Wednesday, 25 February 2009

13 tahun nan lalu

Wa sangat kurus. Keadaan gigi wa yang berlapis menyebabkan wa kurang berjaya mengawal kesihatan gigi dan mulut hingga mulut selalu berbau. Oleh itu, wa pakai braces. Itu juga menyebabkan wa jadi insan pemalu. Maka tak hairanlah jika dikatakan wa kurang berkenalan relatifnya tak ada teman.

Jadi wa dah biasa jalan sendiri sendiri. Kemana mana sendiri. Wa tak perlu teman untuk membuat sesuatu. Mungkin itu yang menyuburkan jati diri WA PEDULIK HAPER dalam diri wa. Setiap yang dilalui memang suatu pelajaran. Allah menguji suatu kaum itu berdasarkan kepada kemampuan mereka.

Hidup dalam keadaan wa pedulik haper ini menjimatkan banyak perbelanjaan wa. Wa tak kisah kalau pakai baju dan seluar bundle, jahit pulak tu. Wa beli di jualan lelong di pantai Mersing. Wa tak kisah jika kasut wa koyak. Jalan dalam hujan berbunyi, mengingatkan wa akan perjalanan Rasulullah saw ke Thaif. Cuma bedanya Baginda saw berjalan dengan keadaan kasut dipenuhi darah akibat dilempar batu oleh kaum jahiliah.

Bak akan gunting rambut wa, wa tak kisah bagaimana fesyennya, biasanya pendek hampir botak. Bila Bak tak gunting, rambut wa akan panjang, dan wa bior panjang hingga Bak gunting lagi. Seingat wa hanya 3 orang pernah gunting rambut wa, selain Bak, waktu belajar di Indonesia wa gunting di belakang rumah sewa wa. Masa dah keje, wa gunting di kedai Pak Hadi, hard core PAS. Ada lagikah kedai gunting tu, ada lagikah Pak Hadi, masih samakah perjuangan Pak Hadi, wa dah lost contact.

Rezeki wa selalu murah. Udah lah murah, tak guna pulak tu. Maka wa selalu jadi banker kepada kengkawan atau siapa yang memerlukan. Ada yang bayar balik, yang tak bayar balik tu wa dah halalkan. Wa pon tak ingat lagi. Wa rasa ikut moyang wa ni, nick name dia pon Aji Lon (Loan).

13 tahun nan lalu juga menyebabkan wa agak gusar. Umur dah 25, tapi tak kahwin kahwin lagi. 4 tahun sebelum itu wa selalu sholat hajat dan istikharah, minta petunjuk dari Allah swt. Memang agak pelik, sebab biasanya orang buat istikharah bila ada 2 pilihan, sedangkan wa tak ada pilihan langsung. Memang wa bulat bulat harap bulan jatuh ke riba.

Awwww, namun 13 tahun nan lalu juga merubah hidup wa. Wa kahwin you. Sungguh wa tak sangka. Everything smooth. Bak dan Mak lah yang bersusah payah dari awal hingga akhir. Alhamdulillah mulus semuanya. Ramai kengkawan wa terkejut, tapi tak ada yang meninggal gara gara wa kahwin. Curious I you know

Maka pada hari ini, 25 Feb 2009, wa menyambut usia perkahwinan wa yang ke-13. Wa juga antara yang memilih tarikh ini kerana wa menghargai isteri wa yang sanggup menerima wa seadanya, seorang yang penuh dengan tema WA PEDULIK HAPER ini. Ia satu penghargaan untuk wife wa kerana pada tarikh ini juga adalah hari lahir wife wa


SELAMAT HARI JADI DINY ...
jauh di sudut hati, wa sangat bersyukur dikurniakan oleh Allah swt isteri yang sangat taat dan berkebolehan dalam meletakkan wa bangga menjadi pemimpin dalam keluarga 5 anak ini.
Dzaaaaaa

14 comments:

Farok said...

Wey wishing you and Diny another 13 years of blissful moments and wonderful times together .........
Kenit in Amsterdam

Dentist and Me said...

Thanks Kenit, terharu I you know.

Salt N Turmeric said...

Wah birthday Mai and also your anniversary. Congrats on both occasion. Untung Mai sbb husband dia kelakar nak mampus! lol.

Dentist and Me said...

LOL ... wa tau maknanya, lots of laugh khanz. cuma wa nak kata gak, nama Boss wa pon LOL.

cibilzsonic said...

Selamat Hari Lahir kak Diny.. tak sangka enchik denstist ni 'jiwangzzz' jugak ek.. hihi!

p/s: LOL = Laugh Out Loud laaa..

Azuar said...

Selamat ulangtahun hari lahir Dr. Mai...dan happy anniversary..semoga kalian terus berbahagia..

jamisah & famili

Dentist and Me said...

ooo ye ke cik cibilzonic makna LOL tu.. terima kasih, maka akan ku kenang hingga ke akhir hayat, Insya Allah

Dicken said...

pergh.. syahdu wa dengar citer lu. Bawak uncang dulu tak citer ke?

Happy Anniversary guys, and happy birthday Diny.

Dentist and Me said...

Azwar thanks mate

Wahai Dicken, kisah uncang mungkin akan dicerita dalam bab lain, maklumlah khanz, wa nak buat buku kisah hidup wa dan dentist, awwwww ! ! !

topui said...

yey..happy anniversary to papa n mama..

Dentist and Me said...

Thanks Topui ... er tak apa tak apa tak payah bagi present. please no nooo nehi nehi

CS said...

Happy anniversary to merpati dua sejoli (and happy birthday to Diny). Elo Dentease.. LOL tu sesuai untuk wa taw.. Lady of Leisure.. jgn syemburu.

Dentist and Me said...

Mana lu pigi yaaa anti Chom? Wa ingat lu kat ICU, abis, wa call lu tak jawab.

CS said...

Benarkah begitu? Yaalah tu lu tepon wa ...

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ