Tuesday, 22 January 2008

My First Journey in UK

Dah hampir 3 bulan gua dan keluarga menetap di ENGLAND ini.­ macam ragam macam kelakuan gua jumpa.­ bulan pertama gua sangat terkejut dengan kesopanan mat salleh ni di atas jalan raya di Birmingham.­ mereka bagi kita laluan kalau nak keluar simpang, mereka tunggu kita jika kita berhenti di tepi jalan to name it a few




beberapa minggu lepas tu gua pergi menjelajah ke tempat lain.­ berdikit dikit dulu, lama lama pandai lah.­ gua pergi ke Stoke on trent tempat pinggan mangkuk Royal Daulton, Royal Albert, dan macam macam lagilah, jenama yang masa di Malaysia gua tak kisah pon sebab kalau kisah pon banyak tahun lah nak kumpul duit kalau nak beli.­ tapi kat sini, esp waktu sale, winter ke ester, summer ke, harganya paling murah 50p sahaja, tak sampai pon 1 pound.­ beli jangan tak beli.­ perjalanan 45 minit.­ dalam hujan pulak tu.­ Gua, wife, Maisarah, Amir, Madeehah dan mak naik van.­ gua memang tak berapa yakin dalam hujan ni, apa lagi setelah kejadian yang meragut hayat VOLVO gua tahun lalu.­ tapi kereta gua sangat stable, ALHAMDULILLAH



lalu gua ke Egham, Surrey 29 batu dari LONDON.­ ke rumah abang Ipar gua.­ kawasan ni kawasan orang kaya agaknya.­ kereta besar, rumah besar.­ mostly white.­ kat sini lagilah mereka berhemah.­ katanya, di sinilah kediaman artis Malaysia yang kawin ngan kerabat Pahang tu, Julia Rais.­









Sempat sambut birthday anak sedara wa di Egham. Suka melihat mereka semua gembira





Ni lah rumah BIL I. Bunglow you, I tell you. Lepas balik dari rumah BIL I, I rasa rumah I kecik sangat. Dan van biru tulah kete I.



ini pulak, tempat kerja SIL I. Glamer you unibesti ni, tapi bila I lihat, banggunan lama ni, I rasa macam takut je


Selang seminggu lepas tu gua ke Preston tempat Dol.­ atas lagi dari Manchester.­ waktu ni mak dan bak dah seminggu sampai.­ kawasan ini cantik.­ nampak macam peaceful.­ tapi mat salehnya macam geram sangat ngan orang asian terutamanya cina.­ setelah gua selidiki, patutlah mereka macam geram, mat cina kat sini bawa gaya kiasu nya.­ ooo patut lah.­ sorrylah mat cina, bukan semua, segelintir sahaja, namun kerana nila setetes, rosak susu sebelanga. hinggakan gua yang berhati mulia ini pon disamaratakan oleh mat salleh.­ tak patut lah mereka buat begitu kat gua

Esoknya Gua ke Cheshire Oak.­ Dol dan kawan kawan dia sewa kereta jadi semua orang dapat ikut.­ hi hi hi maklum, ramai.­ besonya.­ tapi harga barangannya mak aii mahal.­ memang lah agak murah dari kat bandar, tapi nak ke sana dah satu hal, jauh, kalau lebih murah di city centre, baik beli di city centre.­ Namun pengalaman dan exposure tu yang best.­ mereka boleh buat seperti itu.­ mengapa kita tak boleh buat seperti itu? hi hi hi banyak nak kena jawab ni.­ huyooo ramainya mat salleh keluar shopping.­ macam tak ingat dunia lah gaya mereka ni.­ nak sambut christmas lah katakan

Gua sempat gak singgah di Menchester, lawa gak bandarnya.­ yalah khanz, nak lawan jadi bandar kedua terbesar lepas LONDON.­ banggunannya banyak yang baru.­ kat sini pon, mat salleh ni kalau nampak muka gua yang seakan akan Dato' Jimmy Choo je mulalah merah muka depa.­ gua rasa cukup lah dulu gua jalan jalan.­ masalahnya duit gua dah merosot dengan banyaknya.­ maka gua balik ke Birmingham.­.... bertapa ! ! ! .­ Jadi sekarang ni gua tengah pening lah ni.­ mana nak cari duit ni?.­
lalu ALLAH lorongkan gua untuk berniaga makanan.­ sebab itulah gua pergi UNIBESTI BIRMINGHAM tu.­ duduklah gua di surau Unibesti dari Dzohor hingga Asar.­ ALHAMDULILLAH dapat solat berjemaah.­ kat sini kalau tak iye iye, susah nak berjemaah ni.­ rezeki pon Insya Allah ada.­ selalunya masak guna duit, sekarang ni masak dapat duit lagi.­ Tapi yang masak mak gua dengan wife gua la.­ lepas 5 bulan ni mak dan bak nak balik ke Malaysia, bagaimana pula cetanya nanti tak taulah? Tapi tak apa berkat doa semua gua yakin ALLAH akan beri lorongan penyelesaian masalah.­
Sekarang ni dah jam 12 tengahari.­ gua nak keluar pergi kerja.­ Kerja gua jam 12 ni adalah hantar makanan ke surau UNIBESTI.­ ok semua.­ jaga diri baik baik.­ jangan berlaku curang baik dengan ALLAH mahupon dengan manusia.­ dirikan sholat keluarkan zakat.­

jumpa lagi di lain lembaran


wassalam

2 comments:

Anonymous said...

Kejap guwa kejap I.
Kahkah dasar melayu

Dentist and Me said...

Kelako pengalaman wa

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ