari menaiki keretapi. Lagi mahal lagi lama. Bagusnya pegi dengan Ustaz Y ni, ada je cerita dia. Cuma yang tak bestnya, wa tak boleh tido. Bila nak lelap je, dia buka ceta baru. Haiyaa Ustaz, lu tak bagi wa tido ke? Har har har.

Test drive kete. Macam best. Memang best pon, but you must appreciate, it’s a smaller scale car. Off course, not as comfort as an E class. One more thing, I just know today, that only B class and A class are front wheels drive. Model lain semua rear wheel drive.

Call buyer, dia kata beli. Memang susah nak dapat kereta ni pada harga yang dia dapat. Jadi wa bayo, dan bawa balik kereta tu. Awal awal perjalanan balik, wa kurang selesa. Tapi dah lama, what I can say, I enjoyed driving it. A little bit underpower, 1.7 cc engine, as a result, I think consume more fuel. Har har har macam bagus je komen wa ni. Sesuai untuk wanita. Tinggi, dan kecil.

Sampai rumah jam 3:35 petang. 3:45 wife Ustaz Y call wa, tanya wa dah ambil anak dia dan anak wa di sekolah ke belum? Terkejut wa. Wa call wife. Ghupenya dia pon tak ambil anak anak wa. Wa memang tak sempat nak ambik. Sebab wa balik lambat. Itu pon nasib baik sampai rumah awal. Maknanya, dah dekat sejam mereka duduk tepi jalan dalam kesejukan, dan hampir nak gelap dah.

Anak Ustaz Y menangis, sebab telah terlepas sholat Asar. I can’t comment. Misunderstand. Next time, I have to call my wife to remind her if I can’t fetch them.

Jam 5 petang wa masuk kerja di ROH hingga 9 malam. Memang sejuk hari ini. Kabus tebal. Birmingham Airport tutup sebab ada kemalangan ringan.

Suhaimi dan wife dia dijadualkan sampai Birmingham hari ini jam 11:40 pagi. Dia akan menginap di rumah wa selama 14 hari. Flight dia delay, mendarat jam 12:42 pagi. Airport Birmingham dibuka jam 12 tengahari. Ambil dia di airport dengan Faizal. Barang yang Tok Bak dan Wan kirim selamat wa terima. Dapat la door gift majlis kawin Mak Enn dan Aman. Hari ini majlis kenduri dilangsungkan di Mesjid Agong di Putrajaya. Wa tak tau cerita lagi bagaimana perjalanan majlis Mak Enn sebab tak dapat cakap dengan Tok Bak dan Wan lagi

Taraaaaa !
Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ